Indira Fail Saman Rm100 Juta Terhadap Igp Minggu Ini




M Indira Gandhi, yang berjuang mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya, Prasana Diksa yang masih tidak dapat dikesan, kini mahu memfailkan saman berjumlah RM100 juta ke atas Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador minggu ini.
Pengerusi Indira Gandhi Action Team (INGAT) Arun Doraisamy memberitahu Malaysiakini bahawa firma guaman Raj and Sach akan memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sama ada pada Rabu atau Khamis.
“Kami dah beri cukup masa kepada IGP untuk membawa balik Prasana. Kami dah cuba semua cara, jadi kami akan teruskan dengan saman ini,” kata Arun.
Dia turut mengesahkan yang Indira dijadual melakukan perjalanan sejauh 350km ke Putrajaya selama 12 hari, bagi menyerahkan surat kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Arun berkata selain surat kepada perdana menteri, Indira akan turut menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.
“Justice walk (berjalan menuntut keadilan) setakat ini dijangka bermula jam 10 pagi pada 21 Nov di Sungai Petani. Itu dah disahkan, tapi kami sedang pantau maklumat (terbaru) wabak memandangkan sekarang kami tahu yang perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) dilanjutkan hingga 9 Nov.
“Kalau ada lagi lanjutan tarikh PKPB, maka kami akan pertimbang untuk semak semula tarikh acara jalan kaki itu,” katanya.
Kata Arun, bukan mudah untuk mengambil langkah berkenaan, tetapi, katanya, mengetengahkan kes itu kepada perhatian awam dan mendapatkan bantuan merupakan satu-satunya pilihan terbaik yang tinggal.
Pada Sept lalu,  Indira membatalkan mogok lapar selepas Abdul Hamid setuju berjumpa dengan wanita itu.
Bagaimanapun, pada pertemuan di Bukit Aman itu, dia tidak hadir sebaliknya menghantar seorang wakil.
Arun turut mengesahkan polis tidak memberikan maklum balas terhadap usaha mereka bagi mendapatkan kemas kini berhubung perkara berkenaan.
“Kamu tahu kan tentang pertemuan kami dengan IGP pada 3 Sep. Daripada pertemuan itu, kami sepatutnya ada (satu lagi) pertemuan yang dijadual semula bersama IGP, untuk kami selesai beberapa kebimbangan kami.
“Kami ada menulis (surat) pada 7 September untuk memohon agar pertemuan berkenaan berlaku sebelum habisnya bulan September. Kami tak dapat balasan langsung sepanjang bulan tu.
“Jadi kami mendapat tanggapan bahawa ada (usaha) melambat-melambatkan (hal ini) di pihak IGP.
“Kami rumuskan IGP tak berminat nak berjumpa dengan kami, dan kami sedang mohon untuk mengadakan pertemuan dengan menteri dalam negeri (Hamzah Zainudin) dan perdana menteri. Kami tak mahu lagi minta pertemuan dengan IGP,” katanya hari ini.
Pada Januari, IGP mendedahkan yang dia tahu di mana bekas suami Indira, Muhammad Riduan Abdullah tinggal dan menggesanya untuk menyerah diri.
Ini meskipun waran tangkap telah dikeluarkan oleh Mahkamah Persekutuan ke atas Riduan, yang telah membawa lari Prasana bersamanya.
Prasana masih kanak-kanak apabila ayahnya, Riduan yang sebelum ini bernama K Pathmanathan melarikannya pada 2009, selepas menganut agama Islam.
Riduan dan Indira kemudian berjuang mendapatkan hak penjagaan selepas Riduan secara sebelah pihak telah menukar agama Prasana dan dua lagi anaknya kepada Islam.
Pada 2014, Mahkamah TInggi Ipoh mengarahkan polis mengambil semula Prasana daripada ayahnya. Pada 2016, Mahkamah Persekutuan mengarahkan IGP menangkap Riduan.
Pada 2018, Mahkamah Persekutuan secara sebulat suara memutuskan bahawa penukaran agama kanak-kanak berkenaan secara sepihak adalah tidak mengikut undang-undang dan memerlukan kebenaran daripada kedua-dua belah ibu bapa.
Ia turut mengeluarkan waran tangkap ke atas Riduan.

MR :  Mereka berjiuang sampai ke mati atas isu-isu walaupun nampak kecil... lihat kes Beng Hock. Tapi orang Islam lain suka nergaduh sama sendiri 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/10/indira-fail-saman-rm100-juta-terhadap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dakwa Beli Vellfire Sanusi Fail Saman Fitnah Terhadap Mahfuz Dr Ismail

Dakwa Beli Vellfire Sanusi Fail Saman Fitnah Terhadap Mahfuz Dr Ismail

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 322 hits
117 total views 24 views today Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor akan memfailkan saman fitnah ke atas empat pemimpin pembangkang yang mendakwa pembelian kenderaan pelbagai guna Toyota Vellfire milik Syarikat Air Darul Aman adalah bagi ke...
Baki Dalam Akaun Tinggal Rm14 000 Wang Simpanan Rm4 3 Juta Lesap Angkara Scammer Mangsa Saman Terhadap Pihak Bank

Baki Dalam Akaun Tinggal Rm14 000 Wang Simpanan Rm4 3 Juta Lesap Angkara Scammer Mangsa Saman Terhadap Pihak Bank

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 356 hits
Kira kira 30 tahun lalu Dolly Ng mewarisi harga peninggalan daripada ibu bapanya lebih daripada RM4 juta Wanita warga emas berusia 72 tahun itu telah menyimpan wang tersebut di beberapa akaun banknya selama bertahun tahun Namun pada Mei 201...
Isu Agong Tak Isytihar Darurat Peguam Fail Saman Terhadap Kerajaan Malaysia

Isu Agong Tak Isytihar Darurat Peguam Fail Saman Terhadap Kerajaan Malaysia

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 267 hits
1 037 total views 1 037 views today Seorang peguam hari ini memfailkan saman pemula berhubung keputusan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah yang tidak bertindak atas nasihat Perdana Menteri Tan Sri M...
Indira Gandhi To File Rm100m Lawsuit Against Igp This Week

Indira Gandhi To File Rm100m Lawsuit Against Igp This Week

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 252 hits
M Indira Gandhi who has been fighting to regain custody of her daughter Prasana Diksa is set to file an RM100 million civil suit against Inspector General of Police Abdul Hamid Bador this week Indira Gandhi Action Team chairperson Arun Dora...
Selangor Peruntuk Rm100 Juta Untuk Syarikat Perintis Tunas Melalui Dana Inovasi Selangor

Selangor Peruntuk Rm100 Juta Untuk Syarikat Perintis Tunas Melalui Dana Inovasi Selangor

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 274 hits
Syarikat Perintis Tunas sering bermain dengan pelbagai idea baru dan inovasi diluar fikiran sekaligus membawa kepada sektor ekonomi baru Namun untuk memulakannya pelbagai syarikat ini akan menghadapi tekanan dari segi sokongan kewangan U
Kes Saman Ds Azeez Rahim Terhadap Guan Eng

Kes Saman Ds Azeez Rahim Terhadap Guan Eng

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 355 hits
Kes saman Dato Seri Panglima Azeez Rahim terhadap Lim Guan Eng berjalan semalam di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Plaintif yang diwakili oleh Peguam Dato Seri Jaharbardeen Bin Mohamed Yunoos menyoal Lim Guan Eng di kandang saksi Terdapat 18 k...
Pkr Gagal Serah Saman Rm10 Juta Kepada Zuraida Kata Peguam

Pkr Gagal Serah Saman Rm10 Juta Kepada Zuraida Kata Peguam

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 281 hits
Zuraida Kamaruddin umum keluar PKR pada Februari lalu KUALA LUMPUR PKR masih belum dapat menyerahkan writ saman RM10 juta kepada bekas naib presidennya Zuraida Kamaruddin yang didakwa melanggar syarat bon yang mengikatnya kepada parti Menur...
Kem Mahathir Fail Usul Tak Percaya Terbaru Terhadap Pm Muhyiddin

Kem Mahathir Fail Usul Tak Percaya Terbaru Terhadap Pm Muhyiddin

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 266 hits
1 148 total views 1 148 views today Kem bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad memfailkan usul tidak percaya terbaru dalam usaha menumbangkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Langkah itu dilakukan ketika keretakan mulai melanda kerajaan ...
Pengurusan Kes Saman Mohamed Apandi Terhadap Dr Mahathir Pada 13 Nov

Pengurusan Kes Saman Mohamed Apandi Terhadap Dr Mahathir Pada 13 Nov

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 319 hits
350 total views 350 views today KUALA LUMPUR 22 Okt Pengurusan kes saman menuntut ganti rugi RM2 2 juta yang difailkan Tan Sri Mohamed Apandi Ali terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan kerajaan Malaysia berhubung penamatan kontraknya sebagai ...
Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Christmas From The Manger To The Margins

The Trophy Rat An All Conquering Rat Rod From America S Northwest

Should Public Caning Be Allowed As Pas Wants It Practised In All Pn States

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Budak Akmal Ni Agak Bangang Sikit Maaf Cakap Jujur

Klang Valley Rail Network Fulfils Larger Objectives But Needs Improvement


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3


Cuti Cuti Pulau Pangkor Island Tour Dengan Teksi Pink

Experience The Power Of Unlimited Website Traffic

Gempak Fiesta 2025 Fun Family Fabulous Prizes

Percutian Satu Malam Di Hs Farmstay Muar

Flood Evacuations Soar With More Heavy Rain Expected

Netizens Shocked That A Majority Of Malaysians In Their 30s Have Under Rm10k In Savings