Umno Paling Kucar Kacir Dalam 4 Dekad Masa Ambil Alih Kerajaan Dalam Pru 15






 Menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15, satu satunya peristiwa yang tidak pernah dilihat sepanjang 4 dekad lalu ialah kucar kacir dalam parti pemerintah Umno dalam persiapan menghadapi pilihan raya.

Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata demikian dalam ceramah Jelajah Harapan Kedah, malam tadi.

Katanya, sejak beliau menyertai politik pada 1982 belum pernah Umno berhadapan krisis menggugurkan pemimpin yang tidak sebulu dengan presiden parti itu menjelang pilihan raya.

"Kita lihat dari sejarah pilihan raya, sejak 1982 tak pernah lagi Umno hadapi pilihan raya dalam kucar kacir. Kalau kita tak boleh ambil alih kerajaan maka pelik la rakyat Malaysia ni. Orang ke plastik aku tak tahu?

"Umno teruk, mereka berpecah sungguh dan kita akan lihat banyak orang kanan tak lekat calon, berkecamuk. Ada tutup pos. Kita pun ada sikit masalah tetapi sekarang semua dalam PH telah selesai.

"Kita pergi sebagai satu pasukan sekarang ini," katanya.

Mengenai hujah yang amat popular kononnya PH tidak wajar diberi peluang kerana kerajaan 22 bulan lalu tidak berkualiti, Mat Sabu menganggap tohmahan itu tidak sepatutnya terus dimainkan dalam kempen pilihan raya kerana PH tidak pernah diberi kesempatan untuk berkuasa sehingga sepenggal.

"Mereka meratip kegagalan kerajaan 22 bulan. Depa ukur dengan apa? Budak ambil periksa SPM, soalan kena jawab dalam masa satu jam. Tiba tiba baru 20 minit cikgu ambil kertas, cakap gagal. Gagal pala bapak apa, dia baru 20 minit? Kena perabih sejam. Kena perabih 5 tahun baru tengok gagal atau tidak.

"Apa pun dalam 2 tahun kita dapat turunkan indeks rasuah dari nombor 61 kepada 51. Kalau perintah 5 tahun saya yakin kita balik angka 30, ertinya kembali ke zaman Malaysia jadi Tiger of Asia," katanya.

Oleh itu Mat Sabu menggesa penyokong PH sekali lagi bekerja kuat sebagaimana PRU 14 lalu untuk memenangkan PH.

Katanya, kali ini PH mempunyai calon PM yang terbaik Datuk Seri Anwar Ibrahim dan amat diperlukan oleh rakyat. Cuma, kata beliau, sekiranya Anwar tidak mendapat majoriti maka negara akan kembali berkecamuk dengan pemerintahan BN - PN dan GPS.

"Cara memerintah selepas Sheraton Move tak aman dan sekarang kita syok Datuk Seri Anwar boleh bentang paper di Unesco, bersyarah di Turki. Paling layak jadi PM. Tetapi layak tak layak bergantung 19 November ini. Kalau dapat 112 kerusi tertaballah Datuk Seri Anwar sebagai PM.

"Jadi kita kerja kuat, kita mahu PRU akan datang parlimen Baling PH menang, Pendang BN kalah, Jerai PH menang, Sungai Petani PN dan BN kecundang.

"Dengan cara itu barulah Datuk Seri Anwar akan diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia," katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/11/umno-paling-kucar-kacir-dalam-4-dekad.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rentasan 1237 Panas Ini Natijahnya Jika Umno Bn Menang Pru 15

Rentasan 1237 Panas Ini Natijahnya Jika Umno Bn Menang Pru 15

papar berkaitan - pada 26/10/2022 - jumlah : 204 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1237 1 TIGA TPM TAK PADAN DENGAN SAIZ NEGARA 2 PAS TIDAK ADIL KEPADA KESELURUHAN MANUSIA 3 ADAKAH INI AKAN BERLAKU JIKA BN MENANG PRU15 Layari kami untuk mendapat berita dan isu semasa di Malaysia Berita Politik Polit...
80 Pemuda Tak Puas Hati Prestasi Kerajaan Jangan Harap Umno Menang Besar Rafizi

80 Pemuda Tak Puas Hati Prestasi Kerajaan Jangan Harap Umno Menang Besar Rafizi

papar berkaitan - pada 26/10/2022 - jumlah : 325 hits
Tindakan tergesa gesa Umno BN mengadakan Pilhan Raya Umum ke 15 dalam musim tengkujuh kerana menjangkakan mereka akan menang besar mungkin akan bertukar sebaliknya pada 19 November ini Menurut Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli berdasa...
Pru 15 Umno Bertekad Mahu Pastikan Pas Tewas Semua Kerusi Dun Di Pahang

Pru 15 Umno Bertekad Mahu Pastikan Pas Tewas Semua Kerusi Dun Di Pahang

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 192 hits
nbsp BERA Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan Barisan Nasional Pahang Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail bertekad memastikan PAS tewas lapan kerusi dewan undangan negeri yang dimenangi parti itu pada pilihan raya umum lalu Wan Rosdy berkata P
Tuan Ibrahim Dedah Pas Akan Bekerjasama Dengan Umno Lepas Pru Pas Akan Khianati Bersatu

Tuan Ibrahim Dedah Pas Akan Bekerjasama Dengan Umno Lepas Pru Pas Akan Khianati Bersatu

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 167 hits
Pas beri bayangan kerjasama dengan UMNO tidak akan berlaku menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 Kata timbalan presidennya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ini kerana UMNO mendakwa parti itu tidak ada pendirian tetap Kata Tuan Ibrahim parti itu...
Dedahan Che Det Berat Umno Dan Pru 14

Dedahan Che Det Berat Umno Dan Pru 14

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 144 hits
1 Ramalan oleh masyarakat sekarang ialah UMNO dan BN akan kalah Pilihanraya Umum ke 14 kerana terlalu banyak tuduhan yang dibuat terhadap Najib yang tidak dijawab olehnya 2 Ia bermula dengan kes pembunuhan Altantuya wanita Mongolia yang ter...
Pemimpin Umno Pkr Setuju Bakal Wujud Jajaran Baharu Selepas Pru

Pemimpin Umno Pkr Setuju Bakal Wujud Jajaran Baharu Selepas Pru

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 176 hits
agendaily com22 10 2022Nurul Izzah Anwar dan Datuk Seri Azalina Othman Said muncul pada program Astro Awani malam tadi Dua pemimpin Barisan Nasional dan Pakatan Harapan mewakili wanita dilihat tidak yakin parti masing masing akan memenangi ...
Ph Tawarkan Kenaikan Gaji Dengan Campurtangan Kerajaan Jika Menang Pru 15

Ph Tawarkan Kenaikan Gaji Dengan Campurtangan Kerajaan Jika Menang Pru 15

papar berkaitan - pada 1/11/2022 - jumlah : 327 hits
Kenaikan gaji menjadi isu yang utama dalam kalangan pekerja di negara ini Menurut Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli kenaikan gaji yang seolah olah tepu sejak dua dekad lalu di Malaysia menyebabkan sektor pekerjaan profesional tidak me...
Wujud Persefahaman Ahmad Zahid Anwar Bentuk Kerajaan Selepas Pru 15 Muhyiddin

Wujud Persefahaman Ahmad Zahid Anwar Bentuk Kerajaan Selepas Pru 15 Muhyiddin

papar berkaitan - pada 11/11/2022 - jumlah : 203 hits
satuberita myBy November 11 2022WUJUD persefahaman antara Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke 15 kali ini Pengerusi Perik...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Harga Netflix Malaysia Terkini 2025

Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal