Rasmi Pkr Tolak Mahathir Sebagai Calon Pm



(Malaysiakini) – Pemimpin-pemimpin pusat dan anggota parlimen PKR menolak Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri sekali lagi.
Perkara itu disuarakan dalam kenyataan mereka sebentar tadi, selepas mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan anggota parlimen PKR di atas talian pagi ini.
“Walau bagaimanapun, parti memutuskan untuk tidak menyokong cadangan mencalonkan Tun Dr Mahathir sebagai perdana menteri, dan kekal dengan konsensus Pakatan Harapan mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri,” katanya.
Bagaimanapun, parti itu terbuka untuk berbincang dengan semua pihak termasuk Dr Mahathir “demi usaha menyelamatkan Malaysia dan mengembalikan mandat rakyat ke tempatnya”.
Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke sebelum ini menggesa PKR menyatakan pendirian berhubung tawaran kombinasi Dr Mahathir sebagai perdana menteri dan Anwar sebagai timbalan perdana menteri seperti dibincang dalam mesyuarat PH Plus.
PH Plus merupakan nama yang kini digunakan merujuk gabungan PKR, Amanah DAP dan Mahathir dan penyokongnya, serta Warisan.
Dr Mahathir sebelum ini dikatakan mencadangkan agar beliau diberi enam bulan untuk memimpin sebagai perdana menteri sebelum menyerahkannya kepada Anwar.
Menurut Loke, cadangan itu diterima oleh DAP dan Amanah.
Bagaimanapun, cadangan itu tidak disenangi oleh PKR yang mendakwa bahawa bekas perdana menteri itu sebagai tidak konsisten dalam konsensus sebelum ini, yang menetapkan Mahathir perlu menyerahkan jawatannya kepada Anwar selepas dua tahun ketika kerajaan PH mengambil alih pentadbiran pada 2018.
Kerajaan PH hanya mampu bertahan selama 22 bulan, selepas Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin membawa Bersatu keluar PH, selain bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan penyokongnya yang turut mengambil langkah sama.
Sementara itu, PKR juga memberitahu bahawa parti itu terus komited bersama dalam gabungan PH.
“PKR komited untuk terus mengukuhkan PH, dan akan meneruskan usaha menggembleng tenaga dari semua pihak yang sefahaman untuk mengembalikan mandat rakyat ke tempatnya dalam masa terdekat.
“Pada masa yang sama PKR akan terus menumpukan tenaga dan bersiap siaga menghadapi pilihan raya umum mengejut yang mungkin dipanggil pada bila-bila masa,” kata kenyataan itu lagi.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/06/19/rasmi-pkr-tolak-mahathir-sebagai-calon-pm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkr Sebulat Suara Tolak Tun Mahathir Sebagai Calon Perdana Menteri Sekali Lagi

Pkr Sebulat Suara Tolak Tun Mahathir Sebagai Calon Perdana Menteri Sekali Lagi

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 460 hits
PKR tetap mahu Anwar menjadi calon PM Rasmi PKR tolak Mahathir sebagai calon PM Pemimpin pemimpin pusat dan anggota parlimen PKR menolak Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri sekali lagi Perkara itu disuarakan dalam kenyataan me...
Pemuda Pkr Tidak Sokong Dr M Sebagai Calon Perdana Menteri

Pemuda Pkr Tidak Sokong Dr M Sebagai Calon Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 478 hits
June 18 2020 8 25 PMKetua Pemuda PKR Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata badan itu hilang kepercayaan terhadap kemimpinan Dr Mahathir Mohamad JOHOR BAHRU Pemuda PKR hari ini berkata ia tidak akan menyokong Dr Mahathir Mohamad sebagai calon p...
Pakatan Harapan Plus Mahu Mahathir Sebagai Calon Pm

Pakatan Harapan Plus Mahu Mahathir Sebagai Calon Pm

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 450 hits
Calon perdana menteri PH dah disepakati kata Marzuki Pakatan Harapan dan sekutunya yang digelar sebagai PH plus dikatakan mencapai persetujuan bersama berhubung calon perdana menteri mereka Hal itu disahkah salah seorang pemimpin Bersatu Ma...
Pemuda Pkr Tolak Hujah Maszlee Tetap Mahu Anwar Sebagai Pm

Pemuda Pkr Tolak Hujah Maszlee Tetap Mahu Anwar Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 417 hits
PETALING JAYA Selepas Maszlee Malik melabel jawatan perdana menteri ke 9 bukan hak mutlak Anwar Ibrahim jika gabungan pembangkang kembali menerajui Putrajaya Pemuda PKR tampil menepis hujah tersebut Setiausaha sayap PKR itu Ahmad Syukri Che...
Dpc Pdip Solo Tolak Surat Pengunduran Diri Purnomo Sebagai Bakal Calon Wali Kota

Dpc Pdip Solo Tolak Surat Pengunduran Diri Purnomo Sebagai Bakal Calon Wali Kota

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 281 hits
DPC PDIP Solo menolak pengunduran diri Achmad Purnomo dari bakal calon Wali Kota Solo pada pilkada 9 Desember mendatang
Tolak Mahathir Jadi Pm Pkr Balas Dendam

Tolak Mahathir Jadi Pm Pkr Balas Dendam

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 324 hits
Mahathir Mohamad bersama Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng PARTI Keadilan Rakyat memutuskan untuk tidak menyokong Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sebaliknya kekal dengan konsensus Pakatan Harapa...
Pkr Tetap Mahu Anwar Jadi Pm Tolak Dr Mahathir

Pkr Tetap Mahu Anwar Jadi Pm Tolak Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 376 hits
PKR tetap mahu Anwar jadi PM tolak Dr Mahathir Dikemas kini 34 minit yang lalu Diterbitkan pada 19 Jun 2020 2 30PM
Pkr Tidak Bertanding Calon Bebas Mungkin Isi Kekosongan

Pkr Tidak Bertanding Calon Bebas Mungkin Isi Kekosongan

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 356 hits
WFAUZDIN NS Keputusan Keadilan Pusat untuk tidak turut serta di dalam PRK N23 Chini sebenarnya banyak mengecewakan para penyokong PH khususnya Keadilan sendiri Walaupun MPN Keadilan Pahang sejak awal lagi menyatakan kesediaan untuk bertandi...
Lirik Lagu Malaysia Madani Rakyat Disantuni Dato Sri Siti Nurhaliza

Anwar Malaysia Airline S 30 Boeing Aircraft Deal A Sign Of Recovery

Jurutera Rugi Hampir Suku Juta Terpedaya Skim Pelaburan Tidak Wujud

Usno Chief Switches To Support Grs Ph Alliance

Buasir Otak Tv Buah Apa Boleh Kunci Pagar Be Like

Blog Ini Adalah Luahanku

Sydney Masai Mara Ke Kejohanan Dunia

Panduan Semakan Wang Yang Tidak Dituntut Online


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Family Day 2025 Momen Indah Bersama Keluarga Pokdin Tersayang

Sambal Tumis Sotong Di London Dan Bab Dukacita

Iffah Keutamaan Dan Jenis Jenisnya

Penghalang Penghalang Keberkahan

Senarai Kursus Tvet 2025 Terkini

Huawei Pura 80 Series The Photography Powerhouse Now Available In Malaysia