Pm Pakistan Tumbang Angkara Pemimpin Kluster Mahkamah



BEKAS Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan tersingkir daripada jawatannya pada Ahad lalu selepas ahli-ahli Dewan Rendah Parlimen mengundi dalam undi tidak percaya terhadap kepimpinan setelah usul tersebut diadakan atas arahan Mahkamah Agung negara berkenaan.
Dalam undian yang diusulkan oleh pihak pembangkang ketika itu, seramai 174 ahli Parlimen daripada 342 anggota di dewan tersebut mengundi tidak percaya terhadapnya sekaligus menamatkan tugasnya sebagai Perdana Menteri.
Beliau menjadi Perdana Menteri sejak tahun 2018 apabila berjaya membentuk gabungan perikatan politiknya selepas pilihan raya umum diadakan di negara itu.
Keputusan undian itu juga menjadikan Khan sebagai Perdana Menteri Pakistan pertama yang digulingkan melalui usul undi tidak percaya dan ia juga bermakna tiada pemegang jawatan tersebut berjaya melengkapkan tempoh perkhidmatan selama lima tahun dalam sejarah 75 tahun penubuhan negara berkenaan.
Bagaimanapun, Khan sendiri tidak hadir pada undian tidak percaya itu.
Kemelut politik Pakistan bermula pada hujung bulan lalu apabila Khan yang mengetuai parti Tehreek-e-Insaf (PTI) hilang majoriti sebagai Perdana Menteri disebabkan parti Muttahida Qaumi Movement Pakistan (MQM) keluar daripada gabungan politiknya dan melakukan perjanjian dengan parti pembangkang, Parti Rakyat Pakistan (PPP).
Berikutan itu, Khan menasihatkan Presiden Pakistan, Arif Alvi membubarkan Parlimen dan beliau mengikut nasihat tersebut pada 3 April lalu bagi membolehkan pilihan raya awal diadakan selepas Timbalan Speaker Parlimen, Qasim Suri bertindak menolak usul undi tidak percaya terhadapnya.
Pembubaran Parlimen itu juga menimbulkan kemarahan pihak pembangkang yang selama berbulan-bulan menuntut penyingkirannya.
ARAHAN MAHKAMAH AGUNG
Ketika itu, Pengerusi bersama parti PPP, Bilawal Bhutto Zardari membuat ciapan di Twitter dengan menyatakan: "Kami mempunyai majoriti. Kami akan mengalahkan Perdana Menteri dalam undi tidak percaya." Namun, ekoran keputusan pembubaran Parlimen itu, pihak pembangkang bertindak balas dengan menuduh Khan melakukan khianat dan meminta mahkamah tertinggi Pakistan membuat keputusan sama ada Perdana Menteri telah melanggar Perlembagaan negara.
Justeru, pada 5 April lalu, Mahkamah Agung mendengar hujah daripada peguam yang mewakili kumpulan pembangkang ketika itu termasuk Liga Muslim Pakistan-Nawaz yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri, Nawaz Sharif dan PPP yang dipengerusikan bersama oleh bekas Presiden, Asif Ali Zardari serta anaknya, Bilawal.
Lanjutan itu, Mahkamah Agung yang diketuai Ketua Hakim Negara, Umar Ata Bandial memutuskan bahawa keputusan Timbalan Speaker Parlimen menolak undi tidak percaya ketika itu adalah bertentangan dengan Perlembagaan.
Selepas keputusan tersebut dibuat, seorang tokoh pembangkang ketika itu, Murtaza Javed Abbasi menyerahkan usul undi tidak percaya kepada Setiausaha Dewan Parlimen bagi membolehkan ia diadakan.
Jika para pemimpin pembangkang ketika itu tidak memfailkan kes tentang tindakan Timbalan Speaker tersebut yang menolak undi tidak percaya di Mahkamah Agung, kemungkinan Khan tidak tersingkir daripada jawatannya pada Ahad lalu.
Khan, 69, yang merupakan bekas pemain kriket dari tahun 1971 hingga 1992 dan lahir pada tahun 1952 dalam sebuah keluarga mewah di bandar Lahore selain pernah menerima pendidikan berprestij dengan memperoleh ijazah dalam bidang falsafah, politik serta ekonomi dari Universiti Oxford.
Bagaimanapun, beliau yang memenangi kerusi parlimen pada tahun 2002 dan menubuhkan parti PTI pada tahun 1996 berdepan dengan pelbagai masalah ketika memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.
Ketika pemerintahannya, beliau dilanda dakwaan melakukan kecuaian fiskal ketika kerajaannya berjuang mengurangkan rizab pertukaran asing dan inflasi meningkat kepada dua angka, dengan kos keperluan seperti makanan dan bahan api melambung tinggi manakala rupee Pakistan pernah mencecah ke paras terendah.
Khan juga untuk mengulangi dakwaannya bahawa penentangan terhadapnya didorong oleh Amerika Syarikat (AS) dan beliau tidak boleh dengan mudah digunakan sebagai boneka oleh Barat berkaitan dengan dasar-dasar luarnya yang bebas namun kenyataan itu dinafikan oleh Washington.
KENAIKAN 'KLUSTER MAHKAMAH'
Kegagalannya untuk bekerjasama dengan sekutunya dan tentera menyebabkan keretakan hubungan dalam kerajaan gabungannya.
Sehubungan itu, ekoran kejayaan pembangkang berjaya memperoleh keputusan positif hasil undian tidak percaya yang dilakukan atas arahan Mahkamah Agung, seorang lagi tokoh pembangkang, Shehbaz Sharif dipilih oleh ahli-ahli Parlimen menjadi Perdana Menteri ke-23 dan beliau juga merupakan adik kepada bekas Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif.
Pemilihan Shehbaz turut menimbulkan kontroversi apabila sesetengah merujuk sebagai kluster mahkamah diangkat menjadi Perdana Menteri Pakistan.
Ini kerana Shehbaz dan anaknya sedang berdepan dengan tuduhan rasuah dan penggubahan wang haram.
Berdasarkan rekod, pada Disember 2019, Biro Akauntabiliti Nasional (NAB) membekukan 23 hartanah milik Shehbaz dan anaknya, Hamza Sharif, apabila mereka dituduh melakukan pengubahan wang haram.
Pada 28 September 2020, NAB menangkap Shehbaz di Mahkamah Tinggi Lahore dan mendakwanya atas tuduhan pengubahan wang haram. Dia dipenjarakan sementara menunggu perbicaraan. Bagaimanapun pada 14 April 2021, Mahkamah Tinggi Lahore membebaskannya dengan ikat jamin.
Dan menariknya, setahun kemudian di tengah-tengah krisis politik Pakistan, nasib Shehbaz berubah daripada pemimpin yang dituduh kes rasuah kepada seorang ketua negara yang mempunyai populasi penduduk 220 juta orang.
Kejatuhan Imran kini menggugat kestabilan politik di Pakistan apabila ribuan rakyat mula berdemonstrasi di jalanan ~ SH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/04/pm-pakistan-tumbang-angkara-pemimpin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kluster Mahkamah Diangkat Jadi Pm Pakistan Selepas Imran Khan Diguling

Kluster Mahkamah Diangkat Jadi Pm Pakistan Selepas Imran Khan Diguling

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 190 hits
AYHAN FERHAT Kluster mahkamah diangkat jadi PM Pakistan selepas Imran Khan diguling Shahbaz Sharif yang telah diangkat menjadi Perdana Menteri Pakistan yang baru sedang berdepan dengan tuduhan rasuah dan penggubahan wang haram Beliau mengan...
Rentasan 1113 Panas Ternyata Usaha Kluster Mahkamah Kuasai Semula Pu

Rentasan 1113 Panas Ternyata Usaha Kluster Mahkamah Kuasai Semula Pu

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 209 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 11131 MYSEJAHTERA KENAPA NAK BAYAR LEBIH 2 APA DI SEBALIK PENCALONAN ISMAIL SABRI SEBAGAI PM10 3 KITA BOLEH MENANG DENGAN STRATEGI DAN MESEJ YANG JELAS 4 DAULAH TERPENDAM LAGI
Siapa Boleh Halang Kemaraan Kluster Mahkamah Kembali Ke Putrajaya

Siapa Boleh Halang Kemaraan Kluster Mahkamah Kembali Ke Putrajaya

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 161 hits
By March 31 2022SETELAH pembangkang mengalami kekalahan teruk dalam dua Pilihan Raya Negeri di Melaka dan Johor persoalan timbul mengenai keupayaan pemimpin pemimpin Melayu dalam menghentikan gelombang kebangkitan kumpulan kluster mahkamah ...
Pemimpin Oposisi Shehbaz Sharif Terpilih Sebagai Perdana Menteri Baru Pakistan

Pemimpin Oposisi Shehbaz Sharif Terpilih Sebagai Perdana Menteri Baru Pakistan

papar berkaitan - pada 12/4/2022 - jumlah : 193 hits
Pemimpin oposisi Pakistan Shehbaz Sharif terpilih sebagai Perdana Menteri Pakistan yang baru menggantikan Imran Khan yang dilengserkan parlemen
Ismail Sabri Tak Jadi Pm Lepas Pru 15 Kecuali Ikut Kluster Mahkamah Prof James Chin

Ismail Sabri Tak Jadi Pm Lepas Pru 15 Kecuali Ikut Kluster Mahkamah Prof James Chin

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 305 hits
agendaily com16 4 2022Pengarah Asia Institute University of Tasmania Australia Prof James Chin mengulas tindakan UMNO menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri menghadapi Pilihan Raya Umum Ke 15 Datuk Seri Ismai...
Bekas Pengarah Jabatan Air Guna Nama Saya Beli Audi Saksi Beritahu Mahkamah

Bekas Pengarah Jabatan Air Guna Nama Saya Beli Audi Saksi Beritahu Mahkamah

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 331 hits
Ag Mohd Tahir Ag Mohd Talib bersama isteri Fauziah Piut dan bekas timbalan pengarah jabatan air negeri Lim Lam Beng berdepan 37 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM61 57 juta KOTA KINABALU Pengarah syarikat elektronik memberitahu...
Lelaki Bunuh 2 Perompak Yang Menyerangnya Didakwa Di Mahkamah Atas Tuduhan Membunuh

Lelaki Bunuh 2 Perompak Yang Menyerangnya Didakwa Di Mahkamah Atas Tuduhan Membunuh

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 236 hits
The ReporterSeorang pemuda nekad berlawan bermati matian dengan empat lelaki yang mahu merompaknya sehingga dia terpaksa membunuh dua lelaki terbabit Peliknya polis menetapkan pemuda itu sebagai suspek dan didakwa atas tuduhan membunuh pero...
Dari Fesbuk Hakim Di Luar Mahkamah

Dari Fesbuk Hakim Di Luar Mahkamah

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 262 hits
Saya perhatikan ada di kalangan netizen yg sibuk suruh mahkamah hukum ibu bapa budak2 yg naik basikal lajak itu atas alasan mereka juga turut bersalah kerana tak pandai jaga anak2 Entah2 ada yg turut sibuk tu berkahwin pun belum Apa2 pun sa...
Hiburan Dia Sepatutnya Pandu Berhati Hati Terbukti Bersalah Mahkamah Tolak Keputusan Bebaskan Sam Ke Ting

Hiburan Dia Sepatutnya Pandu Berhati Hati Terbukti Bersalah Mahkamah Tolak Keputusan Bebaskan Sam Ke Ting

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 277 hits
Susulan kes kemalangan yang melibatkan basikal lajak lima tahun yang lalu Mahkamah Tinggi telah mensabitkan kerani wanita Sam Ke Ting atas pertuduhan memandu secara melulu hingga mengakibatkan berlakunya kematian lapan remaja penunggang bas...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Yuran Tabika Taska 2025 Kemas Sahkan Tiada Kenaikan Yuran

Nahas Jalan Raya Ayer Keroh Melaka Dua Beradik Belum Tahu Ibu Bapa Sudah Tiada

Geotapak Bukit Jernih Taman Rekreasi Bukit Jernih

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan