Jika Azmin Mastermind Kenapa Sewaktu Meleatkkan Jawatan Tidak Berbincang Dengan Majlis Presiden


 AZMIN, MUHYIDDIN MASTERMIND PENUBUHAN PH – TUN M
Azmin, Muhyiddin mastermind penubuhan PH – Tun MOleh: Redzuan RF8 MediaDecember 01, 2020ShareSaya telah diberitahu mengenai tuduhan Azmin bahawa saya yang merancang penubuhan Perikatan Nasional (PN).
Saya telah berkali-kali terangkan bahawa ini tidak benar sama sekali kerana PN itu dianggotai oleh kleptokrat dan ditunjangi oleh UMNO secara en-bloc.
Jika saya merancangnya mengapa perlu saya tolak apabila ia menjadi kenyataan dan jika saya terima sudah pasti saya kekal sebagai Perdana Menteri (PM) seperti yang diakui sendiri oleh Azmin.
Keduanya, jika ada sesiapa yang beria-ia merancang menubuh Kerajaan PN dan keluar Pakatan Harapan (PH) sudah pasti ianya Azmin dan juga Muhyiddin, yang mendapat hasil paling lumayan.
Jangan lupa ketika semua ini berlaku, kedudukan Azmin di dalam Keadilan dan juga PH amat terancam. Anwar dan penyokong-penyokongnya merancang dan berusaha untuk menjatuhkan Azmin dan ini bermula sejak pemilihan di dalam Keadilan.
Anwar secara terbuka menyokong Rafizi yang menentang Azmin untuk jawatan Timbalan Presiden dan apabila usaha tersebut gagal, muncul pula video yang mengaitkan Azmin dengan perlakuan seks sumbang.
Ini menambah tekanan kepada Azmin dan apabila beberapa penyokong Anwar dikatakan terlibat di dalam penyebaran video tersebut, kedudukan Azmin di dalam Keadilan serta hubungannya dengan Anwar menjadi “untenable” atau tidak boleh diperbaiki.
Kerana itu, walaupun saya menentang tindakan Azmin merancang Langkah Sheraton tetapi saya faham kenapa dia berbuat demikian.
Ini kerana baginya, yang paling penting ialah menyekat Anwar dari menjadi Perdana Menteri. Tetapi jika PH terus memerintah, sudah pasti Anwar akan berpeluang menjadi PM.
Di masa yang sama, Azmin juga bercita-cita untuk menjadi PM. Kerana itu dia bergabung dengan Muhyiddin dan amat jelas hari ini, Azmin diletak oleh Muhyiddin sebagai de facto Timbalan Perdana Menteri.
Selain itu, saya pasti Azmin telah membuat perancangan membentuk Kerajaan PN dan Langkah Sheraton agak lama kerana saya percaya tidak mudah untuk dia meyakinkan 9 ahli Parlimen Keadilan untuk ikut serta dalam Langkah Sheraton itu.
Dan Azmin tahu bahawa jika sekadar Bersatu menarik diri dari PH, ia masih tidak cukup untuk menjatuhkan Kerajaan PH. Tetapi apabila Azmin ikut serta maka secara langsung Kerajaan PH hilang majoriti dan jatuh.
Di pihak Muhyiddin dan Hamzah Zainuddin pula, mereka cuba yakinkan saya bahawa Anwar dan DAP sedang merancang untuk menjatuhkan saya dan kerana itu perlu saya bergabung dengan parti-parti Melayu yang lain untuk membalas perancangan itu.
Ketika ini sedang dirancang, UMNO atau lebih tepat lagi Najib, menghasut kumpulan-kumpulan Melayu supaya membenci PH yang dikatakan dikuasai oleh DAP.
Selain isu Rome Statute dan ICERD yang dikaitkan dengan Raja-Raja Melayu, mereka juga menabur kebencian dan pendustaan mengenai isu kematian Adib, LTTE, Tabung Haji dan apa-apa saja berkaitan Melayu dan Islam yang dapat dipersalahkan kepada PH dan DAP selain memainkan isu perkauman.
Keadaan menjadi agak tegang dan orang Melayu yang terpengaruh dengan kleptokrat-kleptokrat tersebut telah mula menunjukkan sikap agresif dan hilang pertimbangan.
Malangnya orang Melayu yang percaya dengan dakyah kleptokrat-kleptokrat tidak sedar bahawa isu mengenai Melayu dan Islam ini semata-mata usaha untuk membebas diri penjenayah-penjenayah dari menghadapi tindakan undang-undang.
Buktinya, hari ini, segala isu yang ditimbul mengenai Melayu/Islam tidak lagi menjadi isu dan didiamkan begitu sahaja.
Kerana itu saya bersetuju hadir ke Kongres Maruah Melayu yang hari ini diguna sebagai tuduhan terhadap saya yang menyokong ke arah pembentukan Kerajaan PN.
Jika ada yang masih ingat, kehadiran saya ke Kongres itu saya gunakan untuk ingatkan orang Melayu mengenai perlunya bekerja keras dan mengubah sikap jika mahu kekal bersaing pada masa kini.
Bagi saya lebih baik saya yang hadir dan menerajui Kongres itu dari benarkan kleptokrat-kleptokrat gunakan sebagai pentas untuk memanjangkan agenda perkauman dan anti-bukan Melayu dan Islam.
Inilah peristiwa dan perkara-perkara yang berkait dengan terbentuknya Kerajaan PN dan Langkah Sheraton.
Pendirian saya ialah saya menolak sebarang kerjasama dengan kleptokrat dan secara langsung, menolak UMNO secara en-bloc dan kekal bersama PH pada ketika itu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/12/jika-azmin-mastermind-kenapa-sewaktu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azmin Muhyiddin Mastermind Penubuhan Ph Tun M

Azmin Muhyiddin Mastermind Penubuhan Ph Tun M

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 303 hits
Saya telah diberitahu mengenai tuduhan Azmin bahawa saya yang merancang penubuhan Perikatan Nasional Saya telah berkali kali terangkan bahawa ini tidak benar sama sekali kerana PN itu dianggotai oleh kleptokrat dan ditunjangi oleh UMNO seca...
Mb Kedah Jahil Patut Letak Jawatan Jika Gagal Haramkan Mic Kata Presiden Parti

Mb Kedah Jahil Patut Letak Jawatan Jika Gagal Haramkan Mic Kata Presiden Parti

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 386 hits
GEORGE TOWN Presiden MIC S Vigneswaran berkata Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor harus meletak jawatan jika gagal mengharamkan parti komponen Barisan Nasional itu Teruskan cubalah untuk mengharamkan kami Tetapi jika gagal beliau ha...
Pn Tubuh Majlis Presiden Demi Kukuhkan Ppbm Kata Penganalisis

Pn Tubuh Majlis Presiden Demi Kukuhkan Ppbm Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 230 hits
Seorang penganalisis politik berkata keputusan Perikatan Nasional menubuhkan Majlis Presiden bertujuan mengukuhkan kedudukan PPBM dalam gabungan parti pemerintah itu supaya ia setara dengan Umno dan PAS Shamsul Amri Baharuddin dari Universi...
Noraseela Wanita Pertama Sandang Jawatan Presiden Persatuan Olympian Malaysia

Noraseela Wanita Pertama Sandang Jawatan Presiden Persatuan Olympian Malaysia

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 362 hits
Bekas pelari berpagar negara Noraseela Mohd Khalid mencipta sejarah selepas dilantik sebagai Presiden Persatuan Olympian Malaysia MOA mengumumkan pelantikan Noraseela bersama tujuh lagi penyandang jawatan MOA bagi penggal 2020 2022 tanpa me...
Syed Saddiq Bekas Kaki Disko Salahkan Umno Lari Tinggalkan Majlis

Syed Saddiq Bekas Kaki Disko Salahkan Umno Lari Tinggalkan Majlis

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 393 hits
KUALA LUMPUR 1 Feb Pemuda UMNO menerusi Pemuda UMNO Johor akan membuat laporan polis terhadap Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kerana memfitnah parti berkenaan Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata Syed Saddiq memfitnah UMNO yang ditud...
Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli Akan Berbincang Mengenai Pengukuhan Operasi Zoo Negara Esok

Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli Akan Berbincang Mengenai Pengukuhan Operasi Zoo Negara Esok

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 312 hits
Berita Dan Laporan Hal Ehwal Politik Semasa Dalam Malaysia Layari www umno online my Ikuti Facebook Twitter Instagram Telegram UMNO Online
Malam Sebelum Ditahan Dai Syed Ada Bertemu Hafiz Hamidun Dan Ada Berbincang Tentang Perkara Ini

Malam Sebelum Ditahan Dai Syed Ada Bertemu Hafiz Hamidun Dan Ada Berbincang Tentang Perkara Ini

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 703 hits
loading Penyanyi Hafiz Hamidun mendedahkan dia ada bertemu dengan pendakwah muda Da iSyed pada malam sebelum penceramah selebriti itu ditahan polis berhubung dakwaan r0goll seorang gadis
Bila Dapat Jawatan Melalui Istidraj

Bila Dapat Jawatan Melalui Istidraj

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 184 hits
MOHD MUKHLIS MOHD SYARIFKes Beer yang tak memabukkan ni lebih kurang macam kes RUU355 la Bila dengar aje kata ketua lebai nak bentang RUU355 terus naik stim penyokong Siapa yang persoal bab teknikaliti semua pakat kena kapir Depa bukan kisa...
Indonesia To Become World S 4th Largest Economy Jawatan Kosong Di Indonesia

Indonesia To Become World S 4th Largest Economy Jawatan Kosong Di Indonesia

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 225 hits
Lately there has been plenty of talk about Indonesia getting up and moving forward And Indonesia is now sitting squarely on the radar of foreign investors Indonesia occupies a super strategic location in the world and in Asia Indonesia is n...
Akmal To Anwar We Are Not Obsessed With Najib Just Want Fair Treatment

Perkara Yang Jangan Di Lakukan Ketika Bercuti Di China

Rumor Transfer Persib Bandung 10 Nama Pemain Top Masuk Dalam Radar

Malaysia Committed To Petrol Subsidy Cuts In Second Half Of 2025 Says Mof

Pertandingan Video Ulasan Buku Bahasa Melayu 2025

Weekend Jobs Singapore Flexible Work For Your Free Days

Lorry Driver Charged With Causing Death Of Nine Fru Personnel

Hifu Treatment A Non Surgical Solution For Skin Lifting And Tightening


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Murtabak Mini Homemade Ringkas Rasa Power Anak Pun Suka

Tambah Pokok Money Plant Untuk Bunga Indoor

Janji Dengan Cikgu

May 17 2025

Pemerhati Bola Sepak Tak Guna Kekal Di Liga Super Jika Sri Pahang Terus Hanyut Dengan Masalah Kewangan

Buku Teks Sains Tingkatan 2 Kssm Bahasa Melayu English