Tan Sri Dato Sri S Vigneswaran Kembalikan Kegemilangan Rakyat Sungai Siput Kepada Barisan Nasional
Kembalikan Kegemilangan rakyat Sungai Siput kepada Barisan Nasional yakni Tuan President MIC Tan Sri Dato' Sri Vigneswaran. Itulah harapan calon Barisan Nasional (BN) Parlimen P.062 Sungai Siput, Tan Sri Vigneswaran a/l M. Sanaseepada PRU-15 kali ini.
Tan Sri Dato' Sri S. Vigneswaran a/l M. Sanasee ialah seorang ahli politik Malaysia. Beliau merupakan bekas Yang Dipertua Dewan Negara Malaysia dan Presiden Kongres India Malaysia (MIC).
Beliau telah dilantik sebagai seorang Senator pada 23 Jun 2014 untuk tempoh tiga tahun. Beliau mengambil jawatan Yang Dipertua Dewan Negara Malaysia pada 26 April 2016.
Beliau lahir pada 16 Disember 1965) ialah seorang ahli politik Malaysia yang pernah berkhidmat sebagai Duta Khas Perdana Menteri India 1 November ke-202 Kongres (MIC) sejak Julai 2018, parti komponen Barisan Nasional (BN) yang memerintah yang sejajar dengan gabungan pemerintah Perikatan Nasional (PN).
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Presiden Dewan Negara ke-17 dari April 2016 hingga Jun 2020, Senator dari Jun 2014 hingga Jun 2020 dan Ahli Parlimen (MP) untuk Kota Raja dari Mac 2004 hingga Mac 2008.
Untuk mendekati rakyat beliau turut meraikan majlis sambutan perayaan Deepavali yang lepas bersama masyarakat Sungai Siput dan Ahli Makkal Sakti di Sungai Siput. Saya sempat sampaikan bantuan bakul makanan kepada semua yang hadir. Semoga kerjasama dan persahabatan yang telah dibina dapat diteruskan agar pelbagai bantuan dan program diteruskan bagi kebajikan, pendidikan dan peluang ekonomi kepada semua termasuk masyarakat India di Sungai Siput.
Beliau juga sangat prihatin dan mengambil akan masalah yang dihadapi dan pandangan oleh masyarakat setempat berkenaan Hospital Sungai Siput. YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan telah mengumumkan tiga berita baik untuk masyarakat Sungai Siput.
Pertamanya, satu Klinik Kesihatan yang baharu yang akan berfungsi sebagai Klinik Pesakit Luar akan dibangunkan di sekitar Sungai Siput bagi memastikan penduduk menerima rawatan pesakit luar. Buat masa kini, Hospital Sungai Siput terpaksa menampung kes-kes pesakit luar yang kian meningkat (95-100 ribu pesakit setahun) memandangkan tiada Klinik Kesihatan yang khusus berhampiran. Klinik kesihatan yang paling hampir dengan hospital adalah Klinik Kesihatan Lintang dengan jarak 20-30 minit dari hospital dan ini menyukarkan penduduk untuk menerima rawatan pesakit luar di Hospital Sg. Siput.
Keduanya, Dewan Bedah Hospital Sungai Siput akan dilengkapi dengan peralatan yang baru kerana alatan yang ada sekarang melebihi 20 tahun. Alatan pembedahan seperti mesin GA diganti bagi membolehkan pembedahan dapat dilakukan dengan kehadiran Dr Pakar Bius. Dengan menaiktaraf Dewan Bedah Hospital Sungai Siput, pembedahan bagi kes-kes obstretik, mata, ortopedik dan lain-lain pembedahan dapat dilakukan seterusnya memastikan penduduk Sg. Siput menerima rawatan yang lebih baik.
Ketiga, adalah untuk menaiktaraf Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Sungai Siput kerana blok unit kecemasan yang ada sekarang telah berusia hampir 20 tahun dan tidak dapat menampung kapasiti bagi rawatan kecemasan di Sungai Siput yang kian meningkat.
Diharap pengumuman berita baik ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban yang ditanggung oleh masyarakat Sungai Siput.
Semoga Tan Sri Dato' Sri Vigneswaran dapat kemenangan berpihak pada BN pada PRU-15 dan pastikan kemenangan Parlimen P.062 Sungai Siput.
Untuk maklumat lanjut layari
FACEBOOK
https://www.facebook.com/TSVigneswaranSA
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.keunggulanwanita.com/2022/11/tan-sri-dato-sri-s-vigneswaran.html