Prk Tanjung Piai Sentimen Masyarakat Cina Boleh Berubah


PRK Tanjung Piai : Sentimen Masyarakat Cina Boleh Berubah | Sentimen perkauman dan politik Malaysia berpisah tiada – dulu, kini dan moga-moga, bukan selama-lamanya. Agak malang apabila naratif Malaysia Baru tidak sempat menembusi dan merobohkan tembok politik perkauman dan fahaman agama sempit dalam suasana pasca 9 Mei 2018. 
Lantas kita kembali berlegar-legar dalam kerangka politik perkauman, menyaksikan bagaimana sentimen kaum ini mengundang reaksi sentimen kaum itu, yang akhirnya membentuk satu pusaran untuk menenggelamkan satu Malaysia

Pasang surut sentimen masyarakat Melayu-Muslim sering ditatapi secara rapi, namun pada kebanyakan masanya, sentimen masyarakat bukan Melayu-Muslim tidak diberi perhatian yang setimpal. Ia mungkin disebabkan nisbah populasinya yang rendah berbanding pengundi Melayu-Muslim, juga keterbatasan untuk menyelami suara hati mereka kerana kekangan bahasa


Lebih penting, kita mengandaikan bahawa sokongan masyarakat bukan Melayu-Muslim, khususnya Cina terhadap Pakatan Harapan sebagai “deposit tetap”, memandangkan gandingan PAS-Umno menampilkan pendekatan yang lebih “eksklusif” dalam isu kaum dan agama, berbanding parti komponen yang bertunjangkan Melayu dalam Pakatan Harapan

Justeru itu, ketika berdepan dengan asakan ketidakpuasan komuniti Cina, pemimpin atau penyokong Pakatan Harapan yang tidak terjawab apa-apa hanya menyanggah dengan soalan mudah untuk mematahkan hujah yang mempertikaikan mereka, “Apakah kamu sanggup mengundi Umno-PAS?”
Sentimen Cina selepas Kongres Maruah Melayu
Persoalannya, sejauh manakah taktik ini mujarab untuk meraih undi masyarakat Cina? Apakah sokongan Cina terhadap Pakatan Harapan (atau lebih tepat, penolakan Cina terhadap Umno-PAS) akan kekal pada paras 90 peratus ke atas, selama-lamanya, tidak kira apa pun yang berlaku? Apakah ia mustahil untuk masyarakat Cina memangkah semula calon MCA, yang hampir dibakulsampahkan mereka dalam tiga pilihan raya umum berturut-turut sejak 8 Mac 2008

PRK Tanjung Piai : Sentimen Masyarakat Cina Boleh Berubah
Sebelum fokusnya ditumpukan kepada pilihan raya kecil Tanjung Piai, lebih baik dirasai denyutan nadi masyarakat Cina secara umum. Suasana kemurungan menyelubungi masyarakat Cina selepas Kongres Maruah Melayu yang berlangsung pada 6 Oktober 2019. Ia begitu terkesan apabila tulisan seorang wartawan akhbar bahasa Cina, Sin Chew Daily ditularkan di media sosial

Wartawan ini mengakui bahawa dirinya memiliki beberapa peluang sepanjang hidupnya untuk menukar kewarganegaraannya kepada Singapura, memandangkan ibunya adalah warga Singapura. Namun demikian, wartawan ini tetap memilih untuk menjadi warga Malaysia, kerana dia dilahirkan dan dibesarkan di tanah air ini

“Untuk pengamal media Cina seperti kami, serangan dan penghinaan terhadap bukan Muslim dan sekolah Cina telah menjadi sesuatu yang lumrah, ketika kami membuat liputan di Mesyuarat Agung Umno, PAS ataupun program yang diadakan oleh pertubuhan Melayu-Muslim seumpamanya. Tanpa diduga, setelah membuat liputan di Kongres Maruah Melayu, ia menzahirkan soalan apakah saya harus mempertimbangkan cadangan untuk migrasi?” tulisnya

Ia mungkin bukan fenomena yang memeranjatkan jikalau hanya memperlihatkan angka penularan yang tinggi, tetapi apabila ia juga dikongsi oleh aktivis-aktivis yang bersungguh-sungguh untuk memenangkan Pakatan Harapan dalam PRU14, maka ia menjadi petanda yang bahaya

Ya, sesungguhnya ada pengamat politik yang membaca kehadiran perdana menteri dan menteri kerajaan Pakatan Harapan sebagai langkah strategi untuk mematahkan serangan daripada badan pendesak seperti Isma, malah Umno dan PAS – agar PH tidak kelihatan bertentangan dengan masyarakat Melayu, tetapi jelas ia bukan pandangan arus perdana dalam masyarakat Cina

Penganjur Kongres Maruah Melayu terdiri daripada universiti awam tempatan, yang masih dianggap berada di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan. Apatah lagi apabila menteri pendidikan sendiri turun ke situ, dan ia mengundang tafsiran bahawa kerajaan PH yang menginisiatifkan program sebegini – sungguhpun hakikatnya tidak semestinya begini

Dilema DAP
Situasi sebegini meletakkan DAP dalam dilema – sekali lagi – selepas isu pengenalan tulisan Jawi / seni khat dalam sekolah rendah jenis kebangsaan. Seandainya DAP mengambil sikap berkeras terhadap rakan partinya dalam Pakatan Harapan, maka ia akan mengiyakan tuduhan yang dilontarkan dalam masyarakat Melayu-Muslim selama ini, iaitu DAP mendominasi PH. Seandainya DAP berlembut dan cuba membela parti sekutunya, maka ia akan dilihat tidak berbeza dengan MCA, yang dituduhnya sebagai pengecut, malah pengkhianat di depan khalayak Cina selama ini

Dalam situasi sebegini, sudah tentu ada golongan pemimpin DAP yang memilih untuk mengambil hati penyokongnya, agar DAP tidak terhakis sokongannya; ada pula pemimpin yang akan melakar naratif baru, untuk mengekalkan keberlangsungan PH sebagai parti pemerintah. Sementara hujah Ronnie Liu (ADUN Sungai Pelek) memenangi sorak dalam kalangan masyarakat Cina (tetapi tergadai sokongan kampung Melayu), naratif baru Liew Chin Tong (timbalan menteri pertahanan) pula mencicirkan sokongan Cina yang dikendong, itu pun belum pasti dapat mengejar hati Melayu

PRK Tanjung Piai : Sentimen Masyarakat Cina Boleh Berubah
Dalam senario sedemikian, sudah tentu sokongan masyarakat Cina terhadap Pakatan Harapan akan merosot, kerana mustahil ada ruang lagi untuk melonjak, andainya hasil kaji selidik bahawa 95 peratus pengundi Cina menolak BN dalam PRU14 itu tepat. Persoalannya, sejauh manakah kadar penurunannya, dalam PRK Tanjung Piai

PRK Tanjung Piai
Beberapa faktor perlu diambil kira dalam PRK Tanjung Piai. Pertama, MCA berjaya meletakkan calonnya Wee Jeck Seng, sungguhpun berdepan dengan tekanan daripada Umno sebelum ini; Kedua, rekod perkhidmatan Wee Jeck Seng yang agak positif dari kaca mata pengundi tempatan, sepanjang dua penggal beliau terpilih sebagai ahli Dewan Rakyat Tanjung Piai (2008 - 2018), dan ahli Dewan Undangan Negeri Pekan Nanas (2004-2008); Ketiga, MCA kini hanya tinggal seorang ahli Dewan Rakyat, iaitu presidennya, Wee Ka Siong, yang sudah tentu mencungkil rasa simpati anggota MCA tempatan, dan mungkin pengundi tempatan

Lebih-lebih lagi, ramai dari kalangan masyarakat Cina tidak begitu senang dengan DAP selepas PRU14, dengan faktor yang pelbagai. Sementara tidak dinafikan bahawa sesetengah komuniti Cina masih membaca politik melalui kaca mata perkaumannya (termasuk sesetengah pemimpin DAP), hakikatnya, ketidakserasian antara naratif dengan langkah politik menjadikan pengundi semakin sangsi dengan keikhlasan DAP-PH

Misalnya, apabila tercetusnya kontroversi pengenalan tulisan Jawi / seni Khat di sekolah jenis kebangsaan, pemimpin DAP menyeru agar masyarakat Cina berfikir di luar kerangka “Cina”, sebagai langkah untuk meredakan penentangan terhadap silibus baru itu. Jadi apabila tercetusnya Kongres Maruah Melayu, maka pemimpin DAP pun disindir, mengapa tidak diseru agar perdana menteri dan Bersatu berfikir di luar kerangka “Melayu”

Situasi sedemikian menyukarkan masyarakat Cina untuk menaruh kepercayaan kepada pemimpin DAP-PH. Semakin ramai dalam kalangan Cina yang akan percaya, bahawa naratif baru kononnya yang dibina pemimpin DAP tidak lain tidak bukan sebagai taktik untuk mengekalkan kuasa. Untuk mereka, DAP semakin mirip MCA, malah ada yang menyindir bahawa DAP lebih MCA dalam bab menyedapkan hati masyarakat Melayu-Muslim

Untuk menjinakkan DAP, tidak mustahil sesetengah pengundi Cina memangkah MCA semula, agar DAP berdepan dengan saingan daripada MCA. Lebih-lebih lagi, calon PH dalam PRK Tanjung Piai berasal dari Bersatu, yang imej dan naratif politiknya tidak jauh berbeza dengan Umno, dari kaca mata masyarakat Cina. Situasi menjadi lebih ketara, apabila sindiran PH terhadap Umno-PAS menggunakan hujah mereka sebelumnya, “Undi calon Muslim” – ditafsirkan sebagai “PH juga memainkan isu perkauman dan agama” oleh masyarakat Cina

PRK Tanjung Piai : Sentimen Masyarakat Cina Boleh Berubah
Lagipun, media arus perdana bahasa Cina kini tidak memihak kepada Pakatan Harapan. Ruang kebebasan sedia ada dimanfaatkan sepenuhnya untuk memberi liputan yang seluas-luasnya kepada pembangkang, iaitu calon MCA. Inilah antara cabaran yang dihadapi PH dalam PRK Tanjung Piai, dan bakal dihadapi dalam PRU15. - mk


Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/

Iklan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.addindeen.com/2019/11/prk-tanjung-piai-sentimen-masyarakat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Enam Calon Berentap Di Prk Tanjung Piai Termasuk Bebas Suara Tv

Enam Calon Berentap Di Prk Tanjung Piai Termasuk Bebas Suara Tv

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 312 hits
Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai pada 16 Disember ini menyaksikan pertembungan enam penjuru Pengumuman rasmi calon bertanding dibuat Pengurus Pilihan Raya Tanjung Piai Zulkifly Mohd Tahir pada 11 pagi selepas tempoh penamaan calon di pusat p...
Prk Tanjung Piai Dan Sindrom Phinocchio Kenapa Bohong Lagi

Prk Tanjung Piai Dan Sindrom Phinocchio Kenapa Bohong Lagi

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 437 hits
Kenapa bohong lagi Kerajaan PH jelas mungkir janji manifesto mereka sendiri yang tiada lagi lantikan politik dalam agensi dan GLC jika tadbir negara Tapi apabila ditekan Lim Guan Eng DAP dakwa jika ada lembaga pengarah yang merupakan ahli p...
Tanjung Piai Positif Mengatasi Sentimen Kunci Kemenangan

Tanjung Piai Positif Mengatasi Sentimen Kunci Kemenangan

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 393 hits
PILIHAN Raya kecil Tanjung Piai menjadi medan ujian pertama pasca Muafakat Nasional Apa yang pasti naratif PRK Tanjung Piai berbeza dengan PRK di Cameron Highlands dari sudut demografi sentimen pengundi dan calon Tiga elemen ini antara perk...
Calon Mca Di Prk Tanjung Piai Tidak Penuhi

Calon Mca Di Prk Tanjung Piai Tidak Penuhi

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 322 hits
MALAYSIA DATELINE Berjasa di dalam sidang media memperkenalkan calon untuk PRK Tanjung Piai hari ini Berjasa bersetuju dan menyokong kerjasama Pas dan Umno demi mengukuhkan kesepakatan sesama parti politik Melayu Namun menurut Presiden Berj...
Pas Desak Berjasa Tarik Balik Hasrat Letak Calon Untuk Prk Tanjung Piai

Pas Desak Berjasa Tarik Balik Hasrat Letak Calon Untuk Prk Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 675 hits
BERNAMA Barisan Jemaah Islamiah Se Malaysia yang mahu meletakkan calon untuk Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai diharap dapat menarik balik hasrat itu bagi menghormati kerjasama parti itu bersama Pas di bawah Gagasan Sejahtera Pesuruh...
Prk Tanjung Piai Mampu Beri Tekanan Politik Kepada Ph Umno Kelantan

Prk Tanjung Piai Mampu Beri Tekanan Politik Kepada Ph Umno Kelantan

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 428 hits
Kenyataan Media Jazlan yang juga Ahli Parlimen Machang berkata roh Muafakat Nasional perlu dimanifestasikan secara nyata bermula dari sekarang Gambar fail KUALA LUMPUR UMNO Kelantan menyeru semua pengundi di Tanjung Piai agak menggunakan Pi...
Senarai Calon Prk Tanjung Piai

Senarai Calon Prk Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 410 hits
Senarai Calon PRK Tanjung Piai PRK Tanjung Piai yang bermula hari ini menyaksikan pertembungan enam penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan BN Gerakan Parti Barisan Jemaah Islamiah dan dua calon Bebas Ketua Bersatu Tanjung Piai Karmaine S...
Pertandingan 6 Penjuru Proses Penamaan Calon Prk P 165 Tanjung Piai Lancar

Pertandingan 6 Penjuru Proses Penamaan Calon Prk P 165 Tanjung Piai Lancar

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 413 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities