Erra Sedia Terima Bukan Melayu Sebagai Jodoh
Erra sedia terima bukan Melayu sebagai jodoh
Sejak dulu lagi, Erra Fazira akui hatinya tidak pernah menyekat sekiranya jodoh yang hadir bukan dalam kalangan lelaki Melayu.
Bagi pelakon, penyanyi dan pengacara itu, perhubungan yang terjalin dengan seseorang yang bukan Muslim membuka ruang untuk mereka mendalami agama Islam dengan lebih dekat.
“Saya tak ada masalah untuk berkawan atau berkahwin dengan bangsa lain.
“Saya sentiasa alu-alukan walaupun jika jodoh yang datang bukan dalam kalangan Melayu.
“Saya anggap sesiapa pun bukan Muslim yang mahu mendekati saya adalah kerana mereka mahu mendalami agama Islam,” katanya.
Selain itu, dia berkata mungkin juga kalangan berlainan bangsa mendekati dirinya kerana mereka berminat untuk mendalami budaya berbeza.
“Ya, mungkin juga orang yang mendekati saya kerana mahu mendalami budaya kita,” katanya lagi.
Erra berkata demikian pada majlis tayangan filem terbaru lakonannya, Kongsi Raya di sebuah kompleks beli belah di Kuala Lumpur semalam.
Naskhah itu berkisahkan percintaan berlainan bangsa iaitu antara Melayu dan Cina yang mendapat tentangan ibu bapa masing-masing.
Filem arahan Teddy Chin itu akan menjengah pawagam di seluruh tanah air sempena Tahun Baru Cina pada 3 Februari ini.
Pemilik nama penuh Fazira Wan Chek itu mendedahkan, sebelum ini dia memang pernah bercinta dengan lelaki bukan Melayu.
“Berkenalan itu ada tapi tidak sampai ke fasa berkahwin,” katanya.
Sementara itu, mengulas pembabitannya dalam filem arahan Teddy Chin, Erra berkata dia menerima tawaran tersebut kerana ingin menimba pengalaman berlakon di bawah produksi bukan Melayu.
Menurut Erra, 47, dia kagum dengan disiplin diterapkan produksi berkenaan membabitkan jadual bekerja.
“Saya kagum sangat dengan disiplin mereka. Ini pertama kali saya bekerja di bawah produksi orang Cina, sebelum ini dah pernah bekerja bawah produksi orang India.
“Waktu penggambaran akan habis tepat pada masanya, kalaulah produksi kita pun begitu, pasti industri akan lebih meriah.
“Selain tu, cara Chan mengarah juga berbeza, saya rasa mungkin kita boleh ciduk sedikit cara mereka dan mereka pun boleh ambil perkara yang positif dari kita,” katanya.
Berkongsi mengenai wataknya sebagai Sarah dalam Kongsi Raya, Erra berkata dia terbuka membawa watak seorang ibu kerana ingin mencuba sesuatu yang baru.
“Saya pernah bawa watak ibu sebelum ni. Tapi untuk filem ini yang pertama. Dan apa-apa watak pun akan ada banyak cabang.
“Kali ini saya bawa watak ibu yang moden selain pengarah cuba sampaikan mesej secara berhibur, berlawak dan bersahaja,” katanya. Mk
Erra sedia terima bukan Melayu sebagai jodoh
Baca Artikel Menarik :
Pembantu Kit Siang pula mohon maaf pada Najib
‘Jenama Abah’ tak mampu tawan Johor, PAS nak ‘tumpang’ pengaruh Umno, kata penganalisis
2 beradik dibunuh bapa kandung di taman permainan
Anak bekas anggota Rejimen 10 Komunis Melayu kembali ke Malaysia
Bantuan khas RM700 penjawat awam, RM350 pesara
Berebut pelajar perempuan, cedera dibuli senior
Yasmin Hani Semakin ‘Fit’ Dan Cantik
Difitnah pencuri, polis tidak mampu menahan warga emas daripada maut dibelasah
Pembalakan bagus untuk harimau – Jabatan Perhutanan Kelantan
Saya tidak mahu bersama Bersatu yang dipimpin Muhyiddin – Mazlan Bujang
Bas lelong jadi rumah Nur Amira
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Nabila Huda dituntut bayar ganti rugi RM900,000 dan mohon maaf dalam 7 hari
Kata dua Aaron Aziz kepada Aliff Aziz
Pendayung solo rentas Atlantik maut di tengah laut [VIDEO]
The post Erra sedia terima bukan Melayu sebagai jodoh appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/01/26/erra-sedia-terima-bukan-melayu-sebagai-jodoh/