Pru 2018 Sabotaj Di War Room Di Luar Bn Bawa Penyokong Ph Ke Pusat Undi Kata Bekas Pembantu Najib


 

PRU 2018: Sabotaj di ‘war room’; di luar, BN bawa penyokong PH ke pusat undi, kata bekas pembantu Najib


Imran Ariff -December 13, 2021 Bekas pembantu Najib Razak berkata, pasukan pilihan raya BN tidak menyedari mereka mendorong pengundi pembangkang ke pusat mengundi pada 2018. (Gambar Reuters)

PETALING JAYA: Barisan Nasional tergugat teruk pada pilihan raya umum lalu susulan perubahan perisian pada jaringan komputernya, menyebabkan pekerja BN membawa penyokong pembangkang beramai-ramai untuk mengundi Pakatan Harapan pada 9 Mei 2018.
Pada hari mengundi, ‘war room’ BN juga huru-hara dengan dakwaan pelbagai perbuatan sabotaj termasuk serangan gangguan isyarat (signal jamming) yang memberi kesan serius kepada jentera gabungan itu, menurut Romen Bose, bekas konsultan komunikasi politik kepada Najib Razak
Beliau membuat pendedahan itu dalam buku “Final Reckoning: An Insider’s View of the Fall of Malaysia’s Barisan Nasional Government” yang akan berada di pasaran mulai esok.
Bose mendedahkan, perubahan kepada perisian yang memantau dan menyelaras aktiviti pilihan raya menyumbang kepada berlakunya kesilapan “maut” pada hari pengundian yang menamatkan enam dekad pemerintahan BN.
Romen Bose.Katanya, amalan biasa ialah pasukan Wanita dan Puteri Umno akan mengunjungi hampir setiap isi rumah atau pengundi untuk menentukan sama ada mereka adalah penyokong BN iaitu putih, atau kelabu (atas pagar), atau pun hitam iaitu penyokong pembangkang.




“Data ini, bersama alamat dan nombor kad pengenalan pengundi, kemudian dimasukkan ke dalam sistem komputer berpusat canggih Umno” untuk keperluan pengangkutan penyokong BN pada hari mengundi, kata Bose.
Bose berkata, sayap Wanita dan Puteri Umno bertanggungjawab menggunakan senarai ini untuk membawa penyokong BN ke pusat mengundi bagi membuang undi.
Bagaimanapun, perubahan perisian itu pada awal 2018 menyebabkan semua pengundi, tanpa mengira parti dokongan mereka, dimasukkan dalam senarai sama.
Bose berkata senarai pengundi itu menyaksikan BN menyediakan pengangkutan percuma untuk turut membawa pengundi pembangkang ke pusat-pusat mengundi di seluruh negara.
“(Ini) bonus bagi pembangkang kerana pasukan (BN) ini telah membantu pengundi pembangkang yang tidak merancang untuk keluar mengundi, untuk bertindak sebaliknya kerana mereka (BN) menyediakan pengangkutan ke pusat mengundi,” kata Bose.
Bose berkata keadaan makin bercelaru apabila “serangan gangguan perkhidmatan” menyebabkan calon BN dinafikan akses mudah alih ke pelbagai bilik operasi dan pasukan penyelarasan.
“Kami tidak menyedari kesannya ketika itu, tetapi ia jelas membawa impak sangat serius kemudian,” katanya.
Akibatnya, ‘war room‘ BN tidak tahu keputusan sebenarnya di pelbagai kawasan sehingga larut malam.
Romen berkata BN menjangkakan kemenangan besar, berdasarkan tinjauan pengundi keluar mengundi dan unjuran, tanpa menyedari kekalahan teruk sebenarnya yang sedang dialami gabungan itu di seluruh negara.
“Angka awal tinjauan pengundi menunjukkan kemenangan ketara bagi BN, tetapi sebaik sahaja keputusan diumumkan, ia bercanggah sama sekali. Kerusi yang sebelumnya disifatkan menang mudah untuk BN, jatuh ke tangan pembangkang dengan majoriti tipis,” kata beliau.

Bose berkata BN turut tewas di hampir semua kerusi yang disaingi hebat oleh pembangkang.
“Menjelang 10 malam, ternyata BN bergelut membentuk kerajaan, walaupun undi untuk lebih 1/3 daripada keseluruhan kerusi belum dikira. Jelas, BN terjejas teruk dan tak mungkin dapat bertahan,” kata beliau.
Pada malam bersejarah itu, BN sekadar memenangi 79 kerusi pada malam itu, berbanding 133 kerusi yang diraihnya pada 2013.
Tempahan awal untuk buku Bose, yang juga bekas wartawan agensi berita Perancis, AFP, boleh dibuat melalui kedai buku ini:
Kinokuniya
MPH
Popular
Petikan daripada buku itu disiarkan dengan kebenaran Penguin Random House SEA.










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/12/pru-2018-sabotaj-di-war-room-di-luar-bn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Plot Terhadap Najib Kata Shafie Jawab Dakwaan Bekas Pembantu

Tiada Plot Terhadap Najib Kata Shafie Jawab Dakwaan Bekas Pembantu

papar berkaitan - pada 12/12/2021 - jumlah : 239 hits
Shafie Apdal pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat agung tahunan Warisan di Kota Kinabalu KOTA KINABALU Shafie Apdal nafi adanya plot rampasan terhadap Najib Razak ketika beliau menjadi perdana menteri ekoran skandal 1MDB seperti d...
Asalkan Bukan Mahathir Kalah Pru14 Najib Setuju Wan Azizah Jadi Pm Zahid Timbalan Kata Bekas Pembantu

Asalkan Bukan Mahathir Kalah Pru14 Najib Setuju Wan Azizah Jadi Pm Zahid Timbalan Kata Bekas Pembantu

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 209 hits
December 14 2021 Najib akur beliau tidak ada pilihan kecuali mengisytiharkan kerajaan BN tumbang menurut penulis PETALING JAYA Pada detik detik awal setelah Barisan Nasional tewas mengejut di PRU14 Najib Razak cuba memujuk Anwar Ibrahim mem...
Najib Dikelilingi Yes Men Sorok Kebenaran Sehingga Bn Tumbang Kata Bekas Pembantu

Najib Dikelilingi Yes Men Sorok Kebenaran Sehingga Bn Tumbang Kata Bekas Pembantu

papar berkaitan - pada 13/12/2021 - jumlah : 254 hits
December 13 2021 Bekas pembantu Najib Razak berkata Najib hanya diberikan maklumat dan liputan yang positif menyebabkan beliau tidak menyedari rasa tidak puas hati rakyat yang semakin meluas PETALING JAYA Penjawat awam polis Cawangan Khas d...
Tiada Bas Bawa Penyokong Najib Di Mahkamah

Tiada Bas Bawa Penyokong Najib Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 192 hits
AGENDA DAILY Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Bayang penyokong Datuk Seri Najib Razak tidak kelihatan di perkarangan istana Kehakiman pagi ini seperti kebiasaan sebelum ini Mahkamah Rayuan hari ini membuat keputusan bersabit per...
3 Tan Sri Rancang Tahan Najib Semasa Mesyuarat Kabinet Dakwa Bekas Pembantu

3 Tan Sri Rancang Tahan Najib Semasa Mesyuarat Kabinet Dakwa Bekas Pembantu

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 296 hits
Imran AriffPETALING JAYA Najib Razak hampir menjadi mangsa rampasan kuasa oleh tiga Tan Sri yang bersekongkol dengan pemimpin lain untuk menahan beliau secara tidak sah sewaktu mempengerusikan mesyuarat Kabinet dakwa bekas pembantunya Bagai...
Berwaspada Najib Akan Menang Bekas Pembantu Beri Amaran Musuh

Berwaspada Najib Akan Menang Bekas Pembantu Beri Amaran Musuh

papar berkaitan - pada 12/12/2021 - jumlah : 202 hits
December 12 2021 Najib Razak dibicarakan atas tuduhan penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram Bekas pembantunya berkata Najib masih bersemangat tinggi meneruskan perjuangannya dan yakin beliau akan berjaya PETALING JAYA Jika benar be...
Tiada Pelaksanaan Undi 18 Daftar Pemilih Automatik Bagi Prn Sarawak Kata Spr

Tiada Pelaksanaan Undi 18 Daftar Pemilih Automatik Bagi Prn Sarawak Kata Spr

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 244 hits
Pilihan Raya Negeri Sarawak akan diadakan pada 18 Disember depan Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini berkata penurunan had umur mengundi dan sistem daftar pemilih automatik tidak akan dilaksanakan bagi pilihan raya negeri yang akan diadakan d...
Ya Kita Nak Pergi Mama Kahwin Bawa Anak Pergi Majlis Kahwin Bekas Isteri Lelaki Ini Sebak Atas Pelamin

Ya Kita Nak Pergi Mama Kahwin Bawa Anak Pergi Majlis Kahwin Bekas Isteri Lelaki Ini Sebak Atas Pelamin

papar berkaitan - pada 19/12/2021 - jumlah : 415 hits
Tular kisah seorang lelaki yang membawa anaknya menghadiri majlis pernikahan bekas isteri telah menarik perhatian netizen di laman sosial TikTok Biarpun sudah membawa haluan masing masing lelaki yang dikenali dengan nama Mohd Asraf Firdaus ...
Tangguh Hukuman Najib Akan Jadi Seperti Orang Tak Bersalah Kata Dr M

Tangguh Hukuman Najib Akan Jadi Seperti Orang Tak Bersalah Kata Dr M

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 207 hits
freemalaysiatoday com December 8 2021 6 41 PMDr Mahathir Mohamad berkata Najib Razak akan dilihat seperti orang bebas susulan sabitan kes dihadapinya dijangka mengambil masa setahun atau lebih sebelum rayuannya didengar di Mahkamah Persekut...
Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Apakah Sekarang Semua Orang Harus Punya Website

Kkv Alamanda

Ramai Yang Skeptikal

Projek Terakhir Sebelum Meninggal Dunia Kim Saeron Tampil Dalam Mv A World Without Pain

The Best Dispensary In Torrance Paints Relaxation With Every Vape And Bite

Amb888 18 2025 Amb888 Ambking Top 80 By Marguerite Amb888 Ceo

Buasir Otak Tv Perempuan Bersenam Setiap Hari Nampak Lebih Muda Be Like


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Makan Kerap Untuk Elak Perut Buncit Ada Ke

5 Cara Elak Mengantuk Selepas Makan

Tambah Mesin Pengimbas Kargo Diperlukan

Jangan Masuk Campur Sampai Kita Pula Zulin Aziz Tuju Pada Siapa

Ugutan Guna Senjata Polis Rampas Mohon Batal Permit Adun Hulu Kinta

Sprm Mahu Kepercayaan Rakyat Dalam Banteras Rasuah Bebas Sahaja Tak Mencukupi