10 Resepi Simple Telur Ayam Telur Puyuh Sedap Dan Mudah Dimasak


10 Resepi Simple Telur Sedap dan Mudah Dimasak | Telur dan saya berpisah tiada. Ehh. Maksud saya.. saya suka sangattt dengan masakan telur hee. Tak kisah lah walaupun sekadar telur dadar atau telur mata kerbau ka, memang favorite! Sedap dimakan dengan nasi putih bersama cili api dan sup walawehhh! Dah macam nasi bajet pula hahaha. Telur bungkus? Telur bistik? Mesti lah lagi sukaaa! Masak kicap pun fuhhh laku keras kalau kat rumah haha. So.. kat bawah ni ada SEPULUH aneka resepi simple telur ayam, telur puyuh yang mudah dan sedap!

Bermacam jenis masakan ada perghhh! Baru lah variety namanya. Kalau nak masak selalu pun tak jemu sebab berbeza rasa dan rupa gitchuw hehhee. Budak budak pun mesti suka!


10 Resepi Simple Telur Ayam, Telur Puyuh Sedap dan Mudah Dimasak!
1. RESEPI TELUR BUNGKUSRESEPI SIMPLE TELUR BUNGKUS MUDAH DAN SEDAP - BAHAN & CARA MEMASAKBahan-bahan:2 keping isi ayam dipotong kecil-kecil1/2 biji bawang holland dicincang halus1 biji tomato dubuang biji dan didadu kecil1/2 batang daun saderi didadu kecil1/2 peket sayur campur (carrot, jagung, kacang peas)1 biji cili merah2 sudu sos tomato2 sudu sos cili1 sudu sos tiramSedikit hirisan daun sup atau daun ketumbarsecubit garam jika perluMinyak untuk menumis2 biji telur ayam
Cara menyediakan:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang holland sehingga sedikit layu2. Masukkan hirisan dada ayam dan kacau seketika biarkan sehingga isi ayam masak3. Masukkan hirisan tomato, batang saderi ,cili merah serta sayur campur dan dikacau rata4. Perasakan dengan sos cili, sos tomato dan sos tiram dan kacau lagi.5. Taburkan secubit garam jika perlu6. Sebelum diangkat bolehla ditaburkan daun sup atau daun ketumbar.7. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan seratakan keliling kuali8. Pukul telur ayam tadi dan goreng dalam kuali dengan kaedah melenggangkan kuali sehingga telur sekata9. Letak kan inti ditengah-tengah dan bungkuskan telur tersebut10. Biarkan telur garing seketika dan bolehla di terbalik kan ke dalam pinggan.
2. RESEPI SAMBAL LADA API TELURRESEPI SIMPLE SAMBAL LADA API TELUR  MUDAH DAN SEDAP- BAHAN & CARA MEMASAKBahan-bahannya:Telur tu rebus dulu.. then goreng sampai garing.Cili api.. lada besar.. (cili harus banyak)
2 biji bawang besar dan 3 ulas bawang putih blend kasar.Asam keping 1 keping1 biji bawang besar dimayangGaram dan gula secukup rasa
Cara-caranya:

1. Telur yg telah digoreng tadi angkat dan ketepikn.2. Goreng bahan-bahan yang diblend kasar3. Masukkan asam keping4. Rasakan garam dan gulanya.5. Masak sampai garing6. Masukkan bawang besar yang dimayang7. Campurkn telo yang telah digoreng tadi
~siap untuk dihidangkn~
Resepi ini telah diambil dari FB Nolly Epin‎ melalui perkongsian ke group GeNg SuKa mAsaK & MaKAn SEdAp (SuKmA)
3. RESEPI Sambal Tumis Telur PuyuhResepi : MaDiHaA aka RatnaRESEPI SIMPLE TELUR PUYUH MASAK SAMBAL TUMISBahan-bahan:24 biji telur puyuh ~ rebus & kopek kulitnya1 sudu kecil asam jawa ~ jadikan jus campur dengan sikit air2 senduk nasi cili kisar1 biji bawang besar, hiris bulatGaram dan gula secukup rasa
Bahan kisar/ tumbuk:4 ulas bawang merah2 ulas bawang putih1/2 inci belacan
Cara menyediakan:

1. Telur digoreng hingga kuning sedikit, angkat dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan cili kisar & masak hingga terbit minyak, guna api sederhana dan kacau sentiasa.
2. Masukkan air asam jawa dan tambah garam & gula secukup rasa. Jka suka boleh masukkan serbuk perasa sikit. Masak hingga pekat. Tambah bawang besar dan telur puyuh yang sudah digoreng. Gaul rata, biar hingga bawang layu. Rasa dan jika rasanya ok bolehlah padamkan api & hidang.
4. RESEPI Telur Rebus Goreng Masak MerahRESEPI SIMPLE TELUR REBUS GORENG MASAK MERAHBahan-bahan:5 biji telur ayam (direbus dan digoreng)1 cawan santan pekat / susu cair1 labu bawang besar sederhana saiznya (dikisar)2 biji bawang merah (dikisar)2 ulas bawang putih (dikisar)1 sm halia (dikisar)1 sm lengkuas (dkisar) - optional1 senduk cili giling (-/+)1 sudu besar puri tomato / sos tomatosedikit sos cilisedikit kicapsedikit sos tiramgaram dan gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Sediakan minyak secukupnya di dalam kuali/periuk. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau.2. Masukkan pula cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.3. Kemudian masukkan sos tomato/puri tomato, sos cili, sos tiram, kicap, garam dan gula secukup rasa.4. Masukkan santan dan sedikit air. Kacau sebati. Biarkan ia mendidih hingga pekat. Tutupkan api.5. Masukkan telur dan gaulkan.Bolehlah dihidangkan bersama nasi.
5. RESEPI Telur Dadar Aneka RasaRESEPI SIMPLE TELUR DADAR MUDAH DAN SEDAP!Bahan:5 biji telur8 ekor udang sederhana besar dibuang kulit dan dipotong kecil4 batang jejari ketam dipotong kecil1/2 biji tomato dibuang biji, dihiris dan dipotong dadusedikit capsicum merah didadu kecilsedikit capsicum hijau didadu kecilsedikit daun bawang dan daun sadri dihiris kecil2 sudu besar fresh milksegenggam cheese mozarella parutgaram secukupnya
Cara cara memasak:1. Masukkan kesemuanya ke dalam mangkuk dan kacau sebati .2. Panaskan kuali leper saiz kecil. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan goreng menggunakan minyak yang sedikit agak-agak setengah sudu besar.3. Sediakan untuk dimakan. Dengan nasi boleh, makan dengan sos pun boleh.
6. RESEPI Sup Telur Dan KentangRESEPI SIMPLE TELUR SUP KENTANGBahan-bahan:
3 biji kentang, kupas, dan potong 8 setiap biji, rendam30 gram fucuk, potong kecil dan rendam hingga lembut, toskan1/2 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam hingga lembut4 - 5 biji telur1 liter stok ayam @ 1 kiub pati ayam "Maggi" - sya guna kiub jerAir secukupnya5 biji bawang merah, hiris2 ulas bawang putih, hirisSerbuk lada hitam secukupnyaGaram secukup rasaHirisan daun sup untuk hiasanHirisan daun bawang untuk hiasanBawang goreng, untuk hiasan
Cara-cara:1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum, masukkan kentang (toskan) dan kacau rata. Masak sekejap, kemudian tuang stok ayam. Tambah sedikit lagi air jika perlu. Bila mendidih, perlahankan api.
2. Bila kentang 1/2 empuk. Pecahkan telur, satu persatu tapi pastikan, ianya tidak bertindih antara satu sama lain. Kecil kan api dan masak hingga telur mengeras. Kacau perlahan2. Tambag fucuk (toskan) dan jika perlu tuang sedikit air.
3. Masukkan soo hoon, tambah garam secukup rasa dan juga serbuk lada hitam. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama nasi, sambal belacan dan ikan goreng/ikan masin.
7. RESEPI Telur Gulung (Egg Roll)RESEPI SIMPLE TELUR GULUNG (EGG ROLL) MUDAH DAN SEDAP!Bahan-bahan :4 biji telur1/2 biji lobak merah2 helai daun bawangGaram dan serbuk perasa (terpulang pada citarasa anda)
Cara Membuat :

1. Pecahkan telur dalam mangkuk2. Kacau telur hingga kuning telur sebati dengan putih telur3. Cincang lobak merah dan daun bawang hingga lumat (terpulang pada citarasa nak lumat macam mana)4. Masukkan lobak dan daun bawang yang telah dicincang tadi ke dalam mangkuk yang berisi telur5. Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa6. Kacau sebati semua bahan7. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali non-stick8. Bila minyak sudah panas, masukkan bancuhan telur tadi ke dalam kuali9. Biarkan hingga bahagian bawah telur masak10. Hendaklah menggunakan api yang kecil sahaja11. Setelah bahagian bawah telur masak, gulung sedikit bahagian tepi untuk tapak gulungan12. Teruskan menggulung telur sehingga selesai13. Pastikan bahagian atas telur belum kering supaya dapat melekatkan gulungan telur14. Biarkan telur yang telah siap digulung di dalam kuali kira-kira seminit supaya bahagian dalam telur masak15. Potong mengikut lebar satu jari ibu
Dah pun siap telur gulung (egg roll) .. yummyyy ...
8. RESEPI Sambal Telur Ikan BilisRESEPI SIMPLE TELUR SAMBAL IKAN BILIS MUDAH DAN SEDAPBAHAN-BAHANNYA :4 biji telur, digoreng mata kerbau1 genggam ikan bilis yang telah dibersihkan, rendam sekejap dan toskan1 pokok daun bawang, hiris halusDaun salad secukupnya untuk hiasan
BAHAN SAMBAL TUMIS :2 senduk nasi cili kisar1/2 cawan jus asam jawaGaram dan gula secukup rasa1 biji bawang besar*2 ulas bawang putih*3/4 inci belacan*1/2 inci halia*
(*ditumbuk halus)
CARA MEMBUATNYA :

UNTUK SAMBAL :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing, tambah jus asam jawa dan masak hingga pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.

UNTUK SAMBAL TELUR IKAN BILIS :- Susun daun salad dalam bekas sesuai, kemudian susun pula telur mata kerbau tadi. Ratakan sambal dan tabur dengan ikan bilis goreng dan hirisan daun bawang. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk lauk lain.
9. RESEPI TELUR MASAK KICAPRESEPI SIMPLE TELUR KICAP MUDAH DAN SEDAP!Bahan-bahan:4 - 5 biji telur - saya goreng mata kerbau2 biji bawang besar- di hiris2 tangkai cili merah - dihiris2 ulas bawang putih - diketuk ajer1 inci halia - dihirissedikit daun supkicap manissedikit garamsedikit lada sulah
Cara-cara:1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan-bahan yang dihiris tadi.2. Campurkan 3 sudu besar kicap manis, garam dan lada sulah.3. Campurkan sedikit air dan biarkan mengelegak sebentar.4. Angkat dan taburkan daun sup.
10. RESEPI Sambal Tumis TelurRESEPI SIMPLE TELUR MASAK SAMBAL TUMIS MUDAH DAN SEDAP!Bahan bahan:5 ulas bawang merah3 ulas bawang putih1 biji bawang besar - hiris3-4 sb cili kisarSedikit belacanGaramGulaAir asam jawaTelur - rebus, kupas & goreng
Cara cara:

1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dimesin sehingga garing dan wangi.2. Masukkan cili kisar dan goreng dengan api perlahan sehingga betul betul garing. Masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal berwarna merah cantik. Masukkan garam, belacan dan air asam jawa. Kalau terlalu pekat, tambahkan air sedikit demi sedikit.3. Kemudian masukkan bawang besar yang dihiris. Akhir sekali masukkan telur rebus yang telah digoreng. Sesuaikan rasa dan kepekatan4. Angkat dan hidangkan panas panas dengan nasi lemak atau nasi putih atau nasi minyak.
Moga bermanfaat!

Gambar dan semua resipi di atas bukan hak milik saya. FULL CREDIT to the owner.

Daaa~ wassalam! :)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sayidahnapisah.com/2018/12/10-resepi-simple-telur-ayam-telur-puyuh-sedap-dan-mudah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Mi Goreng Yang Simple Dan Mudah Tapi Sangat Sedap

Resepi Mi Goreng Yang Simple Dan Mudah Tapi Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 668 hits
As Salam Resepi Mi Goreng Yang Simple Dan Mudah Tapi Sangat Sedap Maaflah pakcik tukang masak mi goreng kat kedai mamak kalau resepi mi goreng yang bakal saya kongsikan ini akan mengugat bisnes masakan pakcik ya kikih Bajet macam Food Blogg...
Resepi Sambal Udang Petai Yang Sangat Sedap Dan Senang Untuk Dimasak

Resepi Sambal Udang Petai Yang Sangat Sedap Dan Senang Untuk Dimasak

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 979 hits
Resepi Sambal Udang Petai Yang Sangat Sedap dan Senang Untuk Dimasak Assalamualaikum Selamat pagi Dah lama tak menulis tentang masak masak di blog sendiri Eh dah jarang sangat masak ke ni hihi Sebut sahaja udang Ramai yang sukakannya Antara...
Resepi Masakan Lala Kam Heong Sedap Dan Mudah

Resepi Masakan Lala Kam Heong Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 1274 hits
Resepi Lala Kam Heong sedap dan mudah Bahan bahan 1 2 kg Lala 1 sudu besar udang kering 1 sudu kecil bawang putih 1 sudu kecil bawang merah 6 tangkai cili kering Beberapa tangkai daun kari 1 sudu besar rempah kari ikan jadikan pes 1 biji ba...
Resepi Viral Kek Coklat 2 Bahan Mudah Dan Sedap

Resepi Viral Kek Coklat 2 Bahan Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 742 hits
Hi Korang Resepi ni sebenarnya dah lama tetapi Iday saja nak cuba sebab nampak macam senang sangat Hanya perlu guna 2 bahan sahaja iaitu Oreo dan susu Dutch Lady Iday tengok dekat social media ramai yang dah buat dan ramai cakap memang seda...
Resepi Bubur Lambuk Terengganu Mudah Dan Sedap

Resepi Bubur Lambuk Terengganu Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 580 hits
Tak sangka mama yang hantu makanan ni rupanya masih banyak lagi makanan yang mama tak explore lagi Ternyata masakan Terengganu yang dimasak bersama sama officemate mama mengikut Resepi Bubur Lambuk Terengganu Mudah dan Sedap ini memang seda...
Resepi Beriani Ayam Cara Mudah

Resepi Beriani Ayam Cara Mudah

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 463 hits
Kalau dengar Nasi Beriani mesti ramai yang terbayangkan betapa susahnya nak sediakan nasi ini Ye lah resepinya banyak bahan dan agak rumit dari penyediaan beriani nasi dan hidangan sampingan seperti lauk dan acar Tapi kali ni Kekny masak Re...
Resepi Kukus Mudah Puding Coklat Sedap

Resepi Kukus Mudah Puding Coklat Sedap

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 767 hits
hi there so hari ni nak share kat korang resepi kukus mudah puding coklat sedap wah tajuk panjang sungguh kan tapi serius resepi ni memang senang nak buat lepas tu rasa pun sedap kat tekak mrs pip korang mungkin akan jumpa pelbagai versi ut...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching