Orang Sakit Pun Along Ganggu Harian Metro 08 06 2022


 

Kuala Lumpur: Tidak tahan diganggu dan diugut along, ada peminjam sanggup menyewa ambulans swasta untuk membuat aduan di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di ibu negara.
Ini kerana mereka masih menerima rawatan akibat kecederaan dan hilang upaya untuk bergerak namun berterusan diburu ceti haram berkenaan.
Tidak tahan dengan keadaan itu memaksa mereka sanggup menaiki ambulans untuk membuat aduan bagi mengelakkan diganggu along terbabit.
Bagi seorang peminjam yang mahu dikenali sebagai Zulkifli, 30-an, dia sanggup menyewa ambulans untuk hadir ke PPIM di Keramat Hujung dari Kuantan, Pahang baru-baru ini untuk menyelesaikan kes along.
Katanya, dia terbabit dalam kemalangan jalan raya menyebabkannya hilang upaya untuk bergerak namun itu bukannya tiket untuk along berkenaan bersimpati kepadanya.
"Saya tidak dapat bekerja dan membayar hutang seperti dijanjikan. Along berkenaan tidak menghiraukan keadaan itu dan terus mendesak supaya saya membayarnya.
"Jika tidak saya perlu menanggung kadar faedah yang tinggi, setakat ini pun sudah lebih RM17,000 dari jumlah pinjaman asal sekitar RM5,000," katanya.
Zulkifli berkata, dia mengambil keputusan untuk menyewa ambulans swasta berjumlah RM1,500 dan terus ke Kuala Lumpur semata-mata untuk membuat aduan kepada PPIM.
"Saya bimbangkan keselamatan keluarga. Ini jalan terakhir yang mampu saya buat. Walaupun jauh, saya perlu usahakan sesuatu, saya tidak mahu keluarga diapa-apakan," katanya.
Katanya dia lega kerana kesnya sudah selesai dengan PPIM berbincang dengan along untuk menjadualkan semula pinjamannya itu.
Sementara itu, seorang pekerja swasta berusia 24 tahun juga terpaksa menaiki ambulans untuk membuat aduan kepada PPIM minggu lalu akibat desakan along.
SEKRETARIAT PPIM mengambil butiran Amin yang terlantar di dalam ambulans. FOTO PPIMMahu dikenali sebagai Amin, pemuda itu yang masih dalam rawatan akibat kemalangan jalan raya dibawa dengan ambulans swasta ke ibu negara daripada kampungnya di Taiping, Perak untuk memastikan dia tidak diganggu along.
Katanya, selepas mengalami kemalangan bulan lalu, dia mendapatkan rawatan di kampung dan perlu menjalani rawatan susulan di Hospital Kuala Lumpur.
"Pada masa sama, saya diganggu along yang mahu hutang mereka dilunaskan. Saya tidak bekerja, jadi keluarga buat keputusan supaya berhubung dengan PPIM," katanya.
Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, dua kes berkenaan menjadi contoh betapa along kini bertindak zalim untuk menekan peminjam.
Katanya, pihaknya memerlukan kehadiran pengadu untuk membuat aduan bagi mengesahkan keadaan dan memastikan semua maklumat diberikan adalah tepat.
"Mungkin ada yang menganggap kita tidak bertimbang rasa namun saya perlu tegaskan, urusan dengan along ini bukan perkara main-main.
"Kita juga tidak mahu aduan diambil secara sambil lewa kerana perlu diingat, kita berurusan dengan nyawa. Jadi kehadiran mereka walaupun terpaksa menaiki ambulans menunjukkan ia sesuatu yang sangat serius," katanya.


Artikel oleh: Harian Metro
ORANG SAKIT PUN ALONG GANGGU

https://www.hmetro.com.my/utama/2022/06/849833/orang-sakit-pun-along-ganggu


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/06/orang-sakit-pun-along-ganggu-harian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengerusi Masjid Selamat Mangsa Along Harian Metro 20 05 2022

Pengerusi Masjid Selamat Mangsa Along Harian Metro 20 05 2022

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 176 hits
Kuala Lumpur Talian hayat daripada pengerusi masjid Itu yang berlaku kepada seorang peniaga atas talian selepas dia diselamatkan daripada menjadi mangsa along apabila lelaki itu sanggup meminjamkan wang untuk melangsaikan pinjamannya Keluhu...
Tarik Gantung Lesen Operasi E Hailing Jika Langgar Peraturan Harian Metro 25 05 2022

Tarik Gantung Lesen Operasi E Hailing Jika Langgar Peraturan Harian Metro 25 05 2022

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 274 hits
Putrajaya Lesen operasi syarikat pengendali e hailing boleh ditarik balik atau digantung jika mereka melanggar surcaj melebihi 200 peratus daripada tambang asas iaitu antara 70 hingga 90 sen satu kilometer kata Menteri Pengangkutan Datuk Se...
The Hood Man Tidak Hilang Nadzim Harian Metro 18 05 2022

The Hood Man Tidak Hilang Nadzim Harian Metro 18 05 2022

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 265 hits
Kuala Lumpur Persatuan Pengguna Islam Malaysia mengesahkan belum dipanggil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia berhubung dakwaan loji sembelihan Thomas Foods International Lobethal Australia tidak mematuhi keperluan standard dan prosedur halal ...
18 Peratus Bekalan Daging Import Daripada Loji Tfi Idris Harian Metro 19 05 2022

18 Peratus Bekalan Daging Import Daripada Loji Tfi Idris Harian Metro 19 05 2022

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 266 hits
Kuala Lumpur Hanya 18 peratus kebergantungan bekalan daging import negara daripada loji sembelihan Thomas Foods International Lobethal Australia yang didakwa berlaku pelanggaran prosedur operasi standard keselamatan makanan kebersihan dan p...
Kaki Asap Perlu Peka Harga Sebenar Harian Metro 20 05 2022

Kaki Asap Perlu Peka Harga Sebenar Harian Metro 20 05 2022

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 212 hits
Kuala Lumpur Sanggup abai hak pengguna sebab malas hendak pening kepala Itu yang boleh disimpulkan dengan sikap segelintir kaki asap yang enggan melaporkan kepada pihak berkuasa walaupun menyedari rokok elektronik yang dibeli tiada tanda ha...
2 Jun 2022 Kajian Semula Teknikal Harian Eur Usd Dan Peluang Dagangan

2 Jun 2022 Kajian Semula Teknikal Harian Eur Usd Dan Peluang Dagangan

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 402 hits
Pada akhir bulan September Penutupan semula di bawah paras harga 1 1700 telah memulakan pergerakan menurun ke arah 1 1500 di mana beberapa pemulihan telah disaksikan Tidak lama selepas itu paras Harga sekitar 1 1700 berjaya menahan harga un...
Jangan Desak Kerajaan Berita Harian 25 05 2022

Jangan Desak Kerajaan Berita Harian 25 05 2022

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 251 hits
PUTRAJAYA Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan mengawal selia perkhidmatan e hailling jika pengendali terus mendesak dengan memohon pelbagai kelonggaran Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata desakan itu termasu...
Ahsan Hendra Sapa Penggemar Di Ajang Indonesia Open 2022

Ahsan Hendra Sapa Penggemar Di Ajang Indonesia Open 2022

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 327 hits
Ahsan Hendra Sapa Penggemar di Ajang Indonesia Open 2022 Perhelatan Indonesia Open 2022 yang berlangsung mulai Selasa hingga Minggu diwarnai acara jumpa penggemar dengan idola atlet bulu tangkis
15 Jun 2022 Analisis Teknikal Urusniaga Harian Dan Pelan Dagangan Untuk Pasangan Mata Wang Eur Usd

15 Jun 2022 Analisis Teknikal Urusniaga Harian Dan Pelan Dagangan Untuk Pasangan Mata Wang Eur Usd

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 327 hits
Pada penghujung September Penutupan semula harga di bawah tahap harga 1 1700 telah memulakan pergerakan menurun ke arah tahap 1 1500 di mana beberapa pemulihan kenaikkan telah diperhatikan Tidak lama selepas itu satu lagi penurunan harga be...
Terima Kasih Untuk 13 Juta Pageviews Blog

Igp Malaysia Risks Becoming Terror Transit Hub As Is Linked Bangladeshis Recruit Migrant Workers Via Social Media

Tanah Liat Lembut Cabaran Punca Dan Penyelesaian Mampan Dalam Sektor Pembinaan Dan Pertanian Di Malaysia

Unboxing Hadiah Daripada Blogger Kak Amie Terima Kasih Sudi Menghargai

Tuan Ibrahim Perikatan Nasional Akan Tubuhkan Jawatankuasa Khas Bantu Rakyat Hadapi Tekanan Ekonomi

Menteri Kkm Akui Khilaf Lantik Tauke Vape Janji Perketat Tapisan Alph

Ada Puak Dalam Umno Didakwa Cuba Cemar Reputasi Guling Zahid

The Graduate A Slick Bmw Boxer Bobber Built From R65 And R100 Parts


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Winning Percentage In Online Football Betting Sbobet Wap 2025

Fikry Ibrahim Cari Side Income Main Saham Pula Jangan Risau Saya Tak Main Forex

Penceramah Bebas Terkenal Usia 39 Tahun Ditahan Polis Didakwa Sebar Video S Ks Bersama 4 Isteri

Perbalahan Rumah Tangga Isteri Tikam Suami Setelah Ditendang

Lelaki Bongkar Kecurangan Seorang Wanita Sarat Mengandung Semasa Menonton Perlawanan Di Stadium

10 Janji Allah Kepada Mereka Yang Ingin Berkahwin