Prk Tanjung Piai Hak Rakyat Yang Dinafikan


AMINUDDIN YAHAYA


Ramai penganalisis politik menganggap PRK Tanjung Piai kali ini adalah kritikal untuk kedua-dua blok parti politik iaitu BN dan Pakatan Harapan.

Jika BN menang, maka akan membuatkan PH yang selaku kerajaan menjadi semakin tertekan dan mengesahkan ia hanya akan memerintah selama sepenggal sahaja.

Jika PH menang pula, maka akan membuktikan bahawa Muafakat Nasional (MN) sebenarnya tidak memberi apa-apa kesan kepada lanskap politik negara.

PRK ini juga telah menyaksikan bagaimana dalam keadaan terdesaknya kedua-dua belah pihak menabur pelbagai 'gula-gula' kepada para pengundi terutama PH.

Kalau dahulunya mereka menyelar BN kerana 'rasuah pilihan raya' tetapi nampaknya segala kata-kata itu terpaksa mereka telan kembali apabila pelbagai 'bantuan' disalurkan kepada penduduk Tanjung Piai sempena PRK kali ini.

Yang peliknya ialah, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilihat diam seribu bahasa walaupun dahulunya, pengerusi SPR (yang sekarang) begitu lantang mempejuangkan ketelusan dan integriti dalam pilihan raya

Mana pula pejuang-pejuang Bersih? Kenapa mereka senyap? Jangan jadi hipokrit. Media-media juga tidak memberikan liputan yang sewajarnya kepada semua pihak.

Kalau semasa waktu kerajaan BN dahulu, TV1, TV2, TV3 dan semua media utama hanya memaparkan dan mempromosikan calon BN, tetapi kini apabila PH memerintah, perkara yang sama juga berlaku.

Parti-parti lain seperti Gerakan dan Berjasa langsung tidak diberi ruang di media-media utama. Apatah lagi calon-calon bebas.

Di manakah keadilan dan kebebasan media yang dilaung-laungkan? Atau memang media telah ditarik hidungnya oleh parti tertentu?

Mungkin memang benarlah seperti kata orang-orang dahulu, dua kali lima atau lima sahaja. Rakyat dinafikan hak untuk mendengar penjelasan dari setiap calon. Akhirnya, parti-parti kecil akan hanya bergantung pada promosi melalui kempen tradisional semata-mata sedangkan parti-parti besar terus dilonjak naik melalui media utama.

Mungkin anak-anak boleh melihat dan menilai melalui media sosial tetapi bagi orang-orang kampung yang mahukan perubahan dan muak dengan politik jelik, mereka amat bergantung kepada siaran televisyen sahaja. Tetapi malangnya medium ini menjadi pusat propaganda parti tertentu sahaja.

Sebagai contoh, kalaulah nak dibandingkan pada kualiti calon pada PRK kali ini, iaitu dari segi akademik dan pemikiran, ramai tidak akan menyangkal kehebatan calon dari parti Berjasa iaitu Dato Dr Ir Ts Badruhisham Abdul Aziz.

Negara memerlukan pemimpin yang berwibawa seperti ini yang bukan saja profesional, mampu menonjol di peringkat nasional dan antarabangsa, dihormati oleh pelbagai pihak, malah pernah menjadi jurucakap kepada kerajaan dalam isu-isu alam sekitar terutamanya dalam isu Lynas.

Yang lebih utama dari itu ialah beliau adalah seorang Islamis yang komited dengan perjuangan memperkasakan agama Islam.

Tetapi adakah beliau mendapat liputan media?

Saya yakin jika beliau diberikan ruang yang sebaiknya, dan rakyat diberi peluang untuk mendengar penjelasan dan hujahan beliau, maka saya yakin ramai mengundi beliau dan inilah yang membimbangkan pihak pemerintah.

Sebab itulah sehingga hari ini ramai yang tertanya-tanya, di manakah yang dikatakan sebagai Malaysia Baharu itu?

Wallahualam.

AMINUDDIN YAHAYA ialah presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/11/prk-tanjung-piai-hak-rakyat-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keputusan Prk Tanjung Piai Rakyat Pilih Siapa

Keputusan Prk Tanjung Piai Rakyat Pilih Siapa

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 533 hits
Keputusan PRK Tanjung Piai Sebanyak 27 pusat mengundi dan 125 saluran dibuka untuk proses pengundian Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai bermula 8 pagi hingga 5 30 petang ini Seramai 52 471 pengundi berdaftar di Tanjung Piai akan menun...
Rakyat Mengamuk Di Prk Tanjung Piai

Rakyat Mengamuk Di Prk Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 1032 hits
Keputusan semasa PRK Tanjung Piai jam 8 14 pmPH 9 498BN 23 621Gerakan 1 586Berjasa 790Bebas Ang 350Bebas Faridah 30 prktanjungpiaiSumber keputusan dari Sinar HarianOk tiba2 rasa nak update pasal Prk Tanjung Piai ni Memang tak minat sangat n...
Kemenangan Prk Tanjung Piai Adalah Kemenangan Rakyat Najib

Kemenangan Prk Tanjung Piai Adalah Kemenangan Rakyat Najib

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 453 hits
Tanjung Piai satu medan perjuangan yang amat sukar Jentera dan sumber yang ada pada Pakatan Harapan begitu dahsyat sekali Kira kira RM30 juta ditabur oleh kerajaan Persekutuan dan Negeri dan angka ini mungkin melambung lebih jika diambil ki...
Two Horse Race Prk Tanjung Piai

Two Horse Race Prk Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 768 hits
PONTIAN Kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai memasuki hari kesembilan hari ini dan ketika ini parti serta calon bertanding sepatutnya sudah dapat membaca kedudukan mereka di mata penduduk dan pengundi di Tanjung Piai Walaupun PRK...
Prk Tanjung Piai Sentimen Masyarakat Cina Boleh Berubah

Prk Tanjung Piai Sentimen Masyarakat Cina Boleh Berubah

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 480 hits
PRK Tanjung Piai Sentimen Masyarakat Cina Boleh Berubah Sentimen perkauman dan politik Malaysia berpisah tiada dulu kini dan moga moga bukan selama lamanya Agak malang apabila naratif Malaysia Baru tidak sempat menembusi dan merobohkan temb...
Prk Tanjung Piai Ph Kesan Akaun Fb Palsu

Prk Tanjung Piai Ph Kesan Akaun Fb Palsu

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 444 hits
Semua pihak yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai digesa agar sentiasa memastikan kempen dijalan dengan cara terhormat dan sihat Gesaan itu dibuat Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Komunikasi dan Multimedia negeri Dzulkefly Ah...
Prk Tanjung Piai Tuduhan Pas Makan Diri Sendiri

Prk Tanjung Piai Tuduhan Pas Makan Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 551 hits
PRK Tanjung Piai Tuduhan PAS Makan Diri Sendiri Allah itu Maha Adil Dia tidak pernah tidur dan sentiasa menjadi hakim untuk orang orang yang di zalimi Bila saya berbeza pendapat tentang pelaksanaan hudud dan RUU355 saya masih ingat lagi tud...
Terdesak Propaganda Jahat Dan Fitnah Di Prk Tanjung Piai

Terdesak Propaganda Jahat Dan Fitnah Di Prk Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 433 hits
Saya merujuk kepada dakwaan Liew Chin Tong DAP kononnya UMNO PAS menggunakan kebimbangan agama dan isu perkauman melampau sebagai modal di PRK Tanjung Piai Senator DAP ini butakah Calon BN ialah Wee Jack Seng seorang bangsa Cina Jika benar ...
Prk P165 Tanjung Piai Ceramah Kelompok Pdm Penerok Oleh Tan Sri Annuar Musa Pada 8 Nov 2019

Prk P165 Tanjung Piai Ceramah Kelompok Pdm Penerok Oleh Tan Sri Annuar Musa Pada 8 Nov 2019

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 401 hits
Berita Dan Laporan Hal Ehwal Politik Semasa Dalam Malaysia Layari www umno online my Ikuti Facebook Twitter Instagram Telegram UMNO Online
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Miki Ghazali Zulfikar Raih Emas Muay Thai Sea Games Tewaskan Petarung Tuan Rumah

Agc Arah Siasatan Tiga Lelaki Ditembak Mati Di Melaka Diklasifikasi Kes Bunuh

Pergerakan Gaji Tahunan Syarat Kelayakan Perubahan Mulai 2026

Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Sumbang Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Dua Pusat Pemindahan Sementara Di Kuantan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Sime Darby Property Dan Mini Malaysia Bersatu Memenuhi Hasrat Percutian Untuk Rumah Kasih Harmoni

Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Keperluan Barang Sekolah Lengkap Di Pusat Pakaian Hari Hari

Evolusi Bahan Cetakan Dalam Membantu Pertumbuhan Jenama

Ketika Kebahagiaan Menjadi Biasa Memahami Keindahan Sederhana

Russia Tuntut Usd230 Bilion Daripada Euroclear Susulan Tindakan Eu