Post Mortem Kekalahan Rafizi Kepada Nurul Izzah


KEMASUKAN LEWAT

MUNGKIN sdr Rafizi Ramli dan gengnya sudah membuat post-mortem secara menyeluruh, adil dan
saksama atas kekalahnnya kepada Nurul Izzah dalam mempertahankan jawatan timbalan presiden Keadilan. Rafizi kalah dengan jumlah undi besar apabila Izzah mendapat 9,803 manakala beliau hanya mendapat 3,866 undi, kira-kira 60.55% undi Rafizi lebih rendah daripada diperolehi Izzah.
Saya tidak mengambil kira apakah berlaku penyelewengan dalam proses pengundi dan lain-lain "kecacatan" hanya berpegang kepada keputusan yang diumumkan Pengarah Jabatan Pilihan Raya (JPP) Dr Zaliha Mustafa di malam selepas Anwar Ibrahim merasmikan kongres, 23 Mei 2025.

Rafizi atau pihak-pihak lain ada alasan atau pun dapatan lain dalam melihat kekalahan besar itu. Ia pro dan kontra mengikut perspektif masing-masing. Bagi setengah orang apa yang berlaku itu mengejutkan, tetapi tidak bagi saya, sebab sebaik berjalannya kempen jelajah Hiruk dan Damai, saya sudah dapat menjangkakan apa yang berlaku.

Bukan sahaja pencalonan Izzah dirancang atur demikian rupa, apabila lebih 200 cabang menyatakan sokongan terbuka terhadap Izzah, tetapi riuh randah dalam media sosial juga turut berpihak kepada Izzah tanpa disedari lawannya. Ada golongan atau entiti yang memain peranan untuk melekakan Rafizi dalam sosial media menerusi kajian dan survey dengan memberi petunjuk Rafizi mengatasi Izzah lebih 80 peratus.

Taktik dan stragegi ini tidak disedari Rafizi dan para penyokongnya. Mereka terlena dengan jumlah kehadiran dikempen jelajah Hiruk yang ramai dan mereka yang menonton secara live juga melimpah ruah. Begitulah sterategi dan taktik dalam politik yang licit, ia memakan dan merebak umpama api dalam sekam. Kerana terdodoi pancingan itu menjadikan Rafizi merasa selesa, terutamanya para penyokongnya. Berlaku over confident. 

Saya mempunyai sedikit hipotesis berkaitan kekalahan Rafizi itu. Secara ringkas saya baris atau turunkan disini. Insya-Allah selepas ini saya tidak akan membuat apa-apa komentar lagi berhubung perlawanan Rafizi dengan Izzah ini, kerana ia tidak dapat diterima penyokong Rafizi, dan akan meninggalkannya sebagai sejarah dalam catatan ini.

Ada sembilan sebab atau alasan mengapa Rafizi kalah kepada Izzah.

1. Terlalu percayakan kepada kekuatan dan kehebatan peribadi sehinggakan melihat Izzah senang untuk diratah. Rafizi membuat ukuran itu dari segi kehebatannya sebagai pencatur politik, pembina gelombang dan juga sebagai pakar dan pemimpin berpotensi yang disayang dan didambakan. Lantaran wujud perasaan itu menyebabkan Rafizi egois, merendah-rendahkan orang lain hingga semua orang dikritiknya.  
2. Terlalu percaya kepada janji dan penyelesaian politik, pertemuannya dengan Saifuddin dan Anwar, ini menunjukkan kedaifannya dalam memahami makna politik dan motif disebalik itu. Tidak mengamalkan teori 4C sepenuhnya terutamanya C yang keempat

3. Gagal mengenali dan menghayati makrifat politik, apabila Anwar mengatakan beri laluan mudah kepadanya, sepatut beliau fahami bahawa dalam politik tidak ada kasihan belas, sebalik ia penuh dengan kepura puraan. Rafizi terperangkap dalam kebaikannya sendiri. 
Sewaktu bertemu dengan Shamsul Iskandar di Pasir Mas, apabila saya diminta mengulas kenyataan Anwar itu, saya katakan kepada Sam jangan percaya dengan kata-kata itu, ia bicara politik memberi pengertian sebaliknya. Akan ada pertandingan. Tunggulah

