Sidang Parlimen Bukan Mahu Jatuhkan Kerajaan Hanya Bangkit Isu Rakyat Shamsul







POSTED BY AMIR WRLR


Hujah penyokong Perikatan Nasional (PN) kononnya Pakatan Harapan (PH) bertekad mahu menjatuhkan kerajaan melalui sidang Parlimen dalam perintah darurat disangkal oleh Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Menurut beliau, PH bukanlah gabungan yang tamak kuasa dan tidak mempedulikan kesensaraan umum dalam keadaan negara dilanda wabak Covid 19.
Sebaliknya, kata Shamsul, sidang Parlimen amat diperlukan bagi membahaskan isu-isu rakyat dan ekonomi yang tidak diselesaikan dengan baik sepanjang pandemik.
"Itu merupakan dakyah atau tohmahan mereka yang takut dengan bayang-bayang sendiri. PH sentiasa meletakkan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai tempat utama membangkitkan isu-isu rakyat. Sebab itu namanya Dewan Rakyat.
"Kita mesti bawa isu ke dalam dewan untuk tanya kerajaan, apakah yang mereka lakukan? Contohnya viral tentang peranti, tablet, dijanjikan 150,000 pada Februari, sekarang pertengahan Mac tetapi tak dengar isu ini. Parlimen tempat kita nak tahu apa jawapan menteri dan komitmen kementerian.
"Pada saya kita jangan terpengaruh dakyah ini kononnya sidang Parlimen matlamat utamanya untuk mempertikaikan keabsahan (kerajaan PN).
"Saya malah bangkitkan kepada rakan-rakan (PN), walaupun kita berbeza pandangan tetapi apa yang dibimbangkan untuk bersidang? Kita tahu permulaan penggal apa yang kita bahaskan. Titah Diraja. Tuanku akan bertitah dan kita akan membahaskan, tidak ada sebarang undi, sepanjang ingatan saya. Takkanlah kita sebagai pembangkang nak menolak titah Agong pula.
"Saya simpulkan kalau mereka betul-betul ingin mewakili suara rakyat maka buka Parlimen kerana semua sektor telah dibuka. Kalau buka Parlimen saya yakin ia akan berjalan dengan penuh tertib," katanya dalam siaran langsung Facebook Borak Dahsyat bertajuk: 'Sidang Parlimen, Apa Yang Payah Sangat' anjuran Studio Jalan Kapar, malam tadi.
Mengulas pertanyaan moderator mengenai kewajaran Parlimen terus ditutup sedangkan semua sektor telah dibuka, Shamsul berkata, hal itu menjadi persoalan yang sukar dijawab dan diperbahaskan banyak pihak.
Katanya, penutupan sidang Parlimen merugikan rakyat kerana setiap Ahli Parlimen dibenarkan bertanya 15 soalan. Pelbagai isu dalam negara boleh diselesaikan dengan jawapan daripada menteri.
"Point saya apakah darurat perlu sekarang ini. Kalau perlu apakah Parlimen wajar ditutup dengan menggunakan alasan darurat. Itu alasan yang rakyat mahu tahu.
"Rakyat di luar sana mahukan Parlimen. Sebagai Ahli Parlimen, saya katakan, setiap Ahli Parlimen mengikut peraturan perlu bertanya 15 soalan, yang akan dijawab oleh pelbagai kementerian. Bayangkan 15 soalan daripada barisan kita dan juga pihak kerajaan sendiri. Berapa banyak soalan yang boleh dijawab dengan tuntas oleh kerajaan," katanya lagi.
Untuk rekod, rayuan kepada Agong mahu Parlimen dibuka bukan sahaja datang dari PH namun turut dilakukan oleh salah satu gabungan Perikatan Nasional, iaitu Umno yang mahu sidang dibuat untuk membincangkan isu-isu tertunggak berkaitan Covid 19 dan polisi pemerintahan.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/03/sidang-parlimen-bukan-mahu-jatuhkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sidang Parlimen Bangkit Isu Rakyat Bukan Jatuhkan Pn

Sidang Parlimen Bangkit Isu Rakyat Bukan Jatuhkan Pn

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 269 hits
Hujah penyokong Perikatan Nasional kononnya Pakatan Harapan bertekad mahu menjatuhkan kerajaan melalui sidang Parlimen dalam perintah darurat disangkal oleh Ketua Penerangan KEADILAN Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin Menurut beliau PH b...
Ph Bertemu Speaker Dewan Rakyat Bincang Sidang Parlimen

Ph Bertemu Speaker Dewan Rakyat Bincang Sidang Parlimen

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 348 hits
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun di Parlimen pagi tadi Dalam kenyataan di Facebook Anwar menyatakan pertemuan itu bagi membincangkan keperluan mengadakan sesi...
Isu Sidang Parlimen Bn Anggap Kenyataan Takiyudin Hassan Menghina Institusi Raja

Isu Sidang Parlimen Bn Anggap Kenyataan Takiyudin Hassan Menghina Institusi Raja

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 237 hits
KUALA LUMPUR Barisan Nasional menganggap kenyataan Datuk Takiyuddin Hassan mengenai jemaah menteri menasihatkan Yang Dipertuan Agong tidak mengadakan sidang Parlimen dalam tempoh darurat seperti menghina institusi raja Pengerusi BN Datuk Se...
Speaker Parlimen Perlu Bertemu Pm Tetapkan Tarikh Sidang Dewan Rakyat

Speaker Parlimen Perlu Bertemu Pm Tetapkan Tarikh Sidang Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 219 hits
Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun didesak untuk segera bertemu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menetapkan tarikh persidangan Parlimen selepas Yang di Pertuan Agong menzahirkan pandangan persidangan boleh berlangsun...
Zahid Pn Kerajaan Covid 19 Rakyat Mahu Lihat Lebih Banyak Bukan Hanya Kes Jangkitan Rendah

Zahid Pn Kerajaan Covid 19 Rakyat Mahu Lihat Lebih Banyak Bukan Hanya Kes Jangkitan Rendah

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 247 hits
February 22 2021 10 23 AMPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata masalah dihadapi rakyat perlu diutamakan PETALING JAYA Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kerajaan Perikatan Nasional sebagai kerajaan Covid 19 dengan berkata rakya...
Ph Gesa Kerajaan Adakan Sidang Parlimen Dalam Masa Terdekat

Ph Gesa Kerajaan Adakan Sidang Parlimen Dalam Masa Terdekat

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 302 hits
Pakatan Harapan tampil menyatakan pendirian bahawa sidang Parlimen seharusnya diadakan dalam masa terdekat walaupun tempoh darurat masih berkuatkuasa Ini selepas Jawatankuasa Khas Bebas yang ditubuhkan untuk menasihati Yang di Pertuan Agong...
Isu Darurat Anwar Tidak Derhaka Agong Benar Sidang Parlimen

Isu Darurat Anwar Tidak Derhaka Agong Benar Sidang Parlimen

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 294 hits
Penegasan Yang di Pertuan Agong secara memanggil Presiden Dewan Negara dan Speaker Dewan Rakyat bertitah bahawa Parlimen boleh bersidang seperti biasa sewajarnya mematikan propaganda kononnya Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri A...
Rakyat Darul Iman Sengsara Kerana Kebobrokan Kerajaan Umno Dulu

Rakyat Darul Iman Sengsara Kerana Kebobrokan Kerajaan Umno Dulu

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 276 hits
Satu tulisan yang ditulis dengan menggunakan nama Hamba Allah dikongsikan oleh seorang pengguna akaun Facebook bernama Mat Zaki Talib mendakwa masalah air yang berlaku hari ini berpunca dari kebobrokan kerajaan dulu Tulisan tersebut ditujuk...
Kerajaan Pn Lembab Rakyat Digesa Persiap Diri Hadapi Era Digitalisasi

Kerajaan Pn Lembab Rakyat Digesa Persiap Diri Hadapi Era Digitalisasi

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 298 hits
Pendigitalan ekonomi pentadbiran dan pendidikan secara sepenuhnya akan berlaku dalam tempoh kurang sedekad dari sekarang Banyak pihak bimbang dengan kelewatan kerajaan Perikatan Nasional membentangkan Rancangan Malaysia Ke 12 dan agenda dig...
Metamask Security Warning

Remaja Perempuan Dibunuh Bekas Kekasih Anak Ahli Politik Berpengaruh

Sometimes Medicine Needed Trump On Market Reaction To Tariffs

House Of The Yellow Ip Leo Romano A Contemporary Tribute To Nature In Brazil

Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Trump Threatens Additional 50pct Tariffs If China Doesn T Retreat

Mengapa Digital Nomads Memilih Malaysia

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Gambar Raya 2025 Di Melaka

Lirik Lagu Kekasih Bayangan Cakra Khan

Growth Mindset In Startups

Kuih Raya Homemade By Nieyl

Bukan Mahram Yang Tak Boleh Bersalam

Harimau Merah Konflik Bermula