Prk Dun Slim Spr Laksana Garis Panduan Pencegahan Covid 19 Dengan Ketat


UMNO ONLINE

TANJUNG MALIM – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengguna pakai Garis Panduan Pencegahan COVID-19, sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim yang akan dilaksanakan dengan ketat.
Setiausaha SPR Ikmalrudin Ishak berkata, garis panduan itu akan digunakan di semua proses pilihan raya iaitu taklimat petugas, penamaan calon, proses cetakan dan semakan kertas undi, pengeluaran dan pengiraan undi pos, semakan isi peti undi, sepanjang tempoh berkempen, hari mengundi dan penjumlahan rasmi undi.
Beliau berkata, perkara utama yang diketengahkan adalah pematuhan kepada penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka, penggunaan pensanitasi tangan dan proses saringan suhu badan.
Pada hari penamaan calon esok, semua calon tidak lagi dibenarkan berarak bersama penyokong masing-masing atau mengadakan sebarang aktiviti berkumpulan.
“Hanya calon, seorang pencadang dan seorang penyokong calon, sahaja dibenarkan memasuki pusat penamaan calon,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ikmalrudin berkata, sepanjang tempoh berkempen, setiap calon yang bertanding dibenarkan membuka Bilik Jawatankuasa (Bilik Gerakan Parti) dengan pematuhan kepada penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka, saringan suhu badan dan penggunaan pensanitasi tangan.
Bagi aktiviti ceramah, jumlah kehadiran peserta tidak boleh melebihi 250 orang pada satu-satu masa dan tempat, tertakluk kepada keluasan ruang, selain perlu mendapatkan permit daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sementara aktiviti ziarah rumah pengundi pula, calon atau wakil tidak dibenarkan bersentuhan dan bersalaman dengan penghuni rumah, serta calon digalakkan memaksimum kaedah kempen menggunakan medium dalam talian atau melalui saluran media sosial.
“SPR melalui dua Pasukan Pemantau Kempen Pilihan Raya (PPKPR), akan memantau semua aktiviti calon ketika berkempen, termasuk pematuhan terhadap garis panduan khas ini,” jelasnya.
Pada hari mengundi, Ikmalrudin berkata semua pengundi diwajibkan memakai pelitup muka, melalui proses saringan suhu badan dan menggunakan pensanitasi tangan, serta mengamalkan penjarakan fizikal.
“Pensanitasi tangan akan dibekalkan di semua pusat mengundi pada hari mengundi kelak. Pengundi perlu melalui penggunaan pensanitasi tangan di empat stesen dalam pusat mengundi, iaitu di pintu masuk pusat mengundi, di pintu masuk saluran, di dalam saluran (selepas proses mencelup jari dengan dakwat kekal iaitu sebelum menerima kertas undi) dan sebelum keluar dari pusat mengundi,” katanya.
Katanya pengundi yang bergejala dan tidak melepasi saringan suhu badan, akan tetap dibenarkan mengundi di khemah khas yang dipantau pegawai kesihatan.
Bagi individu yang diberi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian dan individu bergejala yang sedang dalam rawatan, mereka perlu memohon kebenaran daripada Pegawai Kesihatan Daerah, untuk keluar sementara ke pusat mengundi.
“Bagi kehadiran di pusat penjumlahan rasmi undi, calon yang bertanding berserta penyokong calon yang menang, akan dibenarkan hadir dalam jumlah yang minima,” katanya.
PRK DUN Slim diadakan susulan kematian penyandang Datuk Mohd Khushairi Abdul Talib, 59, pada 15 Julai. SPR menetapkan hari penamaan calon pada 15 Ogos manakala pengundian awal pada 25 Ogos dan mengundi pada 29 Ogos. – BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/08/prk-dun-slim-spr-laksana-garis-panduan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pertandingan Tiga Penjuru Di Prk Dun Slim

Pertandingan Tiga Penjuru Di Prk Dun Slim

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 263 hits
TANJUNG MALIM DIKEMASKINI Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Slim pada 29 Ogos ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional dan dua calon Bebas Calon BN Mohd Zaidi Aziz 43 yang bertanding bagi mempertahankan...
Calon Prk Slim River Adalah

Calon Prk Slim River Adalah

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 483 hits
Calon PRK Slim River Adalah Pemangku Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim Mohd Zaidi Aziz dilihat sebagai individu yang kemungkinan akan dicalonkan BN dalam pilihan raya kecil DUN Slim akan datang Sumber dalam Umno memberitahu Zaidi adalah yan...
Bank Ditutup Bagi Proses Sanitasi Dan Langkah Pencegahan Covid 19

Bank Ditutup Bagi Proses Sanitasi Dan Langkah Pencegahan Covid 19

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 179 hits
Penutupan sebuah bank di sini yang tular semalam adalah bertujuan untuk menjalankan proses sanitasi dan sebagai langkah pencegahan awal susulan terdapat kontak rapat pesakit COVID 19 dalam kalangan kakitangannya Ketua Polis Daerah Kerian Su...
Mohamad Zaidi Aziz Calon Bn Prk Slim

Mohamad Zaidi Aziz Calon Bn Prk Slim

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 510 hits
August 12 2020 5 56 PMMohamad Zaidi Aziz dipilih sebagai calon BN bagi Pilihan Raya Kecil Slim yang akan diadakan pada 29 Ogos PETALING JAYA Barisan Nasional menamakan Mohamad Zaidi Aziz sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil Slim yang akan ...
Prk Slim Amir Khusyairi Pilihan Kem Mahathir

Prk Slim Amir Khusyairi Pilihan Kem Mahathir

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 401 hits
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan seorang peguam syarie muda sebagai calon bebas mewakili kem akan bertanding menghadapi calon Umno Mohd Zaidi Aziz pada PRK Slim Nama Amir Khusyairi Mohamad Tanusi 38 diumumkan pada...
Pakatan Harapan Perak Sedia Bantu Tun M Pada Prk Slim

Pakatan Harapan Perak Sedia Bantu Tun M Pada Prk Slim

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 248 hits
Pakatan Harapan Perak menyatakan kesediaan membantu calon Bebas yang akan mewakili parti baharu ditubuhkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Slim Ketua Pembangkang Perak Dr Abdul Azi...
Pemuda Pkr Akur Ph Tak Tanding Prk Slim

Pemuda Pkr Akur Ph Tak Tanding Prk Slim

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 342 hits
August 1 2020 2 20 PMPemuda PKR menggesa pihak berkuasa berkaitan memperkenalkan SOP lebih ketat pada PRK Slim bagi membendung penularan Covid 19 PETALING JAYA Pemuda PKR akur dengan keputusan Pakatan Harapan tidak bertanding pada Pilihan R...
Menteri Tabur Gula Gula Janji Bina Dua Menara Telekomunikasi Di Dun Slim 8 Dulu Di Chini Dah Siap Kah

Menteri Tabur Gula Gula Janji Bina Dua Menara Telekomunikasi Di Dun Slim 8 Dulu Di Chini Dah Siap Kah

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 267 hits
Semasa dalam tempoh berkempen ketika ini Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah mengumumkan Kerajaan PN akan membina dua menara telekomunnikasi di Dun Slim Menurut Saifuddin dua menara telekomunikasi baharu itu akan dibi...
Garis Panduan Pemakaian Baju Korporat Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2020

Garis Panduan Pemakaian Baju Korporat Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2020

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 2019 hits
Garis panduan pemakaian baju korporat Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 2020 Selaras dengan perubahan logo KPM nampaknya rekabentuk baju korporat KPM juga perlu kepada penambahbaikan Satu surat makluman telah dikeluarkan pada 13 Ogos 20...
Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam

Setia Alam Shooter Opens Fire On Janitor After Request To Relocate His Belongings

Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Sains Pembungkusan Terbiodegradasi Perspektif Dari Rantaian Bekalan Mampan

The Role Of Jewelry Showcases In Attracting Customers And Boosting Sales

Tebatan Banjir Rm 7 Bilion Batal

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Inilah Alasan Mengapa Sesetengah Tingkap Hotel Tidak Boleh Dia Buka

Buasir Otak Tv Bayangkan Dalam Sampan Dikelilingi Buaya Be Like

Bisnes Yang Macam Mana Lagi Nak Dicari

Fuel Prices Remain Unchanged

Bernama Rtm Urged To Promote Awareness Campaigns On Repaying Loans

Fadhlina Offers Help To Alleged Child Abuse Victim In Perlis