Pas Bersatu Ingatkan Kerajaan Tentang Sokongan Bersyarat Pn



(Malaysiakini) – PAS dan Bersatu hari ini mengingatkan kerajaan bahawa sokongan yang diberikan kepada Ismail Sabri Yaakob bukanlah dibuat dengan begitu saja, sebaliknya bersyarat.
Menurut Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin sokongan yang diberikan – sehingga memungkinkan Umno dan naib presidennya itu menjadi kerajaan – tertakluk kepada syarat tertentu.
“Mempertegaskan sokongan PAS dan Bersatu dalam kerajaan persekutuan adalah bersyarat perlu dihormati dan dirundingi atas nilai integriti, antirasuah dan berkebajikan,” katanya.
Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional berkata demikian dalam sidang media selepas Muzakarah PAS Bersatu di Shah Alam hari ini.
Turut hadir timbalan presiden dan setiausaha agung kedua-dua parti.
Peringatan itu dibuat ketika kedua-dua parti menyatakan rasa tidak senang mereka atas tindakan Umno-BN bertindak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bagi membuka jalan kepada pilihan raya negeri (PRN) diadakan.
Ia juga menjadi satu daripada tujuh resolusi yang dicapai kedua-dua parti terbabit dalam muzakarah tersebut.
Untuk rekod sebelum ini Muhyiddin merupakan perdana menteri yang kemudian diketepikan melalui percaturan Umno yang mengarahkan ahli parlimen parti itu menarik sokongan mereka.
Mahu bentuk kerajaan negeri
Selepas kehilangan majoriti di parlimen Muhyiddin yang juga ahli parlimen Pagoh meletakkan jawatannya pada 16 Ogos 2021 dan tempatnya digantikan oleh Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob.
Namun Ismail Sabri hanya dapat dilantik ke jawatan berkenaan dengan adanya sokongan diberikan PN ekoran penguasaan Pakatan Harapan selepas PRU ke-14 lalu.
Bersatu mempunyai 32 ahli parlimen manakala PAS 18 orang. Dengan adanya dukungan tersebut Ismail Sabri akhirnya memperoleh 116 sokongan ahli parlimen termasuk dari Umno sendiri.
Turut dicapai hasil muzakarah yang berakhir pada hari ini ialah kekesalan Bersatu dan PAS terhadap percaturan politik pihak tertentu yang didakwa mereka menutup pintu perpaduan, selain menggugat kestabilan politik negara.
Pada masa sama, kata Muhyiddin, tindakan tersebut dilihat mempertaruhkan nasib rakyat.
PAS dan Umno juga memutuskan untuk menyertai PRN Johor sebagai satu pasukan di bawah panji PN.
Kata Muhyiddin, PN juga bakal menampilkan gabungan calon muda serta berpengalaman pada PRN berkenaan.
Bagaimanapun, menurutnya, butiran lanjut mengenai perancangan dan pembahagian kerusi di antara parti komponen PN akan dimuktamadkan kemudian.
“Insya-Allah akan dibincangkan perkara itu kerana yang penting ialah hasrat kami bertanding bagi mendapatkan mandat rakyat Johor, bangsa Johor untuk membentuk kerajaan PN di peringkat negeri,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/01/29/pas-bersatu-ingatkan-kjaan-tentang-sokongan-bersyarat-pn/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gempar Kerajaan Pas Kedah Tumbang 4 Adun Tarik Sokongan

Gempar Kerajaan Pas Kedah Tumbang 4 Adun Tarik Sokongan

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 156 hits
Sekarang januari 2022 selepas 20 bulan menerajui Kedah yang dipenuhi dengan pelbagai kontroversi kedudukan Mohamad Sanusi Mad Nor mula goyang Ini susulan kerjasama dua rakan tebuk atap UMNO danPAS dalam Muafakat Nasional yang hanya menunggu...
Kenapa Pas Dan Bersatu Perlu Sokong Kerajaan Pusat Jika Terus Dicerca Umno

Kenapa Pas Dan Bersatu Perlu Sokong Kerajaan Pusat Jika Terus Dicerca Umno

papar berkaitan - pada 30/1/2022 - jumlah : 420 hits
Apakah takut untuk tarik sokongan kerana takut pilihanraya umum UMNO puak Zahid memang sedang menunggu Umno sedang singkir bersatu dan pas di peringkat Negeri satu demi satu bermula di Perak Melaka dan kini Johor Seluruh Pembangkang memang ...
Pru 15 Pas Sukar Tarik Sokongan Bersatu Tiada Harapan

Pru 15 Pas Sukar Tarik Sokongan Bersatu Tiada Harapan

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 177 hits
SHAH ALAM Pemerhati politik berpandangan agak mustahil Bersatu dan Pas menarik sokongan terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika ini mengambil kira kerugian besar yang bakal dihadapi oleh kedua dua pa...
Pas And Bersatu Should Not Take It Personally

Pas And Bersatu Should Not Take It Personally

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 188 hits
The problem is Umno PAS and Bersatu are fishing in the same pond So one man s gain would be another man s loss And that is why there has to be only one tiger on the mountain not three PAS and Bersatu must not take this personally This is po...
Tamparan Knockout Bagi Pas Bersatu Pada Prn Johor Kata Pemimpin Umno

Tamparan Knockout Bagi Pas Bersatu Pada Prn Johor Kata Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 234 hits
freemalaysiatoday com January 23 2022 PAS memegang satu kerusi manakala Bersatu 11 kerusi daripada 56 kerusi di DUN Johor yang kini telah dibubarkan JOHOR BAHRU Bersatu dan PAS akan menghadapi tamparan knockout di pilihan raya negeri Johor ...
Umno Dissolved Johor Assembly Unilaterally Without Consulting Bersatu And Pas

Umno Dissolved Johor Assembly Unilaterally Without Consulting Bersatu And Pas

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 222 hits
The decision to dissolve the Johor legislative assembly was made unilaterally without prior discussion with other parties that made up the state government a Johor Bersatu leader said today Johor Bersatu information chief Mohd Solihan Badri...
Belum Pun Prn Johor Pas Sudah Nak Tinggalkan Bersatu

Belum Pun Prn Johor Pas Sudah Nak Tinggalkan Bersatu

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 217 hits
SHAHBUDIN HUSINDua hari lalu saya telah menulis dengan menjangkakan Pas akan meninggalkan Bersatu selepas PRN Johor berikutan jangkaan bahawa BN akan memenangi pilihanraya tersebut Rupa rupanya belum pun PRN Johor diadakan lagi Pas sudah be...
Mazlan Bujang Keluar Bersatu Nyata Sokongan Kepada Bn

Mazlan Bujang Keluar Bersatu Nyata Sokongan Kepada Bn

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 148 hits
Mazlan Bujang keluar Bersatu nyata sokongan kepada BN JOHOR BAHRU Ketua Bahagian BERSATU Tebrau Mazlan Bujang hari ini meletak jawatan ketua bahagian sekali gus mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta merta Mazlan yang juga Ahli Dewan ...
Duit Pas Dari Poket Ahlinya Tidak Guna Dana Kerajaan

Duit Pas Dari Poket Ahlinya Tidak Guna Dana Kerajaan

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 191 hits
HARAKAH DAILYKekal sebagai parti perjuangan hasil pengorbanan ahli ahli yang istiqamah KULIM BANDAR BAHARU PAS walaupun telah menjadi kerajaan di beberapa negeri dan peringkat Persekutuan namun masih kekal sebagai parti perjuangan yang disu...
Wanita Warga Emas Maut Terbakar Disyaki Angkara Anak Lelaki Oku Mental

Startups Vs Established Industries

How To Recover Lost Data From Your Smartphone

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Nasi Lemak Lobster Jb

Dua Pendaki Wanita Maut Di Puncak Jaya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Realme Menerajui Penanda Aras Prestasi Memperkenalkan Konsep Kanta Boleh Tukar Di Mwc 2025

We Re At Mwc Showcasing The Latest Ai Features On Android

Nak Beli Kereta Baru Vs Kereta Lama

Mwc 2025 Malaysia Pacu Inovasi Digital Perkukuh Posisi Serantau

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm