Militia Sulu Didakwa Berkomplot Untuk Menceroboh Sabah Pasukan Keselamatan Sabah Sedang Mengesahkan Maklumat
Eastern Sabah Security Command (Esscom) sedang menyiasat dakwaan tersebut klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)
Eastern Sabah Security Command (Esscom) sedang menyiasat dakwaan tersebut Dilaporkan pasukan keselamatan Sabah sedang mengesahkan maklumat mengenai komplot rahsia yang dikatakan oleh militia Sulu untuk menceroboh negeri Sabah.
Komander Esscom iaitu Timbalan Comm Datuk Ahmad Fuad Othman berkata risikan pasukan mereka telah mendapat tahu tentang pergerakan itu sebelum ini dan telah cuba mendapatkan maklumat lanjut.
Kawalan sempadan dan rondaan telah diperketatkan
Menurut Ahmad Fuad, mereka masih mengesahkan dakwaan tersebut daripada rakan sejatawan mereka dan berkata kawalan sempadan serta rondaan telah diperketatkan.
Beliau juga memberi jaminan kepada orang ramai bahawa tiada pergerakan abnormal dari luar perairan Malaysia dikesan setakat ini. Tambah beliau lagi, perbincangan mengenai pencerobohan dan tentera Sulu cuba menyerang Sabah telah berterusan sepanjang tahun.
Datuk Ahmad Fuad Othman melaporkan maklumat hari ini. Kredit foto: The Star
Menurut sebuah laporan lagi, ia dilaporkan ada satu pertemuan rahsia di kalangan 19 datuk bandar di selatan Filipina yang membincangkan pengambilan 600 pejuang bersenjata untuk menyerang negeri Sabah. Pertemuan sulit itu dipercayai diadakan oleh pegawai kanan kerajaan tempatan di selatan Filipina pada awal Disember ini. Menurut sumber, mereka membincangkan rancangan untuk menubuhkan sebuah tentera iaitu ‘Tentera Diraja Sulu’ dengan sasaran merekrut sehingga 600 orang untuk menyerang Sabah.
Laporan tersebut juga mendakwa bahawa ada pengintip yang ditugaskan untuk menjelajahi bandar-bandar pesisir pantai namun tiada yang menyusup ke negeri berkenaan. Kali terakhir militan Sulu mencerobohi Sabah adalah pada tahun 2013, di mana lebih 200 militan Sulu telah mencerobohi negeri itu melalui Lahad Datu. Pencerobohan tersebut merupakan usaha untuk menuntut Sabah secara paksa sebagai milik mereka.
Kredit foto: Astro Awani
Pencerobohan itu mengakibatkan stand-off yang berlangsung selama sebulan. Berpuluh-puluh orang, termasuk 10 anggota pasukan keselamatan Malaysia, dan lebih 60 militan terbunuh dalam pertempuran tersebut.
SOURCE: iloveborneo.my
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sabahup2date.blogspot.com/2021/12/militia-sulu-didakwa-berkomplot-untuk.html