Pisang Kebatu Goreng Garing



Saya belajar cara cara menyediakan Pisang Goreng Rangup dari youtube Kak Ida Style. Tertarik dengan cara beliau, menyebabkan saya dan Pengasuh Ammar ingin mencuba menggoreng pisang kebatu yang kebetulan baru masak. 

Sebetulnya agak lama saya menunggu pisang ini masak kerana saya tidak sabar untuk mengetahui apa baka pokok pisang ini. Sebelum ini saya ada menanam banyak baka pokok pisang di tanah berhadapan rumah saya. Antaranya pisang raja, pisang emas, pisang nipah dan pisang nangka. Tetapi bila pihak majlis membersihkan kawasan tersebut untuk projek landskap di tasik, habis semua pokok pisang telah dibuang. 

Tapi bila masih ada rezeki, pasti tidak ke mana. Setelah lama peristiwa berlalu, satu hari saya terpandang ada satu anak pokok pisang tumbuh. Jadi saya tidak dapat memastikan pisang yang mana satu. 

Saya memang mengharapkan pokok pisang kebatu kerana benihnya dibawa dari Kelantan. Selain digoreng, ianya pisang kegemaran saya yang sedap dimasak pengat, dibuat sira pisang dan juga direbus. 

Kalau di Kelantan, saya panggil pisang kebatu tapi rasanya di sini dikenali sebagai pisang Abu. Bezanya pisang kebatu Kelantan ialah isinya berwarna kuning dan isinya juga lebih bulat montel. Kalau pisang Abu di sini, isinya berwarna putih dan isinya kadang kadang seperti agak leper.
Tetapi ingin saya tuliskan di sini bahawa saya tidak menggunakan resepi yang dikongsikan oleh Kak Ida. Saya hanya menggunakan tepung beras, garam dan air kapur sahaja. Pewarna pun tak letak. Tapi jika anda ingin mencuba resepi beliau, saya sertakan di bawah ini. 
Seronok pula melihat kepingan kepingan serdak tepung adunan pisang goreng yang melekat lekat di pisang yang telah digoreng separuh masak. Kalau mahu banyak lekatnya, kena tuang lebihlah sedikit. Kami hanya tuang sedikit sahaja. 
Tapi sayang kerana gambar agak tidak menarik kerana saya tidak berapa sihat. Sebetulnya, saya tidak bercadang untuk masuk ke dapur pun hari ini kerana saya ingin berehat setelah melihat setiap kali saya bergerak, kaki saya akan menjadi bengkak. 
Tapi sebaik masuk ke dapur, terlihat pisang kebatu yang baru ditebang petang sehari sebelumnya. Terdapat beberapa biji pisang yang telah kekuningan dan lembik. Jadi saya terus mencadangkan untuk menyediakan pisang goreng rangup. Saya makan pisang goreng sahaja sebagai sarapan.
Jom layan resepi di bawah ini dan juga video penyediaannya yang saya sediakan di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...


Pisang Kebatu Goreng Garing  Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:2 1/2 tepung beras5 sudu besar tepung jagung atau tepung ubiSedikit pewarna kuning1/2 sudu kecil baking powder1 biji telur GaramPisang - potong nipis 4-5
Cara cara:Satukan semua bahan di atas kecuali pisang. Masukkan air  secukupnya dan kacau sebati. Adunan mestilah cair sekadar melekat tepung di pisang. 

Bahagikan kepada 2 bahagian. Celup pisang yang telah dipotong nipis dalam satu bahagian dan goreng seperti biasa sehingga separuh masak.

Kemudian masukkan sedikit air ke dalam satu bahagian lagi bagi menjadikan adunan yang lebih cair. 
Angkat sedikit tinggi dan curah adunan cair ke atas pisang yang sedang digoreng sehingga kekuningan. Tepung cair akan melekat atas pisang goreng dan akan kelihatan menarik. 


Kemudian dikacau dan dibalik balikkan sehingga garing di kedua dua permukaan. 

Bolehlah angkat dan tos. Sedia untuk dihidangkan ketika panas panas.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2018/12/pisang-kebatu-goreng-garing.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Goreng Pisang Sambal Kicap

Goreng Pisang Sambal Kicap

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 623 hits
Salam isnin yang panas buat kawan2 semua semuga semuanya sihat2 saja disamping keluarga ya apa hidangan untuk minum petang buat keluarga tersayang kalau belum ade menu boleh lah buat goreng pisang tanduk macam kak rose ni dan yang paling su...
Pisang Goreng Rangup Yang Sedap

Pisang Goreng Rangup Yang Sedap

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 632 hits
Saya mengambil kesempatan menulis di sini kerana ada seseorang yang bertanya kenapa saya memasak ketika bercuti sakit Kalau saya boleh memasak kenapa saya tidak boleh pergi ke pejabat Atau membawa balik kerja dan membuat kerja dari rumah Ja...
Kulat Sisir Goreng Dengan Telur

Kulat Sisir Goreng Dengan Telur

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 1011 hits
Sebaik mendapat panggilan telefon dari anak buah memberitahu mereka ingin datang ke rumah menziarah saya yang sedang bercuti sakit saya terus memesan barangan dari pasar Jelawat Antara barangan yang dipesan pastinya itik serati rempah gulai...
Nak Tanya Pendapat Netizen Berbaloi Ke Nasi Goreng Bodoh Macam Ni Harganya Hampir Rm12 Fiza Berang Harga Cekik Darah

Nak Tanya Pendapat Netizen Berbaloi Ke Nasi Goreng Bodoh Macam Ni Harganya Hampir Rm12 Fiza Berang Harga Cekik Darah

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 628 hits
Berbaloi ke dua bungkus Nasi Goreng Cina kosong tanpa sayur dan ayam berharga RM26 30 Pelakon Fiza Abdul Halim berasa kesal dan tidak berpuas hati apabila dikenakan bayaran tidak masuk akal bagi dua bungkus nasi goreng yang dibeli untuk ana...
Fiza Halim Bengang Nasi Goreng Harga Rm12

Fiza Halim Bengang Nasi Goreng Harga Rm12

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 353 hits
Harga makanan di kota besar seperti Kuala Lumpur memang kadangkala tidak masuk akal Terbaru Fiza Halim meluahkan rasa kesal beliau dengan harga The post appeared first on
Koleksi 4 Resipi Nasi Goreng Sedap Terangkat Guna Bahan Penambat Selera Apa Rahsianya

Koleksi 4 Resipi Nasi Goreng Sedap Terangkat Guna Bahan Penambat Selera Apa Rahsianya

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 907 hits
Mak mak kita dulu suka masak nasi goreng sebab nak menyelamatkan nasi sejuk daripada terbiar basi Selalunya mak akan masak nasi goreng menggunakan lebihan nasi malam tadi Kalau mak masak mesti sedap walaupun campak campak je kan Hari ini RA...
Ayam Goreng Kunyit Cili Api

Ayam Goreng Kunyit Cili Api

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 848 hits
Hello pembaca pembaca kesayangan Kali ini Misz ella nak sembang sembang sikit dengan you all semua Bukan topik hot atau gossip atau politik nak sembang pasal cerita dari dapur kita je Hari tu kan kawan baik Misz ella Puan Sri Nisa Bakri bag...
Resepi Mudah Nasi Goreng Bunga Kantan Hanya Menggunakan Perencah Nasi Goreng Adabi

Resepi Mudah Nasi Goreng Bunga Kantan Hanya Menggunakan Perencah Nasi Goreng Adabi

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 744 hits
Resepi Mudah Nasi Goreng Bunga Kantan Hanya Menggunakan Perencah Nasi Goreng Adabi Sebut nasi goreng kalau negara luar memang mereka dah cakap rare dah nasi kena goreng ke di Malaysia jerr yang ada nasi goreng ni hii Macam macam dah yang ke...
Daging Goreng Black Paper Simple

Daging Goreng Black Paper Simple

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 752 hits
Daging Goreng Black Paper Simple Assalamualaikum Selamat pagi korang semua terima kasih yang baru singgah baca blog Cik Ash ni Terima kasih juga pada yang komen entri Cik Ash sebelum ni Daging Goreng Black Paper SimpleRasanya dah lama Cik A...
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

Pakej Percutian Turki

How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga

Buasir Otak Tv Rambut Tak Basah Bila Berlari Dalam Hujan Be Like


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Umdap Paling Sesuai

Kkv Alamanda

Sabun Pencuci Pinggan Pun Boleh Buat Sendiri Guna Limau Kasturi

Yassin Berjaya Ketepikan Hukuman Penjara Seumur Hidup Serta 16 Sebatan

Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Pbu Akademik Pinjaman Boleh Ubah Berasaskan Merit Akademik