Prktgpiai Inilah Kemudaratan Yang Besar Mesti Dielakkan Dewan Ulama Pas




Dewan Ulama Pas Pusat (DUPP) menyeru kepada semua pengundi PRK Tanjung Piai untuk tidak memberikan sebarang undi kepada calon PH walaupun calon PH bukan dari parti DAP.
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, dengan memberikan undi kepada mana-mana calon PH hakikatnya hanya melebarkan atau mengekalkan kuasa DAP dalam mendominasi PH pada hari ini. Inilah kemudaratan yang besar mesti dielakkan.
Dewan Ulama dalam kenyataannya:
Antara kaedah yang terpakai dalam hal seperti ini ialah:
إذا تعارض مفسدتان روعي أعظمهما ضررا بارتكاب أخفهما
“Apabila bertembung dua kerosakan, maka hendaklah dijaga daripada terjadi mudharat yang lebih besar dengan memilih mudharat yang lebih ringan antara keduanya.”
2. Sehubungan itu, DUPP menyokong calon yang telah dikemukakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) dari parti MCA, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng untuk bertanding dalam PRK Tanjung Piai pada 16 November 2019 nanti.
3. Sokongan ini berasaskan kepada semangat Muafakat Nasional yang telah dimeterai antara PAS dan UMNO pada 14 September 2019 yang lalu sekaligus melibatkan parti-parti dalam komponen Gagasan Sejahtera dan juga Barisan Nasional. Lantaran itu, secara asasnya apa sahaja syarat bersama pada perkara yang tidak mengandungi unsur haram dan percanggahan syariat adalah dihormati dan disempurnakan.
Sabda Rasulullah SAW :
الصلح جائز بين المسلمين، إلا صلحاً حرم حلالاً، أو أحل حراماً. والمسلمون على شروطهم، إلا شرطاً حرم حلالاً، أو أحل حراماً
Maksudnya :
“Perdamaian dibenarkan di kalangan orang Islam, kecuali perdamaian itu mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram. Dan umat Islam atas syarat mereka (wajib memelihara), kecuali syarat yang mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram.” – riwayat at-Tirmizi
4. Melihat kepada situasi semasa politik Malaysia di bawah pemerintahan Pakatan Harapan (PH), fokus utama dalam pertimbangan sesuatu PRK yang berlaku serta PRU 15 yang akan datang ialah dengan tidak memberikan kemenangan kepada PH untuk terus berkuasa. Ini kerana, dengan jelas kebiadapan yang ditunjukkan oleh DAP dalam mendominasi PH sangat memberikan kesan negatif ke atas agama Islam, ummah dan negara.
5. Justeru, walaupun calon dari Muafakat Nasional yang diwakili oleh BN adalah non Muslim namun ia bukanlah terlarang secara mutlak. Ini kerana penentangan kita bukanlah atas sentimen berlainan agama atau bangsa. Malah Islam sendiri tidak melarang untuk berbuat baik dan melakukan keadilan kepada non Muslim yang tidak melawan Islam.
Firman Allah SWT :
لَّا یَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِینَ لَمۡ یُقَـٰتِلُوكُمۡ فِی ٱلدِّینِ وَلَمۡ یُخۡرِجُوكُم مِّن دِیَـٰرِكُمۡ أَن تَبَرُّوهُمۡ وَتُقۡسِطُوۤا۟ إِلَیۡهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ یُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِینَ
Maksudnya :
“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.”
[Surah al-Mumtahanah 8]
6. Perlu difahami bahawa penentangan ke atas DAP adalah kerana sikap mereka yang keras memusuhi agenda umat Islam yang dizahirkan oleh pimpinan mereka dalam banyak isu serta keterlibatan pimpinan mereka dengan kumpulan pengganas iaitu LTTE.
7. Menyelamatkan negara dan agama Islam dari terus menjadi mangsa kerakusan PH merupakan satu kewajipan pada masa kini. Maka apa sahaja usaha untuk menjayakan kewajipan ini sekaligus juga menjadi wajib.
ما لَا يَتِمُّ اَلْوَاجِبْ إِلَّا بِهِ ، فَهُوَ وَاجِبٌ
Maksudnya: “Perkara yang tidak akan sempurna suatu kewajipan melainkan dengannya, maka ia adalah wajib.”
8. Perlu diingat bahawa setiap undi dalam kiraan sistem demokrasi adalah sangat penting. Maka, pengundi hendaklah keluar untuk mengundi dengan mengundi calon dari Muafakat Nasional kerana melalui kuasa undian, kemudharatan boleh dicegah. Hal ini juga termasuk dalam kaedah melenyapkan kemudaratan.
9. Ini kerana mudarat adalah perkara yang wajib dijauhi dan dilenyapkan sebagaimana kaedah asas dalam perbincangan displin ilmu al-Qawaid al-Fiqhiyyah iaitu:
الضرر يزال
“Kemudaratan (wajib) dihilangkan”
10. Justeru, DUPP mengajak semua ahli dan masyarakat umum agar terus fokus kepada usaha-usaha menyelamatkan negara menerusi kerjasama Muafakat Nasional yang telah digerakkan ini secara konsisten dan serius.
Sekian.
YB DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Malaysia (Pasir Puteh)
Suara Merdeka




