Fatwa Pas Undi Calon Melayu Islam Hantui Bn



Dengan meletakkan ahli politik MCA, Wee Jeck Seng sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil (PRK) di Tanjung Piai gabungan itu akan menghadapi masalah meyakinkan pengundi Melayu.
Penganalisis berpendapat peluang BN untuk menang menentang calon Pakatan Harapan (PH) Karmaine Sardini semakin tipis apabila pengundi Melayu yang sebelum ini telah dipengaruhi oleh kempen NGO pro-Melayu agar mengundi calon Islam dan menolak bukan Islam terpinga-pinga apabila calon yang diletakkan pembangkang seorang Cina.
Apatah lagi, Pas sebagai rakan sekutu dalam Muafakat Nasional pernah mengeluarkan fatwa haram mengundi bukan Islam dalam PRK Cameron Highlands pada Januari lalu.
Penyelidik Politik Institut Penang Nidhal Mujahid berkata, kempen Pas di Cameron itu boleh diguna untuk menyerang BN kali ini
“Ketika PRK Cameron Highlands, Pas meminta pengundi Melayu mengutamakan calon Melayu kerana pada waktu itu, PH meletakkan calon berbangsa India.
“PH akan menyerang BN dengan kenyataan Pas tidak konsisten terhadap agenda perpaduan ummah,” katanya dipetik The Malaysia Insight.
Bagaimanapun, PAS masih dapat memainkan sentimen orang Melayu ke atas DAP dalam kempennya menyokong calon BN.
“PAS mungkin berupaya meletakkan imej MCA sebagai kurang mudarat berbanding DAP yang didakwa mengancam kedaulatan Melayu-Islam,” tambahnya.
Namun beliau percaya ia tidak akan menjejaskan pengaruh PH ke atas pengundi Melayu yang membentuk kira-kira 57% daripada keseluruhan lebih 53,500 pengundi di Tanjung Piai.
Tambahan pula, calon PH Karmaine dilihat lebih berwibawa di kalangan pengundi Melayu berbanding calon BN, Wee yang tewas di kerusi berkenaan dalam PRU14.
Karmaine merupakan seorang imam masjid dan aktif dalam institusi pendidikan agama termasuk mempengerusikan badan kebajikan sekolah agama dan penasihat pusat tahfiz.
“Melihat kepada kredibiliti calon, calon PH dilihat lebih dekat dengan konteks tempatan pengundi Melayu-Islam dan sumbangan beliau dalam masyarakat,” kata Nidhal.
Tambahnya, cita-cita PAS untuk menegakkan hudud juga menjadi masalah kerana Wee diketahui lantang menentang usaha tersebut.
“Ada beberapa kenyataan beliau yang agak kritikal menentang undang-undang Islam dan hukuman hudud pada waktu dahulu,” jelas Nidhal.
Seorang lagi penganalisis, Mazlan Ali juga berpendapat pendirian Pas yang kini menyokong MCA boleh menjejaskan integriti dan kredibiliti parti Islam itu.
Pengkaji Universiti Teknologi Malaysia itu berkata, rakyat akan mempersoalkan keikhlasan dan agenda politik Pas dengan membangkitkan semula kempen PRK Cameron Highlands.
“PH akan menggunakan isu dalam PRK sebelum ini apabila calon bukan Melayu, Pas katakan pilih calon yang Islam tetapi kini sebaliknya berlaku. Isu ini melibatkan integriti dan ijtihad Pas.”
Selain itu, ahli Pas juga dalam dilema kerana sokongan kepada MCA akan menyebabkan pertambahan ahli Parlimen bukan Islam di Dewan Rakyat, katanya.
“Apa pendirian mereka terhadap kaum Islam sebagai calon? Saya nampak di sini apabila BN letak MCA, kelebihan berpihak kepada PH,” jelasnya.
Tambah Mazlan, perkara itu juga disokong dengan personaliti Karmaine yang lebih terkenal di kalangan orang Melayu di Tanjung Piai.
“Beliau seorang imam di masjid, rapat dengan orang kampung dan masyarakat akar umbi. PRK Tanjung Piai ini, saya yakin PH mampu tarik pengundi Melayu berbanding PRK sebelum ini.”
Mazlan juga percaya orang Umno sendiri menolak Wee sebagai calon BN, sehingga menyebabkan pengumuman calon itu pada Isnin lalu ditangguhkan.
“Orang Umno, saya anggap mereka tidak puas hati dengan pencalonan MCA, sebab itu berlaku kelewatan ketika pengumuman calon,” katanya.
Penganalisis Politik Universiti Malaya, Awang Azman Awang Pawi pula berpandangan, perubahan sikap Pas itu mengesahkan parti itu bukan badan dakwah sebaliknya sama seperti parti politik lain.
“Perlu dilihat, Pas bukan sebuah badan agama, tetapi merupakan parti politik yang menggunakan nama Islam. Pergerakan, sikap dan pendirian Pas adalah berdasarkan kepentingan semasa.
“Dan sebagai parti politik, ia merupakan satu tindakan yang dinamik. Kalau PAS adalah sebuah badan agama, ia tidak dinamik dan perlu mengikut hukum yang sudah ditetapkan,” jelasnya.
Ketua operasi GPS, Assiddiq Fauzan berkata tindakan PAS yang kini menyokong calon bukan Islam ternyata menunjukkan parti itu bersikap lidah bercabang.
“Kita akan tunggu sehingga (hari penamaan calon). Jika tiada calon (Melayu-Islam) selain daripada PH, kita akan sokong PH.
“Pendirian kita, di mana kawasan majoriti Muslim sepatutnya ada perwakilan (Muslim). Tindakan PAS yang kini menyokong MCA pula disifatkan sebagai lidah bercabang,” katanya.
Satu parti yang bersekutu dengan PAS dalam Gagasan Sejahtera, Berjasa sudah mengumumkan akan menawarkan presidennya Badhrulhisham Abdul Aziz sebagai calon.
Selain itu, bekas parti komponen BN, Gerakan turut mengumumkan timbalan setiausaha agungnya Wendy Subramaniam akan ditawarkan sebagai calon parti itu untuk PRK Tanjung Piai.
Langkah itu bagi meraih sokongan daripada kelompok Cina yang membentuk kumpulan pengundi kedua terbesar iaitu 42% di Tanjung Piai.
PRK ini diadakan susulan kematian penyandangnya, bekas timbalan menteri Dr Md Farid Md Rafik dari Bersatu yang memenangi kerusi itu dalam PRU14 dengan majoriti 524 undi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/25384

