Bekas Pengarah Jabatan Air Guna Nama Saya Beli Audi Saksi Beritahu Mahkamah


 
Ag Mohd Tahir Ag Mohd Talib bersama isteri Fauziah Piut, dan bekas timbalan pengarah jabatan air negeri Lim Lam Beng, berdepan 37 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM61.57 juta.KOTA KINABALU: Pengarah syarikat elektronik memberitahu Mahkamah Khas Rasuah, hari ini, bahawa beliau memberi keizinan kepada bekas pengarah air negeri Ag Mohd Tahir Ag Mohd Talib, membeli kereta Audi atas namanya.
Katanya, beliau berbuat demikian kerana terhutang budi kepada Tahir yang membantunya ketika melalui prose perceraian.
Ketika memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan ke-13 berhubung perbicaraan Tahir dan dua lagi, Adam Breimo berkata, Tahir menyokongnya apabila beliau melalui proses perceraian, pada 2011.
“Dan berdasarkan kepercayaan itu, saya tidak bimbang (Tahir) tidak mampu membayar pinjaman kereta,” kata Adam yang juga pengarah Gussmann Technologies Sdn Bhd, menjawab soalan timbalan pendakwa raya Mahadi Abdul Jumaat.

Tahir, 58, bersama isteri Fauziah Piut, 55, dan bekas timbalan pengarah jabatan air negeri Lim Lam Beng, 66, berdepan pertuduhan di mahkamah. Ketiga-tiga mereka pada 29 Dis 2016 mengaku tidak bersalah terhadap 37 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM61.57 juta.
Adam, yang menetap di Sungai Buloh, Selangor, berkata beliau pertama kali bertemu Tahir, pada 2006, selepas membuka gerai pameran di Pameran Air Asia.
Kemudian, pada 2011, beliau berkata, Tahir meminta untuk bertemu dengannya dan seterusnya meminta menggunakan namanya untuk membeli sebuah kereta, serta menggunakan kredit daripada bank susulan rekod baiknya dengan Maybank.
Adam berkata, pada awal Ogos, tahun sama, Tahir juga meminta bantuannya pergi ke bilik pameran Audi Centre, di Bukit Bintang kerana beliau berhasrat mahu membeli kereta.
Jurujual di bilik pameran itu meminta dokumen peribadi Adam untuk melakukan proses pinjaman bank dan membolehkan Tahir membeli Audi 1.4 TFSI berwarna merah, dengan nombor pendaftaran SAB66F.
Adam berkata, beliau menegaskan Tahir membayar sejumlah besar wang pendahuluan, namun tidak pasti jumlah sebenar dibayar oleh Tahir.
Selepas pembelian selesai, Adam berkata, Tahir membuat urusan sendiri menghantar kereta berkenaan ke Sabah. Katanya, beliau tidak mengendahkan perkara seperti cukai jalan, insurans kereta dan penyelenggaraan kerana semuanya diuruskan oleh Tahir.
“Saya tidak pernah menggunakan kereta berkenaan kerana saya tidak berminat dengan kenderaan itu. Ia digunakan oleh Tahir.”
Menjawab soalan pendakwaan berhubung nilai sebenar kereta terbabit, beliau berkata, ia mungkin dalam lingkungan RM160,000, sambil menambah beliau tidak pernah berdepan sebarang masalah dengan bank sejak pembelian dilakukan.
Dalam pemeriksaan balas oleh peguam Tahir, Marcel Jude, Adam menafikan alasan sebenar beliau “membeli” kereta itu adalah kerana beliau mahu mendapatkan kontrak daripada jabatan air Sabah.
Beliau juga tidak bersetuju dengan peguam pembelaan, bahawa beliau sebenarnya membeli kereta dan tidak memindahkannya kepada Tahir selepas tidak mendapat kontrak kerajaan, selain beliau mahu menjual kereta itu semula untuk mendapatkan kembali wang.
Jude turut mewakili Fauziah, manakala Tan Hock Chuan, Baldev Singh dan Karpaljit Singh mewakili Lim dalam perbicaraan masuk hari keempat di hadapan Hakim Abu Bakar Manat. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/04/bekas-pengarah-jabatan-air-guna-nama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Pernah Arah Sesiapa Guna Dana Yayasan Akalbudi Untuk Tujuan Peribadi Zahid Beritahu Mahkamah

Tak Pernah Arah Sesiapa Guna Dana Yayasan Akalbudi Untuk Tujuan Peribadi Zahid Beritahu Mahkamah

