Polis Risik Anasir Berkomplot Untuk Ceroboh Sabah Kata Acryl Sani


AGENDA DAILY
Polis sentiasa meningkatkan langkah kawalan keselamatan dan pemantauan di Sabah.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius laporan media asing yang mendakwa wujud rancangan pihak tertentu di Selatan Filipina untuk menyerang Sabah, kemungkinan pada Februari tahun depan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata PDRM mengambil maklum laporan media bahawa terdapat pihak dari Filipina sedang merancang untuk menceroboh Sabah.
“PDRM memandang serius perkara berkenaan dan akan mengambil tindakan segera bagi meingkatkan kesiapsiagaan ke tahap tertinggi di Sabah untuk menghadapi sebarang kemungkinan, dan ancaman pencerobohan.
“Komitmen dalam perkara ini akan diberikan demi mengelak sebarang insiden pencerobohan berulang di Sabah,” katanya dalam kenyataan media semalam mengulas laporan South China Morning Post (SCMO) berhubung rancangan pencerobohan itu.
Menurutnya, PDRM mempunyai hubungan baik dengan pihak berkuasa Filipina dalam aspek perkongsian maklumat risikan mengenai sebarang aktiviti yang boleh mengancam hubungan akrab serta keselamatan kedua-dua negara.
“Setakat ini, tiada pengesahan diterima mengenai pelan yang dimaksudkan dan ianya dipercayai merupakan maklumat yang telah dimanipulasi oleh pihak-pihak yang mencemburui tahap keselamatan serta hubungan rapat antara Sabah dan wilayah Selatan Filipina,” katanya sambil memberi jaminan tahap keselamatan di negeri itu adalah terkawal.
Acryl Sani berkata elemen-elemen PDRM sentiasa dalam keadaan siap siaga pada setiap masa untuk menangani sebarang ancaman.
Menurutnya usaha juga akan digiatkan bagi mengesan dan mengenal pasti anasir-anasir di Sabah yang berkemungkinan terlibat dalam komplot berkenaan.
Beliau memberi amaran sebarang usaha menganggu gugat keselamatan dan kedulatan negara akan dikenakan tindakan tegas.
Semalam, SCMP yang memetik sumber mendakwa satu mesyuarat rahsia melibatkan 19 datuk bandar diadakan bagi membincangkan mengenai rancangan merekrut 600 individu untuk menyerang Sabah serta menghantar pengintip.
Menurut laporan media tersebut, difahamkan pertemuan itu diatur oleh pegawai kanan kerajaan tempatan di selatan Filipina.
Mesyuarat yang diadakan pada 1 Disember itu dikendalikan oleh seorang pegawai tempatan wilayah Sulu, yang mengumpulkan 19 datuk bandar Kepulauan Sulu bagi membincangkan rancangan menubuhkan “Tentera Diraja Sulu” dengan sasaran merekrut sehingga 600 anggota untuk menyerang Sabah, lapor SCMP.
Sumber itu berkata Februari 2022 dilihat sebagai waktu terbaik untuk melakukan serangan sebagai ‘memperingati’ pencerobohan ke atas Sabah lapan tahun lalu oleh pejuang Sulu, kata sumber itu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/polis-risik-anasir-berkomplot-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Militia Sulu Didakwa Berkomplot Untuk Menceroboh Sabah Pasukan Keselamatan Sabah Sedang Mengesahkan Maklumat

Militia Sulu Didakwa Berkomplot Untuk Menceroboh Sabah Pasukan Keselamatan Sabah Sedang Mengesahkan Maklumat

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 503 hits
Eastern Sabah Security Command sedang menyiasat dakwaan tersebut Eastern Sabah Security Command sedang menyiasat dakwaan tersebut Dilaporkan pasukan keselamatan Sabah sedang mengesahkan maklumat mengenai komplot rahsia yang dikatakan oleh m...
Najib Dikelilingi Yes Men Sorok Kebenaran Sehingga Bn Tumbang Kata Bekas Pembantu

Najib Dikelilingi Yes Men Sorok Kebenaran Sehingga Bn Tumbang Kata Bekas Pembantu

papar berkaitan - pada 13/12/2021 - jumlah : 269 hits
December 13 2021 Bekas pembantu Najib Razak berkata Najib hanya diberikan maklumat dan liputan yang positif menyebabkan beliau tidak menyedari rasa tidak puas hati rakyat yang semakin meluas PETALING JAYA Penjawat awam polis Cawangan Khas d...
Pru 2018 Sabotaj Di War Room Di Luar Bn Bawa Penyokong Ph Ke Pusat Undi Kata Bekas Pembantu Najib

Pru 2018 Sabotaj Di War Room Di Luar Bn Bawa Penyokong Ph Ke Pusat Undi Kata Bekas Pembantu Najib

papar berkaitan - pada 13/12/2021 - jumlah : 234 hits
PRU 2018 Sabotaj di war room di luar BN bawa penyokong PH ke pusat undi kata bekas pembantu Najib December 13 2021 Bekas pembantu Najib Razak berkata pasukan pilihan raya BN tidak menyedari mereka mendorong pengundi pembangkang ke pusat men...
50 Kata Ucapan Bahasa Korea Dan Maksudnya

50 Kata Ucapan Bahasa Korea Dan Maksudnya

papar berkaitan - pada 13/12/2021 - jumlah : 304 hits
Bahasa Korea adalah bahasa ke 13 yang paling banyak digunakan di dunia Bahasa Korea menjadi semakin popular seiring dengan kehebatan industri Kpop dan Kdrama yang menjadi keminatan orang ramai Siapa yang rajin tengok drama korea atau pemina...
Kata Al Qur An Tentang Usia Menuju Kehidupan Abadi Di Akhirat

Kata Al Qur An Tentang Usia Menuju Kehidupan Abadi Di Akhirat

papar berkaitan - pada 13/12/2021 - jumlah : 439 hits
Al Qur an bagaikan sumber mata air inspirasi bagi kehidupan umat manusia Darinya terlahir berbagai cabang ilmu pengetahuan yang belum pernah ada sebelumnya Sebagai mukjizat setiap kata pada ayat ayat Al Qur an begitu mempesona begitu indah ...
Dia Kata Pada Umno Tapi Umno Faham Ke Tidak

Dia Kata Pada Umno Tapi Umno Faham Ke Tidak

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 190 hits
HAMDAN TAHADia kata ke umno hahaha umno sedar ke tak tak tahu la umno dan parti yang dah tak ada ni berpeluk bila jumpa tapi dalam hati masing masing tak ikhlas dan saling membenci hubungan yang sifatnya munafik pembohong dua dua sama iaitu...
Asalkan Bukan Mahathir Kalah Pru14 Najib Setuju Wan Azizah Jadi Pm Zahid Timbalan Kata Bekas Pembantu

Asalkan Bukan Mahathir Kalah Pru14 Najib Setuju Wan Azizah Jadi Pm Zahid Timbalan Kata Bekas Pembantu

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 219 hits
December 14 2021 Najib akur beliau tidak ada pilihan kecuali mengisytiharkan kerajaan BN tumbang menurut penulis PETALING JAYA Pada detik detik awal setelah Barisan Nasional tewas mengejut di PRU14 Najib Razak cuba memujuk Anwar Ibrahim mem...
Mahathir Ganti Anwar Bukan Saya Kata Dr Boo

Mahathir Ganti Anwar Bukan Saya Kata Dr Boo

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 241 hits
Bekas Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau menafikan beliau membuat kenyataan terdapat beberapa pemimpin parti sedang berusaha menjadikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan menggantikan Datuk Seri Anwar Ib...
Zurich Liga 7x7 All Stars Returns With Big Names

Tips Masak Sambal Tumis Udang Yang Mudah Dan Cepat

Tiktok Brand Select Is Coming Ovios Launches Two Must Have Bean Bag Chairs At Up To 50 Off

Kuala Lumpur To Host M360 Asean 2026 Fueling Regional Tech Vision

Zontes 368g Motosikal Paling Diminati

First Covid 19 Related Death Recorded For This Year

Cave Cartography Mapping The Hidden Worlds Beneath Our Feet

Jerantut Square Pusat Komersial Bandar Baru Moden Utc Jerantut


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perkhidmatan Tukang Rumah Kawasan Kuala Lumpur Shah Alam Dan Selangor

Petua Didik Anak Bijak Dan Soleh Solehah

Dalam Kepala Anak Ada Air

Program Stem Genius Discover Science Through Art Fun Cetus Keterujaan Minat Sains Dan Matematik Pelajar Sekolah

Editing Tools For Drawing

Drama Hilang Dalam Rindu