Program Terengganu Homestay Food Culture Festival 2019



Jauh Perjalanan Luas Pamandangan - Ingat lagi tak peribahasa ni? Time sekolah dulu-dulu memanglah ingat peribahasa ni, apatah lagi kalau dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia....sekarang ni tentu budak-budak sekolah masih ingat lagi kan? Seri Wangi yang dah lama tinggalkan bangku sekolah pun masih ingat lagi. Makna peribahasa tu? Jawabannya: Jika kita banyak merantau, banyaklah perkara yang yang dapat kita lihat.

Oklah...jadi kali ni Seri Wangi nak kongsikan pengalaman perjalanan Seri Wangi  nun jauh di sana....di mana? Taklah jauh ke manapun, cuma dalam Malaysia jer....dalam Malaysia pun banyak lagi tempat-tempat menarik yang belum Seri Wangi jelajah, banyak lagi negeri-negeri yang pelbagai budaya, adat resam dan pelbagai bangsa. Jadi Seri Wangi nak ajak korang cuti-cuti Malaysia, visit malaysia sempena Terengganu Homestay food & Culture Festival 2019. Yes.....kita jalan-jalan ke Jerteh & Besut dulu yerr...jangan tak tau di Jerteh & Besut sebenarnya banyak tempat-tempat menarik...Seri Wangi pun tak tau...haaaa!! mesti korang pun tak tau and lepas ni bolehlah korang cuti-cuti Malaysia ke Terengganu, cuti sekolah pun tak lama lagi kan? Jom ikut Seri Wangi jalaan-jalan cari makan, cuci mata, selfie bagai and tulis apa yang patut.

MASJID 8 KUBAH


Travelog Seri Wangi kali ini kembara ke Jerteh,Terengganu. Boleh dikira berapa kali ke Terengganu memang jarang sangat Seri Wangi pergi ke Terengganu jika tidak ada apa-apa urusan ataupun bercuti ni, kalau pergi pun sebab ada urusan kerja dan cuma hanya singgah membeli-belah di pasar payang, Kuala Terengganu jer...tempat lain memanglah tak singgah langsung. Kembara kali ini Seri Wangi berkesempatan singgah solat subuh di Masjid 8 Kubah. Alhamdulillah...dapat juga jejak kaki bersolat di sini. Masjid 8 Kubah terkenal dengan panggilan Masjid Russia, untunglah orang-orang Jerteh mempunyai masjid yang cantik dan unik..jelous jugak haaa...
  Masjid 8 Kubah yang terletak di Kampung Lapan Kotak, Jerteh, Terengganu. Masjid ini mendapat jolokan sebagai Masjis Russia sebab seni binaannya seakan-akan St Basli Cathedral, Moscow, Russia. Tengok pada seni binaannya pun sudah membuatkan hati kita jatuh cinta dengannya, memang menarik dengan bentuk kubahnya yang berwarna-warni dan menjadi perhatian orang ramai.


Terletak di tengah-tengah kawasan sawah padi di kampung tersebut dan masjid tersebut dicetuskan seni binaannya oleh anggota Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusuh kira-kira 6 tahun lalu. Masjid tersebut dibina dengan kos RM4 juta menerusi derma orang ramai, sebenarnua untuk menggantikan masjid kayu sebelum ini yang sudah berusia lebih 100 tahun dan usang. Jadi bagi orang ramai kini dapat melihat binaan dari Eropah di Negeri Terengganu.
Lata Kolam Air Deru Ecopark


Lata Kolam Air Deru Ecopark salah satu tempat menarik untuk orang yang cintakan alam semulajadi, flora dan fauna dengan suasana yang hening, nyaman dan menenangkan fikiran Lebih-lebih lagi yang suka lakukan aktiviti lasak dan adventure di sini, berkelah bersama family dan mandi-manda di air terjun yang airnya dingin dan bersih waktu cuti sekolah ataupun di hujung minggu serta berkhemah di tepi sungai.

