Asam Pedas Melaka Ikan Pari Dan Tanda Kiamat




Hari ini saya ingin kongsikan tanda tanda kiamat petikan dari video Tokku Pasir Gudang. Tanda kiamat yang ke 68 ialah dekatnya pasar. Tanda kiamat yang disebut ulamak maksud pasar berdekatan ada 3 makna. Pertama, pengetahuan mengenai harga barang sebelum kita ke pasar.  Hari ini kita dah tahu harga terlebih dahulu samada naik atau turun dengan cepat tanpa kita perlu pergi ke pasar terlebih dahulu, kedua maksudnya ialah cepatnya untuk kita ke pasar kerana adanya kenderaan yang moden. Cepat jer sampai sebab ada pengangkutan yang mudah kita ke pasar. 
Ketiga,  memang pasar itu begitu berdekatan. Harga nya berdekatan antara satu kedai dengan kedai lain. Pendapat jelas untk menunjukkan kenderaan baru dan sistem bandar yang baru. Kalau dulu nak jamak qasar kena keluar dari bandar. Tapi seakrang taman perumahan itu sendiri sudah seperti bandar yang menpunyai pelbagai kemudahan asas seperti bank, pos, hardware dsb. Ini juga tanda kiamat iaitu manusia sibuk dengan kerjaya dan perniagaan. 
Tanda kiamat yang ke 69 umat Islam akan diratah di mana mana pun. Hadis Nabi menyebut, hampirlah kamu umat lain mengeliling kamu sebagaimana tukang makan mengelilingi makanannya. Bila ditanya pada Rasulullah, adakah kita sedikit sehingga dikelilingi orang ramai. Rasulullah menjawab, kamu ramai tapi kamu seperti buih. Kamu ramai tapi tak kuat. Musuh kamu tak lagi takut kepada kamu. 
Kamu ditimpa pula penyakit wahan iaitu cinta dunia dan takut mati. Padaha mita diajar cinta akhirat dan berani mati. Mati kita bererti bertemu Allah, mati kita bererti masuk syurga. Mati bagi orang beriman bererti rehat tapi kita takut untuk mati. Seolah olah kita rasa hidup di dunia lebih hebat dari mati. Hidup di dunia, apa yang hebatnya. Banyak larangan, banyak ujian, kita tak ada apa apa pun. Beli rumah kena bayar cukai tanah, kena bayar cukai pintu. Beli kereta kena bayar lesen, kena bayar road tax dsb. Mana yang milik kita? Urusan dunia adalah satu benda yang tak pernah habis dari kepenatan. 
Orang kafir tak ada alternatif, mereka cuma ada dunia. Ilmu mereka setakat situ sahaja. Mereka cuma tahu kehidupan dunia, tak tahu ada kehidupan akhirat. Kita orang beriman, kita tahu kehidupan akhirat. Mati kita adalah perpindahan alam abadi yang lebih baik. Sehingga Rasulullah kata bila mati orang beriman sahabat kita yang meninggal telah berehat dari kepenatan dunia. Kita masih bergelut dengan kepenatan dunia. Sepatutnya orang beriman tak takut akan mati. 
Rasulullah menceritakan tanda kiamat adalah umat Islam akan diratah. Kita dapat melihat dengan jelas bila jatuhnya kerajaan Islam. Kerajaan Islam yang lemah kemudian membentuk kekuatan di Kota Madinah sehingga menjadi ketakutan pada orang kafir. Tapi ianya mula berubah, jatuhnya kerajan Utthmaniyah sekitar tahun 24 dan mereka rekrut orang Islam untuk meruntuh Islam dari dalam. 
Datang tokoh tertentu untuk mengekang pengaruh Islam. Umat Islam di jajah seperti Libya dijajah oleh Itali, Algeria dijajah Peranchis 1932-1962. Morocco oleh Peranchis dan Itali di mana merdeka tahun 1956. Tunisia dijajah oleh Peranchis. Banyak negara Islam dijajah oleh orang kafir. Iraq dijajah oleh Britain. Palestine dijajah dan kemudian diberi kepada Yahudi pada tahun 1947. Mereka meratah dengan mudah tanpa perlawanan. 
Kita di Malaysia dijajah oleh Portugis dan kemudian Belanda. Kemudian 1945 datang pula Britain, Jepun. Umat Islam diambil satu persatu tanpa perlawanan. Akhirya apa yang disebut oleh Rasulullah ialah musuh tidak lagi takutkan Islam dan orang Islam pula cintakan dunia. Akhirnya penguasa sanggup melepaskan untuk mendapat bayaran tertentu. Ini juga yang terjadi di Palestine. Kalau ada perlawanan, hanya lah gigitan semut yang tidak sakit. 
Kem tentera Amerika di Timur Tengah cukup banyak untuk memperkukuhkan pengaruh kerana pemimpin boleh dibeli. Amerika proksi Yahudi.  Semua takut dan akur selepas diugut dengan cukai oleh Amerika sahaja. Semua terpaksa menerima kunjungan Donald Trumph. Tak ada win win dengan orang kafir, kita hanya melukut di tepi gantang. Ini senario yang disebut oleh Rasulullah. Setakat ini dahulu, semoga bermanafaat untuk kita membuat persediaan.

Resepi yang saya ingin kongsikan hari ini ialah asam pedas Melaka tapi kali ini menggunakan ikan pari. Sangat sedap ikan pari ini. Selain segar, ianya juga lembut. Ada jenis ikan pari yang keras dan akan menggeleding bila dimasak. Yang tu, tak sedap. Boleh klik entri yang saya buat sebelum ini di SINI. 
Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...


Asam Pedas Melaka Ikan PariOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 kg ikan pari 4 ulas bawang putih - ketuk pecah30-50 gram + 200 ml1 batang serai Daun kesum10 batang daun bendi 1 ½ - 2 sudu kecil garam kasar450 ml air¾ cawan minyak 
Bahan tumbuk:10 biji bawang merah 4 sudu besar cili kering kisar1 inci kunyit hidup2-3 biji buah keras
Cara cara:Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan serai hingga wangi. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga garing. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga benar benar garing dan terbit minyak. 
Masukkan sedikit garam dan air asam jawa. Kacau rata. Masukkan separuh dari daun kesum. 
Masukkan air dan setelah mendidih, masukkan ikan. Masukkan air secukupnya. Masukkan baki garam dan kacau rata. 
Setelah mendidih dan ikan masak, masukkan kacang bendi dan baki daun kesum. Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2025/12/asam-pedas-melaka-ikan-pari-dan-tanda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Asam Pedas Melaka Asli

Resepi Asam Pedas Melaka Asli

papar berkaitan - pada 16/12/2025 - jumlah : 102 hits
ASAM PEDAS MELAKA ASLIBahan bahan 4 ketul ikan pari parang tenggiri 3 biji bawang merah1 biji bawang putih2 cm halia1 mangkuk cili kering kisar boleh letak lebih3 cm belacan Liza guna 1cm je2 cm kunyit hidup1 sudu besar lada hitam3 batang s...
Makan Asam Pedas Ikan Merah Tiba Tiba Orang Belanja

Makan Asam Pedas Ikan Merah Tiba Tiba Orang Belanja

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 173 hits
Assalamualaikum WBTSABTU 22 November 2025Pagi tu kami bersarapan mee goreng Mee goreng tu Sk tapau dari kantin dan bawa balik rumah Tujuannya bila bila PI kata lapar malam malam bolehlah dipanaskan tapi yang peliknya kalau ada makanan kat r...
Sauk Ikan Di Karnival Sekolah

Sauk Ikan Di Karnival Sekolah

papar berkaitan - pada 14/12/2025 - jumlah : 126 hits
Assalamualaikum Ini kisah semalam si kecil ni merengek nak ke Karnival sekolah dia semata mata nak sauk ikan Karnival tu berjalan bermula dari pagi hingga ke petang tapi dia mula merengek nak ke sana sejak 7 pagi grrr geram ui Setelah dia s...
Isi Ikan Goreng Tepung Cicah Dengan Sos Lemon Putih

Isi Ikan Goreng Tepung Cicah Dengan Sos Lemon Putih

papar berkaitan - pada 14/12/2025 - jumlah : 173 hits
Isi Ikan Goreng Tepung Cicah Dengan Sos Lemon Putih Aduh tajuk pun ikut apa yang terlintas di kepala saja Banyak sangat nak cerita tapi selalu tertinggal untuk update kat sini Kadang kadang teringin nak makan yang lain daripada kebiasaan Ta...
Resepi Masak Cuka Ikan Tenggiri

Resepi Masak Cuka Ikan Tenggiri

papar berkaitan - pada 12/12/2025 - jumlah : 155 hits
Masak cuka ikan tenggiriBahan bahan 2 3 ketul isi ikan ketul 10 ulas bawang kechik 5 ulas bawang putih6 biji Cili padi1 camca biji sawi sikit halia2 camca Cuka makanGaram gula secukup rasaSikit minyak untuk menumih Cara cara Ikan digaul sik...
Manfaat Lemak Ikan Untuk Kesihatan Mengapa Anda Tidak Perlu Takut

Manfaat Lemak Ikan Untuk Kesihatan Mengapa Anda Tidak Perlu Takut

papar berkaitan - pada 15/12/2025 - jumlah : 146 hits
Ramai individu merasa takut apabila melihat ikan berminyak atau berlemak Namun lemak dari ikan tertentu adalah yang dicari oleh tubuh kita terutamanya omega 3 Kenapa ia penting Omega 3 merupakan komponen yang digunakan oleh tubuh untuk memb...
Confirm Tak Lemau Ini Cara Kekalkan Kerangupan Ikan Bilis Goreng

Confirm Tak Lemau Ini Cara Kekalkan Kerangupan Ikan Bilis Goreng

papar berkaitan - pada 13/12/2025 - jumlah : 183 hits
Confirm Tak Lemau Ini Cara Kekalkan Kerangupan Ikan Bilis Goreng Tidak dinafikan ikan bilis merupakan salah satu pelengkap untuk setiap juadah atau bahan tambahan yang ada dalam beberapa hidangan Malah hidangan kosong seperti bubur nasi jug...
Remaja Menjala Ikan Dalam Banjir Ditemui Lemas

Remaja Menjala Ikan Dalam Banjir Ditemui Lemas

papar berkaitan - pada 19/12/2025 - jumlah : 39 hits
Hazira Ahmad ZaidiKUALA KRAI Remaja lelaki yang hilang selepas tong drum yang dijadikan perahu terbalik ketika menjala ikan di kawasan kebun getah dinaiki air berhampiran Masjid Mukim Pemberian Al Mahdi di sini ditemui lemas hari ini Mayat ...
Checklist Awal Tahun 2026 Perkara Penting Ramai Terlepas Pandang

Seramai 2 603 Orang Mangsa Daripada 8 104 Keluarga Berada Di 68 Pusat Pemindahan Sementara Di Pahang Setakat Pagi Ini

Dbkl Reforms Kampung Baru And Pardons Yeoh S New Job Pressures

T10c10 Kenapa Tunggang Motosikal

Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Air Kelihatan Bersih Tetapi Tidak Semestinya Selamat Isu Ppcps Dan Penyelesaian Lestari

Malaysia Rekod 198 992 Kematian Pada 2024 Ischaemic Heart Diseases Punca Utama

Emas Kembali Ke Pangkuan Negara Trio Juwaidi Aqil Dan Aiman Cipta Detik Gemilang


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Alahai Blog Tak Boleh Follow Ini Yang Saya Buat

Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Kenapa Tangan Kita Tiba Tiba Terjadi Lebam Tanpa Sebab

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah