Pos Ubat Susulan Menggunakan Myubat


Pos Ubat Susulan Menggunakan MyUBAT: Tak Perlu Lagi Beratur di Farmasi
Bagi pesakit kronik yang perlu mengambil ubat secara berkala, perjalanan berulang-alik ke hospital atau klinik semata-mata untuk mendapatkan bekalan ubat susulan boleh menjadi sesuatu yang melelahkan.
Menyedari keperluan ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memperkenalkan aplikasi mudah alih MyUBAT. Aplikasi ini berfungsi sebagai platform digital yang menguruskan bekalan ubat susulan dengan lebih sistematik.
Antara ciri paling bermanfaat yang ditawarkan ialah perkhidmatan Pos Ubat Susulan (UMP) iaitu penghantaran ubat terus ke rumah pesakit.
Melalui kemudahan ini, pesakit tidak lagi perlu meluangkan masa berjam-jam menunggu di farmasi. Dengan hanya beberapa langkah mudah melalui aplikasi MyUBAT, ubat susulan boleh ditempah dan dihantar terus ke pintu rumah melalui kerjasama dengan Pos Malaysia.
Ini bukan sahaja menjimatkan masa malah meningkatkan keselesaan terutamanya bagi warga emas, pesakit kronik, OKU atau mereka yang tinggal jauh dari hospital.
Namun begitu, tidak semua jenis ubat boleh dihantar melalui pos. Hanya ubat bukan kawalan yang layak dipos. Contohnya seperti ubat untuk tekanan darah tinggi, kencing manis atau kolesterol.
Ubat yang memerlukan penyimpanan khas seperti insulin atau ubat jenis narkotik dan psikotropik tidak termasuk dalam senarai ini demi menjaga kualiti dan keselamatan.
Justeru, pesakit disarankan untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada farmasi mengenai kelayakan ubat masing-masing.
Dari segi proses, tempahan ubat perlu dibuat lebih awal. Sebaik-baiknya tujuh hari sebelum bekalan habis. Ianya penting bagi memastikan ubat sempat diproses dan dihantar.
Tempoh penghantaran kebiasaanya akan mengambil masa antara tiga hingga lima hari bekerja. Kos penghantaran pula biasanya ditanggung oleh pesakit bergantung kepada berat dan lokasi dengan kadar anggaran bermula sekitar RM6 hingga RM10.
Menariknya, ada juga program di beberapa negeri atau fasiliti kesihatan tertentu yang menanggung kos penghantaran ini sebagai sebahagian daripada inisiatif memudahkan pesakit.
BACA : Rahsia Shopping Barang Dapur: Jimat Besar, Hidup Lebih Teratur
Cara Ringkas Guna MyUBAT untuk Pos Ubat Susulan 1. Muat turun aplikasi MyUBAT
 Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma melalui Google Play (Android) atau App Store (iOS). Pastikan telefon pintar mempunyai capaian internet yang stabil. 2. Daftar akaun pengguna
Masukkan nombor kad pengenalan (IC), nombor telefon dan butiran diri lain yang diperlukan. Satu kod pengesahan (OTP) akan dihantar melalui SMS untuk tujuan keselamatan. 3. Log masuk ke aplikasi
Setelah akaun disahkan, log masuk menggunakan nombor IC dan kata laluan yang didaftarkan.  Pilih menu “Tempahan Ubat Susulan” pada paparan utama. 4. Pilih kaedah penghantaran Tetapkan tarikh ubat susulan (sebaiknya sekurang-kurangnya 7 hari sebelum bekalan ubat habis). Pilih “Pos ke rumah (UMP)” sebagai kaedah penghantaran. 5. Isi alamat lengkap penghantaran
Pastikan alamat terkini, lengkap dengan nombor rumah, nama jalan, poskod, bandar dan negeri.  Jika ada nombor telefon alternatif, masukkan sekali untuk memudahkan Pos Malaysia menghubungi penerima. 6. Sahkan tempahan
Semak semua maklumat termasuk tarikh, alamat dan kaedah penghantaran. Klik butang sahkan untuk mengesahkan tempahan. 7. Tunggu notifikasi dari aplikasi
Pihak farmasi akan memproses ubat terlebih dahulu. Pesakit akan menerima notifikasi dalam aplikasi atau SMS apabila ubat telah dihantar. 8. Terima ubat di rumah
Ubat akan dihantar oleh Pos Malaysia terus ke alamat yang didaftarkan. Pastikan ada individu di rumah untuk menerima bungkusan ubat pada hari penghantaran. Kemudahan ini jelas membuktikan bagaimana teknologi digital semakin memudahkan akses kesihatan rakyat Malaysia.
Melalui MyUBAT, pesakit bukan sahaja dapat menguruskan ubat dengan lebih mudah malah dapat menikmati ketenangan fikiran kerana tidak perlu risau tentang ketinggalan jadual pengambilan ubat.
Ringkasnya, Pos Ubat Susulan melalui MyUBAT adalah satu langkah bijak yang menggabungkan keselesaan, keselamatan dan kecekapan dalam sistem penjagaan kesihatan negara.
Sumbet : MyUBAT
BACA :JPN Tawar Tukar MyKad Rosak Secara Percuma
The post Pos Ubat Susulan Menggunakan MyUBAT appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/01/pos-ubat-susulan-menggunakan-myubat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Tutup Jalan Utama Kerteh Ranggon Susulan Gas Bocor

Polis Tutup Jalan Utama Kerteh Ranggon Susulan Gas Bocor

papar berkaitan - pada 21/9/2025 - jumlah : 364 hits
Polis Tutup Jalan Utama Kerteh Ranggon Susulan Gas Bocor CHUKAI 20 Sept Polis menutup laluan utama Kerteh Ranggon kepada semua kenderaan susulan kebocoran paip gas Petronas Berhad di Tapak Projek Laluan Rel Pantai Timur Seksyen 5 Kerteh di ...
Percubaan Pertama Menggunakan Aplikasi Adroid Untuk Blogger

Percubaan Pertama Menggunakan Aplikasi Adroid Untuk Blogger

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 98 hits
Assalammualaikum Lama tidak berblog kerana kesibukan kerja Sekarang ini saya saja mencuba aplikasi adroid untuk blogger khas untuk HandPhone Samsung Tak tahu lah mana yang best senang menggunakan aplikasi android So Minta pendapat anda apli...
Pas Rancang Tanding Bersendirian Menggunakan Logo Sendiri Senang Nak Join Kerajaan Nanti

Pas Rancang Tanding Bersendirian Menggunakan Logo Sendiri Senang Nak Join Kerajaan Nanti

papar berkaitan - pada 21/9/2025 - jumlah : 1039 hits
PN TANDING PRU16 TANPA POSTER BOY 20 September 2025Meskipun Muhyiddin Yassin minggu lalu mengatakan mesyuarat PN akan diadakan dalam waktu terdekat bagi memuktamadkan calon PM11 perkara itu kemungkinan besar tidak akan berlaku Kalau pun ada...
Tindakan Thailand Susulan Insiden Lubang Benam Gergasi Sedalam Lebih 50 Meter

Tindakan Thailand Susulan Insiden Lubang Benam Gergasi Sedalam Lebih 50 Meter

papar berkaitan - pada 25/9/2025 - jumlah : 329 hits
Tindakan Thailand Susulan Insiden Lubang Benam Gergasi Sedalam Lebih 50 Meter Penduduk Thailand gempar apabila laluan utama di Jalan Samsen Bangkok tiba tiba runtuh sehingga membentuk lubang benam gergasi sedalam kira kira 50 meter Menurut ...
Kedah Dilanda Banjir Susulan Hujan Lebat Sejak Pukul 6 Petang

Kedah Dilanda Banjir Susulan Hujan Lebat Sejak Pukul 6 Petang

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 116 hits
NORLIDA AKMAR IDROSTangkap layar video kawasan yang dilanda banjir susulan hujan lebat sejak pukul 6 petang tadi JITRA Beberapa kampung dan kawasan perumahan di daerah Kubang Pasu dan Pokok Sena dilanda banjir susulan hujan lebat sejak puku...
Treler Hilang Kawalan Rempuh Pos Polis Bantuan Felda Kechau 8

Treler Hilang Kawalan Rempuh Pos Polis Bantuan Felda Kechau 8

papar berkaitan - pada 18/9/2025 - jumlah : 1472 hits
Treler Hilang Kawalan Rempuh Pos Polis Bantuan Felda Kechau 8 KUANTAN 17 Sept Sebuah treler merempuh Pos Kawalan Polis Bantuan Felda Kechau 8 di Kuala Lipis pagi tadi menyebabkan pemandu dan seorang anggota polis bantuan cedera Ketua Polis ...
Tuduhan Biadab Pm Anwar Pertahan Aktivis Kemanusiaan Gsf Mereka Bawa Makanan Ubat

Tuduhan Biadab Pm Anwar Pertahan Aktivis Kemanusiaan Gsf Mereka Bawa Makanan Ubat

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 118 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tuduhan Israel melabelkan aktivis misi Global Sumud Flotilla sebagai pengganas adalah kenyataan biadab Tegas beliau pelayaran GSF ke Gaza merupakan misi kemanusiaan untuk membantu pendudu...
Tanda Tanda Alahan Ubat Dan Cara Rawatannya

Tanda Tanda Alahan Ubat Dan Cara Rawatannya

papar berkaitan - pada 23/9/2025 - jumlah : 482 hits
Assalamualaikum Petang ni Cik Rose ingin berkongsi mengenai tanda tanda alahan ubat dan cara rawatannya Oh ya Cik Rose bukanlah arif dalam bidang perubatan Cik Rose berkongsi maklumat dari website Kementerian Kesihatan sendiri Boleh rujuk l...
Time To Fly Vietjet S Biggest Sale Of The Year Offers Malaysians Unbeatable Fares To Vietnam And Beyond

Puluhan Kenderaan Dihempap Simen Konkrit

Brutal Sophistication Cw Zon S Custom Triumph Rocket 3

Ferrari Elettrica Didedahkan Model Elektrik Pertama Dengan Kuasa Melebihi 1 000hp

Malaysia Tewaskan Laos 3 0

Rakyat Malaysia Makin Gemar Membaca Lebih 1 Juta Buku Atas Talian Disediakan Percuma Kpn

Karambusel Hydrothermal Field A New Frontier In Deep Sea Exploration

Ke Manakah Mungkin Sel Sel Kanser Boleh Pergi Sekiranya Ia Berulang Atau Relapse


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ratu Seram Era Baharu Sharifah Sakinah Buat Penonton Tak Senang Duduk

Best Beef Recipes In Oven

Penghormatan Terakhir Buat K9 Sue Wira Berbulu Jbpm Sarawak

Anak Cepat Marah 5 Cara Tenangkan Mereka Tanpa Jerit Rotan

Hashim Rejab Akui Kehendak Penonton Ialah Cabaran Terbesar Penghasilan Orang Perang

Belanjawan Madani Keempat Belanjawan Rakyat