Tindakan Thailand Susulan Insiden Lubang Benam Gergasi Sedalam Lebih 50 Meter


Tindakan Thailand Susulan Insiden Lubang Benam Gergasi Sedalam Lebih 50 Meter
Penduduk Thailand gempar apabila laluan utama di Jalan Samsen, Bangkok, tiba-tiba runtuh sehingga membentuk lubang benam gergasi sedalam kira-kira 50 meter.
Menurut Bangkok Post, insiden yang berlaku seawal pagi itu berlaku betul-betul di hadapan Hospital Vajira dan di atas stesen tren bawah tanah hospital berkenaan.
https://x.com/volcaholic1/status/1970765339353870587
Lubang tersebut dianggarkan berukuran 30 meter panjang dan 30 meter lebar. Susulan kejadian, pihak berkuasa menutup sepenuhnya laluan antara simpang Vajira dan simpang Sanghi bagi tujuan keselamatan.
Bagaimanapun, setakat laporan Bangkok Post, tiada kecederaan dilaporkan.
Evakuasi hospital & penduduk sekitar Perkhidmatan pesakit luar Hospital Vajira digantung serta-merta, manakala kira-kira 3,500 pesakit dalam telah dipindahkan dari bangunan berhampiran.
Bagaimanapun, laporan awal mengesahkan struktur utama hospital tidak mengalami kerosakan. Penduduk di beberapa pangsapuri berhampiran turut diarahkan berpindah.
Difahamkan, dua tiang elektrik serta sebuah kenderaan polis dilaporkan jatuh ke dalam lubang runtuhan.
Gambar: The Nation Thailand   Pasukan dari Pihak Berkuasa Elektrik Metropolitan (MEA) segera dikerahkan untuk mengawal keadaan.
Kebimbangan struktur & keselamatan Kebimbangan turut timbul terhadap keselamatan Balai Polis Samsen setinggi lima tingkat selepas beberapa cerucuk asasnya didapati rosak akibat tanah mendap.
Laporan juga menunjukkan pergerakan tanah masih berlaku, sekali gus menyebabkan kawasan itu dipantau rapi.
Gabenor Bangkok, Chadchart Sittipunt menjelaskan, runtuhan berlaku pada bahagian sambungan antara terowong dengan stesen tren bawah tanah.
Ini menyebabkan tanah mengalir masuk ke dalam terowong dan merosakkan struktur sekeliling termasuk paip air utama, lapor Bangkok Post.
Gambar: The Nation Thailand Bekalan air dan elektrik di kawasan terbabit telah diputuskan untuk mengelakkan risiko lebih besar.
Antara langkah segera yang diambil termasuk menutup kebocoran terowong dan memeriksa keselamatan bangunan sekitar. Selain itu, mengawal trafik serta menilai risiko hujan yang boleh menyebabkan lebih banyak tanah runtuh ke dalam terowong.
Tindakan Kerajaan Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul yang meninjau lokasi berkata, kerja-kerja pemulihan terowong dan jalan dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya setahun.
Perkara itu akan dibincangkan sebagai isu mendesak dalam mesyuarat pertama kabinet baharu selepas mengangkat sumpah di hadapan Raja Thailand.
Beliau turut mengumumkan siasatan besar akan dijalankan, diketuai oleh Pihak Berkuasa Transit Rapid Massa (MRT).
Hospital milik kerajaan itu menangguhkan perkhidmatan pesakit luar selama dua hari, manakala pesakit dalam masih menerima rawatan.
Pihak Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) memaklumkan, pesakit luar boleh mendapatkan rawatan di hospital lain di bawah pengurusan BMA sepanjang tempoh ini.
Mesyuarat pemantauan akan diadakan dua kali sehari, pada jam 12 tengah hari dan 6 petang, bagi menilai perkembangan situasi tersebut.
BACA: Kanak-kanak Selamat ‘Landing’ Selepas Sembunyi Dalam Ruang Gear Pendaratan Pesawat
Sumber: Bangkok Post
The post Tindakan Thailand Susulan Insiden Lubang Benam Gergasi Sedalam Lebih 50 Meter appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/24/tindakan-thailand-susulan-insiden-lubang-benam-gergasi-sedalam-lebih-50-meter/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jurutera Bawa Demostrasi Beri Penjelasan Punca Berlaku Lubang Benam Di Thailand

Jurutera Bawa Demostrasi Beri Penjelasan Punca Berlaku Lubang Benam Di Thailand

papar berkaitan - pada 25/9/2025 - jumlah : 1084 hits
Jurutera Bawa Demostrasi Beri Penjelasan Punca Berlaku Lubang Benam Di Thailand Baru baru ini penduduk Thailand menjadi gempar apabila laluan utama di Jalan Samsen Bangkok runtuh secara tiba tiba sehingga membentuk lubang benam gergasi seda...
Tanah Mendap Jalan Runtuh Di Thailand Sebabkan Lubang Besar Muncul

Tanah Mendap Jalan Runtuh Di Thailand Sebabkan Lubang Besar Muncul

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 488 hits
Tanah Mendap Jalan Runtuh Di Thailand Sebabkan Lubang Besar Muncul Paip bawah tanah yang bocor dipercayai menjadi punca kepada kejadian tanah mendap hingga menyebabkan jalan runtuh berdekatan Hospital Vajira di Thailand pagi tadi Beberapa k...
Kebocoran Gas Lebih 20 Penghuni Tahfiz Dipindahkan Sebagai Langkah Berjaga Jaga

Kebocoran Gas Lebih 20 Penghuni Tahfiz Dipindahkan Sebagai Langkah Berjaga Jaga

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 1399 hits
Kebocoran Gas Lebih 20 Penghuni Tahfiz Dipindahkan Sebagai Langkah Berjaga jaga KERTIH 21 Sept Lebih 20 penghuni sebuah pusat tahfiz di sini akan dipindahkan sebagai langkah berjaga jaga berikutan insiden kebocoran paip gas Petronas Gas Ber...
Bawang Dan Kegunaannya Lebih Dari Sekadar Perasa Masakan

Bawang Dan Kegunaannya Lebih Dari Sekadar Perasa Masakan

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 953 hits
Bawang dan Kegunaannya Lebih Dari Sekadar Perasa Masakan Dalam dunia dapur bawang sering dianggap sebagai bahan asas yang wajib ada Namun jarang kita berhenti sejenak untuk menghargai betapa uniknya setiap jenis bawang yang kita gunakan Set...
Mediatek Umum Dimensity 9500 Kelajuan Cpu Cecah 4 21ghz Gpu 33 Lebih Pantas

Mediatek Umum Dimensity 9500 Kelajuan Cpu Cecah 4 21ghz Gpu 33 Lebih Pantas

papar berkaitan - pada 23/9/2025 - jumlah : 607 hits
MediaTek hari ini mengumumkan cip generasi baharu Dimensity 9500 yang dijangka menjadi pesaing utama kepada cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 Dengan proses 3nm cip ini menggunakan rekaan CPU All Big Core generasi ketiga yang menggabungkan teras ...
Lebih Baik Pilih Satu Kawan Sejati Daripada Ramai Kawan Palsu

Lebih Baik Pilih Satu Kawan Sejati Daripada Ramai Kawan Palsu

papar berkaitan - pada 21/9/2025 - jumlah : 1102 hits
Lebih Baik Pilih Satu Kawan Sejati Daripada Ramai Kawan Palsu Dalam hidup kita akan jumpa ramai orang Ada yang datang sebagai teman singgah ada yang hadir sebagai pengisi ruang dan ada juga yang sekadar bayang bayang sementara Namun di anta...
Keluarga Terpaksa Lahap Durian Lebih 5 Kilogram Kerana Bapa Degil

Keluarga Terpaksa Lahap Durian Lebih 5 Kilogram Kerana Bapa Degil

papar berkaitan - pada 21/9/2025 - jumlah : 1193 hits
Keluarga terpaksa lahap durian lebih 5 kilogram kerana bapa degil KELUARGA Li terpaksa memakan durian yang dibeli sebelum menaiki pesawat Foto Tangkap Layar Douyin BANGKOK Sebuah keluarga dari China terpaksa makan 5 5 kilogram durian di lua...
Ustaz Azhar Idrus Ulas Kenyataan Buka Hijab Lebih Dekat Dengan Allah Itu Jahil

Ustaz Azhar Idrus Ulas Kenyataan Buka Hijab Lebih Dekat Dengan Allah Itu Jahil

papar berkaitan - pada 18/9/2025 - jumlah : 2628 hits
Pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus tampil menjawab dakwaan segelintir wanita yang mendakwa mereka berasa lebih dekat dengan Allah SWT selepas memilih untuk membuka hijab Menerusi satu perkongsian di TikTok beliau menegaskan pandangan sebegit...
Homemade Tempe Organik Non Gmo Lebih Sihat Dan Segar

Homemade Tempe Organik Non Gmo Lebih Sihat Dan Segar

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 1857 hits
Tempe sinonim dengan masyarakat Jawa Asal tempe je Jawa Asal Jawa je tempe Tak dapat dipisahkan Ada orang tak mengaku dia Jawa Eh Bukan saya Saya Melayu tulen Walaupun bukan orang Jawa tapi saya penggemar tempe Tempe ni kalau diolahkan menu...
Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi

Doa Malam 9 Nov 2025

Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Police To Seek Remand Extension For Namewee Over Death Of Taiwanese Influencer Nurse Goddess


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Irfan Zaini Gambarkan Watak Jack Sebagai Watak Kompleks Dalam Macai

Jabal Malaikat Allah Hantar 3000 Malaikat Untuk Bantu Dalam Perang Badar

Flow Bangi Smoke Brew Bandar Baru Bangi

Manfaat Kunyit Untuk Kesihatan Kecantikan Kesuburan

Nasi Goreng Simple Dan Pengalaman Musim Luruh

Bahaya Guna Barang Expired Jangka Hayat Produk Dan Alat Kecantikan Yang Patut Korang Tau