Program Merakyatkan Seni Budaya 2019 Di Summit Usj Subang Disambut Meriah




 Biarpun dunia hari ini semakin deras ditelan arus kemodenan, namun warisan kesenian dan budaya yang ditinggalkan oleh orang-orang lama seharusnya tidak diketepikan. Malahan, wajar dipulihara dan dipelihara supaya terus kekal bersama generasi hari ini dan akan datang.

Petang tadi, bertempat di pusat membeli-belah Summit USJ, Subang , telah diadakan majlis perasmian Program “Merakyatkan Seni Budaya” 2019. Acara yang berlangsung sejak jam 12 tengahari hingga 6 petang ini, dianjurkan oleh Pertubuhan Ikatan Muafakat Serumpun Malaysia. Sis pun tidak ketinggalan untuk turut serta memeriahkan majlis tersebut.

Persembahan Demo Masakan "Kari Ayam"  daripada Chef IskandarBoleh cuba Pes Mama's Delights, harganya pun ok sepeket RM3.50 sahajaBanyak aktiviti menarik yang telah disusun untuk pengunjung yang hadir. Antaranya Demo Masakan Budaya oleh Chef Selebriti, Iskandar, Sempatlah jugak sis tengok demo masakan menggunakan pes Mama’s Delights. Ada macam-macam jenis pes-nya tau dan murah pula harganya. Haruslah beli nanti!!! Permainan congkak masih mendapat tempat di hati anak-anak kecilRasa seronok bila tengok anak-anak kecil masih menyenangi permainan tradisional iniDi samping itu, turut disediakan beberapa permainan tradisional yang pernah sis main masa zaman kecil-kecil dahulu. Antaranya batu seremban, congkak dan lompat getah. Sempat jugaklah sis dan teman-teman blogger menunjukkan bakat bermain batu seremban. 
Hahahaha.... nie lah geng Batu Seremban yang tak berapa terror, tapi tetap bersemangat!

Apa-apa izinkan kami selfie dulu... hahha.. hhahaaa Walaupun permainan ini nampak macam santai-santai jer, tapi kita kena betul-betul fokus untuk membaling dan menangkap semula batu yang kita baling tadi tu.Memang kelakar habislah, sebab masing-masing tangan kayu! Hahhaha.. hahhaa..

Sekitar majlis perasmian "Merakyatkan Seni Budaya" Sekitar jam 3 petang, majlis diteruskan dengan acara perasmian oleh Yang Berhormat Datuk Abdul Rashid Bin Asari, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan (Exco), yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebudayaan Dan Pelancongan, Peradaban Melayu Dan Warisan.

Turut hadir dalam majlis perasmian “Merakyatkan Seni Budaya” ialah YB Datuk Rashidi Hasbullah, Pengerusi Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), YBRS Prof Madya Sahar Sa’Adi Bin Hashim, Rektor Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), YBRS Ahmad Firdaus Bin Dato’ Ahmad Hamizan, Timbalan Pengerusi Pertubuhan Ikatan Muafakat Serumpun Malaysia, YBRS Encik Ahmad Nazmi Bin Razali, Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor dan YBRS Encik Kamarulzaman Adnan, Setiausaha Bahagian Kapar.

Pada majlis itu juga, Yang Berhormat Datuk Abdul Rashid Bin Asari turut berucap. Katanya, Selangor merupakan salah sebuah negeri yang mempunyai keunikan seni dan budaya, sejarah gemilang pada masa lampau dan track-record yang terus maju ke hadapan.
Pemerkasaan program seni kebudayaan yang berteraskan elemen tradisi dan warisan adalah amat wajar untuk disemarakkan supaya ianya tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas.Beliau yakin bahawa lebih banyak butiran seni budaya yang boleh dan akan diketengahkan dan dipromosikan sebagai produk pelancongan di Negeri Selangor.

Menurutnya lagi, sejak sekian lama, Negeri Selangor sentiasa menjadi negeri tumpuan para seniman dalam pelbagai bidang. Mereka bukan sahaja tinggal di negeri ini tetapi menjadi tempat untuk berkarya dan menghasilkan produk seni budaya mereka.

Sudah tiba masanya untuk Kerajaan Negeri Selangor berkerjasama dengan penggiat-pengiat industri pelancongan, seni dan budaya melakukan usaha yang komprehensif berkenaan dengan seni budaya yang mempunyai potensi besar dan dapat menyumbang kepada pembangunan negeri yang lebih holistik.




Dalam ucapan perasamiannya itu, beliau juga menyifatkan Malaysia merupakan negara majmuk yang ditunjangi oleh masyarakat dari pelbagai latar belakang budaya, adat resam dan lain-lain yang menjadi asas pengukuhan perpaduan pada peringkat kebangsaan.

Beliau menyeru agar kepelbagaian agama, budaya dan adat resam kaum di Malaysia hendaklah dihormati dan dipelihara dengan sebaik-baiknya. Setiap individu berhak mengamalkan adat resam kaum masing-masing dengan harmoni (contohnya) melalui cara berpakaian, amalan beragama dan perayaan.

Selain itu, beliau turut berpendapat, tugas memperkasakan bidang kebudayaan ini menjadi tanggungjawab bersama, sama ada diperingkat Kerajaan Persekutuan, Negeri dan NGO melalui program-program pengembangan budaya yang lebih berkesan.

Ia perlu dirancang dengan rapi dan dilaksanakan dengan teratur melalui penglibatan sektor pendidikan, pelancongan dan lain-lain yang berkaitan bagi memastikan seni, budaya dan warisan terus kekal relevan dan diwarisi sebagai satu kebudayaan yang bernilai oleh generasi akan datang.

Jadi, beliau berharap agar masyarakat Malaysia, khususnya rakyat Selangor terus berganding bahu membantu menyemarakkan dan memperkasakan khazanah seni budaya Malaysia agar terus kekal diamalkan.

Insya-Allah, marilah kita bersama-sama memupuk nilai-nilai murni dan semangat kerjasama untuk memulihara dan mengekalkan warisan seni budaya negara yang kita cintai ini. 

Tarian Jatiswara, tarian klasik India.Tarian Cina KipasTerhibur dengan persembahan yang dibawakan oleh ASWARA.Mantap!Sebelum majlis tamat, turut dihiburkan dengan persembahan khas dari ASWARA dan Bob Yusuf, selaku artis jemputan. Kalau nak ikutkan memang tak cukup, dua buah lagu yang diperdendangkannya itu.

Lagu 'Anta Permana', Siti Nurhaliza yang dibawakannya itu cukup lunak. Jadi, sis sokong juga kalau Siti Nurhaliza pilih Bob bagi mengantikannya menyanyikan lagu 'Anta Permana' di AJL nanti. 
Oh, ya sebelum majlis berakhir ada cabutan bertuah. Tahniah buat Rawlins sebab menang cabutan bertuah

Tahniah Rawlins!! (depan, kiri)
Sekian dulu  catatan sis kali ini, sampai jumpa lagi!

Lurve,
Sis Anie Mohamed

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://aniemohamed.blogspot.com/2019/11/program-merakyatkan-seni-budaya-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sekitar Kemeriahan Sambutan Program Merakyatkan Seni Budaya 2019

Sekitar Kemeriahan Sambutan Program Merakyatkan Seni Budaya 2019

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 839 hits
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Summit USJ Ahad 10 November 2019 berlangsungnya program Merakyatkan Seni Budaya yang dianjurkan oleh Pertubuhan Muafakat Serumpun Majlis disempurnakan dengan kehadiran Yang Berhormat Datuk Abdul Rashid B...
Program Merakyatkan Seni Budaya Love Your Roots

Program Merakyatkan Seni Budaya Love Your Roots

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 338 hits
My late grandmother always reminded me to never forget my roots wherever I ended up being And yes until now I am a proud Iban Sarawakian and Malaysian But sadly as I grow wiser it seems that the games that I love to play in my younger years...
Program Merakyatkan Seni Budaya Pemerkasaan Program Seni Kebudayaan

Program Merakyatkan Seni Budaya Pemerkasaan Program Seni Kebudayaan

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 347 hits
PROGRAM MERAKYATKAN SENI BUDAYA PEMERKASAAN PROGRAM SENI KEBUDAYAANMasih Permainan Tradisional seperti batu Seremban Galah Panjang Ting Ting Baling Selipar Congkak dan permainan tradisi lain Semasa kecil AlongMurni bermain permainan tradisi...
Tm One Leap Summit 2019

Tm One Leap Summit 2019

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 380 hits
Baru baru ini pada 5 November 2019 bertempat di KL Convention Centre thelah dianjurkan acara gilang gemilang yang merupakan suatu acara signature tahunan daripada TM ONE TM ONE LEAP Summit 2019 Apa itu TM ONE TM ONE merupakan salah satu cab...
Sambutan Hari Kebajikan Haiwan 2019 Meriah

Sambutan Hari Kebajikan Haiwan 2019 Meriah

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 306 hits
Sambutan Hari Kebajikan Haiwan 2019 yang diadakan bermula Jumaat lalu di MAEPS Serdang berlangsung penuh meriah lapor Wartawan Sinar Harian Nurul Huda Husain
5461 Aktiviti Jemputan Sebagai Penceramah Undangan Bagi Program Seminar Fiqh Kepenggunaan Halal Ppim 06 11 2019

5461 Aktiviti Jemputan Sebagai Penceramah Undangan Bagi Program Seminar Fiqh Kepenggunaan Halal Ppim 06 11 2019

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 489 hits
Telah berlangsung program Seminar Fiqh Kepenggunaan Halal anjuran Pusat Islam Universiti Teknikal Malaysia Melaka di Masjid Sayyidina Abu Bakar UTeM Pengarah Latihan Penyelidikan PPIM Dr Izham Nayan telah dijemput sebagai penceramah undanga...
Program Dana Didik Harapan Johor Untuk Warga Johor 2019

Program Dana Didik Harapan Johor Untuk Warga Johor 2019

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 531 hits
Program Dana Didik Harapan Johor Untuk Warga Johor 2019 Program ini bertujuan untuk membudayakan tabiat menabung di kalangan anak anak di Negeri Johor bagi tujuan pendidikan Umi dapat info ni pun The post appeared first on
5456 Aktiviti Sesi Luncheon Program Sinergi Sosial Ppim 04 11 2019

5456 Aktiviti Sesi Luncheon Program Sinergi Sosial Ppim 04 11 2019

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 433 hits
Telah berlangsung Sesi Luncheon Program Sinergi Sosial yang dianjurkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial di Menara PERKESO Sesi ini telah diwakili oleh En Zulkefli Mohamad Setiausaha Penerangan PPIM
5462 Aktiviti Program Demonstrasi Makanan Sihat Oleh Saudara Muhammad Shuaib Al Madyan Huee Ppim 06 11 2019

5462 Aktiviti Program Demonstrasi Makanan Sihat Oleh Saudara Muhammad Shuaib Al Madyan Huee Ppim 06 11 2019

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 418 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan Toqqi menghadiri program Demonstrasi Makanan Sihat yang disampaikan oleh Saudara Muhammad Shuaib Al Madyan Huee di Brainy Bunch Cyberjaya Program disertai oleh pelajar pelajar sekolah Brainy Bunch Internation...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon