Bayi Kembar 9 Pecah Rekod Dunia Semakin Sihat Siap Sedia Untuk Pulang Ke Rumah


 

January 29, 2022 Seorang wanita dari Mali, Halima Cisse,26 yang memecahkan rekod dunia baru-baru ini dengan melahirkan sembilan bayi kembar atau dikenali sebagai nonoplet secara pramatang pada Mei lalu, dilaporkan kini bersiap sedia untuk pulang ke negara asalnya.
Kelahiran anak-anak kembar pastinya dinanti-nantikan bagi setiap pasangan suami isteri. Melihat keletah anak-anak yang comel, bergaya sedondon dan membesar bersama-sama. Kembar dua dan tiga mungkin perkara biasa, namun bagaimana jika ditakdirkan hamil dan bersalin kembar 9 sekaligus? Memang tak dapat dibayangkan situasinya.
Lapor Daily Mail, sekeping gambar memaparkan Cisse bergambar bersama suaminya, Abdelkader Arby, 35 dan sembilan anak kembarnya didedahkan buat pertama kali.
Pecah Rekod Dunia
Kehamilan isteri kepada tentera laut ini menarik perhatian ramai apabila wanita itu selamat melahirkan sembilan anak kembarnya menerusi pembedahan di klinik Ain Borja di Casablanca, Maghribi, Mei lalu.
Cisse turut memecahkan rekod dunia dipegang oleh Nadya Suleman yang melahirkan lapan anak kembar, 2009.
“Saya lega semuanya berjalan lancar dan saya gembira dapat menjaga mereka.
“Anak saya semakin kuat setiap hari dan mereka mungkin dibenarkan keluar hospital tidak lama lagi. Jadi kami boleh bawa mereka pulang ke rumah,” kata Cisse.
Nama-Nama Bayi
Sembilan bayi kembar itu terdiri daripada lima perempuan dan empat lelaki. Empat bayi lelaki tersebut dinamakan Oumar, Elhadji, Bah dan Mohammed VI.
Manakala lima bayi perempuan tersebut pula diberi nama Adama, Oumou, Hawa, Kadidia dan Fatouma.
Dilaporkan, semua anak kembar Cisse mempunyai berat badan antara 500 gram hingga 1 kilogram (kg) semasa dilahirkan dan mereka terpaksa diletakkan dalam inkubator di unit rawatan rapi (ICU) hospital selama beberapa bulan.
Kembar luar biasa ini pada awalnya dijangkakan mampu bertahan 50-50. Bagaimanapun, semuanya kuat semangat, berjaya melepasi tempoh sukar dan kritikal hingga bebas inkubator sejak Ogos lalu.
Namun kini, semua anak kembar wanita itu bertambah berat badan dan terus menunjukkan perkembangan kesihatan baik yang bermakna mereka boleh pulang ke Mali tidak lama lagi.
Susulan itu, bayi-bayi berkenaan berpindah ke sebuah pangsapuri berdekatan hospital bagi memudahkan dipantau kakitangan perubatan.
Hamil Tanpa Rawatan Kesuburan
Memiliki bayi yang ramai, Cisse terpaksa menggunakan 100 keping lampin pakai buang dan menyediakan enam liter susu sehari.
Kandungan kembar sembilan menjadi perhatian dunia selepas Cisse hamil tanpa sebarang rawatan kesuburan. Pada awalnya dia dikatakan hamil kembar tujuh sahaja. Berat perut Cisse juga dikatakan mencecah 30 kilogram, termasuk air ketuban.
Bayi-bayi tersebut dilahirkan pada usia pramatang melalui pembedahan caesarean. Cisse difahamkan berada diambang maut selepas bersalin kerana kehilangan banyak darah.
Lapor Daily Mail, bil hospital sahaja cecah RM5.71 juta yang mana sebahagiannya ditanggung kerajaan Mali.
Halima Cisse dan suami terdahulu memiliki anak sulung perempuan, Souda berusia dua tahun setengah.Pasangan ini tinggal di kediaman mereka di Timbuktu, Mali yang mempunyai tiga bilik tidur.Untuk itu, mereka merancang untuk membesarkan rumah bagi menampung keperluan anak seramai 10 orang.
Sebelum ini, rekod kelahiran bayi kembar paling ramai dipegang wanita bernama Nadya Suleman dari Amerika Syarikat.Wanita tersebut melakukan rawatan kesuburan untuk hamil dan dikurniakan bayi kembar lapan pada 2009.
Kebesaran tuhan. Hebatnya mampu mengandung dan bersalin anak kembar 9. Semoga ibunya anak-anak kembar yang dilahirkan membesar dengan sihat dan sempurna. Selamat pulang ke rumah!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/01/bayi-kembar-9-pecah-rekod-dunia-semakin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bayi Kembar 2 Kepala 1 Badan Meninggal Dunia Selepas 3 Jam

Bayi Kembar 2 Kepala 1 Badan Meninggal Dunia Selepas 3 Jam

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 193 hits
BH ONLINE Pasukan doktor RSMH Palembang berdoa untuk bayi kembar dengan dua kepala dengan satu badan Foto ANTARA Jabatan Perhubungan Awam RSMH Palembang SUMATERA SELATAN Bayi kembar yang dilahirkan dengan dua kepala pada satu badan di Hospi...
Wanita Orang Asli Lahir Bayi Kembar Dalam Bot

Wanita Orang Asli Lahir Bayi Kembar Dalam Bot

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 227 hits
Oleh ASLIZA MUSA NUR Shaffriza Mohd Shaffril dan rakan pasukan perubatan yang membantu kelahiran bayi kembar di dalam bot ambulans yang sedang bergerak melalui Tasik Banding di Gerik Sabtu lalu IHSAN NUR SHAFFRIZAGERIK Seorang wanita Orang ...
Terperangkap Dalam Jammed Gara Gara Tak Dapat Kerjasama Pengguna Bayi Meninggal Dunia Dalam Ambulans

Terperangkap Dalam Jammed Gara Gara Tak Dapat Kerjasama Pengguna Bayi Meninggal Dunia Dalam Ambulans

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 194 hits
Sebuah ambulans yang membawa pesakit tidak sempat sampai ke hospital pada waktu yang sepatutnya akibat kesesakan lalu lintas yang teruk dan tiada kerjasama daripada pengguna jalan raya Menurut laporan Utusan pesakit yang merupakan seorang b...
Soal Jantina Saya Tak Kisah Hamil 5 Bulan Syatilla Harap Bayi Lahir Sihat

Soal Jantina Saya Tak Kisah Hamil 5 Bulan Syatilla Harap Bayi Lahir Sihat

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 203 hits
Pengalaman keguguran sebanyak tiga kali menjadikan Syatilla Melvin lebih berhati hati selain tak putus doa memohon yang baik baik saja dari Allah Isteri kepada pelakon Shaheizy Sam ini sudah pun memasuki trimester kedua kehamilan dan kini u...
Alang Alang Buat Sasaran Biar Sampai Pecah Rekod Baru Berbaloi Untuk Berusaha

Alang Alang Buat Sasaran Biar Sampai Pecah Rekod Baru Berbaloi Untuk Berusaha

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 203 hits
Artikel kali ini nak kongsikan pemahaman baru yang saya belajar tentang urusan berusaha jadi yang terbaik Macam mana nak tahu kita sedang bergerak menjadi yang lebih baik dan seterusnya jadi yang terbaik Pertamanya perlu lihat di mana kedud...
Pak Ogah Ngamuk Minta Rokok Usai Pulang Dari Rumah Sakit

Pak Ogah Ngamuk Minta Rokok Usai Pulang Dari Rumah Sakit

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 197 hits
Meski sudah lupa semenjak sakit Pak Ogah tiba tiba ingat rokok lagi
Pelawak Pian Cecupak Meninggal Dunia Akibat Terjatuh Di Bilik Air Rumah Ibunya Malam Tadi

Pelawak Pian Cecupak Meninggal Dunia Akibat Terjatuh Di Bilik Air Rumah Ibunya Malam Tadi

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 192 hits
PETALING JAYA Pelawak Pian Cecupak telah menghembuskan nafas terakhirnya selepas terjatuh di bilik air di kediaman ibunya di Pangsapuri Sentul Murni Taman Dato Senu Sentul Kuala Lumpur Menurut adiknya Hassenah abangnya ditemui dalam keadaan...
Rating Artificial City Pecah Rekod Peribadi

Rating Artificial City Pecah Rekod Peribadi

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 199 hits
Sepertinya Artificial City merupakan antara drama yang menjadi kegemaran ramai kini Pada Januari 20 naskhah thriller misteri itu mencapai rating tertinggi sepanjang tayangannya Menurut Nielsen korea episod terbaru Artificial City meraih pur...
Tak Sempat Sampai Hospital Ibu Bersalin Bayi Kembar Atas Bot Selang 5 Minit

Tak Sempat Sampai Hospital Ibu Bersalin Bayi Kembar Atas Bot Selang 5 Minit

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 156 hits
Menyambut kelahiran bayi kembar atas bot satu pengalaman baru buat seorang Jururawat Kesihatan Kebidanan Nur Shaffriza Mohd Shaffril Jika sebelum ini biasa buat pemeriksaan dan lawatan kepada ibu mengandung melibatkan komuniti masyarakat Or...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik

Comment On Pengalaman Menginap Di Teluk Bayu Floating Chalet Kota Kuala Muda Kedah By Munirah

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul