Program Arab Saudi Winter Is Alive


Festival Pelancongan Saudi 2025 kembali ke Malaysia dengan tawaran eksklusif dan previu untuk Program Arab Saudi, ‘Winter is Alive’


Mencari destinasi percutian yang menarik dan unik? Nikmati pengalaman melancong yang menggembirakan hati dan mendamaikan jiwa. Lembaga Pelancongan Arab Saudi (Saudi Tourism Authority - STA) kini bersedia untuk melancarkan acara Festival Pelancongan Saudi yang bertempat di IOI City Mall, Putrajaya, dari 12 - 16 November 2025, dengan menjemput semua warga Malaysia untuk menerokai tempat-tempat menarik di Arab Saudi yang kaya dengan budaya, keindahan landskapnya di samping merebut tawaran istimewa yang eksklusif.
Acara tahun ini akan melibatkan 11 buah agensi pelancongan beserta Saudia Airlines dan Touch N&Go Digital (TNGD), di mana pelbagai pakej pelancongan hebat dan diskaun besar-besaran akan ditawarkan.





Para pengunjung Festival Pelancongan Saudi 2025 berpeluang mendapat tawaran penjimatan istimewa seperti yang telah ditetapkan:
Saudia Airlines: Nikmati potongan sehingga 25% untuk tambang Kelas Ekonomi dan 20% untuk Kelas Perniagaan bagi penerbangan ke Arab Saudi. Rebut tawaran Tambang Istimewa Riyadh — terbang ke Riyadh dari hanya RM3,200 (pergi & balik)!
Tawaran masa terhad ini sah untuk tempahan yang dibuat dari 7 November 2025, untuk perjalanan sehingga 31 Januari 2026. Tertakluk pada terma dan syarat.
Touch N' Go Digital (TNGD) (e-wallet): Dapatkan tambahan 2% pulangan tunai untuk kesemua bayaran yang dibuat di Arab Saudi melalui terminal POS, yang meningkatkan lagi jumlah pulangan tunai sebanyak 5% (sedia ada 3% + promosi 2%). Tawaran ini akan dilancar dan dipamerkan semasa festival tersebut.
Juara Travel & Tours: Pelanggan yang membeli pakej Umrah+ layak untuk menyertai Cabutan Bertuah sempena Sambutan ke-25 tahun (berlangsung dari November 2025 – Jun 2026) dan berpeluang untuk membawa pulang hadiah utama seperti Axia baharu atau motosikal!
Pakej Umrah+ Baharu: Alami kembara merentasi AlUla, Jeddah, Taif, Aseer (termasuk Abha), dan Al Baha — yang disediakan oleh agensi pelancongan terkemuka seperti Andalusia, Ikhlas, Rayhar, Tabung Haji Travel, Mursyid Alharamain, KUJDT, Jay Ibrahim, Iman World, MKM, dan In Saff Travel.
Manfaat Pakej Umrah+: Nikmati rebat eksklusif, tambang keretapi laju ke Tanah Haram secara percuma, ziarah percuma, diskaun istimewa dan barangan edisi terhad. Setiap tetamu turut menerima set hadiah percuma dengan setiap pakej yang dibeli. (Sementara stok masih ada)
Kembara Merentasi Segi Tiga Emas Seperti yang diketahui, AlUla, Jeddah, dan Riyadh telah membentuk “Segi Tiga Emas,” namun Festival kali ini ingin membawa anda mengunjungi sebuah lagi destinasi yang memiliki keindahan semula jadi serta kaya dengan warisan budaya: Abha di Wilayah Aseer dan Al Baha. Ia mempunyai pemandangan padang pasir yang memukau, di mana pengunjung boleh merasai kehangatan aura Arab Saudi yang sungguh bertenaga.
 Abha, Wilayah Aseer: Pergunungan Hijauo Dikenali sebagai “Mutiara Hijau,” Abha adalah percutian meneroka gunung-ganang yangmenyegarkan. Susuri taman-taman indah yang subur, tebing-tebing yang dramatik, danperkampungan batu bersejarah seperti Rijal Almaa. Iklimnya yang lebih sejuk amat sesuaiuntuk aktiviti mendaki, pengembaraan luar, dan mengenali tentang kebudayaan Arab Selatanyang autentik.
