Tiada Cadangan Bawa The Hood Man Ke Malaysia Jakim Berita Harian 23 05 2022


BANGI: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak bercadang membawa pemberi maklumat dikenali sebagai 'The Hood Man' (Abdullah) yang mendedahkan berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) keselamatan makanan, kebersihan dan piawaian halal di sebuah loji sembelihan di Australia ke Malaysia bagi tujuan siasatan lanjut dan keselamatan.
Menterinya, Datuk Idris Ahmad, berkata individu itu tidak boleh dibawa ke Malaysia kerana kerajaan tidak ada hak ke atasnya berikutan beliau bukan warganegara, selain sehingga kini dia masih belum dapat dikesan.
Katanya, selepas memberi maklumat kepada atase JAKIM Malaysia di Australia, individu berkenaan gagal dihubungi sehingga kini dan berharap beliau dapat tampil memberi kerjasama bagi melengkapkan siasatan.
"Siasatan masih berjalan dan kita kumpul sebanyak mana bukti serta maklumat bagi melengkapkan siasatan," katanya pada sidang media Program Liqa' Mahabbah Sekretariat Dakwah Korporat (SDK) JAKIM dan Sambutan Aidilfitri Bersama Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Korporat Malaysia dan Wakil Tetap SDK JAKIM 2022 di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee dan Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, Datuk Selamat Paigo.
Sebelum ini media melaporkan, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (PEKEMAS) dan Sahabat 99 mendedahkan perlanggaran SOP penyembelihan halal oleh loji sembelihan Thomas Foods International (TFI) Lobethal, Australia yang mendapat kelulusan JAKIM.
Presiden PEKEMAS, Faizan Mohd Nor dilaporkan berkata, pendedahan berhubung isu pelanggaran SOP penyembelihan halal di Australia berdasarkan kepada bukti video dan gambar serta diperkukuhkan saksi (Abdullah) yang dikatakan pekerja sembelihan di TFI Lobethal, Australia itu.
Menurut sumber, pemberi maklumat itu adalah lelaki warga Somalia.
Sementara itu, Idris berkata, dalam kaedah hukum agama, perkara tidak diketahui bukan menjadi tanggungjawab diri seseorang umat Islam membuat keputusan.
Beliau berkata, apa yang penting umat Islam mengetahui ada sijil halal dipamerkan pada sesuatu barangan kecuali mereka nampak sendiri dengan jelas perbuatan itu tidak halal.
Katanya, setakat ini TFI sudah mengeksport daging sebanyak 18 peratus ke Malaysia dan ia boleh dikesan pihak berkuasa melalui sistem kod diletakkan pada daging berkenaan.
"Kita berharap daging itu tidak sampai kepada pengguna sehingga siasatan selesai dijalankan," katanya.


Artikel oleh: Berita Harian
TIADA CADANGAN BAWA 'THE HOOD MAN' KE MALAYSIA - JAKIM
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/05/958650/tiada-cadangan-bawa-hood-man-ke-malaysia-jakim


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/06/tiada-cadangan-bawa-hood-man-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
The Hood Man Tidak Hilang Nadzim Harian Metro 18 05 2022

The Hood Man Tidak Hilang Nadzim Harian Metro 18 05 2022

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 241 hits
Kuala Lumpur Persatuan Pengguna Islam Malaysia mengesahkan belum dipanggil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia berhubung dakwaan loji sembelihan Thomas Foods International Lobethal Australia tidak mematuhi keperluan standard dan prosedur halal ...
Loji Digantung Jakim Hanya Bekal 18 Peratus Bekalan Daging Malaysia Berita Harian 18 05 2022

Loji Digantung Jakim Hanya Bekal 18 Peratus Bekalan Daging Malaysia Berita Harian 18 05 2022

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 200 hits
KUALA LUMPUR Malaysia hanya bergantung sebanyak 18 peratus bekalan daging import dari loji sembelihan Thomas Foods International Lobethal Australia yang didakwa berlaku pelanggaran prosedur operasi standard keselamatan makanan kebersihan da...
Jakim Jejak The Hood Man Abdullah Isu Penyembelihan Di Australia

Jakim Jejak The Hood Man Abdullah Isu Penyembelihan Di Australia

papar berkaitan - pada 20/5/2022 - jumlah : 191 hits
Sebelum ini media mendedahkan pengakuan seorang bekas pekerja sebuah rumah penyembelihan di Australia yang mendakwa terdapat bukti rakaman video cara sembelihan haiwan yang dikatakan melanggar protokol KUALA LUMPUR Jabatan Kemajuan Islam Ma...
Jakim Suspends Slaughtering Approval For Australian Halal Abattoir The Vibes 14 05 2022

Jakim Suspends Slaughtering Approval For Australian Halal Abattoir The Vibes 14 05 2022

papar berkaitan - pada 28/5/2022 - jumlah : 192 hits
PUTRAJAYA The slaughtering approval granted by Malaysia Thomas Foods International Lobethal has been suspended with immediate effect until a thorough investigation into the slaughterhouse is done Malaysia Islamic Development Department dire...
Jakim Minta Ppim Bantu Kesan Abdullah Malaysia Post 17 05 2022

Jakim Minta Ppim Bantu Kesan Abdullah Malaysia Post 17 05 2022

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 274 hits
JABATAN Kemajuan Islam meminta bantuan Persatuan Pengguna Islam Malaysia untuk mengesan Abdullah bagi membantu siasatan loji sembelihan Thomas Foods International Lobethal Australia Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Idris Ahmad berka...
Mgnews Pusat Penyembelihan Langgar Sop Individu Terbabit Sila Muncul Hubungi Jakim Malaysia Gazette Tv 17 05 2022

Mgnews Pusat Penyembelihan Langgar Sop Individu Terbabit Sila Muncul Hubungi Jakim Malaysia Gazette Tv 17 05 2022

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 214 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Idris Ahmad memberitahu bahawa kilang sembelihan yang berada diAustralia tersebut telah diambil tindakan dan pihak JAKIM juga meminta bahawa pihak PPIM menghubungi kepada individu bertanggungjawab un...
Jakim Pertahan Pematuhan Halal Utusan Malaysia 23 05 2022

Jakim Pertahan Pematuhan Halal Utusan Malaysia 23 05 2022

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 196 hits
PUTRAJAYA Jabatan Kemajuan Islam Malaysia akan mengambil tindakan sewajar nya untuk melengkapkan siasatan berhubung isu pelanggaran protokol halal sebuah rumah penyembelihan di Australia Dalam satu artikel kepada Utusan Malaysia Ketua Penga...
Loji Sembelihan Tfi Australia Jakim Panggil Ppim Bantu Kesan Saksi Berita Rtm 17 05 2022

Loji Sembelihan Tfi Australia Jakim Panggil Ppim Bantu Kesan Saksi Berita Rtm 17 05 2022

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 197 hits
PUTRAJAYA 17 Mei Jabatan Kemajuan Islam Malaysia meminta Persatuan Pengguna Islam Malaysia tampil membantu siasatan berkaitan dakwaan loji sembelihan Thomas Foods International Lobethal Australia tidak mematuhi keperluan standard dan prosed...
The Colours Of Life Um 2022 End Of Asasi

The Colours Of Life Um 2022 End Of Asasi

papar berkaitan - pada 4/6/2022 - jumlah : 250 hits
The Colours of Life UM 2022 End of Asasi Sabtu lepas seawal pagi kami dah gerak dari GP Nak ambik iqa yang dah selesai Asasi di UM Singgah jap di Ayer Keroh untuk sarap Pengalaman lepas memang kedai baru bukak around 8 ke atas Tunggu la kej...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti