Prnjohor Pas Sedia Bekerja Dengan Ph Tapi Bersyarat Idris
PRNJohor: PAS sedia bekerja dengan PH tapi bersyarat – Idris
PAS boleh bekerjasama dengan parti dalam Pakatan Harapan (PH) untuk menghadapi pilihan raya negeri (PRN) Johor tetapi memberi syarat Amanah perlu meninggalkan DAP terlebih dahulu, kata Naib Presiden PAS, Idris Ahmad.
“Kita boleh dengan Amanah tapi dengan syarat dia tinggalkan DAP,” katanya ringkas ketika ditanya mengenai cadangan seorang bekas ahli jawatankuasa Amanah, Mazlan Aliman supaya kerjasama blok pembangkang diperluaskan kepada parti dalam Perikatan Nasional (PN) jika mahu menundukkan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam PRN negeri itu.
Mazlan berkata, PH perlu memikirkan kerjasama lebih luas berbanding hanya melihat kepada parti pembangkang seperti Pejuang, Warisan dan MUDA
Katanya, jika PH yang dianggotai PKR, Amanah, DAP dan UPKO kekal berada pada status quo ketika PRN Johor seperti di Melaka dan Sarawak, ia ibarat “serah tengkuk” kepada BN.
Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Muhammad Faiz Naaman secara peribadi menyokong kerjasama antara PN dengan blok pembangkang dalam menghadapi keangkuhan dan kegopohan Umno, BN dalam PRN Johor.
Beliau berkata, fokus seluruh rakyat khususnya para pengundi di Johor wajar disatukan bagi membenam “kluster mahkamah” serta pihak yang mendukung golongan itu dalam Umno.
“(Ia) mempersulitkan rakyat pada saat masalah penularan varian Omicron dan kegawatan ekonomi ini,” katanya
Dalam perkembangan lain, mengulas mengenai persediaan PAS membariskan senarai calon menjelang PRN berkenaan, Idris berkata, perkara itu akan didedahkan pada hari penamaan calon.
“Tunggu sehingga penamaan calon…dalam penamaan calon nanti awak tengok calonnya siapa. Saya bertanding sana ke atau macam mana,” katanya selepas merasmikan Program Agropreneur Asnaf di Darul Kifayah di sini.
Pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), hanya seorang wakil PAS Johor memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor, iaitu Najib Lep di DUN Bukit Pasir. FMT
PRNJohor: PAS sedia bekerja dengan PH tapi bersyarat – Idris
Baca Artikel Menarik :
Pembantu Kit Siang pula mohon maaf pada Najib
‘Jenama Abah’ tak mampu tawan Johor, PAS nak ‘tumpang’ pengaruh Umno, kata penganalisis
2 beradik dibunuh bapa kandung di taman permainan
Anak bekas anggota Rejimen 10 Komunis Melayu kembali ke Malaysia
Bantuan khas RM700 penjawat awam, RM350 pesara
Berebut pelajar perempuan, cedera dibuli senior
Yasmin Hani Semakin ‘Fit’ Dan Cantik
Difitnah pencuri, polis tidak mampu menahan warga emas daripada maut dibelasah
Pembalakan bagus untuk harimau – Jabatan Perhutanan Kelantan
Saya tidak mahu bersama Bersatu yang dipimpin Muhyiddin – Mazlan Bujang
Bas lelong jadi rumah Nur Amira
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Nabila Huda dituntut bayar ganti rugi RM900,000 dan mohon maaf dalam 7 hari
Kata dua Aaron Aziz kepada Aliff Aziz
Pendayung solo rentas Atlantik maut di tengah laut [VIDEO]
The post PRNJohor: PAS sedia bekerja dengan PH tapi bersyarat – Idris appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/01/25/prnjohor-pas-sedia-bekerja-dengan-ph-tapi-bersyarat-idris/