4. Rafizi gagal memahami perasaan kurang senang Anwar terhadapnya, tanpa diketahui dia menjadi persaingan kepada bossnya itu. Kata katanya tidak akan jadi macam Azmin Ali dibaca terbalik oleh Anwar. Sepatutnya dia lebih berwaspada, inilah "politic is the art of the possible". 
5. Bentuk kempen egois dan biadab, terlalu berterus terang dalam kempen dibenci. Kerana terlalu outspoking sehingga lupa ia kerahsiaan dan strategi parti didedahkan menyebabkan Rafizi dipersoal kebijaksanaanya

6. Gagal memahami naratif dan budaya politik orang Melayu. Caranya berpolitik ala ala western tidak sesuai dengan cara dan budaya politik orang Melayu yang perlu memujuk, membodek, bersopan santun, berbudi bahasa. Kadang-kadang politik Melayu juga perlu berpura pura. Jika tidak sanggup hipokrit dalam politik, berhentilah main politik

7. Mainan reverse psikologi memerangkap diri sendiri, apabila beliau minta ahli menyokong Izzah, dan mengugut akan meletak jawatan sekiranya kalah. Politik ugut tidak disenangi orang Melayu kerana ia tidak berjiwa besar. Walaupun itu hanya reverese psikologi, tetapi tidak difahami oleh ahli dibawah yang sudah melihat pertandingan itu mengundang masalah jadi seruan Rafizi itu agar undi Izzah diterima sebagai benar

8. Terlalu yakin kepada sokongan dalam media sosial, tanpa mengenal pasti siapa mereka. Sokongan ini memerangkap Rafizi. Angka-angka dan satistiknya menjerat dirinya sendiri. 
9. Terlalu mempercayai kepada konsensus dan persetujuan tanpa bertulis. Sepatutnya beliau kekal dengan keputusan awal untuk tidak bertanding dan tidak termakan dengan rayuan Anwar dan Saifuddin selepas menydari sistem pengundian untuk memancungnya. Apabila beliau teruskan juga ia seolah sengaja menerejunkan diri ke dalam telaga buruk.

Kesimpulan. Jika masih ada hasrat untuk main politik, beliau harus tenang, ubati segala luka dan pulihkan semangat soldadu soldadunya yang luka, susun barisan untuk berlawan kembali selepas ini, mahasabah diri dan kenali dan fahami psikologi politik orang Melayu, buang sedikit egois, jadilah manusia biadab untuk berhadapan dengan pertandingan tiga tahun akan datang

Untuk tiga tahun mendatang, Anwar sudah tidak relevan lagi untuk menjadi pesiden Keadilan. Kekosongan itu nanti boleh membuka  peluang kepadanya untuk menentang Izzah sekali lagi untuk melunasi hutang kekecewaan kerana kalah itu. Rafizi perlu bersiap sedia dari sekarang bagi menghadapi apa apa kemungkinan tiga tahun akan datang untuk mencabar kedudukan presiden.

Memberi dorongan kepadanya agar keluar parti, atau menjadi Azmin Ali kedua untuk membentuk parti lain adalah sesuatu yang sia-sia dan tindakan itu dilihat dekomposisi (pereputan) beliau dalam politik lebih cepat. Rafizi harus sedar beliau tidak mempunyai kekuatan peribadi seperti dimiliki Anwar Ibrahim dan Tengku Razaleigh untuk menubuh parti baru. Tengku Razaleigh yang memiliki ketokohan dan pengaruh besar pun tidak mampu mensurvivekan politiknya apabila parti ditubuhnya berkubur tidak sampai 10 tahun

Setakat ini hanya Anwar satu-satu individu atau sosok yang mampu survive dalam politik apabila dikeluarkan dari benua parti besar dengan menubuh parti Keadilan. Kenpa, sebab Anwar mempunyai platform yang berbagai, mempunyai rangkaian akar umbi yang sudah lama dibentuk dan ia menjalar ke seluruh dunia. Jika Rafizi mempunyai kelebihan dan aset dimiliki Anwar itu, silalah boleh mencuba.[wm.kl. 6:01 am 26/05/2025]



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2025/05/postmortem-kekalahan-rafizi-kepada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Don Praises Future Pm Material Rafizi And Nurul Izzah

Don Praises Future Pm Material Rafizi And Nurul Izzah

papar berkaitan - pada 16/5/2025 - jumlah : 110 hits
Academic Tajuddin Rasdi welcomed the battle between PKR deputy president Rafizi Ramli and his challenger Nurul Izzah Anwar for the PKR deputy presidency He described both leaders as great leaders of the future with the potential to become M...
Sahut Cabaran Debat Rafizi Nurul Izzah Diberitahu

Sahut Cabaran Debat Rafizi Nurul Izzah Diberitahu

papar berkaitan - pada 16/5/2025 - jumlah : 109 hits
Penganalisis berkata ia bagi elak tafsiran Nurul Izzah Anwar serah kalah pada pusingan pertama kepada Rafizi Ramli Penganalisis berpendapat debat Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli sebagai peluang meneroka isu penjelasan dan buah fikiran me...
Rafizi Aligned Pkr Women Challenger Wants Debate Invites Nurul Izzah

Rafizi Aligned Pkr Women Challenger Wants Debate Invites Nurul Izzah

papar berkaitan - pada 17/5/2025 - jumlah : 186 hits
Rodziah Ismail who is contesting the position of PKR Women s chief has expressed her readiness to debate the incumbent Fadhlina Sidek The Ampang MP aligned with PKR deputy president Rafizi Ramli also extended an invitation to Nurul Izzah An...
Vote For Nurul Izzah Rafizi Tells Pkr Delegates

Vote For Nurul Izzah Rafizi Tells Pkr Delegates

papar berkaitan - pada 13/5/2025 - jumlah : 126 hits
Rafizi Ramli says Nurul Izzah Anwar has to win the race for the PKR deputy presidency or Malaysians would read her defeat as party members rejecting Anwar Ibrahim Rafizi Ramli has called on PKR delegates to vote for his rival Nurul Izzah An...
Rafizi Vs Nurul Izzah A Family Feud Or The Beginning Of Keadilan S End

Rafizi Vs Nurul Izzah A Family Feud Or The Beginning Of Keadilan S End

papar berkaitan - pada 14/5/2025 - jumlah : 155 hits
By now most political observers have felt the tremors of tension between Rafizi Ramli and Nurul Izzah Anwar both seen once as the intellectual and emotional backbone of KEADILAN s reformist soul But what was once camaraderie rooted in share...
Nurul Izzah Rafizi Should Debate Media Should Organise

Nurul Izzah Rafizi Should Debate Media Should Organise

papar berkaitan - pada 14/5/2025 - jumlah : 113 hits
With Nurul Izzah Anwar contesting against Rafizi Ramli for the PKR deputy presidency a party leader has urged both leaders to have an open debate ADSPKR Youth vice chief Prasanth Kumar Brakasam also opined that media outlets such as Malaysi...
Tiada Ilmu Baru Kalau Ilmu Lama Pun Belum Hadam

Nafizah Air Mata Rindu Chord

Tanggung Cedera Paling Teruk Sepanjang Bermain Bola Habibi Akur Rawatan Fisio Di Physiogo

No Cabinet Reshuffle While Rafizi Nik Nazmi On Leave Anwar

Property Investment Tips Malaysia 2025 Pelaburan Hartanah Untung Tinggi

Rafizi Nik Nazmi Letak Jawatan Pm Anwar Belum Rancang Rombakan Mereka Masih Bercuti

Pemuda Bandung Tolak Wacana Pengakuan Akan Israel

Memberdayakan Pasar Tradisional Melalui Inovasi Digital


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Petua Penjagaan Kereta Berkala

Gm Invests Almost 1 Billion Dollars In A New V8 Engine

Larangan Melampau Dalam Agama

Cuba Sekali Pasti Ketagih Resipi Sambal Bilis Garing Homemade

Nuca Pelan Pelan Chord

Keputusan Mahkamah Tarif Menimbulkan Ketidakpastian Baru Dalam Pasaran