10 Sebab Mengapa Rakyat Benci Kerajaan Pn



1. Tahun lepas telah menyaksikan hampir seluruh rakyat bergembira meraikan kejatuhan Kerajaan PH kerana rasa amat tidak berpuas hati dengan pentadbiran dan prestasi selama 22 bulan mereka memerintah.
2. Namun, selepas hanya 12 bulan sahaja Kerajaan PN telah mengundang kemarahan dan kebencian rakyat.
3. Berikut adalah 10 sebab mengapa rakyat marah dan benci terhadap Kerajaan PN:
i. Kepincangan dan kelemahan Kerajaan PN menguruskan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga menyebabkan kekeliruan mengenai Prosedur Operasi Standard (SOP) di kalangan rakyat dan para penguatkuasa.
ii. Pelaksanaan peraturan dan undang-undang yang bersifat dwi-standard yang membezakan antara rakyat dan para menteri sehinggakan terdapat menteri yang terlepas daripada tindakan undang-undang, SOP yang tidak terpakai untuk para menteri dan malah ada juga yang dibenarkan bercuti untuk melawat keluarga di luar negara. Rakyat yang hendak melawat ibu bapa sendiri di daerah yang berbeza pula dikenakan denda. Terkini timbul pula dakwaan pemimpin Kerajaan PN dan ‘kroni’ memotong barisan untuk mendapatkan suntikan vaksin.
iii. SOP PKP yang mengawal ketat sektor ekonomi ‘rakyat’ yang bersifat kais pagi makan pagi tetapi memberi kelonggaran kepada ekonomi ‘taikun’ sehingga mengakibatkan peningkatan kes harian COVID-19 yang amat tinggi.
iv. Ketelusan Kerajaan PN mengumumkan jumlah kes harian COVID-19 yang melaporkan tunggakan kes sebagai kes harian sehingga memberi gambaran yang salah mengenai situasi sebenarnya yang berlaku di dalam negara kita.
v. Kegagalan Kerajaan PN menguruskan ekonomi negara bukan setakat membawa pelaburan luar negara malah turut gagal mengekalkan pelaburan sedia ada sehingga mengakibatkan banyak syarikat antarabangsa memilih untuk berpindah ke negara jiran.
vi. Pengisytiharan Darurat yang kononnya untuk membendung penularan pandemik COVID-19 tetapi dilihat telah sengaja menggantung sidang parlimen sehingga mengakibatkan Kerajaan PN melakukan sesuka hati tanpa perlu dipertanggungjawabkan kepada parlimen.
vii. Tindakan Kerajaan PN yang berdolak-dalik dalam menyampaikan bantuan kepada rakyat seperti pemberian i-sinar, pelanjutan moratarium dan pelbagai lagi sehingga perlu didesak berulangkali oleh pemimpin UMNO.
viii. Kegagalan Kerajaan PN memberi keadilan terhadap isu-isu yang diwarisi daripada Kerajaan PH memandangkan terdapat juga para menteri PN yang sebelum ini merupakan menteri PH. Isu seperti keadilan untuk Allahyarham Adib, isu Tabung Haji yang telah dirobek oleh Kerajaan PH, isu pendakwaan politik terpilih yang melepaskan pemimpin seperti Lim Guan Eng dan Azmin Ali tetapi mensabitkan kesalahan terhadap pemimpin UMNO serta pelbagai lagi seolah-olah dilupakan sahaja oleh Kerajaan PN.
ix. Integriti Kerajaan PN terutamanya YAB Perdana Menteri apabila terdapat pendedahan mengenai kelulusan sehingga RM puluhan juta bagi pembinaan dewan di Parlimen Pagoh dan dakwaan terhadap penglibatan ahli keluarga beliau di dalam tender bernilai lebih RM 1 bilion.
x. Prestasi menteri Kerajaan PN yang kelihatan seperti tidak efektif serta tidak menjalankan tugas yang sepatutnya seperti Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat yang menjadikan pejabat menteri seperti studio peragaan fesyen, Menteri Pendidikan yang membuat keputusan ‘flip-flop’mengenai pembukaan sekolah, dan yang paling utama adalah ‘kehilangan’ para menteri dan timbalan menteri daripada pandangan mata rakyat walhal terdapat sejumlah 71 ahli yang telah dilantik untuk berkhidmat untuk rakyat di kementerian masing-masing.
4. Sebenarnya terdapat lebih daripada 10 sebab mengapa rakyat marah dan benci kepada Kerajaan PN, tetapi apa yang disenaraikan ini merupakan antara yang mengundang kemarahan dan rasa benci yang paling menebal di kalangan rakyat.
5. Saya sekali lagi tetap dengan pendirian saya untuk mendesak YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyegerakan sidang parlimen supaya setiap isu yang dihadapi rakyat terutamanya melibatkan pengurusan krisis pandemik COVID-19 dan krisis ekonomi dapat dibahaskan secara kolektif oleh ahli dewan parlimen. Ini bagi memastikan bahawa setiap keputusan dan tindakan yang diambil oleh Kerajaan benar-benar bersifat untuk menguruskan krisis dan bukannya demi kepentingan politik dan peribadi.
Aziz Kaprawi
 
 
 
 

The post 10 Sebab Mengapa Rakyat Benci Kerajaan PN appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/03/03/10-sebab-mengapa-rakyat-benci-kerajaan-pn/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=10-sebab-mengapa-rakyat-benci-kerajaan-pn

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sidang Parlimen Bukan Mahu Jatuhkan Kerajaan Hanya Bangkit Isu Rakyat Shamsul

Sidang Parlimen Bukan Mahu Jatuhkan Kerajaan Hanya Bangkit Isu Rakyat Shamsul

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 418 hits
POSTED BY AMIR WRLRHujah penyokong Perikatan Nasional kononnya Pakatan Harapan bertekad mahu menjatuhkan kerajaan melalui sidang Parlimen dalam perintah darurat disangkal oleh Ketua Penerangan KEADILAN Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin ...
Kerajaan Angkuh Dan Tidak Peduli Sentimen Rakyat Anwar

Kerajaan Angkuh Dan Tidak Peduli Sentimen Rakyat Anwar

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 339 hits
Sementara itu Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata beliau telah meminta Biro Bantuan Guaman DAP untuk mengkaji cara membela rakyat terhadap kenaikan hukuman melanggar sekatan PKP yang keras dan melampau Daripada pendekatan mendidik ker...
Kerajaan Kelantan Layan Rakyat Nya Seperti Musuh

Kerajaan Kelantan Layan Rakyat Nya Seperti Musuh

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 531 hits
Rakyat wajar diberi Penerangan penjelasan dan dibawa berbincang sekira salah faham bukannya dilayan seperti musuh SEMATA MATA untuk kepentingan dan kemaluan individu Golongan ulama dan pandai ugama yang tidak boleh disentuh ditegur diberi n...
Rakyat Darul Iman Sengsara Kerana Kebobrokan Kerajaan Umno Dulu

Rakyat Darul Iman Sengsara Kerana Kebobrokan Kerajaan Umno Dulu

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 336 hits
Satu tulisan yang ditulis dengan menggunakan nama Hamba Allah dikongsikan oleh seorang pengguna akaun Facebook bernama Mat Zaki Talib mendakwa masalah air yang berlaku hari ini berpunca dari kebobrokan kerajaan dulu Tulisan tersebut ditujuk...
Kerajaan Pn Lembab Rakyat Digesa Persiap Diri Hadapi Era Digitalisasi

Kerajaan Pn Lembab Rakyat Digesa Persiap Diri Hadapi Era Digitalisasi

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 395 hits
Pendigitalan ekonomi pentadbiran dan pendidikan secara sepenuhnya akan berlaku dalam tempoh kurang sedekad dari sekarang Banyak pihak bimbang dengan kelewatan kerajaan Perikatan Nasional membentangkan Rancangan Malaysia Ke 12 dan agenda dig...
Kerajaan Beri Jaminan Kompaun Rm10 000 Ikut Budi Bicara Bukan Untuk Aniaya Rakyat

Kerajaan Beri Jaminan Kompaun Rm10 000 Ikut Budi Bicara Bukan Untuk Aniaya Rakyat

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 325 hits
PUTRAJAYA Kerajaan memberi jaminan kompaun maksimum RM10 000 bagi mereka yang melanggar peraturan Perintah kawalan pergerakan akan digunakan mengikut budi bicara dan tidak akan menganiaya rakyat Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ...
Siri 97 Muhyiddin Bapa Pengkhianat Kerajaan Letak Prihatin Rakyat Sebagai Prinsip Utama Bela Rakyat

Siri 97 Muhyiddin Bapa Pengkhianat Kerajaan Letak Prihatin Rakyat Sebagai Prinsip Utama Bela Rakyat

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 353 hits
BOB KELANANGKerajaan letak Prihatin Rakyat sebagai prinsip utama bela rakyat Kerajaan Perikatan Nasional akan menjadikan Prihatin Rakyat sebagai prinsip panduan utama dalam membela nasib dan mengutamakan kebajikan rakyat kata Perdana Menter...
20 Soalan Rakyat Nak Tanya Kerajaan Tebuk Atap

20 Soalan Rakyat Nak Tanya Kerajaan Tebuk Atap

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 361 hits
Setelah setahun BERSATU PAS UMNO memerintah 20 Soalan rakyat 1 Adakah RUU 355 telah diluluskan 2 Apakah harga barang turum 3 Apakah harga minyak turun 4 Apakah penjenayah rasuah dan salah guna kuasa didapati bersalah dan dihukum Penjara 5 A...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Hentian Rehat Rawat Seremban

Alahai Blog Tak Boleh Follow Ini Yang Saya Buat

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Senarai Sampah Untuk Ganjaran Diri


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun

Trio Basikal Trek Negara Cipta Sejarah Rangkul Emas Dan Pecah Rekod Kebangsaan Di Sukan Sea 2025

Ini Senarai 10 Hotel Yang Terdekat Dengan Masjidil Haram