Pas Rancang Tanding Bersendirian Menggunakan Logo Sendiri Senang Nak Join Kerajaan Nanti


 


PN TANDING PRU16 TANPA ‘POSTER BOY’?


20 September 2025


Meskipun Muhyiddin Yassin minggu lalu mengatakan mesyuarat PN akan diadakan dalam waktu terdekat bagi memuktamadkan calon PM11, perkara itu kemungkinan besar tidak akan berlaku.


Kalau pun ada mesyuarat PN diadakan, tiada mana-mana pemimpin, baik daripada Bersatu mahu pun PAS, akan dinamakan sebagai calon PM11 untuk mewakili gabungan itu bagi menghadapi PRU16 akan datang.


Ini bermakna, bakal PM11 jika PN berjaya memenangi PRU16 akan datang adalah terbuka dan hanya akan diputuskan setelah kemenangan berada dalam genggaman.


PAS terutamanya, difahamkan akan kekal komited dengan kaedah untuk memastikan kemenangan diperolehi terlebih dahulu sebelum calon PM11 hendak diputuskan.


Dipercayai PAS akan cuba meyakinkan Bersatu berpendirian yang sama dan tidak berbalah terlalu awal mengenai siapa yang patut jadi Perdana Menteri.


Keadaan ini menjadikan semua calon PM11 daripada PN seperti Muhyiddin, Hamzah Zainuddin, Tuan Ibrahim Tuan Man, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Sanusi Mohd Nor atau lain-lain pemimpin, masih terbuka peluang untuk dikemukakan nama mereka kepada Istana Negara sebagai bakal Perdana Menteri setelah kemenangan diperolehi nanti.


Dipercayai, langkah tidak menamakan mana-mana pemimpin sebagai “poster boy” ini adalah dipercayai untuk mengelakkan serangan awal daripada pihak lawan terhadap PN.


Dengan tiada sesiapa dinamakan sebagai calon PM11 atau “poster boy”, ini menjadikan tiada serangan lawan tertumpu secara khusus kepada calon tertentu.


Berbanding Anwar Ibrahim yang sudah tentu akan menjadi “poster boy” kerajaan madani, mahu tidak mahu, beliaulah yang dijadikan sasaran utama PN sepanjang kempen PRU nanti.


Tetapi, serangan kerajaan madani kepada PN akan menjadi serangan rambang lantaran tiada pemimpin tertentu dinamakan sebagai calon PM11.


Ini secara tidak langsung memberi kelebihan kepada PN sepanjang tempoh berkempen.


Selain itu, dengan konsep terbuka tersebut, semua pemimpin yang berhajat jadi Perdana Menteri atau merasakan diri mereka layak, pastinya juga akan lebih bekerja keras menggerakkan jentera serta mengeluarkan belanja untuk kos kempen pilihan raya demi memastikan kemenangan dapat diperolehi.


Akhirnya, yang dapat manfaat lebih besar dengan bertambah potensi untuk menang pilihan raya ialah parti.


Dalam hal ini, walaupun Bersatu telah meluluskan usul menamakan Muhyiddin sebagai calon PM11, nama beliau dipercayai tidak akan diketengahkan sepanjang kempen PRU16 akan datang atas persetujuan semua parti dalam PN.


Mesyuarat PN akan datang dipercayai akan membuat keputusan agar semua parti komited untuk  memenangi PRU16 dengan sentiasa mengukuhkan perpaduan dan mengurangkan pergeseran sesama sendiri.


Calon PM11 bukanlah keutamaan sehinggalah kemenangan berjaya diperolehi.


Bagi PN, kemenangan PRU16 yang sekarang sudah mula dapat dirasai tidak harus digugat dengan perselisihan remeh yang memberi ruang pihak lain mengambil kesempatan. – ShahbudinHusin 20Sept2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/09/pn-tanding-pru16-tanpa-poster-boy/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/09/pas-rancang-tanding-berswnsirian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Pas Mahu Guna Logo Sendiri

Kenapa Pas Mahu Guna Logo Sendiri

papar berkaitan - pada 21/9/2025 - jumlah : 1663 hits
Di bawah Akta Anti Lompat Parti sokongan perlu dibuat secara en bloc Maksudnya kalau seseorang bertanding atas logo A dia dapat watikah calon dari Pengerusi Parti A maka dia perlu ikut apa saja keputusan Parti A menyokong sesiapa sebagai Pe...
Hany Manja Jawab Isu Video Panas Nafi Sebar Sendiri Pendosa Pun Nak Cari Makanan Halal

Hany Manja Jawab Isu Video Panas Nafi Sebar Sendiri Pendosa Pun Nak Cari Makanan Halal

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 1047 hits
Personaliti media sosial Hany Manja mendedahkan bahawa memang wujud video panas yang pernah dikaitkan dengannya namun menegaskan ia bukanlah sesuatu yang dijual atau disebarkan olehnya sendiri Menurut Hani kejadian itu berlaku sekitar tiga ...
Jom Belajar Kira Walaun Nanti Nak Pi Demo Baru Paham Kot Macamana Nak Kira Minyak

Jom Belajar Kira Walaun Nanti Nak Pi Demo Baru Paham Kot Macamana Nak Kira Minyak

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 897 hits
Tak habis la drama 95 di media sosial Terbakar teruk walaun dengan ni dah macam dah gamaknya Pembangkang dulu marah bila harga petrol naik Tapi pembangkang hari ni marah sebab turun Takyah nak pelik Walaun kan memang ada masalah Isu yang wa...
Tak Payah Lah Nak Gabung Dengan Pas Ni Tak Boleh

Tak Payah Lah Nak Gabung Dengan Pas Ni Tak Boleh

papar berkaitan - pada 20/9/2025 - jumlah : 1192 hits
Perantau Cari RezekiMuhyiddin dan Hamzah tak ada darah malu dengar cakap Sanusi Kalau Bersatu pandai malu berpisah lah dengan PAS PAS sombong fikir dia tu dah kuat menang 43 kerusi PRU15 PAS tidak boleh dipercayai penuh baik sama kawan PAS ...
Unnecessary Fury Over Sunway Square Mall S Pet Friendly Policy Only Gives Muslims A Bad Name

Bagaimana Huawei Melindungi Anda Di Jaringan Wi Fi Publik

Alarm Device What It Is How It Keeps You Safe

Menanti Kebijaksanaan Anwar Kemaskinikan Kabinet

Malaysia Antara Negara Paling Aman Di Dunia Pm Anwar

Beg Kalis Air Terbaik Untuk Simpan Dokumen Penting Ketika Banjir

Aktiviti Konvensyen Melayu 153 Ppim 13 12 2025

Resepi Puding Roti Karamel Confirm Jadi Untuk Pemula


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Roti Sardin

Hattusa Keajaiban Kota Yang Terukir Dalam Batu Dan Keheningan

Thailand Mengenakan Perintah Berkurung Di Provinsi Kedua Selepas Pertikaian Sempadan

Kerajaan Negeri Melaka Mcmc Meterai Mou Rm310 Juta Perkukuh Infrastruktur Digital Negeri

Lelaki Cedera Ditarik Gajah Ke Dalam Gaung

Pelajar Maut Dirempuh Motosikal Dalam Kampus