First time Seri Wangi datang ke Lata Kolam dan bermalam di sini, memanglah tak biasakan sebab seumur hidup tidak pernah tidur dalam khemah (camp site). Penginapan di Lata Kolam ni ada beberapa tempat penginapan seperti kabin, hammock dan camp site iaitu tapak perkhemahan yang disediakan, Seri Wangi pula menginap di kabin, merasa jugak tidur di kabin walaupun sempit tapi selesa. Jangan tak tau di khemah ini juga ada elektrik disediakan lampu, kipas, tilam, bantal dan juga kemudahan awam seperti tandas, surau dan paip air bersih. Memang best sebab tapak perkhemahan dan penginapan semuanya di tepi sungai jadi kalau korang tentu suka.







Sedikit maklumat tentang Lata Kolam ni adalah hutan simpan kedua di Malaysia, ianya telah didirikan pada tahun 2016 oleh anak jati Kg. La yang kini mempunyai keluasan 7 hektar dan semakin ramai orang datang berkunjung lebih-lebih bila musim cuti persekolahan.
Aktiviti Di Lata Kolam

Sepanjang berada di Lata Kolam kami juga menyertai aktiviti program CSR 'Sayangi Hutan Kita' anjuran bersama Lata Kolam Air Deru Ecopark, Universiti Kolej Bistari dan Tourism Malaysia di Taman Trigona, tapak tanaman benih balak. Di mana dengan cara ini dapat mendidik generasi muda agar cintakan hutan, alam semulajadi.

Di samping itu, terdapat juga pelbagai aktiviti paling mencabar, lasak dan menguji  minda dan fizikal kita yang pastinya amat diminati oleh pengunjung-pengunjung seperti:ATVWalking BallBoatingWater ConfidentSurvival programMountain BikeWater RaftingAbseilingJungle Trekking

Wah...rasanya dah macam-macam aktiviti kami lakukan dalam satu hari, memang letih tapi enjoy, sebenarnya banyak lagi yang Seri Wangi nak buat tapi memang tak cukup masa sebab ada lagi aktiviti lain yang perlu kami lakukan. Apa-apa pun bila dah berada di Lata Kolam Air Deru Ecopark ni...tak sahlah kalau korang tak mandi-manda di air terjunnya yang cantik, sejuk, segar dan nyaman...rugi tau,,,,!!

Di sini ada beberapa tempat air terjun yang korang boleh terjah seperti Pengkalan Raja, Pengkalan Suri dan Pengkalan Dua untuk berkhemah, berkelah bersama family dan bermalam di sini, tempatnya bersih dan dijaga rapi jadi Seri Wangi berharap para pengunjung dapat menjaga kebersihan dan jangan membuang sampah merata tempat lagipun untuk kesenangan bersama.






Alamat:   Lata Kola Air Deru Ecopark, Jalan Kolam Air Panas La, Kampung La, 22010 Jerteh, Terengganu.

Contack No:  +6013-9178633

FACEBOOK   I   INSTAGRAM



Jom kita jalan-jalan di kawasan kampung yang di kelilingi sawah padi tapi masa tu padi dah tak ada walau macammana pun pemandangan di sawah padi tetap cantik menghijau. Kami singgah di Homestay Kubang Depu untuk menjamu selera dengan masakan kampung yang sangat enak sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.  


Air Panas La Hot Spring



Lagi satu tempat menarik yang kami sempat singgah ialah Taman Rekreasi Air Panas La Hot Spring, Jerteh, Terengganu di mana terdapat beberapa kolam air panas yang menjadi tarikan penduduk-penduduk sekitar Jerteh dan juga pelancong. Terdapat banyak kemudahan di sekitar kolam air panas sepeti tandas, tempat solat dan pondok-pondok yang didirikan untuk berkelah dan berehat. Disebabkan masa terhad jadi Seri Wangi tidaklah dapat mandi-manda di kolam air panas tu, jadilah dapat merendamkan dan berselfie dengan rakan-rakan




Air Panas La Hot Spring ni yang uniknya air panas yang terdapat di kolam air panas sebenarnya datang menerusi sebuah bukit dan mengalir ke dalam kolam yang disediakan dan air panas ini mengandungi belerang dengan kehangatannya 49 darjah celsius serta dikatakan berkhasiat untuk mengubati penyakit kulit


Alamat:  56 Kg.La, Ulu Besut, 22010 Jerteh, TerengganuFACEBOOK LA HOT SPRING

Menaiki Besut Cruise

Kali ni kita jalan menyusuri sungai besut dengan menaiki Besut Cruise melihat keindahan suasana kampung nelayan iaitu Kg Nail, Besut. Happy sangat sebab first time naik Besut Cruise sambil dijamu dengan minuman air kelapa muda, sata dan otak-otak. 








Seri Wangi rasa tertarik dengan keindahan di kiri kanan sepanjang menyusuri sungai besut selama 1 jam melayari dengan Besut Cruise sememang satu idea yang bagus dari segi ekonomi negeri Terengganu dari sudut pelancongan


Besut Cruise
FACEBOOKhttp://www.wasap.my/601118627420/HANI
Desa Ukiran Kayu

Desa Ukiran Kayu sememangnya cantik dan unik sekali senibinanya, kami tiba di sini dengan Besut Cruise menyusuri sungai Besut dan singgah melihat betapa indahnya seni ukiran di setiap rumah di situ, cuma ralat tidak dapat masuk melihat di dalam sebab waktu time cuti di Terengganu, mungkin nanti datang lagi





Desa Ukiran Kayu dibina di Kawasan Istana Tengku Long yang dibina oleh Tengku Chik Haji bin Tengku Hitam, Raja Besut Ke Empat pada tahun 1875. Istana ini di bina dengan dihiasi oleh ukiran kayu yang menarik dan mengagumkan. Pembinaan Desa Ukiran Kayu (Duk) adalah Manifestasi kepada "Besut Daerah Ukiran Kayu" yang telah diistiharkan pada 12 Ogos 1999 iaitu sebagai pengiktirafan ke atas pengukir-pengukir kayu yang tersohor di Daerah Besut seperti Che Long bin Yusof, Tengku Ibrahim bin Tengku Wook (Tokoh Kraf Negara 1999) Hj Wan Su bin Othman (Tokoh Seni Negara 1997) Abd.Rahman Long , Wan Mustaffa Wan Su (Tokoh Seni Negeri Terengganu 2003, Adiguru Kraf 2007) dan Norhaiza bin Nordin.

Alamat:  Desa Ukiran Kayu, Pusat Kraf Jalan Tg. Long, Kg. Raja, 22200 Kampung Raja, Besut, Terengganu
Tel: 09-6953823 / 4823
FACEBOOK DESA UKIRAN KAYU

LADANG KAMBING FUZY

Susu kambing Fuzy memang terbaik, Seri Wangi dah minum rasanya memang sedap, segar dan tidak berbau hamis, laju jer minum sebab sedap lagi pun baru kuar dari peti ais. Ladang Kambing Fuzy mempunyai kambing dari baka kambing terbaik! Kandang kambingnya pun bersih dan dijaga rapi. Ladang Kambing Fuzy ni terletak sekitar kawasan Homestay Kampung Kubang Debu, Besut, Terengganu.

Satu botol Rm2.50 sahaja
4 botol Rm 10



Terengganu Homestay, Food & Culture Festival 2019

Program seterusnya kami semua ke Homestay Kubang Depu, Jalan Guri Mas, Kg. Kubang Depu untuk menyaksikan pelbagai aktiviti penduduk kampung seperti menyediakan masakan tradisi Terengganu di sebelah siangnya jadi dapatlah kami merasakan pelbagai masakan yang dimasak panas-panas di situ. Di sebelah malamnya pula diadakan pelbagai persembahan seperti Dikir Barat, Silat dan Muay Thai...paling happening adalah Dikir Barat. Kemudian bermula Majlis Perasmian Terengganu Homestay, Food & Culture Festival 2019 yang dirasmikan oleh KSU MOTAC YBhg Dato Isham bin Ishak





Berakhirlah program Terengganu Homestay, Food & Culture Festival 2019 dan seterusnya kami akan di Setiu pula untuk sertai program Festival Setiu Wetland 2019. Tunggu.......!! 


