Pisang Goreng Rangup Yang Sedap



Saya mengambil kesempatan menulis di sini kerana ada seseorang yang bertanya kenapa saya memasak ketika bercuti sakit. Kalau saya boleh memasak, kenapa saya tidak boleh pergi ke pejabat. Atau membawa balik kerja dan membuat kerja dari rumah. 
Jawapan saya, saya diberi cuti sakit oleh doktor kerana saya tidak fit untuk bekerja. Semua orang yang ada ilmu berkenaan pembedahan kaki atau yang pernah mengalami kemalangan seperti saya yang telah menjalani pembedahan kaki tidak akan sekali sekali menanyakan soalan yang tidak ‘caring’ seperti itu. 

Bak kata doktor pakar yang merawat saya, bila kepala sakit, kita akan merasa seluruh badan sakit. Tapi sebab kaki sahaja yang sakit, kita merasa seolah orang yang sihat dan boleh pergi kerja. Hakikatnya kaki adalah anggota badan paling bawah yang paling lambat penyembuhannya kerana banyak digunakan dan perlu menampung berat badan. Kena jaga bagi pastikan ianya betul betul pulih supaya boleh berjalan seperti biasa. 
Sebetulnya saya hanya tolong mengacau ngacau di kuali sahaja. Semua bahan dan persediaan disediakan oleh pengasuh Ammar. Saya hanya duduk di bangku tinggi kerana saya tidak boleh berdiri lama atau banyak bergerak. Kalau berjalan, saya masih menggunakan tongkat. 

Tapi apakah andai kata saya tiada pembantu, maka saya tidak harus ke dapur. Tak perlu makan atau macam mana? Setahu saya, sebagai seorang ibu walau bagaimana sakit sekali pun, perlu memasak.  
Kaki saya perlu diangkat atau dilapik dengan bantal untuk mengurangkan bengkak. Ketika makan di dapur juga, saya perlu mengangkat kaki dan meletak di atas bangku lain. Tidur juga masih berlapikkan bantal yang sebenarnya amat tidak selesa. Jika tidak, kaki saya akan menjadi bengkak dan berdenyut. 
Saya masih solat dengan duduk di atas kerusi. Apa yang saya tulis, jika tidak betul, juga akan ada pertanggungjawapan. Sebetulnya orang yang bertanya akan faham selepas dia sendiri mengalami kemalangan seperti yang saya alami dan perlu menjalani pembedahan kaki. 
Cara supaya mengelakkan dari fitnah ialah selalu bersangka baik dengan orang lain. Bersangka baik yang saya juga stress jika hanya terbaring di bilik. Stress hanya mengadap lap top. Saya tidak boleh ke laman rumah, tidak boleh naik ke tingkat atas, tidak boleh ke shopping mall dsb. Jadi saya ke dapur untuk makan dan minum. Lagi pulak, saya dinasihatkan supaya bergerak sikit sikit bagi menggerakkan otot supaya perjalanan darah akan menjadi lancar.
Bergerak di rumah tidak sama dengan bergerak di pejabat. Tidak ada pari pari yang boleh mengambil air minuman saya di pejabat. Atau mengambil air untuk basuhan tangan selepas makan. Atau tandas di pejabat bukan terletak 4 langkah dari katil saya. Sehingga sekarang hampir dua bulan saya tidak naik ke bilik tidur saya di tingkat atas. Saya hanya tidur di bilik kecil di tingkat bawah bagi memudahkan pergerakan.  
Apa apa pun, dosa saya hanya saya yang perlu tanggung jika saya berhutang dengan pejabat atau dikatakan seolah makan gaji buta. Doktor yang memberi cuti sakit juga adalah doktor Islam yang juga menjalankan tugas berlandaskan professional, amanah dan tanggungjawab. Memang aturannya sebegitu, bila kita sakit, pasti ada orang lain yang akan cover kerja kita. 
OK cukuplah dahulu penjelasan saya dan semoga siapa yang membacanya tidak lagi terlibat dengan fitnah dengan anggapan yang bukan bukan terhadap saya. Sekarang kita sentuh sedikit bab masakan. 

Hari ini saya mencuba pisang goreng rangup dengan menggunakan adunan mengikut yang dikongsi dalam youtube Kak Ida’s Kitchen. Memang sangat rangup dan sedap. Bila dimakan, ianya akan berbunyi krup krap krup krap. 

Saya syorkan anda mencubanya. Kalau dalam entri sebelum ini di SINI, saya menyediakan adunan tepung ikut cara sendiri tapi kali ini memang ikut resepi dari Kak Ida’s Kitchen. 

Haa sebelum membawang pasal saya, nak saya beritahu yang menggoreng pisang hari ini adalah pengasuh Ammar. Saya hanya bagi arahan, masuk bahan apa, berapa sukatan dsb. Beliau yang membancuh, beliau yang memasuk ke dalam kuali dan membalik balik dsb. 
Saya hanya duduk sambil memegang kamera dan handphone sahaja. Melihat dan mengajar apa patut. Itu sahaja. Jadi tak perlu nak dapat dosa kering dengan beranggapan yang bukan bukan.

Jom kita layan resepi dari melayan mak cik Bawang. Boleh tengok video di Azie Kitchen youtube channel di SINI untuk melihat sendiri bagaimana ianya disediakan. Selamat mencuba...

Pisang Goreng Rangup Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:Pisang - hiris nipis 4-52 cawan tepung beras4 sudu besar tepung jagung/tepung ubiSedikit serbuk kunyit/pewarna kuning 1/2 sudu kecil baking powder 1 biji telur 1/2 sudu kecil garam300 ml air atau secukupnya. 
Cara cara:Satukan semua bahan di atas kecuali pisang. Masukkan air  secukupnya dan kacau sebati. Adunan mestilah cair sekadar melekat tepung di pisang. 

Bahagikan adunan tepung kepada 2 bahagian. Satu bahagian untuk celup pisang dan satu bahagian untuk dijadikan adunan tepung cair. 

Celup pisang yang telah dihiris nipis dalam satu bahagian dan goreng seperti biasa sehingga separuh masak.


Kemudian masukkan sedikit air ke dalam satu bahagian lagi bagi menjadikan adunan yang lebih cair. 
Angkat sedikit tinggi dan curah adunan cair ke atas pisang yang sedang digoreng sehingga kekuningan. Tepung cair akan melekat atas pisang goreng dan akan kelihatan menarik. 

Kemudian dikacau dan dibalik balikkan sehingga garing di kedua dua permukaan. 



Bolehlah diangkat dan dihidangkan ketika panas panas. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2018/12/pisang-goreng-rangup-yang-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Buat Bawang Goreng Lebih Rangup Dan Tahan Lama

Resipi Buat Bawang Goreng Lebih Rangup Dan Tahan Lama

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 414 hits
Bawang goreng selalu kita buat sebagai pelengkap pada hidangan Tak lengkap rasanya kalau buat sup tak ada bawang goreng Kalau buat nasi minyak pun mesti letak bawang goreng Selain menambah selera aroma pun semakin wangi Hari ini RASA kongsi...
Maggi Kari Goreng Sayuran Yang Sedap

Maggi Kari Goreng Sayuran Yang Sedap

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 846 hits
Saya pasti anda masih ingat bila saya muncul dalam iklan Mi Maggi Kari Goreng Dengan 2 resepi iaitu Mi Maggi Goreng Daun Limau Purut dan Mi Maggi Goreng dengan Cendawan Hitam Boleh klik entri di Video penyediaannya di dan di Kedua duanya ad...
Cara Buat Kulit Karipap Sedap Kekal Rangup Hingga Ke Malam

Cara Buat Kulit Karipap Sedap Kekal Rangup Hingga Ke Malam

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 596 hits
Nak belajar buat kulit karipap Dalam penghasilan karipap doh adalah bahagian yang paling penting Jika kulit karipap tersebut rangup rapuh dan enak memang sedaplah kuih tersebut Tak puas makan Jadi bagi anda yang nak belajar cara cara buat k...
Koleksi 4 Resipi Nasi Goreng Sedap Terangkat Guna Bahan Penambat Selera Apa Rahsianya

Koleksi 4 Resipi Nasi Goreng Sedap Terangkat Guna Bahan Penambat Selera Apa Rahsianya

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 883 hits
Mak mak kita dulu suka masak nasi goreng sebab nak menyelamatkan nasi sejuk daripada terbiar basi Selalunya mak akan masak nasi goreng menggunakan lebihan nasi malam tadi Kalau mak masak mesti sedap walaupun campak campak je kan Hari ini RA...
Idea Masak Cepat Sedap Boleh Cuba Daging Goreng Serai Ni

Idea Masak Cepat Sedap Boleh Cuba Daging Goreng Serai Ni

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 451 hits
Orang sekarang kalau makan nak sedap pastu tu kalau boleh tak mahu lama di dapur Jawapanhya kenalah pilih menu ekspres seperti Daging Goreng Serai ni Menu sempoi yang anda semua boleh sediakan tak lebih dari 15 minit Sambil tunggu nasi masa...
Pisang Kebatu Goreng Garing

Pisang Kebatu Goreng Garing

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 682 hits
Saya belajar cara cara menyediakan Pisang Goreng Rangup dari youtube Kak Ida Style Tertarik dengan cara beliau menyebabkan saya dan Pengasuh Ammar ingin mencuba menggoreng pisang kebatu yang kebetulan baru masak Sebetulnya agak lama saya me...
Terung Goreng Berlado Simple Dan Sedap

Terung Goreng Berlado Simple Dan Sedap

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 786 hits
Kebetulan semasa bercuti sakit ini kami mengambil kesempatan untuk membaiki kerosakan rumah yang melibatkan banyak hacking di sana sini Jadi rumah agak berhabuk dan perabut terpaksa dialih Ianya sebagai persediaan majlis akikah cucunda saya...
Goreng Pisang Sambal Kicap

Goreng Pisang Sambal Kicap

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 599 hits
Salam isnin yang panas buat kawan2 semua semuga semuanya sihat2 saja disamping keluarga ya apa hidangan untuk minum petang buat keluarga tersayang kalau belum ade menu boleh lah buat goreng pisang tanduk macam kak rose ni dan yang paling su...
10 Resepi Simple Telur Ayam Telur Puyuh Sedap Dan Mudah Dimasak

10 Resepi Simple Telur Ayam Telur Puyuh Sedap Dan Mudah Dimasak

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 1214 hits
10 Resepi Simple Telur Sedap dan Mudah Dimasak Telur dan saya berpisah tiada Ehh Maksud saya saya suka sangattt dengan masakan telur hee Tak kisah lah walaupun sekadar telur dadar atau telur mata kerbau ka memang favorite Sedap dimakan deng...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation