Pru 15 Mandat Rakyat Kembalikan Kerajaan Bersih Prihatin Berintegriti


agendaily.com03/11/2022
Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap pada program Jelajah Prihatin Perikatan Nasional Parlimen Hulu Terengganu, malam tadi (2 November 2022).
Pembubaran Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan 19 November ini, mempunyai hikmah tersendiri, walaupun pada awalnya Perikatan Nasional (PN) menolak pilihan raya yang diadakan pada musim tengkujuh.

Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata hikmah PRU kali ini adalah bagi membolehkan rakyat memilih semula sebuah kerajaan yang belum selesai melaksanakan tanggungjawabnya dalam membantu mereka, dan memulihkan kembali ekonomi negara.

Beliau berkata pandemik Covid-19 telah memberi kesan yang amat besar kepada kehidupan rakyat dan negara yang sehingga sekarang belum dapat diselesaikan lagi, khususnya dalam soal untuk mengembalikan semula kehidupan, pekerjaan dan pendapatan.

“Covid-19, jika kita tidak jaga dan pelihara diri kita… mungkin akan menghadapi masalah dan mungkin juga akan membawa maut kepada kita… dan itu adalah kesan pada masalah berkenaan.

“Kesan keduanya ialah kerana kita sekat pergerakan rakyat dan tak boleh keluar ke mana-mana (untuk menghalang jangkitan) sehingga kita tak boleh menjalankan urusan harian seperti biasa.

“Berniaga tak boleh… buka kilang lagi tak boleh… buat apa urusan-urusan di luar, tak dibenarkan. Dan kesannya kepada kehidupan kita adalah amat besar sekali… antaranya ialah soal nak kembalikan semula kehidupan kita… ada pekerjaan, ada pendapatan… semua perniagaan boleh diteruskan dan sebagainya sebagaimana yang telah pun kita lihat pada hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Jelajah Prihatin Perikatan Nasional Parlimen Hulu Terengganu, malam tadi (2 November 2022).

Muhyiddin yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) berkata segala usaha dan tugas yang dimulakan oleh kerajaan PN dalam menangani pandemik Covid-19 sebenarnya belum selesai, walaupun kehidupan rakyat sudah mula kembali pulih sedikit demi sedikit.

“Walaupun saya telah mulakan (usaha membantu rakyat dan negara)… dalam tempoh dua tahun lepas itu beralih sedikit kepimpinan kepada Perdana Menteri selepas saya yang tidak dapat membuktikan keupayaan untuk meneruskan usaha-usaha yang kita telah mulakan sebelum ini.

“Maka sewajarnya bila kita berhadapan dengan pilihan raya ini, ada juga hikmah iaitu pilihan raya ini berupaya untuk memberikan balik kuasa kepada rakyat melalui undi yang ada untuk memilih parti yang boleh membentuk sebuah kerajaan yang boleh meneruskan agenda yang tak selesai iaitu untuk memulihkan ekonomi negara.

“Nak pulihkan pendidikan negara… nak pulihkan kehidupan rakyat kita. Ini memerlukan suatu kerajaan yang bertanggungjawab, yang beramanah, yang tidak korup, yang tidak bobrok, yang tidak melanggar undang-undang dan mereka yang terjebak dengan masalah undang-undang seperti rasuah dan sebagainya,” katanya.

Bekas Perdana Menteri kelapan itu berkata beliau berasakan PRU-15 ini adalah antara pilihan raya yang terpenting serta paling mustahak diberi perhatian oleh setiap pengundi yang wajib untuk keluar memilih sebuah kerajaan yang baik.

Katanya pengundi hanya mempunyai tiga pilihan iaitu memilih Perikatan Nasional, Barisan Nasional atau Pakatan Harapan, namun jika tersalah pilih maka musibahnya amat besar yang boleh menyebabkan rakyat serta negara jatuh ke dalam jurang yang amat dalam.

“Setiap pengundi yang ada di negara ini wajib keluar mengundi. Kerana kalau saudara dan saudari tidak mengundi, bermakna saudara saudari memberi hak kepada pihak yang tidak berhak untuk mentadbir negara. Bahaya musibahnya adalah amat besar sekali.

“Jika semua keluar mengundi… insya-Allah akan terbentuk sebuah kerajaan PN yang bersih dan stabil. Bersih daripada segala amalan-amalan yang tak betul… menyalahgunakan kuasa. Ini suatu yang kita tak akan lakukan.

“Tengok pada hari ini tak ada suatu pemimpin dalam PAS ataupun Bersatu dan Gerakan yang menghadapi apa-apa tuduhan di mahkamah,” katanya lagi.

Muhyiddin berkata keadaan i ni menunjukkan bahawa PN berpegang pada prinsip baharu iaitu menentang segala bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan serta perkara-perkara yang bertentangan dengan Akta Pencegahan Rasuah Malaysia.

“Kita sebutkan kita juga kerajaan yang hendak membentuk kestabilan jangan ada gangguan-gangguan yang boleh mengacau ganggu kehidupan kita. Jangan ada ancaman kepada nyawa dan keselamatan kita. Kita nakkan situasi negara kita stabil.

“Dan kalau negara kita stabil bermakna pelaburan akan masuk, banyak peluang pekerjaan yang akan disediakan dan negara kita akan lebih maju dan makmur, maju ke depan dan capai tahap sebuah negara yang telah berjaya dalam tempoh yang tidak berapa lama nanti,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/11/pru-15-mandat-rakyat-kembalikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pru 15 Rakyat Perlu Pilih Calon Berintegriti Jangan Hanya Fokus Parti Getaran 27 10 2022

Pru 15 Rakyat Perlu Pilih Calon Berintegriti Jangan Hanya Fokus Parti Getaran 27 10 2022

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 141 hits
KUALA LUMPUR Rakyat negara ini digesa memilih calon atau pemimpin yang berintegriti pada Pilihan Raya Umum Ke 15 akan datang sekiranya ingin menentang dan menghapuskan budaya rasuah Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadz...
Umno Paling Kucar Kacir Dalam 4 Dekad Masa Ambil Alih Kerajaan Dalam Pru 15

Umno Paling Kucar Kacir Dalam 4 Dekad Masa Ambil Alih Kerajaan Dalam Pru 15

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 84 hits
Menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 satu satunya peristiwa yang tidak pernah dilihat sepanjang 4 dekad lalu ialah kucar kacir dalam parti pemerintah Umno dalam persiapan menghadapi pilihan raya Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata demikian da...
Pru 15 Shahrir Nak Bersih Nama Di Mahkamah Dahulu Zahid Pula

Pru 15 Shahrir Nak Bersih Nama Di Mahkamah Dahulu Zahid Pula

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 137 hits
agendaily com27 10 2022Pemimpin veteran UMNO yang juga bekas Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Ab Samad berhadapan pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada Najib kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Veteran UMNO yang juga...
Ph Tawarkan Kenaikan Gaji Dengan Campurtangan Kerajaan Jika Menang Pru 15

Ph Tawarkan Kenaikan Gaji Dengan Campurtangan Kerajaan Jika Menang Pru 15

papar berkaitan - pada 1/11/2022 - jumlah : 209 hits
Kenaikan gaji menjadi isu yang utama dalam kalangan pekerja di negara ini Menurut Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli kenaikan gaji yang seolah olah tepu sejak dua dekad lalu di Malaysia menyebabkan sektor pekerjaan profesional tidak me...
Tan Sri Dato Sri S Vigneswaran Kembalikan Kegemilangan Rakyat Sungai Siput Kepada Barisan Nasional

Tan Sri Dato Sri S Vigneswaran Kembalikan Kegemilangan Rakyat Sungai Siput Kepada Barisan Nasional

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 148 hits
Kembalikan Kegemilangan rakyat Sungai Siput kepada Barisan Nasional yakni Tuan President MIC Tan Sri Dato Sri Vigneswaran Itulah harapan calon Barisan Nasional Parlimen P 062 Sungai Siput Tan Sri Vigneswaran a l M Sanaseepada PRU 15 kali in...
Pru 15 Untuk Bentuk Kerajaan Gabungan Terus Terang Itu Penting Nurul Izzah

Pru 15 Untuk Bentuk Kerajaan Gabungan Terus Terang Itu Penting Nurul Izzah

papar berkaitan - pada 22/10/2022 - jumlah : 99 hits
satuberita myBy October 22 2022NAIB Presiden PKR Nurul Izzah Anwar tidak menolak kemungkinan terbentuknya kerajaan gabungan selepas Pilihan Raya Umum ke 15 nanti Namun bagi beliau parti parti yang akan membentuk kesepakatan untuk bekerjasam...
Tak Ada Parti Yang Bakal Berjaya Tubuhkan Kerajaan Selepas Pru 15 Nanti Nak Pangkah Siapa

Tak Ada Parti Yang Bakal Berjaya Tubuhkan Kerajaan Selepas Pru 15 Nanti Nak Pangkah Siapa

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 192 hits
Pilihan Raya Umum ke 15 sudah hampir Sesuatu yang amat ditunggu tunggu oleh semua parti politik di negara kita sejak kerajaan jatuh dan naik dan jatuh selepas PRU ke 14 yang lalu Kebejatan suasana politik yang merisaukan di negara kita namp...
Cuba Halang Karnival Usahawan Kerajaan Pkr Tak Prihatin Terhadap Penjaja Kata Ismail

Cuba Halang Karnival Usahawan Kerajaan Pkr Tak Prihatin Terhadap Penjaja Kata Ismail

papar berkaitan - pada 20/10/2022 - jumlah : 138 hits
Ismail Sabri Yaakob berkata walaupun berbeza parti dengan kerajaan pusat pentadbiran negeri seharusnya menyokong sebarang usaha demi kepentingan usahawan kecil PUNCAK ALAM Ismail Sabri Yaakob mendakwa kerajaan negeri Selangor cuba menghalan...
Hak Rakyat Pru

Hak Rakyat Pru

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 95 hits
blogtunm blogspot com Tun M 1 Wah Bukan main 2 Kata SUA UMNO PRU 15 akan diadakan tahun ini Sebab Mengembalikan hak rakyat untuk pilih Kerajaan Bukan untuk itu Wahai SUA Dah lupa 3 PRU 14 rakyat pilih Pakatan Harapan BN rampas kuasa melalui...
Konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza Tambah Lagi Sehari

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

Sustainability And Metal Buildings A Data Driven Approach To Eco Friendly Construction

Contoh Inspirasi Poster Ucapan Selamat Hari Pekerja 2024

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

Exploring The Impact Of Aluminum In Contemporary Design



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Security Status Not Satisfied

How Often Should You Clean Your Air Ducts A Guide For Laval Homeowners

Ugutan Klopp Punca Salah Berang

Saravanan Takes Dig At Unity Govt While Stumping For It

Absolute Power Corrupts Absolutely

Ffp Membantu Menangani Isu Gaji Dalam Bola Sepak Tempatan