Tiada Parti Kekal Dominan Dalam 2 Dekad Ini Kata 2 Pemimpin Ppbm


Faiz Zainudinfreemalaysiatoday.com
-December 2, 2020 9:43 AM
Seorang pemimpin PPBM mengakui Umno dan PAS mempunyai pengaruh kuat di pantai timur Semenanjung, tetapi bukannya di negeri lain, termasuk Sabah serta Sarawak, oleh itu mereka memerlukan PPBM.
KUALA LUMPUR: Dua pemimpin PPBM bersetuju dengan kenyataan Saifuddin Abdullah, tidak timbul isu parti mana lebih dominan jika PPBM, PAS dan Umno bergabung untuk menghadapi pilihan raya umum ke-15 kerana menurut mereka, tiada parti dominan dalam 2 dekad ini.

Ketua Pemuda PPBM, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, tiada parti yang kekal dominan di negara ini sejak 2 dekad lalu, selepas perpecahan dalam Umno yang menyaksikan penubuhan PKR oleh Anwar Ibrahim yang dipecat daripada parti Melayu itu pada 1998.

Katanya, keadaan semakin jelas selepas PRU14 apabila setiap parti, khususnya parti bertunjangkan orang Melayu kerana mempunyai kekuatan dan penyokong sendiri.

“Oleh kerana perubahan demografi politik di kalangan orang Melayu, khususnya anak muda berpendidikan, parti politik bersifat dominan semakin kurang relevan.

“Walaupun tidak dominan, semua parti berasaskan Melayu ada kekuatan tersendiri sebab orang Melayu hari ini, khususnya generasi muda, mereka tidak dibayangi perjuangan orang Melayu lampau. Orang Melayu hari ini, khususnya anak muda semakin bijak, mereka mampu menilai,” katanya kepada FMT.

Walaupun mempunyai kekuatan tersendiri, beliau bagaimanapun berkata, tiada parti politik boleh menubuhkan kerajaan secara bersendirian, tidak kira parti pembangkang mahupun pemerintah berdasarkan suasana politik hari ini.

Ahad lalu, Saifuddin yang juga setiausaha PPBM Pahang dilaporkan berkata, parti politik perlu bersifat terbuka dan tidak patut timbul isu parti dominan dalam gabungan parti Melayu.

Katanya, dalam situasi semasa, semua pihak perlu berlapang dada dan bersama memikirkan kepentingan serta kebajikan rakyat.

Susulan itu, Naib Presiden Umno, Khaled Nordin dilaporkan berkata, mereka yang mendakwa tidak perlu mempunyai parti Melayu dominan “gagal memahami hakikat politik nasional”, tidak sensitif dan malas berusaha untuk mengangkat orang Melayu.

Beliau berkata, kekuatan Umno dan PAS sebenarnya sudah mencukupi untuk menjadi dominan.

Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Razali Idris berkata, parti dominan tidak akan berkuasa pada masa depan dan contoh terbaik ialah Pilihan Raya Negeri di Sabah pada 26 Sept lalu.

“Keputusan PRN Sabah menunjukkan tiada sebuah parti pun layak memerintah bersendirian dan akhirnya Gabungan Rakyat Sabah berjaya membentuk kerajaan negeri.”

Ketua PPBM Terengganu itu mengakui pengaruh Umno dan PAS kuat di pantai timur Semenanjung Malaysia, tetapi bukannya di negeri lain, termasuk Sabah serta Sarawak, oleh itu 2 parti itu memerlukan PPBM.

“PPBM ada kekuatan tersendiri dan tidak boleh dinafikan mana-mana parti politik. Rakyat hari ini tidak lagi takut untuk ubah kerajaan dan majoriti pengundi masih tidak berparti. Justeru, keahlian ramai masih tidak menjamin kemenangan secara total.”

Beliau berkata, penting untuk Umno, PAS dan PPBM memperkukuhkan hubungan sesama mereka, bukannya mendabik dada.

“Sekiranya ada yang mendabik dada, tidak mustahil gabungan kerajaan sekarang berpecah, maka kebarangkalian DAP dan Pakatan Harapan mempunyai peluang untuk memerintah.”

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/12/tiada-parti-kekal-dominan-dalam-2-dekad.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Krisis Perak Selesai Tunggu Pemimpin Parti Bersuara Kata Hishammuddin

Krisis Perak Selesai Tunggu Pemimpin Parti Bersuara Kata Hishammuddin

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 234 hits
December 9 2020 12 09 AMHishammuddin Hussein berkata kemelut politik di Perak tidak dibincangkan secara terperinci dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN pada malam Selasa KUALA LUMPUR Bendahari Agung Barisan Nasional Hishammuddin Hussein menda...
Parti Atau Pemimpin Perlu Sedar

Parti Atau Pemimpin Perlu Sedar

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 253 hits
POLEMIK hala tuju UMNO kian kembali diperdebatkan antara satu sama lain Mengapa masih tercari cari pintu sana pintu sini Mengapa sesama pemimpin masih berpolemik dan menegakkan corak pemikiran masing masing Adakah parti yang belum berubah a...
Parti Keadilan Perlu Kenal Diri Sendiri Kata Geng Amanah

Parti Keadilan Perlu Kenal Diri Sendiri Kata Geng Amanah

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 350 hits
Kebejatan daya fikir yang dialami oleh pentaksub Anwar dan pelampau keadilan menjadikan fikiran mereka beku Bagi mereka HANYA Anwar yang kuat Anwar tu terror Anwar tu super duper Keadilan ada 38 MP dalam dewan rakyat bukan 98 MP Riuh rendah...
Saifuddin Gabungan Parti Melayu Di Bentuk Tidak Timbul Isu Parti Mana Lebih Dominan

Saifuddin Gabungan Parti Melayu Di Bentuk Tidak Timbul Isu Parti Mana Lebih Dominan

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 286 hits
KUANTAN Tidak timbul isu parti mana yang lebih dominan sekiranya gabungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia PAS dan UMNO dibentuk bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 nanti kata Setiausaha BERSATU Pahang Datuk Saifuddin Abdullah Menteri Kom...
Umno Ialah Parti Dominan Melayu Misi Kuasai Kembali Kerajaan Dengan Kerjasama Parti Pas

Umno Ialah Parti Dominan Melayu Misi Kuasai Kembali Kerajaan Dengan Kerjasama Parti Pas

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 298 hits
KUALA LUMPUR Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan UMNO adalah parti Melayu yang dominan semenjak merdeka malah bukan sahaja dominan sebagai parti Melayu tetapi juga parti dominan dalam Barisan Nasional Namun tegasn...
Mb Kedah Jahil Patut Letak Jawatan Jika Gagal Haramkan Mic Kata Presiden Parti

Mb Kedah Jahil Patut Letak Jawatan Jika Gagal Haramkan Mic Kata Presiden Parti

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 369 hits
GEORGE TOWN Presiden MIC S Vigneswaran berkata Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor harus meletak jawatan jika gagal mengharamkan parti komponen Barisan Nasional itu Teruskan cubalah untuk mengharamkan kami Tetapi jika gagal beliau ha...
Sudah Pasti Kekal Pm Jika Saya Rancang Tubuh Pn Kata Dr M

Sudah Pasti Kekal Pm Jika Saya Rancang Tubuh Pn Kata Dr M

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 335 hits
PETALING JAYA Dr Mahathir Mohamad secara bertulis menafikan beliau yang merancang penubuhan Perikatan Nasional mengatakan sudah pasti beliau kekal sebagai perdana menteri jika begitu keadaannya Jika ada sesiapa yang beria ia merancang menub...
Dakwaan Tak Perlu Parti Melayu Dominan Tak Faham Hakikat Politik Khaled Jawab Saifuddin

Dakwaan Tak Perlu Parti Melayu Dominan Tak Faham Hakikat Politik Khaled Jawab Saifuddin

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 226 hits
December 1 2020 12 27 PMPETALING JAYA Mereka yang mendakwa tidak perlu ada parti Melayu dominan gagal memahami hakikat politik nasional tidak sensitif dan malas berusaha untuk mengangkat orang Melayu kata Naib Presiden UMNO Khaled Nordin Da...
Ukhwah Bn Kukuh Kekal Relevan Kata Hishammuddin

Ukhwah Bn Kukuh Kekal Relevan Kata Hishammuddin

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 395 hits
KUALA LUMPUR Bendahari Barisan Nasional Hishammuddin Hussein berkata ukhwah parti gabungan itu masih kukuh dan membuktikan ia masih relevan Apa dibincangkan di peringkat BN bukan saja secara biasa tetapi memandangkan landskap politik beruba...
A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Makin Bersemut Netizen Dakwa Dengar Bella Astillah Panggil Syed Saddiq Baby Tolonglah Kahwin

Ibu Neelofa Dedah Hidap Kanser Anak Anak Amp Suami Menangis Dapat Tahu