Rafizi Dan Nurul Izzah Peluang Melakar Sejarah






15 May 2025


Dalam sejarah PKR, jawatan paling tinggi yang selalu panas dengan  perebutan ialah kerusi Timbalan Presiden.


Jawatan Presiden pula boleh dikata sepi daripada sebarang persaingan sejak PKR ditubuhkan dan sehingga ini kerusi peneraju parti itu hanya pernah dipegang oleh Dr Wan Azizah Wan Ismail dan kemudian berpindah kepada Anwar Ibrahim.


Tetapi, setakat ini semua pemegang jawatan Timbalan Presiden PKR tidak pernah sampai ke kemuncak kerusi Kepresidenan parti.


Mereka yang pernah menjadi Timbalan Presiden PKR ialah Dr Chandra Muzzaffar, Abdul Rahman Othman, Dr Syed Husin Ali, Azmin Ali dan kini Rafizi Ramli.


Sementara Rafizi kini sedang bertempur untuk mengekalkan jawatan nombor dua dalam parti itu bagi penggal kedua, penyandang yang lain sebelum ini semuanya tersadai di tengah jalan, sama ada berundur dan kemudian keluar parti, tidak bertanding lagi atau dipecat.


Pertandingan jawatan Timbalan Presiden PKR bagi sessi 2025-2028 kali ini menjadi panas bukan saja kerana Rafizi ditentang oleh Nurul Izzah, anak Presiden PKR sendiri, tetapi juga disebabkan siapa pemenangnya nanti berpotensi untuk melakar sejarah baru menggapai kerusi Presiden itu sendiri.


Ini berikutan Anwar yang telah   menang tanpa bertanding tidak boleh lagi mempertahankan jawatannya pada  pemilihan 2028 akan datang lantaran perlembagaan PKR menetapkan seseorang itu hanya boleh memegang jawatan tersebut selama tiga penggal saja.


Jika Rafizi menang pada pemilihan 23 Mei nanti, peluang beliau untuk mengambil alih jawatan Presiden PKR pada pemilihan tahun 2028 nanti dengan sendirinya terbuka dengan seluas-luasnya.


Tidak mungkin ada pemimpin lain yang mampu menggugatnya lagi, bahkan Nurul Izzah juga, kalau kalah di kerusi Timbalan Presiden kali ini, peluangnya boleh dikira sudah tertutup untuk mencabar Rafizi buat kali kedua.


Tambahan lagi, kalau jawatan Timbalan Presiden pun beliau tidak mampu menumbangkan Rafizi, tentulah jauh lebih sukar untuk mencabar Ahli Parlimen Pandan itu bagi kerusi Presiden PKR.


Ketika itu (tahun 2028) nanti, maka sejarah akan tercipta buat Rafizi kerana beliau adalah Timbalan Presiden PKR yang pertama yang dapat menaikkan dirinya menjadi Presiden PKR.


Namun demikian, jika Rafizi kalah, segala-gala juga dikira sudah berakhir bagi dirinya, malah mencatat sejarah ulangan sepertimana pendahulu-pendahulu sebelum ini.


Sebab itu pertandingan Timbalan Presiden PKR kali ini amat penting bagi masa depan Rafizi.


Sebagaimana pertandingan kali ini penting untuk Rafizi, ia juga sama pentingnya untuk Nurul Izzah.


Jika beliau dapat menewaskan Rafizi kali ini, laluan karpet merah sudah dikira tersedia untuk beliau memegang jawatan Presiden PKR pada tahun 2028 nanti.


Dengan kejayaan itu nanti, Nurul Izzah turut akan mencipta sejarah di mana akan menjadi pemimpin yang berjaya menaikkan dirinya daripada Timbalan Presiden PKR kepada Presiden PKR.


Sama ada  Rafizi mahupun Nurul Izzah, kalau mereka kalah kali ini, laluan mereka untuk merebut jawatan Presiden PKR dalam pemilihan berikutnya sudah tiada lagi.


Siapa yang berjaya menang jawatan Timbalan Presiden kali ini adalah bakal Presiden PKR pada tahun 2028 akan datang.


Untuk itu dan kepada penyokong kedua-dua pemimpin berkenaan, jika mahu idola masing-masing mencipta sejarah itu – teruslah bekerja kuat dan biasa-biasakanlah tidur malam hanya antara 3 jam atau 4 jam saja mulai sekarang sehingga tarikh pengundian 23 Mei depan. – ShahbudinHusin 15Mei2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/05/rafizi-dan-nurul-izzah-peluang-melakar-sejarah/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/05/rafizi-dan-nurul-izzah-peluang-melakar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jawatan Menteri Perbezaan Antara Nurul Izzah Dan Rafizi

Jawatan Menteri Perbezaan Antara Nurul Izzah Dan Rafizi

papar berkaitan - pada 11/5/2025 - jumlah : 137 hits
11 May 2025 Rafizi Ramli berkata beliau akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Ekonomi jika kalah pada pemilihan PKR hujung bulan ini Mengakui beliau sebenarnya agak lega dengan kemungkinan itu Rafizi menambah ia akan menjadikannya mempuny...
Rafizi Vs Nurul Izzah Siapa Yang Bakal Menjadi Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat

Rafizi Vs Nurul Izzah Siapa Yang Bakal Menjadi Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat

papar berkaitan - pada 22/5/2025 - jumlah : 221 hits
Berikut ialah analisis perbandingan antara Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar sebagai calon berpotensi untuk jawatan Timbalan Presiden PKR berdasarkan kekuatan cabaran serta peluang dan risiko masing masing Berikut ialah analisis perbanding...
Lobi Bermula Nurul Izzah Dicadang Cabar Rafizi

Lobi Bermula Nurul Izzah Dicadang Cabar Rafizi

papar berkaitan - pada 6/5/2025 - jumlah : 170 hits
Malaysiakini nbsp Ketua PKR cabang Tapah Azam Afandi nbsp menyatakan sokongan terhadap Nurul Izzah Anwar untuk bertanding jawatan timbalan presiden yang disandang Rafizi Ramli dalam pemilihan parti hujung bulan ini Ketua Penerangan PKR Pera...
Kempen Rafizi Sudah Bermula Nurul Izzah Bila Lagi

Kempen Rafizi Sudah Bermula Nurul Izzah Bila Lagi

papar berkaitan - pada 10/5/2025 - jumlah : 175 hits
10 May 2025Sebaik mengesahkan pencalonannya bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli tidak menunggu lama untuk mengatur gerakan kempennya Tema kempen beliau kali ini ialah HIRUK Hidupkan Idealisme Reformasi dalam Ujian Kuasa Se...
It S Official Rafizi Nurul Izzah Set For Head To Head Pkr No 2 Clash

It S Official Rafizi Nurul Izzah Set For Head To Head Pkr No 2 Clash

papar berkaitan - pada 10/5/2025 - jumlah : 230 hits
PKR deputy president Datuk Seri Rafizi Ramli has confirmed his bid to defend the party s number two post officially setting up a one on one contest with vice president Nurul Izzah Anwar ahead of the central leadership elections Picture by F...
Osmanthus In Bloom Minuman Baharu Kenangan Coffee Yang Beraroma Eksklusif

What Is Dashi And How To Make It

Penceramah Bebas Terkenal Usia 39 Tahun Ditahan Polis Didakwa Sebar Video S Ks Bersama 4 Isteri

Penerbangan Terkejut Boeing 737 Menurun 26 000 Kaki Dalam 10 Minit

Anggota Komando Hilang Ketika Latihan Ditemui Lemas Di Pelabuhan Kuantan

Dj Dave Terharu Lihat Keadaan Dharma Harun Ykat Hulur Rm1 000 Bantu Pulihkan Kesihatan

Asean Trying To Avoid Using Us Dollar In Trade Says Anwar

Untuk Hati Yang Sedang Letih


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tips Set Up Akuarium Goldfish Filter Murah Efektif Untuk Tangki Kecil Produk Penjagaan Dan Makanan Terbaik Ikan Emas

Kenapa Dulu Tuala Wanita Di Panggil Modes

Warung D Bamboo Ban Pecah Kuala Kurau Perak

Sustainable And Stylish The New Standard For Women S Medical Scrubs

Msn Sahkan Lee Zii Jia Dalam Keadaan Baik Tiada Isu Depresi Dan Kemurungan Dikesan

Cute Crunchy Creamy My Honest Thoughts On Cream O Strawberry