 Al Baha: Bayu dan Sejaraho Tersergam tinggi di Pergunungan Sarawat, Al Baha lebih dikenali dengan kabus tebalnya,menara kawalan bersejarah, dan seni bina batu purba. Ia merupakan gerbang menuju kePergunungan Tharwan yang indah serta kampung tua berabad usianya seperti Dhee Ayn.Wilayah ini mengajak pengunjung mengenali dengan lebih mendalam tentang warisanpergunungan Arab Saudi, sambil menikmati pemandangan yang menakjubkan dengan cuacayang sederhana.
Terokai Program Winter is Alive Arab Saudi Festival Pelancongan Saudi 2025 adalah permulaan untuk anda melalui kembara kerohanian yang epik atau keseronokan yang santai, yang boleh dinikmati melalui program Winter is Alive Arab Saudi. Program ini menyediakan kepelbagaian acara bertaraf dunia di bandar-bandar Arab Saudi bermula sekarang sehingga akhir musim sejuk. Jangan lepaskan tawaran penjimatan eksklusif ini dan alami detik-detik meriangkan, serta alami kehangatan percutian ke Arab Saudi di musim terbaik ini.
Riyadh: Pusat Kebudayaan dan hiburanNikmati keseronokan musim Kurma Otaiqah untuk keenakan rasa premium kurma dan kenali asal usul warisannya, berlangsung sekarang hingga 30 November.Kunjungi Pameran Arkib Lambang Arab Saudi di Istana Al Masmak sehingga 21 November untuk mengetahui kisah di sebalik lambang kebangsaan Arab Saudi.
 Tarikan dalam zon Ekspo Musim Riyadh termasuklah:
Pameran rangka tulang dinosaur di Olulou, Boulevard City (sehingga 8 Disember).Boulevard World diinspirasikan oleh budaya global (sehingga 2 Mei).Pengalaman menyeramkan di The Midnight Manor (sehingga 2 Mei).Ekspo Continuum '25 yang mempamerkan karya seni digital inovatif (sehingga 14 Disember).
Diriyah: Tempat bersejarah yang menggabungkan sejarah dengan kesenian moden dan sajian lazat:
Daerah At-Turaif: Ketahui kisah Negara Arab Saudi yang Pertama di Tapak Warisan Dunia UNESC ini melalui pelbagai program kebudayaan yang dianjurkan.Lembah Bujairi: Alami pengalaman warisan budaya yang unik, alunan muzik secara langsung, dan selusuri pelbagai kedai cenderamata yang dihiasi dengan pemandangan memukau tempat asal Negara Arab Saudi yang Pertama.Daerah JAX: Terokai hab kreatif yang menampilkan seni kontemporari, pameran antarabangsa, serta saksikan bakat tempatan dalam suasana ceria yang kaya dengan inovasi dan kreativiti.
Laut Merah: Pengalaman sukan air dan pelayaran yang menyeronokkan
Luncur Angin: Menyusuri samudera yang biru kehijauan semasa belayar dan meluncur ombak.Pengembaraan E-Foil yang Menyeronokkan: Alami keriangan meluncur di atas air dengan e-foil yang dikawal secara elektrikal.Berkayak: Hayati keindahan alam semula jadi di perairan yang tenang, di mana elemen penerokaan, kedamaian, dan kecergasan digabungkan.Pelayaran: Kuasai cara mengemudi ketepatan bot getah (dinghy) atau kepantasan katamaran (catamaran) dalam pengembaraan menggunakan kuasa angin.
Hail & Qassim: Sejarah dan keaslian di dalam jantung hati negara
Hail: Temui sejarah dan budaya di mercu tanda ini sehingga akhir musim sejuk
Istana Airef: Kunjungi kubu bersejarah yang dibina pada tahun 1840 di Gunung A’arif, untuk pelajari warisan asli sambil menikmati panorama yang menakjubkan.Al Adham: Saksikan Qumra yang menyinari gunung Al Adham di samping irama mengasyikkan, warisan budaya, dan pertunjukan kuda yang mengagumkan.Qassim: Terokai seni bina bersejarah serta oasis semula jadi sehingga akhir musim sejuk.
Rumah Warisan Al Bassam: Saksikan keindahan pertukangan tangan Najdi yang dapat dilihat di dewan, taman, dan pada asal usul kehidupannya.Palms Avenue: Susuri di lebih daripada 700 ladang kurma bersejarah yang turut menyediakan kafe dan restoran, dalam suasana yang tenang dan mendamaikan.




