Asalkan Bukan Mahathir Kalah Pru14 Najib Setuju Wan Azizah Jadi Pm Zahid Timbalan Kata Bekas Pembantu





Imran Ariff -December 14, 2021 Najib akur beliau tidak ada pilihan kecuali mengisytiharkan kerajaan BN tumbang, menurut penulis. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Pada detik-detik awal setelah Barisan Nasional tewas mengejut di PRU14, Najib Razak cuba memujuk Anwar Ibrahim membawa PKR keluar daripada Pakatan Harapan, dalam cubaan untuk menghalang Dr Mahathir Mohamad dilantik Perdana Menteri baharu.
“Saya tidak mahu menyerahkan kuasa kepada Mahathir, saya mahu mengelakkan perkara ini daripada berlaku,” Najib memberitahu pembantunya di kediaman perdana menteri yang diselubungi suasana suram apabila semakin ketara kerajaan BN tumbang.
“Saya telah bercakap kepada Anwar (Ibrahim),…Wan Azizah boleh mengangkat sumpah sebagai perdana menteri serta-merta jika Anwar bersetuju untuk PKR keluar daripada PH dan menjadi mesra BN. Tetapi beliau belum memberikan respon setakat ini,” kata Najib.
Petikan tawaran Najib itu terkandung dalam buku “Final Reckoning: An Insider’s View of the Fall of Malaysia’s Barisan Nasional Government,” yang ditulis Romen Bose, konsultan komunikasi politik kepada Perdana Menteri ketika itu.
Romen Bose.Mengimbas suasana di kediaman Najib pada malam 9 Mei itu, Bose berkata isteri timbalan presiden Umno ketika itu Ahmad Zahid Hamidi dan isteri naib presiden Hishammuddin Hussein bergenang air mata susulan keputusan PRU itu.
Dalam bukunya, Romen memetik Najib sebagai berkata beliau tiada masalah sekiranya Wan Azizah dilantik Perdana Menteri dengan Zahid timbalannya, “asalkan kita memastikan jawatan PM di luar capaian Mahathir”.
Najib, kata Romen, ketika itu akur beliau tidak ada pilihan kecuali mengisytiharkan kerajaan BN tumbang.
Bagaimanapun pada kira-kira 2.30 pagi, 10 Mei, keadaan mula berubah. Najib memaklumkan beliau belum bersedia untuk mengisytiharkan kekalahan, tetapi pada masa sama, memaklumkan Anwar belum memberikan sebarang persetujuan.
Dalam buku itu, Bose berkata beliau diberitahu oleh sumbernya, Najib mendapat tawaran seorang taikun daripada Malaysia Timur untuk ‘menyelamatkan’ kerajaan BN pimpinannya dengan syarat tertentu.
“(Sumber itu) berkata taikun berkenaan bersedia mendapatkan 20 Ahli Parlimen pembangkang dari Sabah dan Sarawak untuk menyokong sebuah kerajaan BN, dengan syarat Najib segera melaksanakan MA63 (Perjanjian Malaysia 1963),” kata Bose.
Najib mengadakan perbincangan dengan taikun itu pada kira-kira 4 pagi.
Selain menuntut pelaksanaan MA63, taikun itu memberitahu Najib, Ahli Parlimen terbabit mahukan antara RM3 juta hingga RM5 juta setiap orang untuk memberi sokongan kepada BN.
“Najib berkata beliau tidak akan membayar Ahli Parlimen berkenaan tetapi bersetuju mempertimbang penyaluran lebih banyak kemudahan dan bantuan untuk kawasan masing-masing sebagai pertukaran untuk memperolehi sokongan mereka,” katanya.

Najib juga keberatan untuk melayan satu lagi syarat tambahan iaitu Musa Aman mesti meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah dan diganti presiden Warisan, Shafie Abdullah, menurut buku itu.
Romen berkata Najib tidak mahu bertindak demikian kerana Musa pemimpin popular dan pengunduran beliau akan “memusnahkan” BN Sabah.
Perbincangan itu akhirnya terbukti tidak membawa sebarang hasil, begitu juga tawaran yang dibuat kepada Anwar.
Beberapa hari kemudian, Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri untuk kali kedua.
Buku karya Bose akan berada dalam pasaran mulai hari ini. Tempahan awal boleh dibuat melalui kedai buku ini:
Kinokuniya
MPH
Popular
Petikan daripada buku itu disiarkan dengan kebenaran Penguin Random House SEA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/12/asalkan-bukan-mahathir-kalah-pru14.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pru 2018 Sabotaj Di War Room Di Luar Bn Bawa Penyokong Ph Ke Pusat Undi Kata Bekas Pembantu Najib

Pru 2018 Sabotaj Di War Room Di Luar Bn Bawa Penyokong Ph Ke Pusat Undi Kata Bekas Pembantu Najib

papar berkaitan - pada 13/12/2021 - jumlah : 216 hits
PRU 2018 Sabotaj di war room di luar BN bawa penyokong PH ke pusat undi kata bekas pembantu Najib December 13 2021 Bekas pembantu Najib Razak berkata pasukan pilihan raya BN tidak menyedari mereka mendorong pengundi pembangkang ke pusat men...
Najib Dikelilingi Yes Men Sorok Kebenaran Sehingga Bn Tumbang Kata Bekas Pembantu

Najib Dikelilingi Yes Men Sorok Kebenaran Sehingga Bn Tumbang Kata Bekas Pembantu

papar berkaitan - pada 13/12/2021 - jumlah : 241 hits
December 13 2021 Bekas pembantu Najib Razak berkata Najib hanya diberikan maklumat dan liputan yang positif menyebabkan beliau tidak menyedari rasa tidak puas hati rakyat yang semakin meluas PETALING JAYA Penjawat awam polis Cawangan Khas d...
Tiada Plot Terhadap Najib Kata Shafie Jawab Dakwaan Bekas Pembantu

Tiada Plot Terhadap Najib Kata Shafie Jawab Dakwaan Bekas Pembantu

papar berkaitan - pada 12/12/2021 - jumlah : 227 hits
Shafie Apdal pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat agung tahunan Warisan di Kota Kinabalu KOTA KINABALU Shafie Apdal nafi adanya plot rampasan terhadap Najib Razak ketika beliau menjadi perdana menteri ekoran skandal 1MDB seperti d...
Berwaspada Najib Akan Menang Bekas Pembantu Beri Amaran Musuh

Berwaspada Najib Akan Menang Bekas Pembantu Beri Amaran Musuh

papar berkaitan - pada 12/12/2021 - jumlah : 188 hits
December 12 2021 Najib Razak dibicarakan atas tuduhan penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram Bekas pembantunya berkata Najib masih bersemangat tinggi meneruskan perjuangannya dan yakin beliau akan berjaya PETALING JAYA Jika benar be...
Najib Zahid Doakan Kesihatan Mahathir

Najib Zahid Doakan Kesihatan Mahathir

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 217 hits
Najib Zahid doakan kesihatan Mahathir Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendoakan kesembuhan buat Tun Dr Mahathir Mohamad Beliau dalam satu hantaran di Facebook malam tadi berkata semoga urusan Mahathir di Institut Jantung Ne...
3 Tan Sri Rancang Tahan Najib Semasa Mesyuarat Kabinet Dakwa Bekas Pembantu

3 Tan Sri Rancang Tahan Najib Semasa Mesyuarat Kabinet Dakwa Bekas Pembantu

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 285 hits
Imran AriffPETALING JAYA Najib Razak hampir menjadi mangsa rampasan kuasa oleh tiga Tan Sri yang bersekongkol dengan pemimpin lain untuk menahan beliau secara tidak sah sewaktu mempengerusikan mesyuarat Kabinet dakwa bekas pembantunya Bagai...
Malaysia Benar Benar Jadi Korup Jika Najib Kembali Pimpin Negara Tun Mahathir

Malaysia Benar Benar Jadi Korup Jika Najib Kembali Pimpin Negara Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 306 hits
By December 6 2021TUN Dr Mahathir Mohamad mendakwa apabila Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak atau rakan rakannya memimpin kembali kerajaan pada masa depan mereka akan terus merosakkan semua orang dengan korupsi termasuk jentera...
Bbc Tidak Sehaluan Dengan Kehendak Najib Dan Zahid

Bbc Tidak Sehaluan Dengan Kehendak Najib Dan Zahid

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 371 hits
REAKSIKEDUDUKAN Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri semakin kukuh ekoran sokongan Kelab Penyokong Kerajaan Pengerusinya Tajuddin Abdul Rahman menyatakan demikian dalam satu sidang akhbar lewat petang semalam Alasan Tajuddin untuk BB...
Khutbah Dikuasai Dap Laporan Polis Dibuat Pada Pemimpin Pas

Many Malaysians At Risk Of Depression Says Dzulkefly

Ford S Suv Recall A Commitment To Driver Safety

Lelaki Oku Tetak Bapa Akhirnya Ditahan Setelah Dua Hari Menghilangkan Diri

Merpati Band Kamu Tak Sendiri Chord

Zarina Anjoulie Dakwa Bekas Suami Culas Bayar Nafkah Zaman Sekarang Banyak Bapa Tak Guna Tengok Anak Pun Taknak

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Lirik Lagu Sesalku Edysport


echo '';
Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3


Berbuka Puasa 2025 Dengan Bufet Syoknya Ramadan Di New York Hotel Jb

Dapur Sambal Jb Kini Dibuka Kerjasama Istimewa Dengan Cerebral Palsy Johor Untuk Menyokong Komuniti

Your Tanks Neil Woodman Practical Fishkeeping

Understanding Sentiment Analysis In Natural Language Processing

7 Lelaki Didakwa Bunuh Tanam Rakan Dalam Kolah

Anwar Kena Jawab 1mdb Gugur Saman Terhadap Riza Aktivis