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ulama Pas Larangan Undi Calon Bukan Islam Tak Mutlak

Ulama Pas Larangan Undi Calon Bukan Islam Tak Mutlak

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 339 hits
PRK TG PIAI Ulama PAS menegaskan larangan parti itu untuk mengundi calon bukan Islam dalam pilihan raya bukan bersifat mutlak sebaliknya bergantung kepada keadaan tertentu Ketua Ulama PAS Pusat Dr Nik Zawawi Salleh berkata penentangan parti...
Calon Mca Macam Barang Melayu Cina Jual Kata Pas

Calon Mca Macam Barang Melayu Cina Jual Kata Pas

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 298 hits
Pesuruhjaya PAS Kedah Ahmad Yahaya menyifatkan undi kepada calon MCA untuk PRK Tanjung Piai tidak ubah seperti urus niaga membeli barangan Melayu Islam yang dijual oleh jurujual Cina Gambar Facebook 1 November 2019 PESURUHJAYA PAS Kedah mem...
Prk Tg Piai Tidak Sukar Untuk Memahami Fatwa Pas Di Dalam Memilih Calon

Prk Tg Piai Tidak Sukar Untuk Memahami Fatwa Pas Di Dalam Memilih Calon

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 369 hits
Dewan ulamak Pas keluarkan fatwa baru di Tg Piai iaitu wajib sokong calon BN MCA berbangsa Cina yg bukan Islam berbanding calon PH Bersatu walaupun berbangsa Melayu Islam bekas pendidik dan bekas Imam dalilnya PILIH YANG KURANG MUDHARAT Kit...
Prktgpiai Presiden Pas Setuju Dengan Calon Bn Di Tanjung Piai

Prktgpiai Presiden Pas Setuju Dengan Calon Bn Di Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 346 hits
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersetuju dengan calon yang dikemukakan Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan berkata sokongan yang diberi adalah sel...
Pas Sokong Penuh Calon Bn Di Prktgpiai

Pas Sokong Penuh Calon Bn Di Prktgpiai

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 194 hits
PAS menyokong calon BN bagi pilihan raya kecil parlimen Tanjung Piai Wee Jeck Seng maklum Setiausaha Agungnya Takiyuddin Hassan Saya dengan ini mengesahkan Presiden PAS Abdul Hadi Awang bersetuju dengan calon yang dikemukakan sebagai calon ...
Calon Mca Dap Gagal Takutkan Rakyat Bukan Melayu Kepada Muafakat Nasional

Calon Mca Dap Gagal Takutkan Rakyat Bukan Melayu Kepada Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 251 hits
Pemilihan calon Barisan Nasional untuk Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai daripada MCA 16 November ini bukan sahaja menggagalkan usaha Dap menakut nakutkan rakyat bukan Melayu kepada Muafakat Nasional malah ianya akan memulakan gelomb...
Untuk Tumpaskan Ph Memadai Pas Letak Calon Di Tp

Untuk Tumpaskan Ph Memadai Pas Letak Calon Di Tp

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 180 hits
PAS sedang dipertikai kerana menyokong calon MCA yang pernah tolak hudud CUKUPLAH dulu dianggap barua dan kuda tunggangan DAP adakah kali ini jadi barua MCA dan khadam umno semakin hancur parti ini
Kononnya Pas Parti Islam

Kononnya Pas Parti Islam

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 605 hits
Kononnya perjuangan PAS berteraskan akidah Kononnya PAS berpolitik tidak mengharapkan kemenangan tetapi mencari redha Allah Kononnya perlembagaan PAS ialah Qur an Hadis Ijmak dan Qiyas Kononnya Awak nampak telatah lebai PAS menghadapi PRK T...
Tiada Restu Untuk Berjasa Pas Arah Semua Ahli Undi Mca

Tiada Restu Untuk Berjasa Pas Arah Semua Ahli Undi Mca

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 361 hits
PRK TG PIAI Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan menjelaskan parti itu tidak memberi restu kepada Barisan Jemaah Islamiah Se Malaysia untuk bertanding pada pilihan raya kecil Tanjung Piai Jelasnya semua ahli PAS diarahkan untuk mengundi c...
Can Forest City Be Country S Economic Lifeboat

Diabetes Bayi Pun Boleh Kena Jenis Penyakit Yang Tak Kenal Usia

How Did Afif Know Of Alleged Rm100m Payment For Pjd Link Asks Pj Mp

Memikirkan The Unknown

Produk Nestle Naik Harga Harga Milo Dan Nescafe Akan Meningkat Ikuti Senarai Produk Nestle Malaysia

Najib Razak Mangsa Atau Pemangsa

Dah Viral Baru Nak Terhegeh Hegeh Tak Tahu Buat Kerja Ke

Hotel Royal Signature Permata Baru Kuala Lumpur Setiap Bilik Menggemakan Intipati Kediaman



Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik

Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan


Pre Season Perlawanan Ud Castellonense Vs Jdt

Melaksanakan Perintah Allah Itu Bagaikan Obat Pahit Tetapi

Warrant Woes In El Paso An Attorney Can Help You Get Back On The Road

Media Orang Ramai Diingatkan Tidak Sebar Video Nahas Helikopter Tldm

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Tak Perlis Lah Kalau Tak Makan Harumanis