Pn Kerajaan Yang Hanya Tahu Berpolitik Bukan Kerajaan Menjaga Rakyat


 
Dikatakan tujuan perlaksanaan Ordinan Darurat Kuasa-Kuasa Perlu (No 2) adalah bagi mengekang berita palsu berkenaan Covid19 dan proklamasi darurat.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah berkata, kerajaan hanya mahu fokus kepada dua perkara tersebut saja.
“Hasrat kami hanyalah untuk mengawal penyebaran berita palsu berhubung dua perkara secara khusus iaitu Covid-19 dan proklamasi darurat,” tegasnya.
Ordinan itu memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-dua sekali, manakala bagi kesalahan yang berterusan, denda yang dikenakan tidak lebih RM1,000 bagi setiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Penguatkuasaan ordinan ini menimbulkan kebimbangan banyak pihak kerana ia memberi kuasa yang sangat luas kepada kerajaan untuk bertindak terhadap berita-berita yang disifatkah tidak dibenar.
Di samping dilihat sebagai cubaan untuk mengawal naratif di media dan mengekang kritikan rakyat, kegusaran turut menginjak kepada kemungkinan ia lebih bersifat politik.
Ia berikutan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hasan yang berkata, membuat dakwaan bahawa proklamasi darurat dikuatkuasakan kerana kerajaan hilang majoriti adalah termasuk dalam berita palsu.
“Ia satu kesalahan, bagi saya ia satu kesalahan,” katanya.
Secara tidak langsung, tidakkah penegasan Takiyuddin ini seperti mengesahkan ordinan berkaitan berita palsu ini lebih bersifat politik tujuannya?
Kenapa kerajaan mesti takut dengan dakwaan tiada majoriti dan mahu mengekang rakyat daripada bercakap atau bertanya mengenainya?
Mengapa tidak dijawab segala tanggalan tersebut, malah kalau ia dikatakan tidak benar, bukankah dengan membenarkan Parlimen bersidang adalah jawapan terbaiknya?
Lagi pun, Yang Dipertuan Agong sendiri telah mengeluarkan titah bahawa Parlimen boleh diadakan ketika darurat yang dengan sendirinya bermakna baginda seperti beranggapan isu-isu rakyat seperti kedudukan majoriti kerajaan boleh diselesaikan dengan membenarkan Dewan Rakyat bersidang?
Kenapa dalam hal ini, kerajaan enggan patuh kepada titah Agong, sebaliknya mengeluarkan hujah kelakar dengan menyanggah kononnya Parlimen tidak boleh dibenarkan bersidang kerana ramai Ahli Parlimen adalah warga emas?
Bersama perkara-perkara lain seperti penetapan denda sehingga RM10 ribu bagi kesalahan melanggar SOP PKP, keengganan kerajaan memenuhi tuntutan moratorium pinjaman bank dan meletakkan pelbagai syarat untuk pengeluaran i-sinar KWSP, kerajaan hari ini dilihat benar-benar tidak lagi mengutamakan keperluan hidup rakyat.
Sementara permintaan mereka untuk meneruskan kehidupan ketika Covid19 disusahkan dengan pelbagai halangan, kebebasan bersuara pula seolah-olah cuba disekat secara paksa.
Dengan itu, ternampak perlaksanaan darurat ini lebih bersifat politik dan untuk kepentingan Muhyiddin Yassin serta PN mengekalkan kuasa semata-mata.
Biar berbuih sekali pun mulut mereka menafikan semua itu, di mata rakyat itulah yang mereka nampak dan fahami.
Lebih buruk, di ketika darurat dan seruan mereka sendiri agar jangan berpoilitik, PN sendirilah yang paling teruk berpolitik dengan paling kerap mengadakan mesyuarat parti, membawa Gerakan menyertai PN serta menarik beberapa Ahli Parlimen untuk melompat katak menyokong Muhyiddin.
Rakyat terus dibelakangkan dan ditekan kerana keutamaan PN dengan himpunan pengkhianat di dalam kerajaan PN ini lebih bertujuan berpolitik untuk kuasa semata-mata.
Sebagaimana mereka berkuasa dahulu melalui pintu belakang, untuk mempertahankannya pun, yang mereka tahu, hanya melalui sokongan Ahli Parlimen secara pintu belakang juga.
Untuk itu, rakyat yang memilih kerajaan setiap lima tahun melalui undi pintu depan, mesti bersatu menolak gerombolan pengkhianat pintu belakang yang paling durjana ini.
Membiarkan mereka ini berkuasa lagi ibarat kita menempah neraka untuk kehidupan sendiri. 


(Shahbudindotcom 14/03/2021)






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/03/pn-kerajaan-yang-hanya-tahu-berpolitik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sidang Parlimen Bukan Mahu Jatuhkan Kerajaan Hanya Bangkit Isu Rakyat Shamsul

Sidang Parlimen Bukan Mahu Jatuhkan Kerajaan Hanya Bangkit Isu Rakyat Shamsul

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 264 hits
POSTED BY AMIR WRLRHujah penyokong Perikatan Nasional kononnya Pakatan Harapan bertekad mahu menjatuhkan kerajaan melalui sidang Parlimen dalam perintah darurat disangkal oleh Ketua Penerangan KEADILAN Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin ...
Kompaun Rm10 000 Bukan Nak Aniaya Rakyat Tetapi Untuk Menjaga Rakyat Ismail Sabri

Kompaun Rm10 000 Bukan Nak Aniaya Rakyat Tetapi Untuk Menjaga Rakyat Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 293 hits
Kompaun RM10 000 bukan nak aniaya rakyat tetapi untuk menjaga rakyat Ismail SabriKerajaan memberi jaminan kompaun maksimum RM10 000 bagi mereka yang melanggar peraturan Perintah kawalan pergerakan akan digunakan mengikut budi bicara dan tid...
10 Sebab Mengapa Rakyat Benci Kerajaan Pn

10 Sebab Mengapa Rakyat Benci Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 212 hits
1 Tahun lepas telah menyaksikan hampir seluruh rakyat bergembira meraikan kejatuhan Kerajaan PH kerana rasa amat tidak berpuas hati dengan pentadbiran dan prestasi selama 22 bulan mereka memerintah 2 Namun selepas hanya 12 bulan sahaja Kera...
Kerajaan Beri Jaminan Kompaun Rm10 000 Ikut Budi Bicara Bukan Untuk Aniaya Rakyat

Kerajaan Beri Jaminan Kompaun Rm10 000 Ikut Budi Bicara Bukan Untuk Aniaya Rakyat

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 249 hits
PUTRAJAYA Kerajaan memberi jaminan kompaun maksimum RM10 000 bagi mereka yang melanggar peraturan Perintah kawalan pergerakan akan digunakan mengikut budi bicara dan tidak akan menganiaya rakyat Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ...
Doa Rakyat Untuk Kerajaan Yang Penipu Sampai Waktu Pasti Dimakbulkan

Doa Rakyat Untuk Kerajaan Yang Penipu Sampai Waktu Pasti Dimakbulkan

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 272 hits
Tidak di berkati oleh tuhan sekalian alam akan kerajaan haram yang menzalimi rakyatnya sendiri Tidak di akui oleh Negara negara luar akan kabinet yang tiada bukti majoriti sejak angkat sumpah lagi Doa 33 juta marhen yang teraniaya di zalimi...
Kerjasama Dap Umno Tidak Untuk Pru15 Hanya Isu Isu Rakyat

Kerjasama Dap Umno Tidak Untuk Pru15 Hanya Isu Isu Rakyat

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 297 hits
Tiada sama sekali kerjasama politik antara DAP dan UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke 15 Itu tegas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang berkata parti itu hanya akan bekerjasama dengan UMNO dalam isu isu yang membabitkan kepentingan rakyat sa...
Kerajaan Akan Benarkan Rentas Negeri Selepas Rakyat Divaksin Pada Tahap Tertentu

Kerajaan Akan Benarkan Rentas Negeri Selepas Rakyat Divaksin Pada Tahap Tertentu

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 240 hits
Pagi tadi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyampaikan amanat secara langsung di RTM dan menyatakan kebenaran merentas negeri dan pembukaan semula sempadan akan diberikan sebaik sahaja tahap imunisasi berjaya mencapai tahap y...
Kerajaan Kelantan Layan Rakyat Nya Seperti Musuh

Kerajaan Kelantan Layan Rakyat Nya Seperti Musuh

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 450 hits
Rakyat wajar diberi Penerangan penjelasan dan dibawa berbincang sekira salah faham bukannya dilayan seperti musuh SEMATA MATA untuk kepentingan dan kemaluan individu Golongan ulama dan pandai ugama yang tidak boleh disentuh ditegur diberi n...
Kerajaan Pn Lembab Rakyat Digesa Persiap Diri Hadapi Era Digitalisasi

Kerajaan Pn Lembab Rakyat Digesa Persiap Diri Hadapi Era Digitalisasi

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 281 hits
Pendigitalan ekonomi pentadbiran dan pendidikan secara sepenuhnya akan berlaku dalam tempoh kurang sedekad dari sekarang Banyak pihak bimbang dengan kelewatan kerajaan Perikatan Nasional membentangkan Rancangan Malaysia Ke 12 dan agenda dig...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Makin Bersemut Netizen Dakwa Dengar Bella Astillah Panggil Syed Saddiq Baby Tolonglah Kahwin