#vm2020 #visittrulyasiamalaysia     #visitmalaysia2020 #beautifulterengganu
#setiuwetlandsfestival2019 #tourismmalaysia  #tourismmalaysiawilayahtimur 
#motacterengganu #Malaysiatravelblogget #Travelblogger  #wonderfulterengganu

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.keunggulanwanita.com/2019/11/program-terengganu-homestay-food.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Filem Menarik Di Festival Filem Korea 2019

Senarai Filem Menarik Di Festival Filem Korea 2019

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 484 hits
Festival Filem Korea akan menayangkan secara percuma filem filem tersohor dari republik tersebut mulai 21 hingga 24 November ini di pawagam GSC Mid Valley Kuala Lumpur Untuk menebus tiket percuma ini tunjukkan keratan atau syot layar perant...
Program Dana Didik Harapan Johor Untuk Warga Johor 2019

Program Dana Didik Harapan Johor Untuk Warga Johor 2019

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 524 hits
Program Dana Didik Harapan Johor Untuk Warga Johor 2019 Program ini bertujuan untuk membudayakan tabiat menabung di kalangan anak anak di Negeri Johor bagi tujuan pendidikan Umi dapat info ni pun The post appeared first on
Kreativiti Kanak Kanak Menyediakan Makanan Di Ayam Brand Suku Suku Separuh Healthy Festival 2019

Kreativiti Kanak Kanak Menyediakan Makanan Di Ayam Brand Suku Suku Separuh Healthy Festival 2019

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 519 hits
Khamis lepas 14hb November 2019 ana berkesempatan menghadiri satu program CSR Ayam Brand Memandangkan sebelum ini ana banyak terlibat dengan pelbagai kolaborasi dengan Ayam Brand dan ini merupakan tahun kedua ana bersama Ayam Brand dalam pr...
Gambar Gambar Borneo Arts Festival 2019 Labuan

Gambar Gambar Borneo Arts Festival 2019 Labuan

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 570 hits
Kemeriahan ketika Media Trip ke Labuan bulan September 2019 masih terasa Banyak sangat aktiviti menarik sempena dengan BAF2019 Memandangkan banyak lagi yang saya nak kongsi tentang Labuan apa kata anda lihat dulu galeri Gambar Gambar Borneo...
Melaka Floral Festival 2019

Melaka Floral Festival 2019

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 1147 hits
Pameran Bunga dan Taman yang pertama di Melaka bermula pada 22 hingga 24 November 2019 8 00 Pagi hingga 6 00 Petang Taman Seribu Bunga Ayer Keroh MelakaPerasmian oleh TYT Tun Datuk Seri Utama Dr Mohd Khalil Bin Yaakob Yang Di Pertua Negeri ...
Program Merakyatkan Seni Budaya 2019 Di Summit Usj Subang Disambut Meriah

Program Merakyatkan Seni Budaya 2019 Di Summit Usj Subang Disambut Meriah

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 561 hits
Biarpun dunia hari ini semakin deras ditelan arus kemodenan namun warisan kesenian dan budaya yang ditinggalkan oleh orang orang lama seharusnya tidak diketepikan Malahan wajar dipulihara dan dipelihara supaya terus kekal bersama generasi h...
Film Strong Dan Cikal Betot Juara Police Movie Festival 2019

Film Strong Dan Cikal Betot Juara Police Movie Festival 2019

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 329 hits
Pemenangnya pun telah diumumkan di Jakarta Theater Sarinah Jakarta Pusat Kamis kemarin Selain mendapat penghargaan langsung dari Wakapolri Komjen Ari Dono Sukmanto para pemenang juga mendapatkan hadiah uang tunai Rp 150 juta
5456 Aktiviti Sesi Luncheon Program Sinergi Sosial Ppim 04 11 2019

5456 Aktiviti Sesi Luncheon Program Sinergi Sosial Ppim 04 11 2019

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 427 hits
Telah berlangsung Sesi Luncheon Program Sinergi Sosial yang dianjurkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial di Menara PERKESO Sesi ini telah diwakili oleh En Zulkefli Mohamad Setiausaha Penerangan PPIM
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda