Pkr Wajar Keluar Kata Pemimpin Pemuda Selepas Rakan Ph Desak Terima Atuk


Faiz Zainudin
-June 18, 2020 11:11 AM


PETALING JAYA: Seorang pemimpin Pemuda PKR berkata partinya wajar keluar Pakatan Harapan, dikatakan kerana “rakan PH” mendesak partinya terima Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri sekiranya gabungan itu membentuk kerajaan.

Setiausaha Ahmad Syukri Abd Razab berkata rakan sama nampaknya “lebih berselera” mengangkat Mahathir daripada presidennya, Anwar Ibrahim, pilihan pertama PH sebelum ini.

“Pakatan Harapan sudah tiada nilainya lagi. Mengembalikan mandat rakyat sekadar alasan. Sedangkan dalam mandat 22 bulan yang lepas tak banyak pun yang mereka buat,” katanya di Facebook.

Syukri menarik perhatian kepada pembentukan Kabinet Mahathir, mengatakan mereka berdiam diri apabila pemimpin PKR, Rafizi Ramli membantah banyak jawatan menteri daripada PKR diberi kepada pengikut Azmin Ali, sedangkan kumpulan itu tidak setuju pun dengan penubuhan PH.

“Tak seorang pun yang menegur ‘atuk’ kerana memilih geng khianat,” katanya. “Sekarang rakan-rakan yang sama mendesak PKR untuk sekali lagi menerima atuk sebagai perdana menteri.”

Syukri berkata ketika itu ramai menuduh Rafizi “gila jawatan” dan individu penting dalam partinya yang mengerakkan penubuhan PH “diketepikan begitu sahaja”.

“PKR wajar tinggalkan PH. Serahkan PH kepada Amanah, DAP, dan atuk.”

Syukri dihubungi FMT untuk mengulas lanjut kenyataannya, yang dibuat atas kapasiti peribadi.

“Adalah tidak wajar mendesak PKR untuk menerima cadangan Mahathir sebagai PM kali ke-3 dalam keadaan PKR banyak terkesan dengan sikap dan perbuatan Mahathir,” katanya.

Syukri berkata Pemuda PKR faham mereka perlu mengambil alih kerajaan, tetapi khuatir kesilapan pentadbiran PH yang lalu akan berulang jika Mahathir dipilih sebagai perdana menteri.

“Tempoh 22 bulan yang PH gagal manfaatkan untuk tunaikan manifesto dan janji kepada rakyat,” katanya.

“Tetapi terpulang kepada DAP, Amanah dan kumpulan Mahathir jika mereka mahu terus membentuk kerajaan tanpa PKR sekiranya mereka memiliki bilangan sokongan yang mencukupi,” katanya.

Sebelum ini FMT melaporkan Pakatan Harapan bersedia mengembalikan Mahathir sebagai calon perdana menteri, tetapi kali ini dengan Anwar sebagai timbalannya, walaupun kedua-dua pemimpin itu bergelut menunjukkan mereka mempunyai majoriti sokongan ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

PH dikatakan bersetuju Mahathir akan berkhidmat “sehingga akhir tahun”, dengan satu perjanjian “hitam putih” ditandatangani untuk menyerahkan kuasa kepada Anwar.

Keputusan memilih Mahathir tidak disenangi penyokong kuat Anwar, kerana Mahathir “memungkiri janji” untuk menamakan Anwar sebagai penggantinya ketika PH berkuasa selama 22 bulan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/06/pkr-wajar-keluar-kata-pemimpin-pemuda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Jaminan Dr M Takkan Kembali Bersama Pengkhianat Kata Pemimpin Pemuda Pkr

Tiada Jaminan Dr M Takkan Kembali Bersama Pengkhianat Kata Pemimpin Pemuda Pkr

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 275 hits
Seorang pemimpin Pemuda PKR mencabar dakwaan Dr Mahathir Mohamad mempunyai lebih banyak sokongan ahli Parlimen berbanding Anwar Ibrahim ketika gabungan itu yang berusaha kembali berkuasa masih bergelut dengan isu calon perdana menteri Naib ...
Dr Daroyah Alwi Bawa 35 Pemimpin Akar Umbi Keluar Pkr

Dr Daroyah Alwi Bawa 35 Pemimpin Akar Umbi Keluar Pkr

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 351 hits
DSHAH ALAM Timbalan Ketua Wanita PKR Pusat Dr Daroyah Alwi mengumumkan langkahnya keluar daripada parti itu berkuat kuasa serta merta hari ini Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sementa berkata statusnya dalam DUN Selangor kini ada...
Bekas Pemimpin Pkr Sabah Keluar Parti Dakwa 8 000 Ahli Akan Ikut Serta

Bekas Pemimpin Pkr Sabah Keluar Parti Dakwa 8 000 Ahli Akan Ikut Serta

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 370 hits
Bekas pengarah tugas tugas khas PKR Sabah Nani Sakam bercakap kepada pemberita di Putatan hari ini PUTATAN Sekumpulan 11 ahli PKR Sabah yang pernah memegang jawatan di peringkat negeri dan bahagian parti itu mengisytiharkan keluar parti har...
Kekallah Bersama Seru Pkr Sarawak Selepas Seruan Keluar Ph

Kekallah Bersama Seru Pkr Sarawak Selepas Seruan Keluar Ph

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 348 hits
June 19 2020 Ketua PKR Sarawak Larry Sng KUCHING Ketua PKR Sarawak Larry Sng berkata parti Pakatan Harapan harus bekerjasama demi kepentingan bersama untuk mengukuhkan kedudukan masing masing dan menyokong parti rakan Sekiranya kita bersend...
Selepas Keluar Pkr Ahli Parlimen Lubok Antu Jumpa Muhyiddin

Selepas Keluar Pkr Ahli Parlimen Lubok Antu Jumpa Muhyiddin

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 674 hits
June 6 2020 1 19 PMJugah Muyang menemui Muhyiddin Yassin di Seri Perdana pagi tadi dengan ditemani Azmin Ali serta Ali Biju PETALING JAYA Ahli Parlimen Lubok Antu Tambat Jugah anak Muyang yang meninggalkan PKR semalam menemui Muhyiddin Yass...
Pemuda Pkr Tolak Hujah Maszlee Tetap Mahu Anwar Sebagai Pm

Pemuda Pkr Tolak Hujah Maszlee Tetap Mahu Anwar Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 378 hits
PETALING JAYA Selepas Maszlee Malik melabel jawatan perdana menteri ke 9 bukan hak mutlak Anwar Ibrahim jika gabungan pembangkang kembali menerajui Putrajaya Pemuda PKR tampil menepis hujah tersebut Setiausaha sayap PKR itu Ahmad Syukri Che...
Saya Bukan Macai Kata Adun Pkr Sungai Acheh Pada Anwar Ibrahim

Saya Bukan Macai Kata Adun Pkr Sungai Acheh Pada Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 488 hits
Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Acheh Zulkifli Ibrahim menyifatkan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ahli politik yang tidak gentleman Ia ekoran pendedahan klip video dan gambar yang disebarkan di media sosial saat beliau meng...
Lagi Krisis Ph Giliran Ahli Parlimen Lubok Antu Keluar Pkr Umum Sokong Pn

Lagi Krisis Ph Giliran Ahli Parlimen Lubok Antu Keluar Pkr Umum Sokong Pn

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 336 hits
Kuala Lumpur Ahli Parlimen Lubok Antu Tambat Jugah anak Muyang yang mewakili PKR sebelum ini mengumumkan menyokong kerajaan Perikatan Nasional Katanya keputusan itu dibuat kerana kesal dengan permasalahan dalaman parti parti dalam dan bekas...
Dr M Jumpa Pemimpin Ph Warisan Pkr Diketepikan Saifuddin Nasution Enggan Ulas

Dr M Jumpa Pemimpin Ph Warisan Pkr Diketepikan Saifuddin Nasution Enggan Ulas

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 330 hits
Dr Mahathir Mohamad bertemu dengan beberapa pemimpin Pakatan Harapan tengah hari tadi Bagaimanapun tiada kelibat pemimpin PKR dilihat dalam pertemuan tersebut Pembantu bekas perdana menteri Adam Mukhriz Mohd Muhayeddin berkongsi gambar pert...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik