Terung Goreng Berlado Simple Dan Sedap



Kebetulan semasa bercuti sakit ini, kami mengambil kesempatan untuk membaiki kerosakan rumah yang melibatkan banyak hacking di sana sini. Jadi rumah agak berhabuk dan perabut terpaksa dialih. Ianya sebagai persediaan majlis akikah cucunda saya tidak lama lagi.

Ketika berehat dan berbaring di sofa di ruang tamu rumah saya yang sunyi, fikiran saya kembali kepada 11 tahun yang lalu ketika kami mula membina sendiri rumah ini. Mencari barang di merata tempat termasuk luar negara. Membeli barang di Indonesia, Thailand, US dan Mesir. Membina tanpa menpunyai kepakaran dalam pembinaan. Yang ada ketika itu, hanyalah keyakinan bahawa saya mampu melakukannya.

Kerana itu jugalah, maka semasa membina rumah ini, kami banyak ditipu. Piping untuk 14 aircond di keseluruhan ruang rumah memberi masalah satu persatu selepas kontraktor Cina yang memasangnya menipu bila memasang pipe plastik yang menyerupai copper. Akibatnya pipe aircond bocor. 

Untuk membaikinya kini, bukan mudah kerana kesemua piping ditanam di dalam dinding.  Kadang saya terfikir, siapa pun mereka, agama apa pun mereka, tidak kah mereka terfikir kesusahan atas perbuatan mereka ke atas kami. 

Semua orang bercita cita untuk mendiami rumah besar. Begitu juga dengan saya suatu ketika dahulu. Namun terfikir apa yang saya miliki hari ini adalah sesuatu yang tidak saya fikir akan menjadi kenyataan. Malahan apa yang saya miliki hari ini semata mata kurniaan Allah. Bukan kerana kelebihan saya. 

Mendiami rumah besar bukan lah semuanya indah. Kos penyelenggaraan sangat tinggi. Bayangkan pelbagai masalah yang perlu diperbetulkan terutama kerja kerja yang ditipu atau yang tidak dibuat dengan sempurna ketika pembinaan. Antaranya selain aircond, ialah paip air yang bocor serta atap yang sentiasa memberi masalah.   

Saya sekarang dalam proses untuk mengurangkan perbelanjaan domestik kerana apabila saya bersara dan tidak lagi bekerja, bagaimana untuk membiayai kos dan bil yang tinggi. 

Apa yang saya buat hari ini adalah membaiki kerosakan tanpa membuat penambahan. Selepas balik dari percutian nanti, kami akan mula membaiki pula kolam ikan yang telah sekian lama bocor. Diharapkan selepas ini, tiada lagi kerosakan besar yang menelan belanja yang mahal. Saya ingin menghabiskan hari hari persaraan saya dengan aktiviti bertaman selain memasak. Cukuplah dahulu bab rumah, kini masuk sedikit bab masakan.

Terung goreng berlado adalah salah satu dari masakan kegemaran saya. Saya boleh menghabiskan satu pinggan besar seorang diri. Kalau terung, inilah masakan yang selalu saya sediakan selain dari pajeri terung. Terung goreng berlado hari ini adalah versi simple sahaja. Jika suka, boleh masukkan ikan bilis atau udang kering. Tapi saya suka yang biasa seperti ini. 
Jom layan resepi yang saya kongsikan di bawah ini. Selamat mencuba...


Terung Goreng BerladoOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:3-4 biji terungGaramGula
Bahan kisar:4 tangkai cili merah5 tangkai cili padi3 ulas bawang merah3 ulas bawang putih1 biji buah tomato
Cara cara:Terung yang telah dipotong direndam dengam sedikit air garam seketika. Tos dan goreng seketika. Angkat dan ketepikan. 


Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar sehingga masak dan naik bau. 


Masukkan garam dan gula secukupnya. Jika kurang masam, boleh tambah asam keping. 
Masukkan terung yang telah digoreng ke dalam kuali dan kacau sebati dengan sambal. Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2018/12/terung-goreng-berlado-simple-dan-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rutin Harian Sibuk Nah Ini Resipi Lauk Paling Simple Tapi Sedap 15 Minit Je Siap

Rutin Harian Sibuk Nah Ini Resipi Lauk Paling Simple Tapi Sedap 15 Minit Je Siap

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 432 hits
Wanita sekarang ramai yang bekerja Kalau suri rumah pun ramai yang buat bisnes online Masing masing sibuk Jadi ada kala tak sempat nak memasak yang perlu masa panjang Sesibuk mana pun tetap kena memasak Jadi pilihan yang ada adalah lauk rin...
10 Resepi Simple Telur Ayam Telur Puyuh Sedap Dan Mudah Dimasak

10 Resepi Simple Telur Ayam Telur Puyuh Sedap Dan Mudah Dimasak

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 1214 hits
10 Resepi Simple Telur Sedap dan Mudah Dimasak Telur dan saya berpisah tiada Ehh Maksud saya saya suka sangattt dengan masakan telur hee Tak kisah lah walaupun sekadar telur dadar atau telur mata kerbau ka memang favorite Sedap dimakan deng...
Resepi Nasi Minyak Simple Khas Untuk Mereka Yang Pertama Kali Buat Senang Dan Sedap

Resepi Nasi Minyak Simple Khas Untuk Mereka Yang Pertama Kali Buat Senang Dan Sedap

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 905 hits
Resepi nasi minyak simple khas untuk mereka yang pertama kali buat Senang dan sedap Assalamualaikum wbt Cuti cuti sekolah ni cikla macam semangat sikit nak memasak Bukan apa bila anak anak ada dekat rumah dan sekarang musim hujan pula perut...
Koleksi 4 Resipi Nasi Goreng Sedap Terangkat Guna Bahan Penambat Selera Apa Rahsianya

Koleksi 4 Resipi Nasi Goreng Sedap Terangkat Guna Bahan Penambat Selera Apa Rahsianya

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 883 hits
Mak mak kita dulu suka masak nasi goreng sebab nak menyelamatkan nasi sejuk daripada terbiar basi Selalunya mak akan masak nasi goreng menggunakan lebihan nasi malam tadi Kalau mak masak mesti sedap walaupun campak campak je kan Hari ini RA...
Maggi Kari Goreng Sayuran Yang Sedap

Maggi Kari Goreng Sayuran Yang Sedap

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 845 hits
Saya pasti anda masih ingat bila saya muncul dalam iklan Mi Maggi Kari Goreng Dengan 2 resepi iaitu Mi Maggi Goreng Daun Limau Purut dan Mi Maggi Goreng dengan Cendawan Hitam Boleh klik entri di Video penyediaannya di dan di Kedua duanya ad...
Pisang Goreng Rangup Yang Sedap

Pisang Goreng Rangup Yang Sedap

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 601 hits
Saya mengambil kesempatan menulis di sini kerana ada seseorang yang bertanya kenapa saya memasak ketika bercuti sakit Kalau saya boleh memasak kenapa saya tidak boleh pergi ke pejabat Atau membawa balik kerja dan membuat kerja dari rumah Ja...
Resepi Tiramisu Simple Tapi Sedap Ya Amat

Resepi Tiramisu Simple Tapi Sedap Ya Amat

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 733 hits
Resepi Tiramisu Simple Tapi Sedap Ya Amat Pehhh dengan penuh yakin tajuk entri tu ye haha Tiramisu antara dessert kegemaran aku sebab ia berasaskan kopi Tiramisu berasal dari itali Tiramisu bermaksud pick me up ataupun cheere me up cute je ...
Kerabu Taugeh Dengan Salad Simple Dan Sedap

Kerabu Taugeh Dengan Salad Simple Dan Sedap

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 579 hits
Kerabu taugeh dengan salad simple dan sedap Assalamualaikum wbt Cikla sebenarnya berhajat nak buat dan makan kerabu ni taugeh ni semalam Tapi kes susah sangat cari kelapa parut Itu yang tergendala jadinya Taugeh dah standby tapi kelapa paru...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi