Penganalisis Beri 3 Sebab Pas Lebih Selesa Dengan Ppbm Berbanding Umno


 
Nicholas Chung -December 5, 2020 Penganalisis berkata, PAS hanya mahu kekal sebagai sebahagian daripada kerajaan. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Walaupun ia bermula dengan kerjasama dengan Umno dalam Muakafat Nasional (MN), PAS dilihat lebih selesa bekerja dalam Perikatan Nasional (PN) dengan PPBM, kata seorang penganalisis.
Bridget Welsh dari Universiti Nottingham Malaysia berkata, terdapat tiga sebab yang menyumbang kepada keadaan itu.
Pertama, PPBM memberikan representasi politik terbesar kepada PAS di peringkat persekutuan.
Kedua, PAS percaya ia mempunyai sokongan pilihan raya lebih baik daripada Umno, dan berpendapat kolaborasinya dalam MN lebih banyak membantu Umno berbanding parti itu sendiri.
“Sebab ketiga adalah kerana PPBM membenarkan PAS menjalankan agendanya dari segi mempromosi politik Islam.
“Kita lihat isu melibatkan penjualan alkohol dan kuil. Ini adalah perkara-perkara yang menyaksikan PAS memajukan agenda mereka,” katanya kepada FMT.
Bridget Welsh.Welsh berkata, sebab-sebab itu mungkin menjelaskan keputusan PAS untuk tidak menjadi sebahagian daripada kerajaan baru Perak yang mungkin dipimpin Umno, berikutan tumbangnya kerajaan pimpinan Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu.


Welsh berkata, masih terlalu awal untuk menentukan jika ketegangan antara PAS dan Umno akan meningkat ke peringkat pusat dan nasional kerana sifat politik Malaysia yang tidak dapat diramal.
Katanya, hanya masa yang akan menentukan.
“Keadaan sentiasa berubah, ia tidak tetap. Suatu hari anda adalah musuh dan keesokan harinya anda adalah kawan, kemudian anda menjadi musuh semula.
“Kita melihat politik Melayu yang biasanya berada di belakang tabir secara terbuka sekarang,” katanya.
Beliau meramalkan akan berlaku limpahan di peringkat negeri.
“Terdapat lima negeri yang mudah terjejas. Kita mesti lihat apakah yang berlaku di Kedah dan juga isu-isu di Johor. Ini negeri yang penting untuk diperhatikan.”
Beliau berkata, belum jelas siapakah pemenang terbesar dalam perubahan kerajaan di Perak, walaupun hubungan baru mungkin berkembang dari situ.
James Chin.James Chin dari Institut Asia Universiti Tasmania berkata, PAS hanya mahu kekal sebagai sebahagian daripada kerajaan.
Oleh sebab itulah ia masih menjadi sebahagian daripada kerajaan PN sehingga kini.
Beliau juga memberitahu FMT bahawa PAS tidak mesra sama ada dengan PPBM maupun Umno, tetapi hanya mahu kekal di posisi kuasa untuk menggerakkan Islamisasi.
“PAS tiada kesetiaan. Ia akan menyingkirkan PPBM dengan satu syarat – bahawa ia kekal berada dalam kerajaan.
“PAS mahukan sebuah kerajaan Melayu atau Islam. Justeru mereka lebih bersedia untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini kerana berpendapat kerajaan itu terlalu dipengaruhi oleh orang bukan Melayu dan bukan Islam,” katanya.
Faizal gagal memperoleh sokongan majoriti di DUN Perak selepas 48 ADUN menolak dalam undian usul percaya. Hanya 10 menyokong dan satu undi rosak.
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata, parti itu tidak akan menyertai kerajaan baru negeri Perak yang bakal ditubuhkan, dengan menambah bahawa tiga wakil rakyatnya mengundi menyokong Faizal dalam undian tersebut


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/12/penganalisis-beri-3-sebab-pas-lebih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hubungan Pas Bersatu Lebih Ikhlas Berbanding Umno Yang Bermuka Muka

Hubungan Pas Bersatu Lebih Ikhlas Berbanding Umno Yang Bermuka Muka

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 363 hits
Sekarang ni hubungan politik antara PAS dan BERSATU dilihat lebih ikhlas berbanding dengan UMNO Buktinya baru baru ini UMNO Perak telah bersengkongkol dengan DAP dan PKR untuk menjatuhkan Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu melalui undi usul p...
Pas Has To Decide Between Umno And Ppbm It Cannot Have Both

Pas Has To Decide Between Umno And Ppbm It Cannot Have Both

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 320 hits
So where do we go from here Perpaduan Ummah is no longer the priority The priority is political hegemony You are either with me or you are against me says Umno You cannot declare you remain neutral and that you are not taking sides in the U...
Pas Won T Ditch Ppbm Let S Respect That Says Umno Info Chief

Pas Won T Ditch Ppbm Let S Respect That Says Umno Info Chief

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 318 hits
Umno information chief Shahril Hamdan says the party should not waste time speaking about a future with PAS that does not include PPBM In a Facebook post after an interview with PAS Youth chief Khairil Nizam Khirudin Shahril said it was cle...
Semangat Setiakawan Dalam Perikatan Nasional Pas Umno Ppbm

Semangat Setiakawan Dalam Perikatan Nasional Pas Umno Ppbm

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 363 hits
Parlimen hari ini semangat setiakawan dalam Perikatan Nasional PAS UMNO PPBM In sya Allah demi Islam dan ummah kita genggam erat ikatan ukhuwwah ini tidak sesekali akan tikam belakang sahabat Perkukuhkan MN Pertahankan PN Penyatuan Ummah MR...
Istana Perak Mahu Bukti Sokongan Pas Ppbm Pada Calon Pilihan Umno

Istana Perak Mahu Bukti Sokongan Pas Ppbm Pada Calon Pilihan Umno

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 393 hits
Shaq IsmailIPOH Istana Perak mahu melihat bukti sokongan ADUN PAS dan PPBM pada calon pilihan UMNO selepas presiden parti Melayu itu selesai menghadap Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pagi tadi Ahli Dewan Negara Perak Mohd Annuar Zaini memberi...
3 Reasons Why Pas Prefers Ppbm To Umno

3 Reasons Why Pas Prefers Ppbm To Umno

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 290 hits
PETALING JAYA Although it started out by cooperating with Umno in the Muakafat Nasional PAS seems to prefer working in the Perikatan Nasional with PPBM says an analyst There are three reasons for this says Bridget Welsh of the University of...
Umno Harus Berubah Jika Mahu Sokongan Padu Rakyat Kembali Bukannya Memburukkan Pas Dan Ppbm

Umno Harus Berubah Jika Mahu Sokongan Padu Rakyat Kembali Bukannya Memburukkan Pas Dan Ppbm

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 366 hits
Yang marah marah dan mengamuk ini mungkin tidak faham Dasar parti sehingga hari ini ialah UMNO BN akan berunding dengan Pas dan PPBM supaya tidak berlaku pertembungan sesama sendiri Antara dasar utama dalam perundingan ialah semua kerusi ya...
Pas Hendak Poligami Ppbm Okay Umno Berbelah Bagi

Pas Hendak Poligami Ppbm Okay Umno Berbelah Bagi

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 337 hits
Kalau tak nak duduklah sendirian jangan marah Pas Dia ada pemikiran dan perkiraan sendiri Selagi UMNO merengek lebih cantik lebih lawa dan lebih menarik dari PPBM ia hanya menunjukkan UMNO terdesak nak kahwin dengan PAS tapi tidak mahu berk...
Kerjasama Umno Pas Belum Cukup Untuk Kuasai Kerajaan Kata Penganalisis

Kerjasama Umno Pas Belum Cukup Untuk Kuasai Kerajaan Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 293 hits
Ketika Umno menunjukkan keyakinan mereka mampu menguasai semula kerajaan hanya dengan kerjasama PAS penganalisis politik masih berhati hati dengan andaian tersebut Sesetengahnya percaya Umno masih perlukan bantuan parti lain untuk mencapai ...
Ketua Polis Selangor Mengesahkan Tiada Unsur Khianat Dikesan Dalam Siasatan Letupan Gas Putra Heights

The Salt March Of 1930 Gandhi S Peaceful Revolution That Shook An Empire

Lg Ai Home Promo Gives You Rm2 800 Ewallet Credits

Rihanna Drops Fenty X Puma Smurfs Collab

The Science Behind Stress Sips How Breakthrough Boosts Hormonal Harmony

Which Snack Is Better For Health Chips Or Biscuits

Apa Sudah Jadi Madani

Udang Goreng Dengan Kacang Dan Karot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Penipuan Sekuriti Bekas Pegawai Bank Pelaburan Dipenjara 2 Tahun Denda Rm1 Juta

Ucapan Hari Jadi Birthday Wishes Yang Sweet

Simple Birthday Celebration Untuk Encik Suami

Resipi Kuih Puteri Ayu Lembut Gebu Begini Cara Buatnya

Monolog Jiwa Disebalik Senyum 2

Syazwan Syahmi Luka Dalam Diam Chord