Pn Tubuh Majlis Presiden Demi Kukuhkan Ppbm Kata Penganalisis



Seorang penganalisis politik berkata, keputusan Perikatan Nasional (PN) menubuhkan Majlis Presiden bertujuan mengukuhkan kedudukan PPBM dalam gabungan parti pemerintah itu supaya ia setara dengan Umno dan PAS.
Shamsul Amri Baharuddin dari Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, PPBM perlu menerima hakikat ia tidak mempunyai penyokong di peringkat akar umbi seperti Umno dan PAS.
“Majlis Presiden ini hanya ambil model dari Umno, apa yang mereka lakukan itu serupa saja. Ini juga untuk kukuhkan PPBM. Umno dan PAS sedia maklum mereka ini sudah kukuh, manakala PPBM pula bergoyang dan tidak kuat.
“Pada saya, PPBM mencari ruang untuk memegang kekuatan dan menghasilkan kekuatan, sebabnya dia langsung tidak ada penyokong di bawah. Dari dulu saya katakan, parti yang mempunyai akar umbi paling kuat di Malaysia adalah Umno,” katanya kepada FMT.
Selasa lalu, mesyuarat Majlis Tertinggi PN bersetuju menubuhkan Majlis Presiden sebagai platform untuk membincangkan dasar kerajaan dan mengukuhkan kerjasama antara parti, selain memperkemaskan gabungan parti anggota dan persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-15.
Shamsul Amri berkata, sehingga kini tiada petanda jelas sama ada Muafakat Nasional (MN) lebih kuat daripada PN atau sebaliknya, tetapi dapat diperhatikan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin hanya memiliki kekuatan eksekutif, bukannya kuasa politik.
“Dia tidak ada kuasa, dia hanya ada kuasa perdana menteri,” katanya.
Ketika ini, PN dianggotai PPBM, PAS, Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Progresif Sabah (SAPP). Julai lalu, Umno mengesahkan ia tidak menyertai PN secara rasmi, sebaliknya berhasrat memperkasakan gagasan MN bersama PAS dan kepimpinan dalam komponen BN.
Tetapi, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi pada Oktober lalu berkata, parti itu mengambil keputusan menyokong kerajaan PN pimpinan Muhyiddin.
Sementara itu, Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, tanpa penyertaan aktif Umno dalam PN, gabungan itu tidak cukup kuat untuk mendominasi MN.
“MN yang memiliki kuasa sebenar dan ia mampu diterjemahkan dalam bentuk undi. Keanggotaan Umno saja mempunyai keahlian hampir 4 juta, yang belum digerakkan dan dimanfaatkan sepenuhnya pimpinan Umno.”
Beliau berkata, kerjasama PAS dalam PN dan MN sedikit sebanyak akan menjejaskan hubungan parti itu dalam kedua-dua gabungan terbabit kerana setiap gabungan mempunyai pendirian masing-masing.
“Dalam isu ini, PAS sukar diyakini untuk meneutralkan pendirian parti dalam PN dan MN, memandangkan mereka terbabit dalam 2 gabungan ini kerana PAS sendiri melihat manfaat dan kepentingan parti itu demi kelangsungan politik sendiri.
“Namun, PAS boleh saja bekerjasama dengan PPBM sehingga pilihan raya. Tetapi, jika Umno mendominasi kemenangan, maka PAS akan berpatah balik selagi Umno mampu memberikan manfaat dalam bentuk kuasa dan jawatan dalam kerajaan.” FMT
Patutlah PAS Sayang Lebih Pada Bersatu Berbanding UMNO…

The post PN tubuh Majlis Presiden demi kukuhkan PPBM, kata penganalisis appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/12/03/pn-tubuh-majlis-presiden-demi-kukuhkan-ppbm-kata-penganalisis/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sudah Pasti Kekal Pm Jika Saya Rancang Tubuh Pn Kata Dr M

Sudah Pasti Kekal Pm Jika Saya Rancang Tubuh Pn Kata Dr M

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 283 hits
PETALING JAYA Dr Mahathir Mohamad secara bertulis menafikan beliau yang merancang penubuhan Perikatan Nasional mengatakan sudah pasti beliau kekal sebagai perdana menteri jika begitu keadaannya Jika ada sesiapa yang beria ia merancang menub...
Penganalisis Beri 3 Sebab Pas Lebih Selesa Dengan Ppbm Berbanding Umno

Penganalisis Beri 3 Sebab Pas Lebih Selesa Dengan Ppbm Berbanding Umno

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 481 hits
December 5 2020 Penganalisis berkata PAS hanya mahu kekal sebagai sebahagian daripada kerajaan PETALING JAYA Walaupun ia bermula dengan kerjasama dengan Umno dalam Muakafat Nasional PAS dilihat lebih selesa bekerja dalam Perikatan Nasional ...
Bagi Pencarum Keluar Rm10 000 Tanpa Syarat Kata Presiden Umno Kepada Kwsp

Bagi Pencarum Keluar Rm10 000 Tanpa Syarat Kata Presiden Umno Kepada Kwsp

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 216 hits
December 4 2020 Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata Ahli Parlimen Barisan Nasional sejak awal berpendirian tegas memperjuangankan isu tuntutan pengeluaran wang Akaun 1 KWSP yang dibangkitkan rakyat KUALA LUMPUR Presiden Umno Ahmad Zahi...
Umno Boleh Ubah Pendirian Untuk Kerusi Pru15 Demi Situasi Menang Menang Kata Bung

Umno Boleh Ubah Pendirian Untuk Kerusi Pru15 Demi Situasi Menang Menang Kata Bung

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 232 hits
KOTA KINABALU Timbalan Ketua Menteri Sabah Bung Moktar Radin buat masa ini memilih untuk tidak terbabit dalam perbalahan atas isu pembahagian kerusi dengan rakan politik di negeri itu pada pilihan raya umum akan datang Ketua Barisan Nasiona...
Pas Tidak Akan Tinggal Ppbm Umno Perlu Hormat Kata Shahril Hamdan

Pas Tidak Akan Tinggal Ppbm Umno Perlu Hormat Kata Shahril Hamdan

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 186 hits
Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan berkata parti itu tidak perlu membuang masa bercakap soal masa depan dengan PAS tanpa terikat dengan PPBM Dalam catatan di Facebook selepas wawancara dengan Ketua Pemuda PAS Khairil Nizam Khiruddin Shahr...
Jika Azmin Mastermind Kenapa Sewaktu Meleatkkan Jawatan Tidak Berbincang Dengan Majlis Presiden

Jika Azmin Mastermind Kenapa Sewaktu Meleatkkan Jawatan Tidak Berbincang Dengan Majlis Presiden

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 232 hits
AZMIN MUHYIDDIN MASTERMIND PENUBUHAN PH TUN MAzmin Muhyiddin mastermind penubuhan PH Tun MOleh December 01 2020Saya telah diberitahu mengenai tuduhan Azmin bahawa saya yang merancang penubuhan Perikatan Nasional Saya telah berkali kali tera...
Tiada Parti Kekal Dominan Dalam 2 Dekad Ini Kata 2 Pemimpin Ppbm

Tiada Parti Kekal Dominan Dalam 2 Dekad Ini Kata 2 Pemimpin Ppbm

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 164 hits
freemalaysiatoday com December 2 2020 9 43 AMSeorang pemimpin PPBM mengakui Umno dan PAS mempunyai pengaruh kuat di pantai timur Semenanjung tetapi bukannya di negeri lain termasuk Sabah serta Sarawak oleh itu mereka memerlukan PPBM KUALA L...
Gopoh Tubuh Universiti Swasta Punca Kadar Penggangguran Graduan Tinggi Kata Maszlee

Gopoh Tubuh Universiti Swasta Punca Kadar Penggangguran Graduan Tinggi Kata Maszlee

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 183 hits
Bekas menteri pendidikan Maszlee Malik berkata jumlah pengangguran tertinggi adalah dalam kalangan golongan Bumiputera yang mendapat pendidikan tinggi PETALING JAYA Gopoh dalam usaha mengeluarkan lebih banyak pemegang ijazah pada 1990 an de...
Kerjasama Umno Pas Belum Cukup Untuk Kuasai Kerajaan Kata Penganalisis

Kerjasama Umno Pas Belum Cukup Untuk Kuasai Kerajaan Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 230 hits
Ketika Umno menunjukkan keyakinan mereka mampu menguasai semula kerajaan hanya dengan kerjasama PAS penganalisis politik masih berhati hati dengan andaian tersebut Sesetengahnya percaya Umno masih perlukan bantuan parti lain untuk mencapai ...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Masdo Perih Jerih Chord

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Saat Jenazah Berada Di Liang Lahad

The Evolution Of Adult Entertainment