Festival Pelancongan Saudi 2025 Kembali Ke Malaysia Dengan Program Arab Saudi Winter Is Alive


Mencari destinasi percutian yang menarik dan unik? Nikmati pengalaman melancong yang menggembirakan hati dan mendamaikan jiwa. Lembaga Pelancongan Arab Saudi (Saudi Tourism Authority - STA) kini bersedia untuk melancarkan acara Festival Pelancongan Saudi yang bertempat di IOI City Mall, Putrajaya, dari 12 - 16 November 2025, dengan menjemput semua warga Malaysia untuk menerokai tempat-tempat menarik di Arab Saudi yang kaya dengan budaya, keindahan landskapnya di samping merebut tawaran istimewa yang eksklusif



Acara tahun ini akan melibatkan 11 buah agensi pelancongan beserta Saudia Airlines dan Touch N' Go Digital (TNGD), di mana pelbagai pakej pelancongan hebat dan diskaun besar-besaran akan ditawarkan.
Para pengunjung Festival Pelancongan Saudi 2025 berpeluang mendapat tawaran penjimatan istimewa seperti yang telah ditetapkan:
Saudia Airlines: 
• Nikmati potongan sehingga 25% untuk tambang Kelas Ekonomi dan 20% untuk Kelas Perniagaan bagi penerbangan ke Arab Saudi. 
• Rebut tawaran Tambang Istimewa Riyadh — terbang ke Riyadh dari hanya RM3,200 (pergi & balik)! Tawaran masa terhad ini sah untuk tempahan yang dibuat dari 7 November 2025, untuk perjalanan sehingga 31 Januari 2026. Tertakluk pada terma dan syarat

Touch N' Go Digital (TNGD) (e-wallet): 
• Dapatkan tambahan 2% pulangan tunai untuk kesemua bayaran yang dibuat di Arab Saudi melalui terminal POS, yang meningkatkan lagi jumlah pulangan tunai sebanyak 5% (sedia ada 3% + promosi 2%). Tawaran ini akan dilancar dan dipamerkan semasa festival tersebut



Juara Travel & Tours: 
• Pelanggan yang membeli pakej Umrah+ layak untuk menyertai Cabutan Bertuah sempena Sambutan ke-25 tahun (berlangsung dari November 2025 – Jun 2026) dan berpeluang untuk membawa pulang hadiah utama seperti Axia baharu atau motosikal!  
Pakej Umrah+ Baharu:
• Alami kembara merentasi AlUla, Jeddah, Taif, Aseer (termasuk Abha), dan Al Baha — yang disediakan oleh agensi pelancongan terkemuka seperti Andalusia, Ikhlas, Rayhar, Tabung Haji Travel, Mursyid Alharamain, KUJDT, Jay Ibrahim, Iman World, MKM, dan In Saff Travel

Manfaat Pakej Umrah+:
• Nikmati rebat eksklusif, tambang keretapi laju ke Tanah Haram secara percuma, ziarah percuma, diskaun istimewa dan barangan edisi terhad. Setiap tetamu turut menerima set hadiah percuma dengan setiap pakej yang dibeli. (Sementara stok masih ada)


Kembara Merentasi Segi Tiga Emas
• Seperti yang diketahui, AlUla, Jeddah, dan Riyadh telah membentuk “Segi Tiga Emas,” namun Festival kali ini ingin membawa anda mengunjungi sebuah lagi destinasi yang memiliki keindahan semula jadi serta kaya dengan warisan budaya: Abha di Wilayah Aseer dan Al Baha. Ia mempunyai pemandangan padang pasir yang memukau, di mana pengunjung boleh merasai kehangatan aura Arab Saudi yang sungguh bertenaga. 
    • Abha, Wilayah Aseer: Pergunungan Hijau
    o Dikenali sebagai “Mutiara Hijau,” Abha adalah percutian meneroka gunung-ganang yang menyegarkan. Susuri taman-taman indah yang subur, tebing-tebing yang dramatik, dan perkampungan batu bersejarah seperti Rijal Almaa. Iklimnya yang lebih sejuk amat sesuai untuk aktiviti mendaki, pengembaraan luar, dan mengenali tentang kebudayaan Arab Selatan yang autentik.
    • Al Baha: Bayu dan Sejarah
    o Tersergam tinggi di Pergunungan Sarawat, Al Baha lebih dikenali dengan kabus tebalnya, menara kawalan bersejarah, dan seni bina batu purba. Ia merupakan gerbang menuju ke Pergunungan Tharwan yang indah serta kampung tua berabad usianya seperti Dhee Ayn. Wilayah ini mengajak pengunjung mengenali dengan lebih mendalam tentang warisan pergunungan Arab Saudi, sambil menikmati pemandangan yang menakjubkan dengan cuaca yang sederhana



Terokai Program "Winter is Alive" Arab Saudi
Festival Pelancongan Saudi 2025 adalah permulaan untuk anda melalui kembara kerohanian yang epik atau keseronokan yang santai, yang boleh dinikmati melalui program "Winter is Alive" Arab Saudi. Program ini menyediakan kepelbagaian acara bertaraf dunia di bandar-bandar Arab Saudi bermula sekarang sehingga akhir musim sejuk. Jangan lepaskan tawaran penjimatan eksklusif ini dan alami detik-detik meriangkan, serta alami kehangatan percutian ke Arab Saudi di musim terbaik ini.

Riyadh: Pusat Kebudayaan dan hiburan


• Nikmati keseronokan musim Kurma Otaiqah untuk keenakan rasa premium kurma dan kenali asal usul warisannya, berlangsung sekarang hingga 30 November. 
• Kunjungi Pameran Arkib Lambang Arab Saudi di Istana Al Masmak sehingga 21 November untuk mengetahui kisah di sebalik lambang kebangsaan Arab Saudi.
• Tarikan dalam zon Ekspo Musim Riyadh termasuklah:
o Pameran rangka tulang dinosaur di Olulou, Boulevard City (sehingga 8 Disember).
o Boulevard World diinspirasikan oleh budaya global (sehingga 2 Mei).
o Pengalaman menyeramkan di The Midnight Manor (sehingga 2 Mei).
o Ekspo Continuum '25 yang mempamerkan karya seni digital inovatif (sehingga 14 Disember)



Diriyah: Tempat bersejarah yang menggabungkan sejarah dengan kesenian moden dan sajian lazat:
• Daerah At-Turaif: Ketahui kisah Negara Arab Saudi yang Pertama di Tapak Warisan Dunia UNESCO ini melalui pelbagai program kebudayaan yang dianjurkan.
• Lembah Bujairi: Alami pengalaman warisan budaya yang unik, alunan muzik secara langsung, dan selusuri pelbagai kedai cenderamata yang dihiasi dengan pemandangan memukau tempat asal Negara Arab Saudi yang Pertama.
• Daerah JAX: Terokai hab kreatif yang menampilkan seni kontemporari, pameran antarabangsa, serta saksikan bakat tempatan dalam suasana ceria yang kaya dengan inovasi dan kreativiti



Laut Merah: Pengalaman sukan air dan pelayaran yang menyeronokkan
• Luncur Angin:  Menyusuri samudera yang biru kehijauan semasa belayar dan meluncur ombak.
• Pengembaraan E-Foil yang Menyeronokkan: Alami keriangan meluncur di atas air dengan e-foil yang dikawal secara elektrikal.
• Berkayak: Hayati keindahan alam semula jadi di perairan yang tenang, di mana elemen penerokaan, kedamaian, dan kecergasan digabungkan.
• Pelayaran: Kuasai cara mengemudi ketepatan bot getah (dinghy) atau kepantasan katamaran (catamaran) dalam pengembaraan menggunakan kuasa angin



Hail & Qassim: Sejarah dan keaslian di dalam jantung hati negara
• Hail: Temui sejarah dan budaya di mercu tanda ini sehingga akhir musim sejuk
o Istana Airef: Kunjungi kubu bersejarah yang dibina pada tahun 1840 di Gunung A’arif, untuk pelajari warisan asli sambil menikmati panorama yang menakjubkan.
o Al Adham: Saksikan Qumra yang menyinari gunung Al Adham di samping irama mengasyikkan, warisan budaya, dan pertunjukan kuda yang mengagumkan.
• Qassim: Terokai seni bina bersejarah serta oasis semula jadi sehingga akhir musim sejuk.
o Rumah Warisan Al Bassam: Saksikan keindahan pertukangan tangan Najdi yang dapat dilihat di dewan, taman, dan pada asal usul kehidupannya.
o Palms Avenue: Susuri di lebih daripada 700 ladang kurma bersejarah yang turut menyediakan kafe dan restoran, dalam suasana yang tenang dan mendamaikan

Dengan tawaran hebat yang diberikan untuk penerbangan, ganjaran tunai yang tiada tandingan, serta kalendar acara yang padat dengan aktiviti menarik, Festival Pelancongan Saudi 2025 adalah titik permulaan terbaik untuk kembara rohani atau percutian yang santai! Jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan penjimatan eksklusif dan merasai kehangatan tenaga serta keunikan Arab Saudi semasa dalam musimnya yang terbaik



Festival Pelancongan Saudi 2025 akan berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya, dari 12-16 November 2025










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mahagosip.com/2025/11/festival-pelancongan-saudi-2025-kembali.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Program Arab Saudi Winter Is Alive

Program Arab Saudi Winter Is Alive

papar berkaitan - pada 18/11/2025 - jumlah : 192 hits
Festival Pelancongan Saudi 2025 kembali ke Malaysia dengan tawaran eksklusif dan previu untuk Program Arab Saudi Winter is Alive Mencari destinasi percutian yang menarik dan unik Nikmati pengalaman melancong yang menggembirakan hati dan men...
Festival Tari Rakyat Antarabangsa Ke 11 Aswara 2025 Tari 25 Kembali Meriahkan Dunia Seni Dan Perpaduan Asean

Festival Tari Rakyat Antarabangsa Ke 11 Aswara 2025 Tari 25 Kembali Meriahkan Dunia Seni Dan Perpaduan Asean

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 231 hits
Festival Tari Rakyat Antarabangsa ke 11 ASWARA 2025 TARI 25 Kembali Meriahkan Dunia Seni dan Perpaduan ASEAN Assalamualaikum semua Selepas beberapa tahun dinantikan akhirnya Festival Tari Rakyat Antarabangsa ke 11 diumumkan bakal kembali da...
Aktiviti Program Kempen Kepenggunaan Ppim Tnb Ppim 19 11 2025

Aktiviti Program Kempen Kepenggunaan Ppim Tnb Ppim 19 11 2025

papar berkaitan - pada 21/11/2025 - jumlah : 178 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi telah hadir sebagai panel dalam Program Kempen Kepenggunaan PPIM TNB yang berlangsung di Darul Quran PITAS Sungai Tua Gombak Program ini menekankan kepentingan kesedaran kepenggunaan serta tanggungjawab...
Nadi Mcmc Dinobat Juara Perkhidmatan Terbaik Di Program Madani Rakyat Melaka 2025

Nadi Mcmc Dinobat Juara Perkhidmatan Terbaik Di Program Madani Rakyat Melaka 2025

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 178 hits
MERLIMAU 20 Okt Pusat Sebaran Maklumat Nasional sebuah inisiatif di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sekali lagi membuktikan keupayaannya apabila diumumkan sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Terbaik di Program MADANI...
Malaysia Lakar Sejarah Dipilih Ahli Lembaga Unesco Bagi Penggal 2025 2029

Malaysia Lakar Sejarah Dipilih Ahli Lembaga Unesco Bagi Penggal 2025 2029

papar berkaitan - pada 8/11/2025 - jumlah : 203 hits
Malaysia Lakar Sejarah Dipilih Ahli Lembaga UNESCO Bagi Penggal 2025 2029 KUALA LUMPUR 7 Nov Malaysia melakar sejarah gemilang di persada antarabangsa apabila dipilih sebagai Ahli Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan Sains dan Kebudayaan...
Makluman Pengujian Siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia Di Mersing Johor Dan Tebelu Sarawak Pada 12 November 2025

Makluman Pengujian Siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia Di Mersing Johor Dan Tebelu Sarawak Pada 12 November 2025

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 193 hits
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia Dimaklumkan bahawa MET Malaysia akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia pada 12 November 2025 di 1 Menara Tanjung Mersing JohorJam 1
Waspada Penumpuan Angin Yang Dijangka Berlaku Di Timur Dan Utara Semenanjung Malaysia Pada 19 Hingga 22 November 2025

Waspada Penumpuan Angin Yang Dijangka Berlaku Di Timur Dan Utara Semenanjung Malaysia Pada 19 Hingga 22 November 2025

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 190 hits
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia Analisis terhadap model model ramalan cuaca terkini menunjukkan keadaan cuaca lembap yang sedang melanda beberapa kawasan di negara ini dijangka berterusan sehingga 22 November 2025 Penumpuan an
Pertama Di Malaysia Kunjungi Ekspo Matfa Fun Malaysia 2025

Pertama Di Malaysia Kunjungi Ekspo Matfa Fun Malaysia 2025

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 215 hits
Pertama Di Malaysia Kunjungi Ekspo MATFA Fun Malaysia 2025 Kuala Lumpur Persatuan Taman Tema Pusat Hiburan Keluarga Malaysia dengan penuh bangga mempersembahkan MATFA Fun Malaysia Expo 2025 sebagai ekspo pertama di Malaysia yang didedikasik...
Hiburan Mengaku Bertindak Over Sufi Rashid Dan Isteri Mohon Maaf Kami Telah Pun Menghubungi Pengasuh Dan

Perkhidmatan Buy Now Pay Later Semakin Popular Namun Perlu Waspada Dengan Risiko Tersembunyi

Kerugian Akibat Penipuan Dalam Talian Sejak 2022 Melebihi Rm2 Bilion

Warga Emas Buta Tinggal Bersama Jasad Anak Ditempatkan Di Rumah Seri Kenangan

Kuih Tiram

Thunderstorm Warning For Four States Labuan Until 1pm

Lagu Boboiboy Bergema Di Festival Anime Luar Negara Pengunjung Pakat Layan Karaoke

Jangan Pelik Kalau Satu Hari Nanti


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Selamat Tinggal Terima Kasih Kepada Semua Insan Yang Terlibat Memudahkan Urusan Di Selangor Klcc

Surah Al Ikhlas Rumi Jawi Audio Kelebihan Mengamalkan

Common Isu Teknikal Dalam Pembikinan Template Website

Tarikh Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2026

Chelum Burak Alon Lupeng Chord

Safety Control Clean Room