Tanda Tanda Alahan Ubat Dan Cara Rawatannya


Assalamualaikum. Petang ni, Cik Rose ingin berkongsi mengenai tanda-tanda alahan ubat dan cara rawatannya. Oh  ya. Cik Rose bukanlah arif dalam bidang perubatan. Cik Rose berkongsi maklumat dari website Kementerian Kesihatan sendiri. 
Boleh rujuk link di bawah : http://www.myhealth.gov.my/alahan-ubat/
Kenapa nak kongsikan mengenai alahan ubatan? Setiap dari kita berbeza-beza. Suka Cik Rose ingatkan supaya korang tidak memandai-mandai beli ubat tanpa rujuk pada doktor atau yang pakar dalam bidang perubatan. Janganlah terus beli tanpa nasihat doktor. Dan janganlah main makan je ubat ahli keluarga yang lain atau rakan-rakan anda. Sakit kita tak sama pun kadang-kadang.  Cik Rose ada terbaca perkongsian rakan fb berkenaan kes salah makan ubat, Alahai, kesiannya, Kesannya, kita yang tanggung tau. 
Ok, berbalik kepada tujuan asal. Macam mana kita nak tahu tanda-tanda yang kita ni mengalami alahan ubat?


Tanda dan Gejala  ALAHAN UBATAN
Alahan ubatan boleh menyebabkan pelbagai jenis gejala berlaku bergantung kepada ubat dan kekerapan anda mengambilnya. Berikut adalah merupakan tindakbalas yang selalu berlaku:
Terhadap Kulit Campak – seperti ruam Gatal –tompokan merah di atas kulit dengan rupa bentuk yang berbeza menyebabkan terasa gatal Photoallergy – Sensitif terhadap cahaya matahari, kulit menjadi gatal dan kemerahan apabila terdedah kepada cahaya matahari Erythema multiforme – Bulatan merah, bengkak dan gatal di tempat tempat tertentu adakala dikaitkan dengan pembengkakan permukaan lidah
Demam
Sakit sendi dan otot
Bengkak nodus limfa
Radang pada buah pinggang
Tidak seperti kebanyakan tindakbalas alahan yang berlaku secara pantas selepas terdedah kepada bahan penyebab alahan, tindakbalas alahan terhadap ubatan akan berlaku sehari atau seminggu selepas pengambilan dos pertama.
Anaphylaxis atau tindak balas anaphylactic – Merupakan tindak balas yang serius dan boleh membawa kematian. Pesakit yang mengalami tindak balas ini perlu dirawat dengan segera di bahagian kecemasan Hospital. Tindak balas kulit- Gatal-gatal , tanda kemerahan , terasa panas dan gatal Kesukaran bernafas – Saluran udara tersumbat, terasa ketat, mengeluarkan bunyi “wheezing”, tekak tersekat. Pitam – Sakit kepala dan hilang daya imbangan badan secara tiba-tiba akibat peningkatan tekanan darah Degupan jantung tidak sekata Bengkak pada muka, lidah, bibir, tekak, sendi, tangan atau kaki
Hampir semua tindak balas Anaphylactic berlaku dalam masa 4 jam selepas dos pertama. Kebanyakannya berlaku selepas 1 jam mengambil ubat, namun ada juga yang berlaku dalam masa seminit malah sesaat.

Sebab-Sebab berlakunya alahan ubatan
Tindak balas alahan ini berlaku disebabkan oleh sistem imun badan bertindak balas secara berlebihan terhadap ubatan, juga dikenali sebagai penyerang kimia atau antigen. Tindakbalas berlebihan ini selalu dirujuk sebagai tindak balas hipersensitiviti. Badan menghasilkan antibodi terhadap antigen dan menyimpannya di dalam sel khas. Antibodi dalam tindak balas alahan disebut immunoglobulin E, atau IgE. Apabila badan terdedah kepada ubat yang sama sekali lagi. antibodi akan memberi signal kepada sel untuk melepaskan bahan kimia “mediator”.” Histamine adalah contoh sejenis mediator Kesan mediator ini akan menunjukkan gejala-gejala tindakbalas.

Penyebab utama alahan ubatan adalah seperti berikut:
Painkillers (analgesics) seperti codeine, morphine, nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs, seperti ibuprofen atau indomethacin), dan aspirin. Antibiotics seperti penisilin, sulfa drugs, dan tetracycline Ubatan masalah sawan seperti phenytoin (Dilantin) atau carbamazepine (Tegretol)

Faktor Risiko  ALAHAN UBATAN
Faktor risiko bagi alahan ubat: Kecenderungan keturunan untuk mendapat alahan ubat Banyak atau pelbagai ubatan diambil pada waktu yang sama (interaksi ubat-ubatan) Buah pinggang atau hati tidak berfungsi dengan baik Penyakit-penyakit yang melibatkan sistem imun seperti systemic lupus erythematosis atau HIV

Rawatan ALAHAN UBATAN
Rawatan untuk alahan ubat termasuklah memahami perkara yang perlu dilakukan jika anda mempunyai tindakbalas alahan. Elakkan ubatan yang menyebabkan alahan dan ambil ubatan seperti antihistamines untuk gejala yang sederhana. Sekiranya anda syak mendapat alahan sebaik sahaja selepas mengambil ubat, berjumpalah dengan doktor. Anda boleh mengambil antihistamine seperti chlorpheniramine malaete (piriton dan lain-lain) untuk menghilangkan kegatalan dan mengurangkan ruam. Sekiranya tindakbalas menjadi lebih teruk anda memerlukan rawatan seperti suntikan ataupun pengambilan secara oral bagi corticosteroids. Tindakbalas anaphylaxis memerlukan tindakan segera dengan suntikan epinephrine dan rawatan di hospital untuk mengekalkan tekanan darah dan membantu pernafasan.
Pencegahan ALAHAN UBATAN
Tiada cara yang diketahui untuk mengelakkan alahan ubat. Anda boleh mengurangkan risiko dengan meminimumkan pengambilan ubat selagi boleh. Semakin banyak badan terdedah dengan ubatan, semakin mudah untuk mendapat alahan ubatan. Sentiasa memberitahu anggota kesihatan yang anda temui untuk rawatan mengenai alahan anda dan jenis tindakbalas yang anda hidapi. Jangan mengambil ubat yang ada tindak balas kepada anda sebelum ini. Sekiranya anda sudah terdedah dengan tindak balas kali pertama, risiko untuk mendapat tindakbalas yang lebih teruk akan lebih meningkat. Sekiranya perlu, pakailah gelang atau rantai pengenalan kesihatan. Peralatan ini dipakai pada pergelangan tangan atau leher untuk memberitahu anggota kesihatan mengenai tindak balas alahan dan risikonya. Anda boleh membawa kad berkaitan informasi kesihatan di dalam dompet. Beritahu anggota kesihatan yang merawat anda mengenai sebarang kesan sampingan yang pernah dialami sebelum mereka memberi ubat kepada anda. Beritahu anggota kesihatan yang merawat anda tentang sebarang ubat, preskripsi atau tanpa preskripsi yang anda telah ambil.

Terima kasih untuk admin website Kementerian Kesihatan yang sangat membantu dalam pencarian info Cik Rose berkenaan alahan ubat.
Jangan sesekali ambil mudah mengenai pengambilan ubat. Tersalah ambil, terlebih dan terkurang, semuanya ada risiko tersendiri.
Apa-apa pun dapatkan nasihat dari pakar perubatan, Jangan tanya google jer ok. 
Sayangi diri kita. Bertanggungjawab terhadap diri. Jaga kesihatan kita. Ambil peduli.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2019/07/tanda-tanda-alahan-ubat-dan-cara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketahui Tanda Awal Cara Elak Masalah Bateri Kereta

Ketahui Tanda Awal Cara Elak Masalah Bateri Kereta

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 3409 hits
Ketahui Tanda Awal Cara Elak Masalah Bateri Kereta Umum diketahui bateri adalah antara komponen paling penting dalam kereta Tanpa bateri enjin takkan boleh dihidupkan dan sistem elektrik kereta juga takkan berfungsi dengan baik Masalahnya b...
Tular Video Bella Astillah Bersalam Dengan Ibu Syed Saddiq Netizen Persoal Cara Salam

Tular Video Bella Astillah Bersalam Dengan Ibu Syed Saddiq Netizen Persoal Cara Salam

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 3679 hits
Baru baru ini tular satu rakaman video memaparkan pelakon dan penyanyi Bella Astillah yang anggun mengenakan kebaya hitam ketika bersalaman dengan ibu kepada ahli politik terkenal Syed Saddiq Namun apa yang menjadi persoalan netizen adalah ...
Myniise Panduan Pendaftaran Cara Guna Fungsi

Myniise Panduan Pendaftaran Cara Guna Fungsi

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 4876 hits
Sistem Imigresen Bersepadu Nasional akan dilaksanakan secara percubaan bermula 22 September 2025 hingga 28 Februari 2026 khususnya di Kompleks Sultan Abu Bakar dan Bangunan Sultan Iskandar Johor Maklumat rasmi mengenai MyNIISe boleh dirujuk...
Cara Masak Nasi Kak Wok Yang Sedap Wangi Bikin Ketagih

