Kompaun Rm10 000 Bukan Nak Aniaya Rakyat Tetapi Untuk Menjaga Rakyat Ismail Sabri


Kompaun RM10,000 bukan nak aniaya rakyat, tetapi untuk menjaga rakyat ' - Ismail Sabri



Kerajaan memberi jaminan kompaun maksimum RM10,000 bagi mereka yang melanggar peraturan Perintah kawalan pergerakan (PKP) akan digunakan mengikut budi bicara dan tidak akan menganiaya rakyat.


Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob menegaskan, kompaun maksimum itu adalah untuk mereka yang melakukan kesalahan berulang kali dan kategori kesalahan ingkar yang berat.


"Tan Sri IGP (Ketua Polis Negara) juga dah beritahu kalau setakat tidak pakai mask (pelitup muka), tiada penjarakan fizikal itu tidak akan dikenakan kompaun sehingga RM10,000, rakyat perlu memberikan kepercayaan bahawa PDRM akan menggunakan akta tersebut untuk menjaga rakyat, bukan untuk menganiaya, " katanya pada sidang media perkembangan PKP di Kuala Lumpur hari ini.


Pada 25 Feb lepas, dilaporkan individu yang melanggar peraturan atau prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi pencegahan dan kawalan pandemik Covid-19 akan berdepan hukuman denda maksimum RM10,000 mulai 11 Mac ini.


Perkara itu dinyatakan dalam Ordinan Darurat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 melalui Warta Kerajaan Persekutuan yang dimuat naik dalam portal rasmi Jabatan Peguam Negara. Ordinan itu turut menyatakan syarikat atau perbadanan yang melakukan kesalahan berkaitan SOP boleh didenda sehingga RM50,000.


Sebelum ini, di bawah Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, memperuntukkan hukuman maksimum penjara enam bulan dan denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya.


Keputusan itu kemudian menimbulkan kegusaran rakyat dan pelbagai pihak yang mendakwa ia akan membebankan rakyat dalam keadaan ekonomi yang terkesan akibat pandemik Covid-19.


Mengulas lebih terperinci mengenai perkara berkenaan, Ismail Sabri berkata selain kesalahan berulang, pemilik pusat hiburan dan pengunjung premis itu yang masih degil melakukan kesalahan itu adalah antara golongan yang akan dikenakan kompaun maksimum itu.


Ini kerana, dia berkata pusat hiburan sehingga kini masih berada dalam senarai terlarang.


"Dalam laporan ingkar PKP setiap hari ada sahaja tangkapan yang kita buat (berkaitan pusat hiburan) dan mereka inilah yang akan kita kenakan denda maksimum termasuk RM50,000 kepada pemilik (pusat hiburan) yang ingkar (beroperasi)," katanya.


Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata individu yang dikenakan kompaun boleh merayu sehingga minimum mengikut budi bicara pengawai kesihatan daerah masing-masing.


“Di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988), rayuan boleh dibuat, Ketua Pengarah Kesihatan telah menurunkan kuasa kepada pegawai kesihatan daerah, bukan mesti maksimum. Untuk RM10,000, mungkin boleh rayu (dan boleh turun) sampai RM100 atau RM50 kalau rayuan dibuat dan keputusan diambil pegawai kesihatan daerah,” katanya.


Justeru, Ismail berkata mereka yang dikenakan kompaun terutama kesalahan ringan boleh membuat rayuan sebelum membayar kompaun tersebut.


Sumber: Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceberita.blogspot.com/2021/03/kompaun-rm10000-bukan-nak-aniaya-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Beri Jaminan Kompaun Rm10 000 Ikut Budi Bicara Bukan Untuk Aniaya Rakyat

Kerajaan Beri Jaminan Kompaun Rm10 000 Ikut Budi Bicara Bukan Untuk Aniaya Rakyat

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 245 hits
PUTRAJAYA Kerajaan memberi jaminan kompaun maksimum RM10 000 bagi mereka yang melanggar peraturan Perintah kawalan pergerakan akan digunakan mengikut budi bicara dan tidak akan menganiaya rakyat Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ...
Ismail Sabri Rm10 000 Fine Only For Serious Sop Breaches Repeat Offenders

Ismail Sabri Rm10 000 Fine Only For Serious Sop Breaches Repeat Offenders

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 292 hits
Senior Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob speaks during a press conference after inspecting a roadblock at the Gombak Toll Plaza in Kuala Lumpur February 1 2021 Bernama picKUALA LUMPUR Mar 2 The new maximum fine of RM10 000 under the P...
Denda Rm10 000 Rakyat Nak Bayar Macam Mana Mp Tak Apa Laa

Denda Rm10 000 Rakyat Nak Bayar Macam Mana Mp Tak Apa Laa

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 272 hits
Aktivis pengguna dan ahli ekonomi berkata tindakan Putrajaya mengenakan hukuman denda sehingga RM10 000 kepada individu atas kesalahan berkaitan perintah kawalan pergerakan adalah regresif dan menghukum Mereka turut mendakwa ia hanya akan m...
Kompaun Pkp Dinaikkan Rm10 000 Bagi Yang Ingkar Sop

Kompaun Pkp Dinaikkan Rm10 000 Bagi Yang Ingkar Sop

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 322 hits
Hati hati semua Pastikan sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan Menurut sumber terkini kompaun ingkar SOP PKP akan dinaikkan kepada RM10 000 mulai 11 Mac Bagi syarikat yang didapati melakukan kesalahan yang sama pula boleh dikompaun se...
Pihak Pengurusan Kondo Tiada Kuasa Untuk Kenakan Kompaun Rm100 Ismail Sabri

Pihak Pengurusan Kondo Tiada Kuasa Untuk Kenakan Kompaun Rm100 Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 393 hits
The ReporterMenteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan tindakan pihak pengurusan sebuah kondominium di Ampang Selangor mengenakan denda penalti RM100 terhadap bayi tidak memakai pelitup muka sebagai tidak munasabah Beliau...
Kompaun Rm10 000 Hanya Untuk Pesalah Berulang Cetus Penularan Covid 19

Kompaun Rm10 000 Hanya Untuk Pesalah Berulang Cetus Penularan Covid 19

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 223 hits
Abdul Hamid berkata individu yang dikenakan kompaun RM10 000 boleh membuat rayuan bagi pengurangan kompaun kepada Kementerian Kesihatan JELI Kompaun RM10 000 yang berkuat kuasa pada 11 Mac ini hanya dikenakan terhadap individu melakukan kes...
Kompaun Rm10 000 Jika Didapati Langgar Sop Cegah Covid 19 Bermula 11 Mac

Kompaun Rm10 000 Jika Didapati Langgar Sop Cegah Covid 19 Bermula 11 Mac

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 308 hits
Kompaun RM10 000 jika didapati langgar SOP cegah Covid 19 bermula 11 MacKompaun sehingga RM10 000 boleh dikenakan kepada individu yang melanggar prosedur operasi standard ditetapkan bagi pencegahan dan kawalan Covid 19 Berdasarkan paparan d...
Kompaun Rm10 000 Boleh Dirayu Turun Hingga Rm200

Kompaun Rm10 000 Boleh Dirayu Turun Hingga Rm200

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 351 hits
STindakan bagi kesalahan berulang cetus penularan wabak sahaja BANGI Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador menjelaskan kompaun RM10 000 yang berkuat kuasa 11 Mac ini hanya dikenakan terhadap individu melakukan kesalahan berulang dan ...
Denda Langgar Sop Rakyat Kena Rm10 000 Menteri Jangan Dilepaskan

Denda Langgar Sop Rakyat Kena Rm10 000 Menteri Jangan Dilepaskan

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 348 hits
Kerajaan Perikatan Nasional diingatkan agar menghentikan penguatkuasaan Prosedur Operasi Standard Covid 19 yang berbeza beza antara menteri dan rakyat jelata sebelum menaikkan denda RM10 000 kepada pihak yang melanggar SOP Ketua Angkatan Mu...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik

Mondy Diarah Bayar Rm20 000 Kepada Ebit Lew

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor