Pkr Belum Terima Pemakluman Rasmi Dr Afif


SHAH ALAM – Parti Keadilan Rakyat (PKR) belum menerima sebarang makluman berhubung penyertaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Pengarah Komunikasinya, Fahmi Fadzil berkata, beliau hanya mengetahui perkara tersebut melalui laporan media.
“Setakat ini saya tidak dimaklumkan sama ada parti (PKR) ada menerima apa-apa surat pemakluman rasmi daripada Afif sendiri berkenaan status beliau.
“Afif juga tidak menghubungi atau memaklumkan apa-apa kepada saya, jadi saya tidak pasti tentang status terkini keanggotaan beliau,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
ARTIKEL berkaitan : Afif tinggalkan PKR
Fahmi berkata, beliau perlu meneliti perkara tersebut dan setelah parti bermesyuarat dalam masa terdekat, PKR akan memaklumkan pendirian berhubung perkara tersebut.
Sebelum itu, Dr Afif akan duduk sebagai wakil Bersatu pada sesi sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada November ini.
Dr Afif membuat keputusan itu selepas beliau diletakkan di bangku pembangkang pada sidang DUN berkenaan.
“Saya akan mewakili Bersatu dalam Sidang DUN Pulau Pinang. Kerajaan negeri (Pulau Pinang) sudah menjadikan saya sebagai ADUN pembangkang sejak Mac,” katanya ringkas kepada Sinar Harian.
Afif bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas sama ada beliau sudah menyerahkan borang secara rasmi untuk menyertai Bersatu.
Bagaimanapun, Selasa lalu beliau dilaporkan bertemu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memaklumkan kepada Presiden Bersatu itu bahawa pada sesi sidang DUN Pulau Pinang pada November ini, beliau akan duduk di kerusi pembangkang.
Umum mengetahui Dr Afif merupakan penyokong kuat bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Pada 14 April lalu, PKR menggantung Afif yang juga bekas Timbalan Ketua Pemuda PKR itu sementara menunggu siasatan oleh lembaga disiplin parti.
Keputusan menyiasat Afif dibuat selepas Azmin bersama kumpulannya bertindak keluar parti.
Pada 4 Mac lalu, Afif meletak jawatannya sebagai Exco Kesihatan Pulau Pinang.
Peletakan jawatan itu berlaku selepas Afif menegaskan bahawa beliau akan kekal dalam parti dan komited kepada Pakatan Harapan (PH) yang memenangi mandat untuk mentadbir Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.
ARTIKEL berkaitan : Dr Afif sedia jadi wakil rakyat Bersatu
SH
The post PKR belum terima pemakluman rasmi Dr Afif appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/06/25/pkr-belum-terima-pemakluman-rasmi-dr-afif/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pkr-belum-terima-pemakluman-rasmi-dr-afif

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Afif Tinggalkan Pkr Kini Wakil Bersatu

Afif Tinggalkan Pkr Kini Wakil Bersatu

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 1894 hits
Afif kini wakil Bersatu dalam DUN Pulau Pinang Anggota Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya Dr Afif Bahardin akan duduk sebagai wakil Bersatu dalam sidang dewan hujung tahun ini Keputusan itu dibuat selepas beliau diletakkan di bangku pemban...
Miris 18 Abk Indonesia Belum Terima Gaji 20 Bulan Kerja Di Kapal China

Miris 18 Abk Indonesia Belum Terima Gaji 20 Bulan Kerja Di Kapal China

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 331 hits
Ketidakadilan bagi Anak Buah Kapal asal Indonesia yang bekerja di kapal asing kembali terjadi Kali ini sebanyak 18 ABK yang bekerja di Kapal Fu Yuan Yu 7883 milik China tidak menerima gaji selama 20 bulan berlayar Kisah ini disampaikan oleh...
Afif Sah Sertai Bersatu Tinggalkan Pkr

Afif Sah Sertai Bersatu Tinggalkan Pkr

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 298 hits
by on 6 24 2020 12 06 00 PmAnggota Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya Dr Afif Bahardin membuat keputusan meninggalkan PKR dan menyertai Bersatu Keputusan itu dibuat selepas beliau diletakkan di bangku pembangkang pada sesi persidangan Dewa...
Dr Afif Keluar Pkr Sertai Bersatu

Dr Afif Keluar Pkr Sertai Bersatu

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 367 hits
Adun Seberang Jaya Dr Afif Bahardin yang digantung keanggotaannya dari PKR Mei lalu menyertai parti Pribumi Bersatu Malaysia Bekas Timbalan Ketua Pemuda PKR itu membuat keputusan meninggalkan PKR selepas tiga bulan dikenakan tindakan gantun...
Pkr Wajar Keluar Kata Pemimpin Pemuda Selepas Rakan Ph Desak Terima Atuk

Pkr Wajar Keluar Kata Pemimpin Pemuda Selepas Rakan Ph Desak Terima Atuk

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 385 hits
June 18 2020 11 11 AMPETALING JAYA Seorang pemimpin Pemuda PKR berkata partinya wajar keluar Pakatan Harapan dikatakan kerana rakan PH mendesak partinya terima Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri sekiranya gabungan itu membent...
Rasmi Pkr Tolak Mahathir Sebagai Calon Pm

Rasmi Pkr Tolak Mahathir Sebagai Calon Pm

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 429 hits
Pemimpin pemimpin pusat dan anggota parlimen PKR menolak Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri sekali lagi Perkara itu disuarakan dalam kenyataan mereka sebentar tadi selepas mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat dan anggota parl...
Lagi Pergolakan Dalaman Pkr Adun Sungai Acheh Sahkan Berjumpa Afif

Lagi Pergolakan Dalaman Pkr Adun Sungai Acheh Sahkan Berjumpa Afif

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 408 hits
Adun Sungai Acheh Zulkifli Ibrahim mengesahkan beliau menghadiri mesyuarat bersama anggota PKR yang digantung keanggotaannya ketika ini Dr Afif Bahardin semalam Ketika dihubungi Zulkifli memberitahu mesyuarat tersebut turut melibatkan beber...
Tips Design Kotak Packaging Ayam Goreng Yang Viral Di Media Sosial

Having A Strong Company Culture

Pasukan Malaysia Berjaya Meraih Dua Pingat Gangsa Dalam International Physics Olympiad 2025

Buasir Otak Tv Bos Marah Bila Minta Laporan Be Like

Rafizi Maklumat Dah Cukup Untuk Sprm Siasat Farhash

Web Design Company Selangor Build A Website That Works For Your Business

Thee Bold Stories Pilihan Beg Travel Untuk Pengembara Moden

Bukan Guru Biasa Bila Rasa Kagum Jadi Cemburu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Small Parties Risk Being Tied To Pn In Opposition Front

Police Beef Up Presence Ahead Of Turun Anwar Rally In Kl

Garuda Muda Lolos Ke Final Indonesia U 23 Taklukkan Thailand Lewat Adu Penalti Di Gbk

Lelaki Hebat Harus Bagaimana

From Data To Decisions How Artificial Intelligence Is Transforming Digital Marketing Strategies

Akaun X Kena Hacked Setel Dalam Masa 8 Jam