Dengan tawaran hebat yang diberikan untuk penerbangan, ganjaran tunai yang tiada tandingan, serta kalendar acara yang padat dengan aktiviti menarik, Festival Pelancongan Saudi 2025 adalah titik permulaan terbaik untuk kembara rohani atau percutian yang santai! Jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan penjimatan eksklusif dan merasai kehangatan tenaga serta keunikan Arab Saudi semasa dalam musimnya yang terbaik.
Festival Pelancongan Saudi 2025 berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya, dari 12-16 November 2025.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azlindaalin.com/2025/11/program-arab-saudi-winter-is-alive.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Festival Pelancongan Saudi 2025 Kembali Ke Malaysia Dengan Program Arab Saudi Winter Is Alive

Festival Pelancongan Saudi 2025 Kembali Ke Malaysia Dengan Program Arab Saudi Winter Is Alive

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 257 hits
Mencari destinasi percutian yang menarik dan unik Nikmati pengalaman melancong yang menggembirakan hati dan mendamaikan jiwa Lembaga Pelancongan Arab Saudi kini bersedia untuk melancarkan acara Festival Pelancongan Saudi yang bertempat di I...
Banjir Kilat Landa Kawasan Berhampiran Makkah Arab Saudi

Banjir Kilat Landa Kawasan Berhampiran Makkah Arab Saudi

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 147 hits
Banjir Kilat Landa Kawasan Berhampiran Makkah Arab Saudi Kejadian banjir kilat dilaporkan berlaku di kawasan berhampiran kota suci Makkah baru baru ini susulan hujan lebat dan ribut petir yang melanda sebahagian negara itu Rakaman video yan...
Video Arab Saudi Dilanda Banjir Kilat

Video Arab Saudi Dilanda Banjir Kilat

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 157 hits
Buletin TV3 nbsp MAKKAH Banjir kilat melanda Arab Saudi susulan taburan hujan lebat dan ribut petir Rakaman mengejutkan menunjukkan aliran lumpur yang deras memenuhi jalan jalan berhampiran bandar suci Makkah Banyak kenderaan terperangkap d...
Puluhan Jemaah Umrah India Maut Dalam Kemalangan Jalan Raya Di Arab Saudi

Puluhan Jemaah Umrah India Maut Dalam Kemalangan Jalan Raya Di Arab Saudi

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 165 hits
Puluhan Jemaah Umrah India Maut Dalam Kemalangan Jalan Raya Di Arab Saudi NEW DELHI 17 Nov Puluhan jemaah umrah dari India maut dalam kemalangan jalan raya di Arab Saudi pada malam Ahad ketika dalam perjalanan menuju ke kota suci Madinah Ba...
Minggu Bahasa Arab Sk Ijok 2025

Minggu Bahasa Arab Sk Ijok 2025

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 319 hits
AssalamualaikumMinggu BA SEDERAP KE MERCU JAYA BAHASA ARAB
Program Jalinan Melayu Seni Reka Anjuran Guru Pelatih Ipgm

Program Jalinan Melayu Seni Reka Anjuran Guru Pelatih Ipgm

papar berkaitan - pada 5/11/2025 - jumlah : 216 hits
Hiasan pentas simple tapi menarik dengan corak warna warni selain menggunakan hasil seni murid 04 11 2025 bersamaan hari Selasa diadakan Program Jalinan Melayu Seni Reka yang di anjurkan oleh 5 orang guru pelatih IPGM Kampus Keningau bersam...
Rm35 For A Plate Of Nasi Arab Here S Why It S A Bargain

Rm35 For A Plate Of Nasi Arab Here S Why It S A Bargain

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 181 hits
At first glance RM35 for a plate of nasi Arab might make some Malaysians raise an eyebrow After all that s more than your typical mixed rice lunch or fast food combo But when you look closer at what goes into this Middle Eastern delicacy it...
Santa Claus Christmas Wallpapers Beautiful Winter Holiday Backgrounds

Santa Claus Christmas Wallpapers Beautiful Winter Holiday Backgrounds

papar berkaitan - pada 24/11/2025 - jumlah : 153 hits
Celebrate the joy of Christmas with a magical collection of Santa Claus wallpapers From cute cartoon styles to vintage classics these HD and 4K backgrounds bring the festive spirit straight to your screen Santa Claus Wallpaper 4K Free Downl...
Tunjuk Parang Dalam Panggilan Video Minta Wang Pelajar Tingkatan Tiga Ditahan

Jasad Bayi Dijumpai Dalam Lori Sampah Di Bukit Jalil

Rumah Menanti Cahaya

Erra Fazira Nikah Dengan Ezwan Zain Dalam Majlis Tema Serba Putih

Teo Nie Ching Says Banning Games Like Roblox Won T Keep Children Safe Calls For Stronger In Game Protections

Johari Ghani Minta Jangan Politikkan Isu Uec Hormati Pilihan Pendidikan Rakyat

Attention

Skuad Harimau Malaya B 23 Sesi Pemanas Badan Menjelang Perlawanan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Level Up With Lazada S 12 12 Gaming Haul

Smartphone Hotpicks On Lazada S 12 12 2025

Resepi Cucur Bilis Rangup

Sambung Belajar

Resepi Masak Cuka Ikan Tenggiri

Yufid Kids Ada Untuk Anak Anak Kita Ayo Dukung Tim Yufid Kids