Pru 15 Rakyat Perlu Pilih Calon Berintegriti Jangan Hanya Fokus Parti Getaran 27 10 2022


 

KUALA LUMPUR - Rakyat negara ini digesa memilih calon atau pemimpin yang berintegriti pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang, sekiranya ingin menentang dan menghapuskan budaya rasuah.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya menerima pelbagai aduan daripada masyarakat yang mengakui sukar untuk memilih parti serta gabungan politik untuk mentadbir kerajaan.
Menurut beliau, ini berikutan sebahagian besar Ahli Parlimen serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tidak memiliki integriti, sombong dan menyusahkan rakyat disebabkan hanya mementingkan kepentingan peribadi.
Nadzim Johan“Kami membuka pintu kepada calon yang mahukan sokongan kami. Mereka wajib mempunyai ciri pemimpin baik, jujur, bekerjasama, mempunyai hati dan kebijaksanaan .
“Personaliti terbabit perlu membantu rakyat dan mengharmonikan negara, malah sanggup ke hadapan demi berkorban untuk rakyat”, katanya hari ini.
Nadzim turut menggesa pengundi untuk lebih melihat kepada peribadi calon yang diketengahkan berbanding parti politik, sebagai rujukan memilih wakil rakyat pada PRU-15, November depan.
Menurut beliau, pilihan raya merupakan masa paling tepat buat rakyat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menjadi pendesak untuk ‘membuang’ calon yang tidak menepati citarasa rakyat.
“Sebelum PRU-15, PPIM akan mewujudkan satu gerakan sukarelawan rakyat mengikut perlembagaan dan kemanusiaan. Menerusi gerakan ini, semua NGO boleh menyuarakan hasrat dan kemarahan mereka kepada calon jika gagal melakukan yang terbaik dan menipu. 
“Saya juga meminta rakyat supaya menggunakan hak mereka sebagai pengguna bijaksana,” katanya. 
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 20 Oktober lalu menetapkan 19 November ini sebagai hari pengundian bagi PRU-15 dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah.
Abdul Ghani SallehPengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, hari penamaan calon ditetapkan pada 5 November manakala 15 November adalah tarikh untuk mengundi awal. 
Menurut beliau, tempoh berkempen dilanjutkan kepada 14 hari bermula selepas hari penamaan calon, berbanding 11 hari pada PRU-14.
Abdul Ghani berkata, SPR akan menggunakan daftar pemilih tambahan Ogos 2022 yang dikemaskini sehingga 9 Oktober lalu, dan menyenaraikan 21,173,638 pengundi berdaftar layak mengundi pada PRU-15. 
Daripada jumlah terbabit, jelasnya, 20,905,366 adalah pengundi biasa manakala 146,737 merupakan anggota tentera serta pasangan dan 118,794 lagi terdiri daripada anggota polis Pasukan Gerakan Am (PGA) bersama pasangan masing-masing. - Getaran, 27 Oktober 2022.
Artikel oleh: Getaran
PRU-15: RAKYAT PERLU PILIH CALON BERINTEGRITI, JANGAN HANYA FOKUS PARTI

https://www.getaran.my/artikel/semasa/33791/pru-15-rakyat-perlu-pilih-calon-berintegriti-jangan-hanya-fokus-parti


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/10/pru-15-rakyat-perlu-pilih-calon.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pru 15 Di Gugurkan Sebagai Calon Bn Ismail Muttalib Di Risik Oleh Parti Lain

Pru 15 Di Gugurkan Sebagai Calon Bn Ismail Muttalib Di Risik Oleh Parti Lain

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 287 hits
MARAN Selepas dikatakan tidak dicalonkan oleh Barisan Nasional di Parlimen Maran Datuk Seri Ismail Abd Muttalib yang dilihat sebagai calon boleh menang kini dirisik oleh parti pembangkang Difahamkan sebuah parti Melayu telah menawarkan Isma...
Wan Rosdy Kemunculan Parti Kecil Akan Hanya Jadi Pengacau Undi Pada Pru 15

Wan Rosdy Kemunculan Parti Kecil Akan Hanya Jadi Pengacau Undi Pada Pru 15

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 282 hits
nbsp KUANTAN Kemunculan parti kecil yang turut serta dalam pilihan raya umum ke 15 hanya berfungsi sebagai pengacau undi kata Pengerusi UMNO Pahang Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail Sambil menggambarkan kebanyakan parti itu tidak memiliki ahli ...
Pru 15 Mandat Rakyat Kembalikan Kerajaan Bersih Prihatin Berintegriti

Pru 15 Mandat Rakyat Kembalikan Kerajaan Bersih Prihatin Berintegriti

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 164 hits
agendaily com03 11 2022Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap pada program Jelajah Prihatin Perikatan Nasional Parlimen Hulu Terengganu malam tadi Pembubaran Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke 15 diadakan ...
Memilih Wakil Rakyat Bukan Wakil Parti Kenyataan Media Ppim 26 10 2022

Memilih Wakil Rakyat Bukan Wakil Parti Kenyataan Media Ppim 26 10 2022

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 280 hits
Kuala Lumpur Persatuan Pengguna Islam Malaysia memberi ingatan kepada masyarakat agar memberi perhatian mengenai ciri ciri calon yang akan bertanding di dalam PRU 15 ini Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi berkata PPIM menerima banyak per...
Pru 15 Barisan Nasional Pahang Pilih Calon Rekod Bersih Bebas Rasuah

Pru 15 Barisan Nasional Pahang Pilih Calon Rekod Bersih Bebas Rasuah

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 242 hits
KUANTAN Barisan Nasional Pahang akan memastikan calonnya yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 15 mempunyai rekod yang bersih dan bebas daripada gejala rasuah Pengerusi BN Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata tapisan calon aka...
Keluar Undi Jangan Pilih Ahli Politik Yang Tak Berguna Kerajaan Akan Stabil Teloq Ayam Pun Tak Boleh Jaga

Keluar Undi Jangan Pilih Ahli Politik Yang Tak Berguna Kerajaan Akan Stabil Teloq Ayam Pun Tak Boleh Jaga

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 223 hits
KABINET PERANG 1 Dulu masa Perang Dunia Kedua England punya Kabinet Perang Perdana Menterinya Winston Churchill lantik Menteri Kabinet dari kedua2 blok Blok Kerajaan dan Pembangkang 2 Tujuannnya ada 2 masa perang mereka perlukan the best br...
Bukan 1 000 Hanya Empat Keluar Parti

Bukan 1 000 Hanya Empat Keluar Parti

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 326 hits
Pemangku Ketua Bahagian BERSATU Padang Terap Mohd Zharif Mohd Zohdi pada sidang media berhubung peletakan jawatan Datuk Syed Sobri Syed Hashim sebagai Ketua Bahagian hari ini Foto NSTP NOORAZURA ABDUL RAHMANKUALA NERANG Parti Pribumi Bersat...
Gempa Bumi Di Segamat Are We Really Safe From Earthquakes

Checklist Lengkap Sebelum Hadir Temuduga Kerajaan Dijamin Lebih Yakin

Ww Baju Raptai Merdeka Tok Ti

Kenapa Orang Luar Membenci Kelantan

Court Permits Zara Qairina S Parents To Be Part Of Inquest Into Her Death

Sembilan Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini

Elcah Kongsi Tips Perut Kempis Tapi Dikecam Netizen Malu Lah Bagi Info Salah Macam Ni

Rupanya Ada Cara Main Video Di Latar Tanpa Perlu Langgan Youtube Premium


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Joveya Mj Gompiyo Noh Piupusan Chord

Undercover Dream Club Bicara Chord

How The Right Upgrades Can Transform Your Bmw Driving Experience

Makan Malam Di Restoran The Grand By Adam S Kitchen

Where Should Taylor And Travis Go On Their Honeymoon We Ve Got Ideas

Pakar Mesin Basuh Rumah Tidak Mampu Tampung Beban 53kg