Cara Masak Nasi Kak Wok Yang Sedap Wangi Bikin Ketagih

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 2569 hits
Nasi Kak Wok menu berasal dari tetapi kini popular dikalangan penduduk di kawasan Lembah Klang Lauk pauknya mudah sahaja Ia berupa nasi putih yang dimakan bersama ayam goreng garing gulai ayam serta sambal belacan Makan panas panas memang s...
Anai Anai Bahaya Senyap Dalam Rumah Cara Menghapuskannya

Anai Anai Bahaya Senyap Dalam Rumah Cara Menghapuskannya

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 1438 hits
Anai anai ialah musuh senyap yang ramai orang Malaysia pandang ringan Walaupun kecil dan jarang kelihatan serangan anai anai boleh menyebabkan kerugian ribuan ringgit Mereka bekerja siang dan malam merosakkan kayu pintu bumbung dan perabot ...
Cara Remove Akses Cimb Octo Dari Peranti Lama Sebelum Tukar Telefon

Cara Remove Akses Cimb Octo Dari Peranti Lama Sebelum Tukar Telefon

papar berkaitan - pada 20/9/2025 - jumlah : 1909 hits
Mulai 24 September 2025 CIMB mewajibkan pengguna untuk buang atau delink peranti lama terlebih dahulu sebelum memasang aplikasi CIMB OCTO di telefon baharu Tanpa langkah ini proses log masuk tidak akan berjaya Perubahan ini dilakukan demi m...
Ini Bukan Cara Kita Melayan Atlet Yang Angkat Nama Malaysia Hannah Yeoh

Ini Bukan Cara Kita Melayan Atlet Yang Angkat Nama Malaysia Hannah Yeoh

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 801 hits
Ini Bukan Cara Kita Melayan Atlet Yang Angkat Nama Malaysia Hannah Yeoh Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh tampil bersuara susulan isu tindakan tunjuk sebab yang dikeluarkan Majlis Paralimpik Malaysia terhadap jaguh para badminton negara C...
Cara Kekalkan Prestasi Laptop Pc Tanpa Perlu Upgrade Hardware

Cara Kekalkan Prestasi Laptop Pc Tanpa Perlu Upgrade Hardware

papar berkaitan - pada 18/9/2025 - jumlah : 1018 hits
Cara Kekalkan Prestasi Laptop PC Tanpa Perlu Upgrade Hardware Bila bercakap tentang laptop atau PC kita sering membayangkan mesin ini sebagai teman setia yang membantu dalam hampir setiap tugasan harian seperti menyiapkan kerja mengendalika...
Anak Dijangkiti Penyakit Hfmd Ini Cara Cegah Yang Anda Wajib Tahu

Anak Dijangkiti Penyakit Hfmd Ini Cara Cegah Yang Anda Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 18/9/2025 - jumlah : 1273 hits
Anak Dijangkiti Penyakit HFMD Ini Cara Cegah Yang Anda Wajib Tahu Penyakit tangan kaki dan mulut atau lebih dikenali sebagai HFMD merupakan sejenis penyakit yang kebiasaannya akan menyerang kanak kanak bawah umur 6 tahun termasuk bayi Namun...
Wild Boar Goes Viral For Crashing Into A Wedding Feast Haram Or A Statement For More Sustainability

Can Now Private Entity Mahb Guarantee No More Aerotrain Breakdowns After Having Clocked The 20th Mark

Safety Wins The Behind The Scenes Standards Keeping Moab Tours Secure

Sarawak Jalin Kerjasama Dengan Korea Selatan Bangun Cip Ai Dan Semikonduktor

Melaka Remaja Perempuan Ditikam Ketika Menunggang Motosikal

Ideas Mongolian Beef Ramen Recipe Easy

Ahmad Jais Untuk Bungamu Lirik

Dr Reshma Nair Prakash Mrs Universe 2025 3rd Runner Up Dari Malaysia Simbol Kekuatan Dan Kecantikan Wanita Asia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Gaza Selepas Gencatan Senjata Antara Harapan Dan Kehancuran

Koleksi 200 Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Penguat Kuasa Gred Kp9

Dunia Sekarang Ramai Yang Sakit Dalam Diam

Irresistible Beef Jerky Recipe With Prague Powder

Andaian Pru Parlimen Perlis

Kaedah Perancang Keluarga Kkm Pilihan Saya