Pkr Gagal Serah Saman Rm10 Juta Kepada Zuraida Kata Peguam


 
Zuraida Kamaruddin umum keluar PKR pada Februari lalu.KUALA LUMPUR: PKR masih belum dapat menyerahkan writ saman RM10 juta kepada bekas naib presidennya Zuraida Kamaruddin yang didakwa melanggar syarat bon yang mengikatnya kepada parti.
Menurut peguam utama PKR William Leong, mahkamah dimaklumkan plaintif tidak dapat menyampaikan writ saman itu di kedua-dua alamat kediaman dan pejabat Zuraida.
“Pengurusan kes selanjutnya ditetapkan pada 16 November ini,” kata Leong menerusi aplikasi WhatsApp selepas prosiding pengurusan kes itu di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Tinggi Nor Afidah Idris yang dijalankan menerusi e-review (dalam talian) hari ini.
Leong berkata, plaintif sudah menghantar pemakluman menerusi pos berdaftar kepada Zuraida memintanya melantik peguam untuk menerima writ saman tersebut bagi pihaknya.
“Kami dalam proses membuat janji temu untuk beliau menerima saman berkenaan. Pengurusan kes akan datang adalah untuk memaklumkan perkembangan terkini kepada mahkamah berhubung kes ini serta mendapatkan arahan selanjutnya,” kata Leong.
Saman itu difailkan oleh Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail bagi pihak parti pada 2 Oktober lalu, mendakwa Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menandatangani suatu bon pada 25 April 2018 yang mengikat beliau untuk membayar RM10 juta kepada parti seperti dinyatakan dalam syarat dan terma bon itu.
PKR mendakwa Zuraida bersetuju untuk membayar sejumlah RM10 juta dalam tempoh selewat-lewatnya 7 hari sekiranya berlaku beberapa perkara, termasuk beliau keluar parti atau menyertai parti politik lain atau menjadi wakil rakyat bebas selepas menang pilihan raya atas tiket PKR.
Parti itu juga mendakwa pada 24 Februari, Zuraida dalam kenyataan bersama 10 lagi ahli Parlimen PKR, mengumumkan keluar parti tanpa melepaskan kedudukan sebagai ahli Parlimen Ampang, dan seterusnya membentuk blok baharu dikenali sebagai Perikatan Nasional (PN) dengan parti pembangkang lain termasuk Barisan Nasional, PAS dan Gabungan Parti Sarawak.
PKR berkata kerajaan persekutuan yang diterajui Pakatan Harapan (PH) kemudian ditumbangkan oleh PN dan defendan dilantik sebagai menteri.
Pada tarikh sama, PKR mendakwa majlis pimpinan pusat parti meluluskan resolusi untuk memecat Zuraida daripada parti berkuat kuasa serta-merta dan mengeluarkan sijil bertarikh 24 Julai yang mengesahkan penamatan keahlian beliau.
Pada 7 Ogos, PKR mendakwa ia, menerusi peguam parti, mengeluarkan surat tuntutan meminta Zuraida membayar RM10 juta selaras dengan terma bon, namun parti mendakwa defendan gagal/enggan membayar jumlah itu, secara keseluruhan mahupun sebahagian.
Plaintif juga mendakwa ia berhak menuntut RM10 juta daripada defendan kerana beliau meletak jawatan sebagai ahli parti namun tidak sebagai ahli Parlimen Ampang, iaitu kerusi yang dimenanginya atas tiket parti, menggunakan logo, lambang, bendera, perkhidmatan dan sokongan parti, yang mana menyebabkan parti kehilangan manfaat dan kelebihan mempunyai ahli Parlimen di Dewan Rakyat dan menjadi sebahagian daripada kuasa eksekutif.
Plaintif berkata ia bersandar pada Seksyen 71 Akta Kontrak 1950 yang memberikannya hak untuk mendapatkan semula ganjaran dan faedah berjumlah RM2,049,459.20 yang dinikmati oleh defendan selepas dipilih sebagai calon parti pada Pilihan Raya Umum ke-14 dan menjadi ahli Parlimen Ampang.
Sehubungan itu, plaintif memohon sejumlah RM12,049,459.20 menurut Seksyen 71 Akta Kontrak, merangkumi RM10 juta bawah bon dan RM2,049,459.20 bagi ganjaran dan faedah yang diterima defendan selaku ahli Parlimen serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan bawah kerajaan PH dengan kadar faedah 5% setahun serta kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2020/10/pkr-gagal-serah-saman-rm10-juta-kepada.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+M

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Influencer Berdepan Saman Rm2 Juta

Influencer Berdepan Saman Rm2 Juta

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 385 hits
INFLUENCER BERDEPAN SAMAN RM2 JUTA JOHOR BAHRU Pesuruhjaya Sumpah Suharnizan Md Sidek 37 memfailkan saman lebih RM2 juta terhadap seorang personaliti media sosial yang didakwa menghina bentuk fizikalnya atau body shaming Peguamnya Mohd Rash...
Saman Yang Dipertuan Agong Siapakah Peguam Ini

Saman Yang Dipertuan Agong Siapakah Peguam Ini

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 546 hits
Banyak pihak yang menyesali tindakan seorang peguam memfailkan Saman Pemula di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini bagi meminta mahkamah menentukan sama ada Yang di Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara tidak terbata...
Penolakan Agong Pada Cadangan Darurat Tamparan Buat Muhyiddin Kata Pkr Dap Amanah Dan Sebahagian Umno

Penolakan Agong Pada Cadangan Darurat Tamparan Buat Muhyiddin Kata Pkr Dap Amanah Dan Sebahagian Umno

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 642 hits
Beberapa anggota parlimen pembangkang menyokong titah Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah untuk tidak menerima permintaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bagi mengisytiharkan darurat Tindakan itu turut mendapat ...
Gagal Tangani Covid Pkr Sabah Minta Muhyiddin Letak Jawatan

Gagal Tangani Covid Pkr Sabah Minta Muhyiddin Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 409 hits
Ketua penerangan Pemuda PKR Sabah Razeef Rakimin berkata Muhyiddin Yassin perlu meletak jawatan sebagai perdana menteri kerana gagal menangani penularan wabak Covid 19 yang dlihat semakin teruk Katanya Muhyiddin tidak mempunyai inisiatif at...
Baki Dalam Akaun Tinggal Rm14 000 Wang Simpanan Rm4 3 Juta Lesap Angkara Scammer Mangsa Saman Terhadap Pihak Bank

Baki Dalam Akaun Tinggal Rm14 000 Wang Simpanan Rm4 3 Juta Lesap Angkara Scammer Mangsa Saman Terhadap Pihak Bank

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 493 hits
Kira kira 30 tahun lalu Dolly Ng mewarisi harga peninggalan daripada ibu bapanya lebih daripada RM4 juta Wanita warga emas berusia 72 tahun itu telah menyimpan wang tersebut di beberapa akaun banknya selama bertahun tahun Namun pada Mei 201...
Gagal Meyakinkan Agong Muhyiddin Mahu Undur Diri Kata Sumber

Gagal Meyakinkan Agong Muhyiddin Mahu Undur Diri Kata Sumber

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 433 hits
MALAYSIA DATELINESetelah gagal meyakinkan Yang di Pertuan Agong untuk meletakkan negara ini di bawah pemerintahan darurat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang mempertimbangkan untuk letak jawatan Sejurus sahaja YDPA bertitah meno...
Indira Fail Saman Rm100 Juta Terhadap Igp Minggu Ini

Indira Fail Saman Rm100 Juta Terhadap Igp Minggu Ini

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 958 hits
M Indira Gandhi yang berjuang mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya Prasana Diksa yang masih tidak dapat dikesan kini mahu memfailkan saman berjumlah RM100 juta ke atas Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador minggu ini Pengerusi ...
Anwar Tipu Mp Pkr Dengan Mengatakan Serah Senarai Mp Kepada Ydp Agong

Anwar Tipu Mp Pkr Dengan Mengatakan Serah Senarai Mp Kepada Ydp Agong

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 501 hits
TANGGAL 13 OKTOBER 2020 Muhyiddin Yassin masih Perdana Menteri dan Anwar Ibrahim KEKAL bakal Perdana Menteri Untuk meredakan kekecewaan pengikut taksub Anwar PKR minta ahli ahlinya bertenang dan Muhyiddin dengan TENANG mengadakan sidang akh...
Suria Klcc Raikan Musim Perayaan Dengan A Majestic Christmas Yang Penuh Magis

Easy Beef Broth Onion Soup Recipe

Bukan Warga China Wanita Tempatan Menetap Setahun Di Klia Ada Kad Mental Oku Dihantar Ke Hospital Kajang

Cuti Akhir Persekolahan Bagi Sesi 2025 2026

Malaysia Rangkul 3 Emas Sukan Memanah Berkuda Di China Harian Metro 23 12 2025

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2025

Eur Usd Duit Pintar Isyarat Menaik Baharu Untuk Euro

Makan Makan Lunch Santai Di Mr Dakgalbi


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Nanjing Qinhuai River Cruise Bertemu Pelajar Muslim Xinjiang Selamat Tinggal Nanjing

Resepi Dan Cara Mudah Buat Agar Agar Sirap Ros Sekali Buat Terus Menjadi

Apa Itu Menu Laminated Dan Kelebihannya

Si Kecil Diserang Asthma

Fam Tingkatkan Kerjasama Strategik Dengan Ahli Gabungan Untuk Kemajuan Sukan Negara

Menelusuri Keajaiban Histori Runtuhan Kota Purba Hierapolis