Mou Dianggap Berjaya Jika Pinda Perlembagaan Untuk Sabah Sarawak



Salah satu perkara yang dipersetujui dalam memorandum kerjasama (MoU) kerajaan Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan (PH) adalah mengkaji Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) untuk dikembalikan kepada semangat asalnya.
Bagi Presiden UPKO, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, sekiranya PH berjaya meyakinkan kerajaan untuk meminda isu utama dalam MA63, iaitu menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai ‘rakan setara’ Semenanjung, hal itu sudah cukup menjadi kejayaan awal kepada MoU yang ditandatangani pada 13 September lalu.
“Ada beberapa perkara yang penting (dalam MA63 ini), iaitu Sabah dan Sarawak adalah rakan setara dengan Persekutuan Tanah Melayu. Ini terkandung dalam Perkara 1(2) Perlembagaan. Kalau itu dapat dipinda dan dikembalikan kepada yang asal, itu satu yang baik.
“Selain itu, terkandung dalam MoU itu adalah reformasi Parlimen. Namun antara perkara kita harap dilakukan awal ialah pindaan Perlembagaan (berkenaan MA63),” katanya dalam temubual eksklusif bersama Suara Keadilan.
Mengulas lanjut, Wilfred berkata, MA63 agak rumit untuk dikaji kesemuanya. Terdapat 11 perkara dan Jawatankuasa Pemandu MoU haruslah mengutamakan isu yang telah dimulakan oleh kerajaan PH yang lalu, iaitu mengenai hak rakan setara antara Malaysia Timur dan Semenanjung.
Kemudian sekiranya mempunyai kesempatan, maka hal-hal lain boleh dikaji dan dilaksanakan.
“MA63 ada 11 perkara. Jadi mana satu perkara yang kita mahu lihat? Jawatankuasa Pemandu penting melihat (menentukan) hal ini.
“Saya ambil satu contoh semasa kerajaan PH dahulu, ada majlis ditubuhkan mengkaji semula MA63 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri. Saya pun ada ketika itu, dan kami telah kenal pasti 21 perkara. Daripada itu 17 perkara telah pun dipersetujui, tetapi untuk dilaksanakan perlu ada pindaan Perlembagaan.
“Saya difahamkan dokumen MA63 ini telah declassify (dinyahsenarai rahsia), kalau kita kongsikan kepada sesiapa (dokumen belum dinyahsenarai) dikatakan ada OSA (Akta Rahsia Rasmi). Jadi langkah pertama ialah mesti dideclassify. Biar rakyat tahu apa kandungannya, sebab hal MA63 ini perlu ada proses pendidikan kepada rakyat.
“Rakyat tidak faham apa dalam MA63. Selepas itu baru kita senang mendapat sokongan dan rakyat mempertimbangkan bahawa ini penting dilaksanakan.
“Ia (meminda Perlembagaan) mengambil proses (masa) sebab dalam memorandum itu pun di antara perkara disebutkan ialah PM hendaklah jangan membubarkan Parlimen sebelum Julai tahun hadapan. Jadi kalau setakat 9 bulan untuk melaksanakan ini semua, agak mencabarlah,” katanya.
Bagaimanapun, menurut Ahli Parlimen Tuaran itu lagi, untuk proses mematangkan rakyat dalam jangka panjang seharusnya tajuk MA63 dimasukkan ke dalam mata pelajaran di sekolah rendah atau menengah agar rakyat Malaysia lebih memahaminya.
Hal itu, kata beliau amat penting supaya rakyat di Semenanjung dan Malaysia Timur akan saling menghormati hak-hak bersama yang telah termaktub dalam perjanjian
“Dalam hal MA63, kalau kita dapat mendidik rakyat, bukan sahaja rakyat Sabah atau Sarawak tetapi juga rakyat di Semenanjung, bagi saya ia satu kejayaan.
“Pada saya rakyat di Semenanjung lebih tertumpu kepada Perjanjian Pangkor yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu. Banyak perkara menyatakan tentang kontrak sosial di antara kaum Melayu, India dan Cina. Apabila kita cerita tentang Sabah dan pembentukan Malaysia, mereka agak kabur.
“Selain itu, saya agak khuatir dengan masa yang suntuk, orang Sabah dengan jangkaan yang begitu tinggi, mereka akhirnya (akan bertanya) di mana pelaksanaannya (MA63)?
“Oleh itu, kepimpinan dan rakan dari PH, saya sangat berharap agar dapat bersama menghayati apa yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia ini dan sama-sama perjuangkan supaya diterima. Jangan pula nanti bila kita laksanakan, mengapa terlalu berpihak kepada Sabah,” katanya lagi.
Tambah Wilfred, hak-hak dalam perjanjian telah dinyatakan secara terang dan tidak timbul isu Malaysia Timur perlu diberi kelebihan. Perkara-perkara tersebut, katanya, perlu difahami oleh semua pihak bermula daripada kepimpinan parti-parti yang mendukung PH, kerajaan PN, sehinggalah seluruh rakyat Malaysia yang cintakan toleransi dan kemakmuran.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/33078