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 162 hits
freemalaysiatoday com April 13 2022 2 15 PMAhmad Zahid Hamidi hadir di Mahkamah Tinggi hari ini bagi hari pertama prosiding membela diri untuk 47 pertuduhan membabitkan pecah amanah rasuah dan pengubahan wang haram KUALA LUMPUR Bekas timbal...
Mudahnya Buat Ayam Bakar Guna Air Fryer Juice Menyelerakan

Mudahnya Buat Ayam Bakar Guna Air Fryer Juice Menyelerakan

papar berkaitan - pada 3/4/2022 - jumlah : 138 hits
Resipi Ayam Bakar antara menu yang menjadi pilihan ramai ketika berbuka puasa Tidak susah pun hendak menyediakan menu Ayam Bakar kerana hanya dengan menggunakan air fryer kita boleh menyiapkan ayam bakar dalam tempoh yang singkat Selain men...
Beli Petrol Guna Emas

Beli Petrol Guna Emas

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 225 hits
The Central Bank of Russia has officially announced that as of March 28 2022 the Russian Rubble currency is BOUND to Gold The rate is 5 000 Rubbles per gram of gold bullion Russia just wiped out about 30 of the value of the US Dollar worldw...
Saman 1mdb Terhadap Saya Salah Guna Proses Mahkamah Najib

Saman 1mdb Terhadap Saya Salah Guna Proses Mahkamah Najib

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 144 hits
malaysiakini comBekas perdana menteri Najib Razak mendakwa pesalah sebenar di sebalik kerugian besar yang dialami 1MDB telah digugurkan daripada tindakan sivil Najib berkata dia masih dikekalkan sebagai salah seorang defendan dalam saman be...
5 Keburukan Guna Air Fryer

5 Keburukan Guna Air Fryer

papar berkaitan - pada 11/4/2022 - jumlah : 305 hits
Kegunaan air fryer yang paling best adalah goreng nugget ayam fries dan masak burnt cheese cake Mana tidaknya anda boleh menggoreng tanpa menggunakan minyak Hasilnya makanan lebih berkhasiat Malah ia amat mudah untuk digunakan Walau bagaima...
Guna Wang Samun Beli Arak

Guna Wang Samun Beli Arak

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 282 hits
Tangkap layar rakaman video perbuatan suspek menyamun kedai serbaneka Ahad lalu KLANG Suspek kes samun sebuah kedai serbaneka di Taman Sentosa dekat sini baru baru ini dipercayai menggunakan hasil samun tersebut bagi membeli arak Perkara it...
Jabatan Baru Menko Luhut Panjaitan Ketua Dewan Sumber Daya Air Nasional

Jabatan Baru Menko Luhut Panjaitan Ketua Dewan Sumber Daya Air Nasional

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 154 hits
Dewan SDA Nasional merupakan lembaga nonstruktural yang berada di bawah dan bertanggung jawab kepada Presiden
Jangan Terima Hadiah Salah Guna Kenderaan Jabatan Balik Kampung Sambut Raya Kpk Indonesia

Jangan Terima Hadiah Salah Guna Kenderaan Jabatan Balik Kampung Sambut Raya Kpk Indonesia

papar berkaitan - pada 21/4/2022 - jumlah : 165 hits
Jangan Terima Hadiah Salah Guna Kenderaan Jabatan Balik Kampung Sambut Raya KPK Indonesia JAKARTA Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri kurang dua minggu lagi Komisi Pemberantasan Korupsi Indonesia memberi peringatan kepada pegawai pegawa...
Resipi Kuih Tepung Pelita Step By Step Guna Bekas Dadih Tak Payah Kukus Senang Dan Sedap

Resipi Kuih Tepung Pelita Step By Step Guna Bekas Dadih Tak Payah Kukus Senang Dan Sedap

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 230 hits
Hi korang Assalammualaikum Okay hari ni aku nak share dengan korang cara nak buat kuih tepung pelita cara moden yang senang gila dan cepat Selama ni kita tengok orang buat kena lipat daun pisang lepas tu kena kukus renyah Okay resipi kat ba...
Pesanan Buat Sang Suami

Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Pks Sebut Nama Wali Kota Depok Mohammad Idris Masuk Kandidat Pilkada Jabar

Masih Beraya

Drama Khilaf Yang Tertulis

Family Camping Journey Kami Repeat Lagi Camping 3h2m Di Dusun Pak Abu Campsite



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


8 Aneka Resepi Kuih Tradisional Berasaskan Pisang

Beyond Pregnancy And Weight Loss Maryland Breast Augmentation Solutions

Anwar Mahu Saman Individu Sebar Fitnah Isu Kasino

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Lawatan Ke Arab Saudi Buka Peluang Syarikat Malaysia Sertai Projek Mega

Wan Maimunah Meraung Dapat Panggilan Haji Tak Sangka Doa 2 Tahun Lalu Dimakbulkan