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/11/02/prktgpiai-inilah-kemudaratan-yang-besar-mesti-dielakkan-dewan-ulama-pas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Komik Propaganda Dewan Muslimat Pas Selangor Wanita Umno Selangor Dan Ngo Membuat Laporan Polis

Komik Propaganda Dewan Muslimat Pas Selangor Wanita Umno Selangor Dan Ngo Membuat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 552 hits
SHAH ALAM Penulis komik berunsur propaganda Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama cuba untuk menyeleweng fakta mengenai sejarah tanah Melayu untuk didoktrin kepada generasi Y dan Z di negara ini Ketua Dewan Muslimat Pas Selangor ...
Pas Sokong Penuh Calon Bn Di Prktgpiai

Pas Sokong Penuh Calon Bn Di Prktgpiai

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 252 hits
PAS menyokong calon BN bagi pilihan raya kecil parlimen Tanjung Piai Wee Jeck Seng maklum Setiausaha Agungnya Takiyuddin Hassan Saya dengan ini mengesahkan Presiden PAS Abdul Hadi Awang bersetuju dengan calon yang dikemukakan sebagai calon ...
Prktgpiai Pas Tak Setuju Berjasa Tanding Di Tg Piai Akan Kaji Kerjasama

Prktgpiai Pas Tak Setuju Berjasa Tanding Di Tg Piai Akan Kaji Kerjasama

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 279 hits
PAS hari ini mengakui parti itu tidak bersetuju dengan keputusan rakan sekutunya dalam Gagasan Sejahtera Barisan Jemaah Islamiah Se Malaysia yang mengambil ketetapan untuk bertanding pada pilihan raya kecil Tanjung Piai 16 November ini Sehu...
Prktgpiai Presiden Pas Setuju Dengan Calon Bn Di Tanjung Piai

Prktgpiai Presiden Pas Setuju Dengan Calon Bn Di Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 399 hits
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersetuju dengan calon yang dikemukakan Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan berkata sokongan yang diberi adalah sel...
Ulama Pas Larangan Undi Calon Bukan Islam Tak Mutlak

Ulama Pas Larangan Undi Calon Bukan Islam Tak Mutlak

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 388 hits
PRK TG PIAI Ulama PAS menegaskan larangan parti itu untuk mengundi calon bukan Islam dalam pilihan raya bukan bersifat mutlak sebaliknya bergantung kepada keadaan tertentu Ketua Ulama PAS Pusat Dr Nik Zawawi Salleh berkata penentangan parti...
Prktgpiai Pas Janji Sokong Wee Jeck Seng Hadi Awang

Prktgpiai Pas Janji Sokong Wee Jeck Seng Hadi Awang

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 322 hits
PAS berjanji menyokong calon Barisan Nasional Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai ujar Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang Ahli Parlimen Marang itu menjelaskan mengapa PAS boleh menyatakan sokongan...
Prktgpiai Mengapa Ph Mesti Dikalahkan

Prktgpiai Mengapa Ph Mesti Dikalahkan

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 248 hits
Saya menulis sebagai respon kepada artikel dari Senator Liew Chin Tong tempoh hari yang bertajuk Why we must defend the Pakatan Harapan government Saya secara peribadi menyambut baik kejujuran Liew apabila beliau mengakui bahawa Pilihan Ray...
Fatwa Pas Undi Calon Melayu Islam Hantui Bn

Fatwa Pas Undi Calon Melayu Islam Hantui Bn

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 329 hits
Dengan meletakkan ahli politik MCA Wee Jeck Seng sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil di Tanjung Piai gabungan itu akan menghadapi masalah meyakinkan pengundi Melayu Penganalisis berpendapat peluang BN untuk menang menentang calon Paka...
Prk Tg Piai Tidak Sukar Untuk Memahami Fatwa Pas Di Dalam Memilih Calon

Prk Tg Piai Tidak Sukar Untuk Memahami Fatwa Pas Di Dalam Memilih Calon

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 447 hits
Dewan ulamak Pas keluarkan fatwa baru di Tg Piai iaitu wajib sokong calon BN MCA berbangsa Cina yg bukan Islam berbanding calon PH Bersatu walaupun berbangsa Melayu Islam bekas pendidik dan bekas Imam dalilnya PILIH YANG KURANG MUDHARAT Kit...
Senarai Badan Berkanun Persekutuan

Persatuan Badan Berkanun Malaysia

Bufet Ramadan 2025 Bazar Citarasa Kita At Ballroom Palm Garden Hotel Putrajaya

Rent A Mechanical Bull For The Ultimate Event Experience

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

How To Find Undervalued Domains

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Menu Berbuka Puasa Ke 4

Rendang Cili Padi Sedap

Biasalah Pemimpin Pas Taklah Secerdik Mana Pun

Pembangkang Saran Beras Kartel Diperkenal Dalam Kadar Zakat

Proses Bedah Siasat Pegawai Kastam Masih Berlangsung

Video Zarina Anjoulie Dedah Cerita Sebenar Buat Pembedahan Hidung Di Vietnam Cetus Pelbagai Reaksi Netizen