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Historical Grievances Behind Negative Sabah Sarawak Sentiments Says Analyst

Historical Grievances Behind Negative Sabah Sarawak Sentiments Says Analyst

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 149 hits
Sabahans and Sarawakians believe a lot of the resources including oil and gas taken from the two states helped towards development projects in the peninsula PETALING JAYA Historical grievances and development gaps are the main reasons why t...
Pm Diingatkan Mou Terbatal Jika Asas Perlembagaan Terjejas

Pm Diingatkan Mou Terbatal Jika Asas Perlembagaan Terjejas

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 189 hits
DAP ingin menyatakan kebimbangan terhadap keputusan Pertubuhan Peladang Kebangsaan memilih Zamri Yaakob abang kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sebagai Pengerusi baru mereka Walaupun Memorandum Persefahaman bagi Transformasi dan Ke...
Sabah Sarawak Leaders Welcome Govt Harapan Deal

Sabah Sarawak Leaders Welcome Govt Harapan Deal

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 194 hits
Leaders from Sabah and Sarawak welcomed the memorandum of understanding on bipartisan cooperation inked by Prime Minister Ismail Sabri Yaakob s government and Pakatan Harapan Gabungan Parti Sarawak secretary general Alexander Nanta Linggi f...
Rm9 13 Bilion Untuk Sabah Sarawak Terlalu Sedikit Jeffrey Kitingan

Rm9 13 Bilion Untuk Sabah Sarawak Terlalu Sedikit Jeffrey Kitingan

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 268 hits
Dr Jeffrey di Putatan di mana kerja kerja pendalaman sungai sedang dilakukan RM481 juta diperlukan untuk menyelesaikan banjir KOTA KINABALU Sabah layak menerima peruntukan pembangunan jauh lebih besar daripada peruntukan yang diumumkan Perd...
Sabah Sarawak Lebih Baik Selepas Sertai Malaysia Kata Tun M

Sabah Sarawak Lebih Baik Selepas Sertai Malaysia Kata Tun M

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 203 hits
Dr Mahathir kecewa terhadap sikap segelintir pihak yang membangkitkan idea Sarawak hanya untuk orang Sarawak dan Sabah hanya untuk orang Sabah KUALA LUMPUR Keadaan di negeri Sabah dan Sarawak lebih baik selepas ia menjadi sebahagian daripad...
Rmk 12 Sabah Sarawak Dapat Peruntukan Tinggi

Rmk 12 Sabah Sarawak Dapat Peruntukan Tinggi

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 307 hits
RMK 12 Sabah Sarawak dapat peruntukan tinggi Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM4 66 bilion bagi negeri Sabah manakala RM4 47 bilion bagi negeri Sarawak Ia sedang disalurkan melalui peruntukan pembangunan di bawah Rolling Plan 1 2021 sebaga...
Sabah Sarawak Have High Expectations Of Ismail

Sabah Sarawak Have High Expectations Of Ismail

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 318 hits
Sabah Sarawak have high expectations of Ismail On the eve of Malaysia Day Prime Minister Ismail Sabri Yaakob has been told to continue working on narrowing the disparity between Sabah and Sarawak and the peninsula in terms of development Pa...
Pm Says Ma63 Issues Will Be Resolved Announces Over Rm9bil Allocation For Sabah And Sarawak

Pm Says Ma63 Issues Will Be Resolved Announces Over Rm9bil Allocation For Sabah And Sarawak

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 290 hits
KOTA KINABALU The Federal Government is committed to resolving issues with Sabah and Sarawak under the Malaysia Agreement 1963 says Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob The government gives the assurance that it will resolve issues...
Kembalikan Hak Sabah Sarawak

Kembalikan Hak Sabah Sarawak

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 218 hits
2 wanita berdiri di tepi jalan yang dihiasi Jalur Gemilang dan bendera Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di Kota Kinabalu semalam BERNAMA PIX Penulis Kolumnis oleh Emeritus Prof Datuk Dr Hj Shad Saleem Faruqi Emeritus Prof Datuk ...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Cukai Perkhidmatan 8 Hanya Ke Atas Golongan Berkemampuan

300 Extra Padu Registration Counters Opened

Nadma Remaining Water Storage Reserves In Four Dams In Johor Penang And Kedah At Critical Level

Mixing Politics With Religion In Malaysia Breeds Negativity

Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Senarai Cerita Filem Terbaru 2024 Di Pawagam